Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi ais krim sihat | Ais krim mix berries & Ais krim mangga

Bismillah

Sekarang ni hampir setiap hari cuaca rasa panas, rasa nak bukak air cond sekitar jam 3-4 petang. Dasar anak bando tak reti duduk berterik-terikan. Tambahan pula, puasa begini teringin pula makan ais krim. Namun yang demikian, kita mampu #throwback jela aktiviti masa sebelum puasa hari tu dengan anak-anak :p

Aktiviti paling suka! 

BUAT AIS KRIM 

- Frozen berries 
- Pisang 
- Yougart 
- Madu 

Campur semua dan blend lama sikit sampai tekstur berkrim! 

Gaya chef-chef sangat--






Aktiviti makan ais krim adalah aktiviti PALING disukai Muhammad Fateh. Pantang berhenti di petronas atau stesyen minyak pasti dimintanya ais krim. Pelik juga. Ibu suka makan ais krim ke masa mengandung Fateh. Tak boleh nak ingat balik pasal banyak sangat memori lain tersimpan sama. Kesian mereka berhimpit antara satu sama lain.

Jadi sudah semestinya pada hari tersebut siapakah dia yang paling happy?

(boleh rujuk kepada foto di atas yang mana imej nya bergegar sikit tak duduk diam)

*_____*

Fenin ibu!


mampu melihat dan telan air liur laju. Lalu tekan pangkah ats sebelah kanan

Kalau Fateh suka ais krimnya, ibu pula suka jus BOOSTER.

Selalu kalau teringin booster suka flavor mix berries + banana. 

Hari tu try buat satu.  Terus kembang hidung segala.

Sedapnya ya Allah!

Ok bai booster. Hahahah


Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan!



Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , , , | Leave a comment

Muffin coklat untuk TICER!

Bismillah.

Ini adalah kisah bulan lepas iaitu bulan Jun. Dinukilkan di sini sebagai kenangan anak-anak.

Bulan Jun adalah antara bulan yang istimewa bagi mereka yang bergelar cikgu.

Ini kerana Hari Guru jatuh dalam bulan ini. Aku ingat lagi masa zaman sekolah, SANGAT bersemangat nak bagi hadiah pada cikgu-cikgi di sekolah. Mana taknya, terutama pada cikgu yang sangat rajin dan sabar melayan keranah kita yang um tak berapa um nak solehah masa sekolah dulu.

Waktu sekolah rendah dulu aku memang sangat rajin dan bersungguh-sungguh bungkus hadiah untuk cikgu kesayangan. Tapi masa sekolah menengah, kenapa tiada memori sebegitu atau apakah aku benar-benar tidak menyertai aktiviti tersebut atau apakah?

Memang masa sekolah menengah aku agak pelik sedikit dalam kehidupan norma seharian. Samada buat hal sendiri atau go with the flow. Tidak begitu kreatif dalam kebiasaan sebagai seorang pelajar. Harapannya anak-anak ibu tidak mengikuti jejak langkah yang ini. Puhlis-- (gambar cartoon jepun yang mengalir air mata meleleh)

-______-' SANGAT!

Jadi untuk meng-install tahap kekereatifan dalam diri anak-anak ibu, ibu sediakan satu silibus dalam pembelajaran di rumah iaitu matapelajaran masak-masak atau dalam bahasa kasarnya silibus 'mari menyepahkan dapur dan buat ibu serabut kelapa kepala'.

PROJEK MUFFIN COKLAT TICER


Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan tatau-padia-dah-lupa-pasal-ibu-dah-juling-kepala-ada-bintang-bintang.
Bahan-bahan yang digunakan ye puon-puon untuk buat muffin ceklat

Busy bro busy!

Sepanjang proses projek nampak berjalan SEPARA lancar. Macam biasa di saat si abang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, si adik pasti, ye pasti sepastinya tidak mahu ketinggalan untuk bersungguh-sungguh juga menyertai abangnya.

Ini bermakna kita ada 2 tenaga kerja yang bersungguh-sungguh sehinggakan dapur seperti menjalankan sebuah catering untuk 1000 kepala di kenduri kahwin nanti. Ibu mohon sabar kuasa 8 lagi.

