Resepi brownies paling senang paling cepat

Bismillah.

Sempena birthday Fateh hari tu aku memang malas nak renyah (leceh-leceh) ni. Jadi aku nak buat something yang senang, cepat tapi sedap ya ampun! Maka terjumpalah aku dengan resepi ni, sebenar dah lama jumpa cuma takde sebab nak buat. So sekarang ambik kesempatan ni buat terus!

Komen : 

persediaan nak buat dalam kurang sejam. Aku start pukul 6 petang lepas tidurkan Fateh. By the time bukak puasa dalam 730 petang dah habis bakar. Senang!

Pulak tuh SEDAP. Especially yang kerns-keras atas permukaan brownies tu. Oh my, terbayang-bayang daku tengah puasa ni. Pekena pulak dengan susu fresh milk di malam hari untuk moreh. Wajib buat raya nanti!

Memang idea juadah atau dessert yang paling senang untuk juadah raya nanti :))

Kek ni dalam 6 orang makan tahan jugak sampai 3 hari. Kalau untuk orang yang asyik makan macam kiteorang lah. Heheheh

So j0m try buat! Sekarang gal pergi kedai beli bahan. Sumpah senang!



Sumber dari Kak Ita  yang femes amos tu. Thank you kak ita. SEDAP SANGAT!

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 

Buat aku tak lena malam

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan. Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler. Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin. Biarkan ia sejuk sebentar



90 gm tepung 
50 gm serbuk koko 
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu Aku x pakai ni

Ayak tepung bersama serbuk koko. 

Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak. 

* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh. 

5 biji telur ~ saiz A 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar coklat emulco 
290 gm gula perang Aku letak 250gm je

Panaskan oven pada suhu 160 C. 

Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. Sapukan loyang dengan sedikit butter. Alas dasar loyang dengan kertas minyak. 

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.




Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi. Kacau rata.


Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat. 

* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung. 

* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ratakan. 

* Kak ita corakkan sikit atasnya dengan coklat putih Aku pun try jugak, tapi tangan tak kretip, buruk jadinya. Baik letak gula icing je. Buat bentuk love ke huhu 

Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna. 

Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit. 

Potonglah brownies kepada kepingan. 

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.


Rangup di atas, lembut di dalam.



Selamat mencuba!


Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013