Bismillah.
Tips untuk 10 malam terakhir ramadhan - oleh Sheikh Tawfique Chowdhury:
1) Jangan biarkan 'usaha' anda sebelum ini meninggalkan kesan dalam 10 mlm
terakhir ini. Saat-saat pengampunan mungkin akan tiba malam ini atau bila-bila masa sahaja dalam malam-malam akan datang! Anda masih berkesempatan. Jika anda benar-benar inginkan malam anda di bulan ini lebih baik daripada sebelumnya, tingkatkan
usaha dan bersedialah untuk lakukan yang terbaik! Mulakan dengan niat yg
positif dan ikhlas!
2) Malam ini, luangkan sedikit masa untuk membaca tafsir surah al-qadr
untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut! Anda
akan dapat merasakan lebih banyak lagi keagungannya dan kehebatannya!
3) Jangan tunggu hingga malam ke 27 untuk berusaha sedaya upaya dalam
ibadah. Kesemua (10) malam terakhir patut menjadi target anda. Berjaga
malamlah pada setiap hari! Adakah anda mahu terlepas malam lailatul qadar
walaupun dengan "tidak sengaja"?
4) Jangan terjebak dalam mana-mana amalan bid'ah atau majlis keraian yang
dianjurkan dan dipromosikan oleh masjid atau masyarakat. Ikutlah
sunnah! Nabi s.a.w telah membimbing kita dengan cara yg mudah: "Sesiapa
yg berjaga pada malam lailatul qadar dengan iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah, semua dosanya yang lalu akan diampunkan"
5) Hafallah dan mintalah do'a yg diajar oleh Rasulullah s.a.w:
"Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'fu 'anni" ( wahai Allah,
Engkaulah yg Maha Pengampun dan Engkau jua zhat yg sukakan
pengampunan, maka ampunilah daku).
6) Sediakan senarai pendek doa-doa yang anda ingin minta. Ingatlah bahawa inilah saat yang sangat hebat dan paling menakjubkan bg hamba-hamba Allah! Malam
Kekuasaan malam penaqdiran! Pilihlah dengan terperinci setiap satu
perkara yang anda inginkan bagi dunia, agama, keluarga dan akhirat anda!
Jgn lupa juga saudara-saudara muslim kita yang sedang dalam kesengsaraan dan
kesusahan ketika ini.
7) Tidurlah seketika pada siang hari (qailulah) jika berkesempatan.
Kurangkan makan dan tidur seawal yang mungkin selepas Isya'. Jangan melewatkn
tidur. Selepas dapat tidur seketika, segarkan diri anda dan bersiap
sedialah untuk beribadah.
8) Janganlah lalai dan melupakan ahli keluarga anda. Rasulullah s.a.w
menjadikan kebiasaan baginda untuk mengejut isteri-isteri baginda pada malam-malam ini. Ya, anak-anak anda juga tidaklah patut dianggap terlalu muda untuk
berqiyaamullail pada sebahagian malam tersebut. Jika mereka boleh dibiarkan
bermain video game atau menonton tv, mereka juga boleh diberi semangat
untuk bangun buat seketika pd mlm itu. Sediakan mereka, jadikan mereka rasa
teruja dan rancanglah aktiviti bagi mereka untuk dilakukan pada malam itu!
9) Lihatlah pada fakta bahawa: cara kita berpakaian dan bersedia untuk
sesuatu memberi kesan psikologi yang besar pada kita. Jadi, pakailah
pakaian yang terbaik, gunakan wangian dan rasakan tenaganya!
10) Pilihlah satu sudut/tempat, samada di masjid atau di rumah anda,
di mana anda boleh bersendirian dengan tenang. Sediakan mushaf alquran,
sejadah dan air berdekatan anda supaya anda tidak terganggu apabila
perlu bangun banyak kali untuk itu dan ini.
11) Penting: malam ini bukanlah waktu untuk pos gambar di tweeter atau
update status fb tentang hebatnya malam ni, atau betapa seronoknya
anda beribadah dan lain-lain. Biarlah ia menjadi rahsia antara anda dan Allah!
Jadi, matikan telefon bimbit, wifi, laptop dan komputer anda.
Putuskanlah hubungan dari perkara dunia dan berhubunglah dgn al-'afuww
(Zhat Yg Maha Pengampun)!
12) Jika anda dapati diri anda terasa mengantuk, pelbagaikan bentuk ibadah anda.
Semoga Allah bg kita taufiq untuk beribadah pada malam yang sangat istimewa.
Ameen
Ameen
Post a Comment