Mujur sahaja mood ibu SEPARA baik. Ahaks--

Ada jugalah suara garau dan pitching tinggi sekali sekala kedengaran.

Namun, anak-anak yang bersungguh-sungguh tadi kembali kepada fokus dan agenda utama seperti mengacau adunan sambil tersembul tepung keluar mangkuk.

*ibu pejam mata, kunci mulut ketat-ketat.

*dalam hati ISTIGHFAR kuat-kuat dan laju-laju sampai kadang tersalah sebut.





Asalnya adalah resepi brownies, tapi disebabkan kita letak dalam muffin, dia jadilah nama dia muffin. Warna pulak coklat. Jadilah muffin coklat. Alah kadang-kadang malas nak bagi resepi. Bukan apa yang baca ni semua dah power. Baking sambil pejam mata. Semuanya mak-mak hebak sedunia. Resepi ni celah gigi je. Dah simpan measurement semua kat medula oblongata je. Tak payah print screen, refer nanti kat dapur dan habis screen dipenuhi tepung :P

Ampun maaf dipinta kawan-kawan kalau kita over sangat ni. Malam macam ni ngantuk sikit, otak sepatutnya berehat tapi badan tak mahu, nak juga tulis belog katanya.

Alhamdulillah selepas perjalanan yang berliku-liku itu, inilah hasil kerja anakanda yang wallaweeeh, marvellous wahai anakku!


Bahan tidak didapati di kedai- kasih sayang

Masih semangat untuk memberi hadiah pada cikgu beliau walhal dah berlalu 4 hari, hari cikgunya :p

Maaf ye nak, ibu buat slek bagi hadiah ticer lambat 4 hari. Ibu sibuk tatau-padia.
Boleh menangis hujung dapur kalau fikir perangai mak dia.
T______T

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , , , , | Leave a comment

Resepi cookies kalah famos amos

Bismillah

Hoho.

Hari ni tetiba rajin nak share cookies recipe turun temurun yang memang senang sangat lah, Jemah!

Ko satukan semua barang lepas tu gentel bulat-bulat, masuk oven, bako.

Pasal apa tetiba rajin nak share, sebab aku TERINGIN, noks. Tapi sekarang sedang berusaha mendisplingkan diri sendiri daipada makan makanan tinggi lemak tepu. Mana taknya, kemain sekian lama dari hari raya sampai raya haji melantak dessert, no 1!

Dah malas nak bebel.

anak-anak ibu pun nanti rajin buat cookies ni ye, bila bu dah tua nanti.

RESEPI COOKIES.

Bahan-bahannya:

250gm butter
1 biji telur
120gm gula custor (aku kurangkan jadi 100gm)
120gm brown sugar (aku kurangkan jade 100gm)

1. Pukul sampai sedikit kembang butter dan gula.

2. Lepas tu masukkan satu-satunya telur dalam hidup adunan cookies ni. Tak payah sampai kembang. Dalam 2-3 minit dah ok.

3. Campak kan segala-galanya :

  • 50gm coklat hitam (dipotong dadu)
  • 50gm coklat putih (dipotong dadu)
  • 100gm coklat chip
  • 100gm badam cincang/ walnut (nak masuk dua-dua pun boleh kalau ada bajet lebih)
dan gaul sebati.


4. Ayak:

200gm tepung high protein
1/2 tablespoon soda bikarbonat
1/2 tablespoon emplex/baking powder

5. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 

6. Bulat adunan kecik-kecik je macam gambar kat bawah ni.





7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25 minit, bergantung pada oven memasing. Sentiasa perhati jangan leka! Kalau dah ada bau-bauan coklat tu bolehlah cek cookies kita. Try tekan-tekan. Kalau dah tak gerak tu dah boleh angkat.

Nota kaki : Bila dah sejuk, nanti cookies akan mengeras. So jangan risaulah kalau masa kita tekan rasa macam ada unsur lembut walaupun bahagian luar dah keras sikit.


Ha siap ada nota kaki kau! Maknanya haruslah cubi resepi ini.

Sebenarnya minggu lepas aku balik Terengganu. Teringin makan puding raja, Semangat sangat singgat paso Batu nang (Pasar Batu Enam) beli pisang lemak manis dan jala mas. Yahu Alhamdulillah, puding raja menjadi. Siapa nak order puding raja?

