Kisah mata lebam & kaki n tangan melecur Fateh

Bismillah.

9 Ramadhan dah. 

Sekejap je kan korang? 

Masa memang betul-betul cepat berlalu ke aku yang emosi sangat ni. Takut pulak leka sangat dengan dunia, berlalu lagi Ramadhan macam tu je. Tahun ni punya cita-cita Ramadhan dah la besar. Ok kali ni ibu takkan bebel banyak sebab ibu nak fokus kepada anak ibu yang hero no 2 tu. 

Hero no 2. 

Muhammad Fateh Bin Khairil Syazwan. 

Balik je abang dari Filipina, dengan rasminya kelab kami beroperasi pada awal bulan 5. 

Waktu itu, adik Fateh jatuh walker 3 anak tangga. 

Matanya sepet terhentak macammana pun tak diketahui. Kakinya juga cedera. Tapi doktor kata ok. Nothing serious. 


 
 
Yang serius adalah hati ibu. 

Memaki hamun diri sendiri atas kecuaian. Menyebabkan ibu murung dalam 2-3 hari juga. 

Dan kisah lain pula berlaku selepas kami betul-betul determine dan committed gila untuk bekerja 2 minggu selepas buka kelab, iaitu pulangnya daripada EXTRAVAGANZA. Kalau nak cerita kisah adik Fateh ni memang bukan menitik dah air mata malah boleh berjujuran. 

Adik Fateh mukanya memang tenang. Walaupun susah menghadiahkan ibu sebuah senyumannya yang manis, apatah lagi tawa yang mengekek, namun jauh di hati ibu amat yakin dengan kehebatan adik Fateh. 

Adik Fateh seorang yang kuat. Sejak lahir lagi latihan demi latihan Allah beri pada adik Fateh. 

Parut tangannya yang dicucuk acap kali untuk ambil darah ketika di NICU masih berbekas lagi, boleh ditambah lagi dengan parut demi parut yang lain. Apabila kami bersemangat waja untuk bekerja, Allah bagi lagi hadiah pada kami. 

Adik Fateh demam. 

Bukan sehari tapi hampir 4 hari. Dalam keadaan demam, ibu bawa juga ke roadshow. Apapun selepas consider beberapa perkara. Bukan samberono je ok. 

Alhamdulillah, adik Fateh memang kental. Dan akhirnya hari keempat beliau sihat dan ceria lagi. 

Waktu ni, waktu di saat tengah semangat kan, bila berlaku hal macam ni boleh jatuh semangat kau kan? Tapi alhamdulillah kami berdua positif seakan dah lali dengan ujian demi ujian. Allahu akbar, Allah beri pinjam kekuatan pada kami. 

Belum cukup lagi tu. 2-3 hari kemudian, berlaku pula latihan yang lain pula. 

Kali ini adik Fateh terlanggar cerek air panas. 

Melecur kaki dan jari kelingkingnya. 


 

Allahu. menangis tanpa henti lebih sejam. Lalu kami putuskan untuk bawa ke klinik. Di klinik, misi bagi ubat tahan sakit, lalu ketiduran malaikat kecil ini. 
.

Hati ibu mana tak pecah berkeping-keping tengok anak dalam keadaan macam ni. 

Yang masih kecil. Yang masih tak pandai mengaduh. 

Dik Fateh. Ibu sayang dik Fateh. Dik Fateh jangan marah ibu ye. 

Ibu tak dapat bagi lagi dik Fateh yang terbaik. Ibu usaha lagi ye sayang. 

Waktu ni aku hampir rebah. Hampir putus asa. Hampir mengalah. 

Tapi aku silap. Rupanya Allah hantar peristiwa ini untuk aku muhasabah. 

Allah tunjuk betapa kuatnya adik Fateh, sebagai tambah nilai kepada mutu kerja kami sekarang. Supaya kerja kami lebih berkualiti, lebih kuat, lebih rajin dan lebih ikhlas. Allahu Allahu! 

Betul. Anak-anak nampak je nakal. Nampak je hal macam-macam. 

Tapi itulah dia kekuatan dan pengajaran terbesar buat kami ibu ayah yang masih belajar. 

Ada lagi ke sebab lain yang boleh buat aku mengalah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku rebah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku malas. 

Kalau ada, masuklah ke dalam kamar anak-anakmu Nadiah. 

Dan lihatlah, tenunglah sedalam-dalamnya. 

Wajah anak-anakmu itu ketika tidur Nadiah. 

Itulah wajah yang memberi maksud sebenar mereka ketika itu. 

Tenang, bersih, sangat mengasihani. 

—— 

Adik Fateh, 

Andai nanti ibu dah takde di muka bumi ni. 

Andai nanti adik Fateh terbaca coretan ini. 

Maafkan ibu, sayang. 


Ketahuilah ibumu ini, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, lebih baik, lebih baik untuk mu, abangmu dan adik-adikmu. Ibu yakin dan sentiasa berdoa, adik Fateh menjadi seorang yang luar biasa dan hebat! 

Ameen.

Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013