Kenapa kau suka motor, anak?

Bismillah.

Dua tahun empat bulan.

Melayan umat yang satu ni memang agak mencabar dengan umat yang satu lagi dalam perut ni kan. Kadang-kadang ibu boleh give up dan pass pada ayahnya. Agaknya sebab tu Aliff manja dengan ayah lagi daripada dengan ibu. Sobss takpelah nak, ibu pasrah je la

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun, untuk putus susu dan tidur asing semua berjalan lancar. Masih ada satu bab yang terpaksa ibu lalui dengan tabah. Tantrum 2 tahun ke atas.

Sampai ibu belek-belek internet puas dah, tak cukup lagi? Beli dan baca buku lagi. Ada bagus jugak ye Aliff kan? Dulu masa Aliff baby je ibu rajin baca buku. Agaknya petanda Aliff nak suruh ibu bukak dan baca buku-buku tentang parenting laggi. Bukan masa baby je. Ilmu parenting sampai anak besar panjang pun kena menuntut lagi. Nauzubillah, ya Allah,  jauhkan aku daripada sifat bajet tahu dan bajet bagus.

Jadi, topik kali ni memang pasal Aliff je lah ibu nak cerita. Lama dah tiada catatan tentang anak yag sorang ini. Banyak sangat perkembangan beliau menjelang 2 tahun 4 bulan ni. Butir-butir perkataan makin jelas dengar. Tapi sejak masuk sekolah ibu perasan Aliff macam makin garang jew. Cakap dengan ibu pun main tuuding-tuding jari lagi. amboih.

Tapi obviously, sejak 2 menjak Aliff meang obses dengan motor. Penangan pakcik Kori dia rajin layan dia naik motor. Asal petang-petang atau pagi sebelum pergi kerja, naik motor dulu. Nak umpan pergi sekolah hari tu pun kasi seround, senyap terus dari amukan ganas pagi tu.

Ibu fenin sekarang, setiap masa nak ci (kunci) lepas tu ajak keluar nak to (motor). Tau pulak tu pokcik dia letak mana kunci tersebut. Sokmolah pakcik Kori dia hangin, nak keluar kunci motor tak jumpa. Adohai anak!

Selamat naik motor ni. Takde eksiden2

Berebut dengan ayah nak main game motor dalam pon

Siap-siap pakai topi kaledar, paksa ibu angkat duk atas motor. Hadoi

Macam biasalah. Kalau tak dapat apa yang dia nak mengamok sokmolah dia. Maaflah ibu kadang-kadang tak layan. Nenek jugak yang rajin layan. Dia geram leteww kita macam buat tak paham apa dia nak kan? Kadang bukan nak sangat pun. Samada letih, nak main, atau nak tidur je
 

Baru ni Aliff potong rambut. Semua cakap macam budak nakal. Ahaks sebelum ni punya ibu dan ayah tahap takde masa, rambut kemain panjang tak potong-potong. Sekali potong hah amek kasi pendek gila supaya lambat lagi nak pi balik kedai gunting rambut no!

Kalau nak tahu, Aliff dah masuk sekolah sebab aktiviti kat rumah ni kalau ibu tak rajin melayan (baca:sibuk) samada tengok upin ipin atau pocoyo. Hoi tak leh jadi ni asik laya kotak bodoh tu je. Jadi istikharah punya istikharah, ibu pun hantar ke playgroup. Memang agak kepelikan sikit kecik lagi nak hantar sekolah. Tapi buat apa nak pelik kalau kat rumah pun, asyik nak mintak tengok upin ipin je. Kalau ibu ajak water color ke main kotak-kotak ke, nanti berakhir dengan ibu main sorang. Nampak beno nak geng. Nak geng eh, hantar playgroup dulu. Belajar bersosial. Nanti adik dah tubik kita rajin-rajin homeschool kat rumah pulak ye sayang

Bertahan 20minit


 
Peberet beliau : Oglio

Selepas dinding jadi mangsa kretip beliau


Syok! Sambil bawak Aliff jalan, sambil berfit club sambil bagi flyers

Kalau ke Nutricity inilah teman baik beliau : bangku 4 kaki

Belajar makan ais krim kon

Hobi sekarang snape2 gambar banyak kali sampai penuh memori


Penat berendam dalam sungai, makan pastu lentok. 1st camp Aliff

Lepas motor, baru cari basikal

Belajar-belajar berfitness

Dah bosans angat leteww ibu tak layan dia

Kemain, ada geng kadang baik kadang buli adik

Youtube kat pon pulak.