Ha? Tak tahu apa puding raja? Pi tanya Mr Google cepat.

Jangan lupa order.

 :p



Posted in | 1 Comment

Resepi kuih raya senang | crispy crunchy caramel

Bismillah

Yey! Hoyye!

Akhirnya terlaksana jugak impian setahun lepas. Menghidam nak buat biskut ni.

Kebetulan hari tu, pergi YUMMIES untuk beli bahan buat brownies, sekali eh ada pulak terjumpa bahan-bahan nak buat crunchy caramel ni kan? So apa lagi, projek oven la kita.

Biskut ke kuih ke tak kisahlah. Tapi kudap-kudapan ni memang menghantui diri ini setelah sekian lama. Sebab google cara dia memang kacang gile nak mam kan? Lepas tu atas alasan apakah yang boleh aku bagi untuk tak buat kudap-kudapan ini wahai teman semua?

Yang tambah tak puas hatinya, hari tu nak buat benda alah ni, kedai alat dan bahan buat kek boleh dia tak tau apakah itu tepung florentine? Memang makcik panas je kan. Punyalah fofuler tepung ni tahun lepas boleh dia tak tahu. Ke aku yang salah sebut? Aku siap cakap ala yang buat biskut nipis tu kak. Pon tak tahu gak sabau jela.
RM15.90 d pest price so far. Only at YUMMIES, Bandar Baru Bangi



Kenapalah aku kasik intro punya baik untuk entri ni terhadap tepung di atas ni je?

Sebabnya, punyalah senang tahap 7 langit cinta kan? Apa perlu buat campu je bahan (badam,bijan hitam dan bijan putih) dengan tepung ni, ting siap!

Ting tu sekali kau kedip mana dik.





FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Kertas bakar kek, bukan kertas minyak ye. Takut melekat nanti payah cabut. Kertas ni boleh basuh dan guna semula.

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Guna pisau potong pizza lebih afdol.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Ting!





Jangan terkejut tengok warna keemasan macam mahal sangat je kan biskutnya. Asalnya aku letak 10 minit. Kesilapan pada kali pertama ni aku pergi tambah lagi 10 minit. Memang takde kerja betul makcik ni. Ko jangan risau lah kalau masukkan 10 minit tapi tak keras lagi.

Karamel akan mengeraskan kekacang tu apabila dia dah sejuk. So masa dia tengah panas tu lah kita nak kena potong sesiap. Ye hadik-hadik sekalian?

Cak!

Ha inilah dia pakcik yang disyaki mengurangkan jumlah ais kat kelab kami. Haip, biasa tu dia!

----

Eh la, dah tunggu apa lagi dok belek belog hakak ni?

Dah amik kunci motor ke kereta ke gi kedai bahan buat kek cepat kasi settle kehendak tekak dan perut tu. Supaya raya nanti taklah jakun semacam kalau pergi raya rumah orang jumpa balang berisi kuih ni.

Da da~

Posted in , | Leave a comment

Resepi brownies paling senang paling cepat

Bismillah.

Sempena birthday Fateh hari tu aku memang malas nak renyah (leceh-leceh) ni. Jadi aku nak buat something yang senang, cepat tapi sedap ya ampun! Maka terjumpalah aku dengan resepi ni, sebenar dah lama jumpa cuma takde sebab nak buat. So sekarang ambik kesempatan ni buat terus!

Komen : 

persediaan nak buat dalam kurang sejam. Aku start pukul 6 petang lepas tidurkan Fateh. By the time bukak puasa dalam 730 petang dah habis bakar. Senang!

Pulak tuh SEDAP. Especially yang kerns-keras atas permukaan brownies tu. Oh my, terbayang-bayang daku tengah puasa ni. Pekena pulak dengan susu fresh milk di malam hari untuk moreh. Wajib buat raya nanti!

Memang idea juadah atau dessert yang paling senang untuk juadah raya nanti :))

Kek ni dalam 6 orang makan tahan jugak sampai 3 hari. Kalau untuk orang yang asyik makan macam kiteorang lah. Heheheh

So j0m try buat! Sekarang gal pergi kedai beli bahan. Sumpah senang!



