#lagi post masa berpantang tahun lepas
Bismillah
Dah hampir kita menyambut raya dan hari ni genaplah ---- hari aku berpantang. Sobs tak habis lagi pantang rupanya aku ni. Tapi raya serupa dah lupa diri macam anak dara lagi. Memang sungguh-sungguh mempergunakan cuti raya ni.
Teman-teman dah mula puasa sunat raya? 6 hari jew. Lagi awal settle lagi cepat lega. Boleh fokus open house hujung minggu, #eh? Tersasul sat. Boleh fokus kerja-kerja lain selepas raya, contohnya ziarah menziarahi, ada yang dah mula kerja, ada yang nak balik kampung sebelah bini/suami pulak kan? Ha baguslah bagi yang dah bersedia nak mula puasa sunat tu. Niat puasa? Ha gini kekdahnya,
Tetiba, raya-raya ni, aku tersuka hati pulak nak share apa antara amalan yang ibu berpantang wanita dalam nifas / wanita haid / boleh buat dalam bulan Ramadha. Ye, aku tahu memang lambat nau lah aku nak share nya kan? Tapi lebih baik aku share sekarang. Sebab dalam mood pantang lagi, mana tahu boleh manfaat orang lain pada masa-masa akan datang, ye dak? Nak menaip ni pun bukan main satu cabaran. Mana taknya. Baby Fateh bukan jenis yang menidurkan diri sepanjang masa. Terpaksa 'take 5' 8 lagi, 8 lagi.
Kebanyakannya pasti bersedih gundah gulana kerana tak dapat ikut berpuasa dan beribadah kan?
Sekarang tidak lagi, kita sebagai wanita yang dilarang berpuasa dan beribadah pun boleh enjoy Ramadhan to the bits! Yieeehaaaa.
Apa nak buat?
Amalan ibu berpantang / wanita haid di bulan Ramadhan
1. Redha
2. Membaca dan mendengar ayat-ayat Quran tanpa memegang mushaf al-Quran
3. Tadabbur ayat-ayat Quran, menghayati makna dan terjemahan ayat-ayat tesebut.
4. Zikrullah dan berselawat ke atas Nabi
5. Memohon keampunan dan berdoa mohon hajat
6. Melakukan ibadah, amalan soleh yang lain dan kebaikan
- Menyediakan juadah untuk orang bersahur dan berbuka
- Muhasabah diri
- Membaca buku agama dan menginsafi diri
- Menghadiri majlis ilmu
- Amar maaruf nahi munkar, mengajak manusia melakukan kebaikan dan kembali serta lebih menghayati kepada Islam, boleh melalui blog/facebook/instagram. Tapi biarlah dari sumber yang sahih
- Membantu orang dalam kesusahan
- Berinfaq
- Mendoakan kesejahteraan orang lain. The power of doa. Masya Allah!
Post a Comment