alhamdulillah ibu perasan lepas masuk sekolah ni dah jarang nak pocoyo atau upin ipin. Kalau dulu sepanjang masa! Ibu pun dah seriau. Sekarang suka paksa ibu main ball dan dokong nak motor je. T_________T Fooonaaaaaaaat mak! Aip ibu, jangan komplen jangan komplen. Kau ibu kepada khalifah unggul

Biasalah. Ibu mana tak penat kan. Nak kena remind diri sendiri setiap kali. Anak tu tengah nak berkreativiti dan bereksperimen. Layan kan jela

Petanda anak happy: Suka buat perkara baru n sangat enjoy dengan benda yang diexplore

Petanda anak bosan : Asyik buat benda yang sama n cepat bosan kalau bagi sesebuah task

Ibu-ibu sekalian yang gojes,

Jom lebih kreatif dalam membesarkan anak, supaya nanti anak lebih genius lagi dan jadi manusia lebih berkualiti dunia akhirat. Oh ye, jangan lupa pula prepare dan beri good nutrition untuk anak. Bagi yang tak sempat fikir atau sediakan complete nutrition untuk anak, apa lagi? Herbalife shake! Insya Allah 55 nutris, 18 asid amino, herba dan fiber. Gula pun tak tinggi. Sebagai gantian susu biasa.


Posted in , , , , , | Leave a comment

Lama menyepi

Haah lama sangat sangat.

Kenapa tah.

Sibuk tu memang agak sibu, tapi biasanya kalau sibuk mana pun mesti ada masa nak update belog. Cuma setiap kali nak start menulis mesti ada sesuatu yang menghalang. Macam tawar hati sikit nak berkongsi. Sebab takut terkongsi perkara yang sia-sia. Na'uzubillah.

Insya Allah, selepas beberapa ketika diberi kekuatan oleh Allah lagi untuk mula berkongsi. Dengan sebuah pendekatan baru. Insya Allah. Aliff sihat-sihat je begitu juga adiknya. Oh ye Aliff pun dah mula bersekolah dari jam 8pagi sehingga 1tengahari. Seminggu pertama agak moody, alhamdulillah abam seorang yang cepat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan dan aktiviti di sekolah, sekarang dah pakat suka pi sekolah.

Tak sabar pula nak mula membebel semula. Ihik

Leave a comment

Fun mehhhh Herbalife

Apa kata

CEO

Distributors

Staffs

Customers

tentang Herbalife?

Weeeeee *Kedup-kedip mata bangga.

Enjoy d video!


Posted in | 1 Comment

Resepi Muffin Coklat yang sangat senang!

Bismillah

Baru-baru ni, tetiba feeling rasa kesiaaan kat Aliff. Kesian, tak dapat perhatian ibu sepenuhnya. Ibu tak masak 3 kali sehari untuk dia, tak main-main dengan Aliff setiap hari. Alhamdulillah, jalan-jalan kat Big Bad Wolf 2012 baru ni, terjumpa buku simple ni RM 8 je. Don't Sweat The Small Stuff For Moms.

Memang sesuai nau untuk ibu yang cepat gelabah ni. Dalam buku ni ada mention, memang impian seorang ibu untuk jadi perfect mom dan sangat jeles kalau tengok kawan-kawan yang boleh masak, layan anak sepenuhnya. Tapi dia mention, bukan semua ibu mempunyai situasi yang sama. Ada yang bekerja ada yang tidak. Jadi, sesuaikan masa bersama anak mengikut keadaan. Kalau rasa tak boleh sentiasa bersama, make sometime special untuk anak. Time management penting! Macam-macamlah dia ajar. Tak payah nak stres ke apa. Enjoy je perjalanan sebagai seorang ibu.

Teringat kata-kata Madam Martinelli masa aku kelas dengan beliau untuk Community Service dulu. "Ramai kawan-kawan saya pelik saya sibuuuk dengan program dengan anak yatim, bantu anak-anak orang susah sampai tiada masa untuk anak sendiri. Tapi saya yakin apabila saya buat sesuatu ikhlas, dengan mengharap redha Allah dan manfaat orang lain, insya Allah, Allah akan jaga anak saya." Alhamdulillah, anak-anak beliau kini semuanya sukses belaka.