Sumber dari Kak Ita  yang femes amos tu. Thank you kak ita. SEDAP SANGAT!

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 

Buat aku tak lena malam

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan. Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler. Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin. Biarkan ia sejuk sebentar



90 gm tepung 
50 gm serbuk koko 
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu Aku x pakai ni

Ayak tepung bersama serbuk koko. 

Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak. 

* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh. 

5 biji telur ~ saiz A 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar coklat emulco 
290 gm gula perang Aku letak 250gm je

Panaskan oven pada suhu 160 C. 

Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. Sapukan loyang dengan sedikit butter. Alas dasar loyang dengan kertas minyak. 

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.




Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi. Kacau rata.


Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat. 

* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung. 

* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. 

* Kak ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih Aku pun try jugak, tapi tangan tak kretip, buruk jadinya. Baik letak gula icing je. Buat bentuk love ke huhu 

Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna. 

Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit. 

Potonglah brownies kepada kepingan. 

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Rangup di atas, lembut di dalam.



Selamat mencuba!


Posted in , , , , | Leave a comment

Resepi orang sibuk | Ayam masak lada hitam

Bismillah

Kali ni resepi tak lah eat clean sangat pun tapi memang pantees habis.

Dah nama objektif entri ni pun nak share resepi pantes, cepat siap dan untuk orang busy.

Prepare bahan laju-laju gaya chef yang cekap ala-ala mastercep.

Dalam erti kata lain aku suka longgok bahan-bahan semua satu tempat. Lepas tu, arrange ikut priority wah dah macam training leadership. Kof kof seriusla sikit weh.

Again malas masak sayur guna ulam omputeh. Salad dan tomato ceri.

Kelaka sangat makan tengahari nasi putih dan lauk ni je. Mak mertua tengok mesti duk balik tangga sehari semalam gelisah mengenangkan anak laki-laki dia. Alamak, janganlah mak baca entri ni. Hoho hai mak, kalau mak bacalah.

Ok terimalah, 

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM 
(baca ala-ala gaya doraemon memperkenalkan alat baru dia)



Ulasan (eh pahal lak ada ulasan ni?)

1. Kalau korang malas nak sukat gram2 tu, tabur lada hitam tu ikut naluri hati gaya master cep musim kedua. Minyak tu toksah lah sukat gram tu, letak je ikut naluri lagi sekali. Tak koser lah nak sukat-sukat gram ni

2. Aku suka guna bawang besar instead of bawang merah pun suka hati. Biasa 1 biji bawang dan 2 ulas bawang putih combination yang ok.

3. Tak pakai minyak bijan pun tak apa. Kalau nak sedap pakai minyak bijan sikit

Nak masak ni untuk aku kena ada fun, sebab tak ada bakat semulajadi kan. So aku tak suka stres. Sebab tu masak selalu nak belasah je. Hahahhaha.

Kalau tak jadi ke tak sedap ke, tak apa ada yang sudi habiskan hahahah. 

Posted in , | Leave a comment

Resepi orang sibuk | Sambal telur hancur

Bismillah. 

Have u had your shake today?


Ahem. Mesti ada yang fikir macam orang tak percaya je, macam tengok aku atas bawah, atas bawah dengan pandangan sinis sekali,

Wow, cekgu Jemah MASAK ke?

Alhamdulillah rajinlah sikit masak sekarang dah berempat kan. Jimat sikit. Tapi sebab sibuk so far boleh masak resepi yang, TING sekalip mata dah siap.

Mana taknya. Kalau nak masak,

Nak kena prepare bahan, nak kena bersihkan dan siang bahan-bahan nak masak. Lepas tu masak. Dah habis masak nak kena kemas segala. Cuba bayangkan proses segalanya tu berapa lama dah spend kat masak je. Ah kau Nadiah banyak je alasan

So kali ni, aku nak share resepi paling laju aku boleh buat selain telur mata dan telur dadar. Kof kof kof. RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR. sebagai lauk tengahari masak satu je lauk. 

Untuk sayur aku suka fresh gitu salad dan tomato ceri. Tak payah masak. Ala-ala ulam gitu. SEBENARNYA, kemalasan hamat. Tapi alhamdulillah jimat masa dan kurang vitamin hilang. Kah kah kah



Resepi belasah nama dia.

