Resepi kuih raya senang | crispy crunchy caramel

Bismillah

Yey! Hoyye!

Akhirnya terlaksana jugak impian setahun lepas. Menghidam nak buat biskut ni.

Kebetulan hari tu, pergi YUMMIES untuk beli bahan buat brownies, sekali eh ada pulak terjumpa bahan-bahan nak buat crunchy caramel ni kan? So apa lagi, projek oven la kita.

Biskut ke kuih ke tak kisahlah. Tapi kudap-kudapan ni memang menghantui diri ini setelah sekian lama. Sebab google cara dia memang kacang gile nak mam kan? Lepas tu atas alasan apakah yang boleh aku bagi untuk tak buat kudap-kudapan ini wahai teman semua?

Yang tambah tak puas hatinya, hari tu nak buat benda alah ni, kedai alat dan bahan buat kek boleh dia tak tau apakah itu tepung florentine? Memang makcik panas je kan. Punyalah fofuler tepung ni tahun lepas boleh dia tak tahu. Ke aku yang salah sebut? Aku siap cakap ala yang buat biskut nipis tu kak. Pon tak tahu gak sabau jela.
RM15.90 d pest price so far. Only at YUMMIES, Bandar Baru Bangi



Kenapalah aku kasik intro punya baik untuk entri ni terhadap tepung di atas ni je?

Sebabnya, punyalah senang tahap 7 langit cinta kan? Apa perlu buat campu je bahan (badam,bijan hitam dan bijan putih) dengan tepung ni, ting siap!

Ting tu sekali kau kedip mana dik.





FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Kertas bakar kek, bukan kertas minyak ye. Takut melekat nanti payah cabut. Kertas ni boleh basuh dan guna semula.

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Guna pisau potong pizza lebih afdol.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Ting!





Jangan terkejut tengok warna keemasan macam mahal sangat je kan biskutnya. Asalnya aku letak 10 minit. Kesilapan pada kali pertama ni aku pergi tambah lagi 10 minit. Memang takde kerja betul makcik ni. Ko jangan risau lah kalau masukkan 10 minit tapi tak keras lagi.

Karamel akan mengeraskan kekacang tu apabila dia dah sejuk. So masa dia tengah panas tu lah kita nak kena potong sesiap. Ye hadik-hadik sekalian?

Cak!

Ha inilah dia pakcik yang disyaki mengurangkan jumlah ais kat kelab kami. Haip, biasa tu dia!

----

Eh la, dah tunggu apa lagi dok belek belog hakak ni?

Dah amik kunci motor ke kereta ke gi kedai bahan buat kek cepat kasi settle kehendak tekak dan perut tu. Supaya raya nanti taklah jakun semacam kalau pergi raya rumah orang jumpa balang berisi kuih ni.

Da da~

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013