Walaupun ibu tak cukup memasak untuk Aliff 3 kali satu hari, tapi syukur alhamdulillah ibu dapat sediakan pemakanan nutrisi lengkap Herbalife pada ayah dan Aliff. Itulah antara tugas terbesar seorang ibu dalam rumah untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak dan sumac. Dalam keadaan yang sibuk buat kerja rumah dan kerja-kerja Herbalife, ibu boleh sedikit lega tahu yang anak dan suami ibu mendapat khasiat secukupnya dalam pemakanan harian sebab pagi-pagi kita semua ambil sarapan pagi sihat Herbalife, sayang.

Lagi sebuah kesyukuran adalah apabila buat Herbalife, masa untuk bersama Aliff dan kerja adalah flexible, boleh adjust. Cuma perlu lebih berhati-hati dan lebih berdisplin dalam pembahagian masa. Kalau ralit sikit memang boleh habis masa dengan Aliff je. Insya Allah tak sepenuh masa bersama Aliff membuatkan beliau boleh berdikari, insya Allah amin!

Alhamdulillah minggu lepas sempat meluangkan masa bersama Aliff untuk buat muffin coklat yang kacang gila nak mampus! Kat sini ibu dan Aliff share resepinya dan cara buatnya ye puon-puon.

Resepi brownies / Resepi muffin coklat 

Bahan-bahan :

  • 140g mentega
  • 400 gram coklat masak (coklat makan pun boleh)
  • 100 gram gula halus (aku guna 80 gram je)
  • 4 biji telur
  • 120 gram tepung naik sendiri (kalau takde tepung naik sendiri, guna 120gram tepung gandum+1 sudu kecil baking powder)

Cara buatnya :

1. Timbang mentega dan coklat. Kemudian, potong kecil-kecil coklat supaya nanti senang cairkan.



Boleh upah pembantu untuk buat kerja yang leceh begini



2. Sementara pembantu buat kerja leceh, timbang gula dan tepung (ketepikan tepung) dan campurkan gula dengan 4 biji telur ke dalam mangkuk lain dan kacau. Ketepikan.




Juga minta pembantu buat kerja senang begini supaya kita boleh fokus kepada kerja yang lebih mencabar.

3. Inilah kerja mencabarnya. Letak coklat dan mentega dalams ebuah periuk. Periuk tersebut diletak dalam kuali berisi air. (konsep double boiler, supaya coklat tak hangus). Kacau sehingga cair dan coklat nampak berkilat.




4. Sementara tu, minta pembantu untuk menyusun bekas muffin.


5. Apabila selesai coklat dan mentega dicairkan, campurkan adunan telur dan gula tadi. Kemudian, letak tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga semua tepungs ebati dengan adunan coklat.


6. Selepas adunan sebati, masukkan ke dalam bekas muffin menggunakan penyedok ais krim atau senduk. Kemudian boleh tabur manik hiasan.


6. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit dan sedia masukkan tray ke dalam oven dan turunkan suku kepada 160 darjah celcius selama 30 minit. Bahagian ini paling mencabar. Jadi sentiasa pantau pembakaran dan jangan leka waktu ni. Untuk pastikan kek dah masak, cucuk kek dengan lidi. Kalau dah masak, tiada apa-apa yang melekat pada lidi. (mungkin adalah sikit-sikit).


Sementara muffin masak, boleh ratah saki baki coklat atau cicah dengan roti seperti watak di bawah ini sedang lakukan.


Kebiasaannya, tanda muffin mula masak adalah bau coklat yang harum. Siap dan ngap!



Tada, muffin coklat hasil tangan Muhammad Aliff Bin Khairil Syazwan.


Begitulah puon-puon, resepi dikongsi oleh kak yani, luar biasa resepi-resepinya!

Baiklah.

Para ibu sekalian, insya Allah kalau niat ikhlas dan betul-betul determine nak spend masa yang berkualiti dengan anak, anda tetapkan masa dan buat terus. Biasa yang asyik tak jadi sebab banyak sangat tangguh, betul tak? - Daripada ibu yang banyak buat silap juga.



Posted in , , , , | 1 Comment

What Herbalife can offer you and me?


Everything about Herbalife. Insya Allah info yang bermanfaat!

Enjoy the video

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013