Entri ini adalah cubaan untuk share resepi untuk herbalifemom atau mak-mak yang bizi bizun nak masak. Nadiah selalu aje fail kalau share resepi sebab dia masak suka belasah.

Insya Allah nantikan resepi sihat lak.

Selamat mencuba!

Posted in , | Leave a comment

Muhammad Aliff | 3 tahun

Bismillah.

Hari ni dah 19/11/2013. Birthday Aliff yang ke 3 tahun jatuh pada 14/10. Hampir sebulan lebih ibu amik masa dan inipun ibu berjaya curi masa laju-laju sementara adik tidur kat sebelah dan ayah bawak awak keluar Aliff pergi HQ. Hari ni cuti masak, sebab takde orang nak makan. Ibu shake jelah kejap lagi. Yahu~ yang paling dinantikan. Masa minum shake. Macam budak kecik sangat, ibu.

Bulan 10 memang mencabar sangat. Sangat-sangat sampai ibu tak boleh nak share kat belog.Walhal, belog dah jadi diari kehidupan ibu. Mungkin terlalu komplikated gamaknya. Kebetulan masa tu ibu tengah bergelumang dengan delima untuk ke AWT uni 13 atau pun tak. Serius serabut gila! Tapi sebab dalam hati dah tekad dan dah berjanji untuk sambut birthday abang Aliff yang ke 3. Sebab yang ke 2 dulu tak sambut! Tambah tahun ni selalu busyness kan? Mari berhuha-huha dengan pada hari speselnya.

-----------

Kebetulan malam sebum birthday Aliff terlihat foto bawah ni kat instagram Kak Dina (Wardina Safiyyah) http://instagram.com/wardinasafiyyah_


Apa lagi, aku pun melompatlah sebab Aliff memang suka gila kalau tengok segala adik beradik traktor ni sebab aku suka bacakan buku tractor ni pada Aliff sebelum tidur. Sebab saiz buku yang gabak memang menarik perhatian dia.

Asalkan aku suruh pilih buku, buku gabak tu jugak dia amik.

Memula nak beli kek. Lepas tu kupikir-pikir, lebih baik aku buat sendiri kan! Lagi PUAS HATI GILA KOWT! Korang faham tak perasaan bangga gila bila anak puji hasil air tangan sendiri, paham tak? Paham taak? Haish gegham nak eksperesi perasaan tu.

Jadi, misi mencari bahan-bahan buat kek dan juga untuk masak-masak simple tu bermula.

Oh pada 14/11/2013, kami sambut simple je kat rumah ahak mama, abah, Iqbal, Dirah n Nayah. Padahal esoknya dah raya Haji. Sempat lagi. Malam tu kami masak Spegeti Oglio dan ikan dori celup tepung serta salad sayur-sayur sihat lagi menyihatkan. Kek pulak kami beli Snickers Cheesecake.

Ibu tempah daripada kenalan kat instagram. Hehehe sorry ye nak, kek ni bukan anak yang nak tapi ibu yang dah lama gila teringin. Satu bijik harganya RM85 amik sendiri kat Taman Tun, sis Farisya punya rumah.


Review sikit. 8/10. Sedap gileeehhhhhhhhh! Tambah coklat peberetkan. Siapa suka cheese, ini adalah wajib cuba. Nak-nak lepas keluar peti ais tu kan memang layan habis. Tapi jangan makan sekali banyak. Kata cheese kan? Kalau banyak sangat muak nanti. Aku memang sayang gila nak habiskan kek ni. Sikit-sikit aku makan. Padahal Aliff makan macam 2-3 suap je.

http://instagram.com/farisyasyamin

Add dia ok kat instagram.

Okey lepas dah happy-happy rays haji. Ibu pun nekad nak buat kek Aliff nak bawak gi sekolahnya. 

Maka terhasil lah, sebiji kek yang memang kembang kuncup ibu 3 hari 3 malam tak habis-habis. Korang bayangkanlah punya lama tak baking kek tetiba baking kek ceni kan? Siapa tak bangga? Budak tadika pun bangga gila!

Tada!



Apa lagi.

Share resepi sket.

Resepi kek coklat senang gila (construction cake theme)

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 caw an air

Bahan B
1 bar mentega buttercup (dibiarkan suhu bilik)
360 gram gula (tapi aku kurangkan jadi 340gram)

Bahan C
1 sudu teh vanilla essence
6 biji telur gred B 
250 gram tepung naik sendiri yang diayak
Kalau takde tepung ni, letak je 250gram tepung gandum+1 sudu teh baking poder

Cara-caranya tuon tuon puon puon

1. Panaskan api oven pada suhu 170 darjah celcius. Campurkan semua Bahan A ke dalam periuk dan masak atas api sederhana, sampai coklat berkilat. Dah habis, tutup dan sejukkan.

2. Putar guna pemutar atau whisker/pukul (guna pemukul ye, bukan guna penumbuk korang) Bahan B sehingga agak kembang. Macammana nak tau kembang, ala-ala macam aiskerim gitu.

3. Bila adunan mentega dah kembang dan gula pun dah hancur semuanya masukkan telur sebiji demi sebiji. Contoh masuk sebiji telur ke dalam adunan mentega dan pukul lagi. Ulang sampai telur habis. Jangan lama sangat.

4. Masukkan vanilla essence nak bagi kek wangi. Kacau dengan spatula bagi sama rata semua.

5. Masukkan adunan coklat yang dimasak tadi dan gaul dengan spatula.

6. Akhir sekali, masukkan tepung sikit-sikit. 1/3 tepung-kacau-1/3 tepung- kacau-1/3 tepung dan kacau bagi sebati semua adunan sehingga tak meninggalkan kesan tepung dan tepung tak berketul. Kacau tu biar balik kaup n ikut arah jam je semuanya. Jangan tukar-tukar.

7. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah disapukan mentega dan diletakkan kertas pembakar. Hentak-hentak secara sopan santun tin tersebut supaya adunan memenuhi ruang kosong antara mereka.

8. Bakar selama 45 minit. 
Yang ni korang kena alert gila, sebab aku kadang-kadang tak tengok bab minit sangat pun sebab oven tu macam tak patuh arahan sikit. Dia macam lembap sikit, jadi asalkan dah start ada bau aku akan jenguk kek dan kalau macam dah keras kek tu aku akan cucuk dengan lidi sate. Kalau ada saki baki kek masih basah melekat, tu tandanya tak masak lagi, tapi kalau takde pape melekat atau kek yang dah kering melekat tu maknanya dah boleh berambus bawak keluar kek dari oven.


Ok. 

Resepi buttercream kek coklat contruction theme pulak eah?

1/2 cawan mentega dibiarkan pada suhu bilik
2/3 cawan serbuk koko (hersheys pun sedap gak)
3 cawan serbuk gula (aku guna icing sugar, boleh letak sikit-sikit supaya tak terlalu manis. Adjust ikut lidah n tekak masing-masing)
2 sudu besar air kopi
1 sudu kecik vanila essence

Cara-caranya :

1. Campurkan mentega+serbuk koko+serbuk gula(icing sugar) ke dalam sebuang mangkuk dan putar guna hand whisk sampai macam aiskerim jugak. 

2. Bila dah kembang macam aiskerim, masukkan air kopi+vanilla essence. Kalau keras sangat boleh campur susu sikit.

3. Siap! Sapu atas kek coklat yang dah disejukkan tadi.

Hiasan : permainan traktor kesukaan beliau!



Alhamdulillah, hati ibu memang bahagia sangat-sangat waktu ni walaupun tengah berdepan dengan konflik yang besar. Jeng-jeng! Nantikan entri akan datang ok. Melodi sangat kan?

Amboi kemain tengok muka kawan-kawan Aliff tu. Mata bersinar-sinar segala. Eh ke perasaan aku sorang je macam tu? Padahal diorang lek je. Ada kek lagi powerlah, makcik :p

Baheklah anak anak sekalian.

Masa ni tengah nyanyi lagu untuk Aliff.


Aliff lak buat kerek sebab manja dengan ayah. Ayah ada kat school kan, kemain dia manja semacam.


Buat hal tak mau potong kek. Aduh, Aliff kemonlah. Tak macholah macam ni. Kek traktor uuuuu jom la belagak-belagak sikit depan kawan.


Akhirnya bapak birthday boy yang potong. Pun boles taddehal la dey. Biasalah bebudak memang suka buat pasal. Layan jelah. Lepas potong kek kiteorang cabut lari tinggalkan Aliff dengan kawan-kawan dia. Memang meraung lah dia. Tapi auntie dia cakap, lepas tu okey je. Memang dasar tak boleh ibu ayah ada sama! Nak manjeeeek.

Bawah ni antara pek yang ibu sediakan. Asalnya nak taruk cookie m&m (resepi menyusul nanti) dan air susu kotak je. Lepas tu tersikitlak bancuhah cookies, so letak puding mangga dalam tu.


Hins hins sekian penat lelah ibu main masak-masak kat dapr untuk anak punya birthday 3 tahun. Tahun depan ibu tak koser nak baking-baking dah. Kita bercuti je lah terus ok. Insya Allah Bali. Weeehoooo!

-------------

Macam biasa, makanda memang suka fefeling emosi tak tentu pasal kan. Letak gambar anak je pun kat entri dah touching leleh air mata.

Anakanda Muhammad Aliff sayang,

Sejak ibu mengandung adik mu yang no 2, maka sedikit demi sedikit berkuranglah perhatian ibu padamu. Ibu terlalu fokus pada kerja kerana itu adalah sumber pendapatan keluarga kecil kita sayang. Padahal selalu menjadi cita-cita dan angan-angan ibu untuk sentiasa bersama, bermain dan mendidik Aliff dan adik-adik di rumah.


Ibu lupa sayang. Ibu sangat-sangat lupa. Ibu masih belajar dan kadang-kala tak tahu. Ibu dalam proses pembelajaran. Belajar menyesuaikan kerja baru ibu dan menguruskan anak-anak. Walaupun ibu lebih banyak menghabiskan masa bekerja dan berehat, tapi ibu bangga kerana apabila masa yang kita luangkan bersama adalah masa yang penuh kualiti dan rasanya maniiiisssss sekali.
.
.
.
.
.
 T_T 



Ibu sayang Aliff.

Ibu sayang sangat Aliff. Sayang lebih dari nyawa ibu. Tak reti nak explain dengan kata-kata.

Tapi mesti Aliff tanya kenapa kalau ibu sayang Aliff tapi ibu marah-marah. Kan?

Sayang,


Ibu ni manusia.

Anakanda Aliff kena ingat. Manusia selalu lupa. Selalu buat silap. Semua manusia akan buat silap.

Tapi yang lebih penting adalah macammana kita nak pastikan silap kita tu tak diulang lagi. Okeh.
Macam ibu. Ada masa ibu dalam keadaan stres, letih penat, serabut dan macam-macam lagi. Ada masa ibu boleh bertenang dan melayan karenah Aliff dan ada masa, tempoh bertenang tu pendek je dan selebihnya meletop. Maafkan ibu ye sayang. Meh ibu pelik anakanda Aliff menyejukkan suasana meh.
 

Sejak adik lahir, bezanya suasana dengan dulu. Terlalu beza. Kalau dulu ibu sangat-sangat manjakan anakanda Aliff. Peluk cium tak putus-putus. Sejak adik hadir ke dalam hidup kita, keadaannya tidak sihat seperti bayi lain, sayang. Adik sakit dan memerlukan perhatian rapi.

Jadi, ibu lupa membahagikan perhatian yang adil pada Aliff. Padahal Anakanda Aliff yang memerlukan perhatian itu lebih daripada adik. Ibu boleh lihat perubahan anakanda Aliff yang ketara sangat. Anakanda Aliff jadi seorang pemberontak hanya disebabkan silap ibu yang terlupa dengan pembahagian perhatian itu. 





Nanti bila anakanda Aliff dah besar, ibu harap sangat anakanda faham, adik sangat memerlukan perhatian ibu pada waktu itu. Anakanda Aliff selalu menjadi penyejuk hati ibu (kadang-kadang pemanas jugak) sebab ibu boleh nampak kasih sayang seorang abang terhadap adik. Sehingga ke hari ini abang sepanjang masa nak kiss adik. Asal ibu amik anakanda Aliff dari rumah atuk, naik je kereta terus, "nak tis adik." Macam lama nau tak jumpa.

 


Masya Allah, sekarang dah makin petah bercakap. 

Ibu (cakap dengan ayah) : Abang, nanti tolong print dokumen tu eh.
Aliff: Tu butan abam (tunjuk ayah). Neh abam (tunjuk diri sendiri)
Ibu : Habistu ni siapa (tunjuk ayah)
Aliff : Neh Juan (tunjuk ayah)

----

Aliff : Anak ayah, anak ayah (ajuk yang ibu selalu cakap kat ayah dia)

-----

Aliff tengok adik muntah.
Aliff : Abam tak muntah tan tan tan?
-----
Makin ligat bermain dan berlari. Penat ibu kadang-kadang nak handle kat event.
Nak kan 1001% perhatian ibu dan ayah. Pantang betul kalau kita buat dek waktu bercakap dengan dia.
Dah pandai demand dan request spa yang dia nak.
Pandai berangan depan cermin.
Pandai bukak dan pakai baju seluar sendiri.
Yang selalu menguji kesabaran ibu, request nak pakai baju pilihan sendiri. Selalu lah tetiba pakai baju tak kena tema event. Kenduri pakai pyjama.
Macam-macam lagi lah hal dia.




Amboi, kalau datang masa dia mengamok. Masya Allah, Allahuakbar. Ada jugak rasa nak campak dia dalam lombong sekali sekala. Tapi dalam imiginasi je lah. Astghfirullahal'azim. Maklumlah orang berimiginasi tinggi, beginilah. Tapi.
Jujurlah cakap. Bila marah dan kalau takde iman memang macam-macam boleh terjadi. Nauzubillah semoga dijauhkan. 


Alhamdulillah semakin banyak ibu diuji begini, semakin dekat ibu rasa dengan Allah. Diuji, mengadu padaNya, diuji mengadu padaNya. Masya Allah.

Tengokjelah perangai anakanda ni. Kemain kalau datang garang dia kat kanak-kanak lain, mau tebal jugak muka ibu sayang. Tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan jugak untuk tidak berhenti memberitahu dia apa yang patut apa yang tidak. Ibu ayah kena muhasabah lagi. Masa yang dicuri daripadanya kena ganti balik. Kadang kita sibuk masa saat dia betul-betul perlukan kita kan?


Walaupun mencabarnya membesarkan anakanda Aliff dan adik-adik, inilah pekerjaan yang selalu membuatkan ibu bahagia :)))) Mengingatkan ibu erti syukur punya mama dan abah yang hebak. Terima kasih ma bah. Kakak sayang mama abah sampai syurga!
*lap air mata tak tubik ponnggg.

Sengaja ibu titipkan di sini memori anakanda berumur hampir 3 tahun sebagai memori ibu yang terkadang lupa dan tak pupus dek zaman. Sebagai ubat di kala sedih datang, sebagai kebahagiaan di saat ibu menderita, sebagai peneman ketika ibu sakit gelisah.

Atas stage, kencing kena seluar, ibu tak bawak seluar extra
Muka tak ikhlas ayah suruh pose
Ligat sekali masa orang nak sambut birthday dia
Kemain action je potong, lepas tu sambung lari sana sini
24 jam begini
25jam
Mimik muka sangat 
Drama minggu ini.
Amik order Herbalife
Tak suka pasir atau jenis-jenis mainan macam pasir
Suka makan mi
Mimik muka lagi
Suka rosakkan desert ibu
Suka minum shake
Lagi tis adik
Mengamok gila tahap gaban selepas ni
Tak suka pampers masa ni
Kacau manila kad orang

Anakanda Aliff, sentiasa jadi penyejuk hati ibu. Yang sentiasa mewarnai hari-hari ibu ayah 
ok? Yang mendoakan bila ibu dan ayah dah tiada di muka bumi ini ye nak.
Jadi manusia yang bertakwa dan khalifah unggul memimpin umat.
Anak soleh ibu sepanjang masa.


Salam sayang peluk cium, ibunda mu.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013