Bismillah
Sepanjang jadi mak orang ni kan, memang banyak kali aku terbabas.
Rilek jangan panik.
Bukan terbabas kereta malah terbabas kari ;P
Tapi terbabas perasaan, tingkah laku dan mungkin juga terbabas kata.
Mana tidaknya, anak-anak membesar bagai juara gitu. Memang mengundang latihan keimanan yang tinggi. Tapi dalam perjalanan membina benteng kesabaran itu, kadang-kadang aku tersungkur jatuh, sakit mengaduh sendiri.
Kadang lupa, kadang ingat cepat-cepat istighfar.
ASTAGHFIRULLAH.
Dan masa sendiri membelek timeline FB terjumpa ini sebagai pengubat diri yang tercari-cari solusi.
|
Pentingnya IHSAN dan RAHMAH |
Datang sebagai peringatan untuk diri ini.
Yang selalu lupa untuk mendidik hati.
ALLAH MELIHAT CARA KAU MENDIDIK ANAK, NADIAH.
DIDIKLAH DENGAN KASIH SAYANG SEPERTI NABI MUHAMMAD MENDIDIK UMAT.
Allahuakbar.
Betullah orang cakap, nak didik anak jadi baik mak ayah dulu kena baik.
Betullah orang cakap, nak didik anak jadi SABAR mak ayah dulu kena SABAR.
Jadi, kat sini nota untuk diri sendiri sebagai reminder dari masa ke masa macammana nak terapkan kesabaran dalam diri anak-anak.
8 perkara yang perlu ibubapa tahu untuk melatih anak menangguh kemahuan
1. Luang banyak masa bersama untuk melatih anak bersabar
Rahsia untuk menerapkan budaya sabar dalam diri anak-anak bukanlah setakat anak itu mampu menunggu kita dengan baik, sopan dan santun.
Kajian menunjukkan anak-anak yang baik dalam bersabar (menangguhkan kemahuan) adalah apabila mereka belajar untuk mengalih perhatian kepada perkara lain.
Contohnya sementara menanti ibunya mengambil makanan atau susu untuk mereka, mereka boleh mengalih perhatian kepada menyanyi lagu, bermain kaki sendiri atau sebagainya.
----
2. Tangguhkan masa kita respon pada anak-anak
Ye saya tahu, kita pernah terbaca kalau bayi atau kanak-kanak minta sesuatu cepat perlu diraikan. Perkara itu boleh diteruskan.
Apa yang mahu ditekankan di sini adalah untuk membentuk satu rutin atau tabiat yang mana apa yang kita boleh lakukan, apabila anak-anak minta sesuatu tapi kita dalam keadaan sibuk.
Contoh situasi
+ Apabila anak meminta untuk koyakkan tisu semasa kita sedang memasak. Beritahu padanya sebentar sahaja lagi selepas selsai ibu memasak atau dalam kiraan 10.
+ Apabila anak mahukan sesuatu barang yang tinggi, rendahkan barang pada kemampuan anak untuk mengambilnya. Tanpa perlu kita beri terus padanya.
------
3. Manfaat sekiranya kita tangguhkan kemahuan anak-anak
+ Anak belajar untuk bersabar dan boleh mengawal kemahuan
+ Anak kita sedar bahawa bukan semua perkara yang dimintanya akan dapat perhatian segera.
+ Latihan menangguhkan kemahuan ini, secara tak langsung anak membesar menjadi lebih matang.
+ Anak boleh biasakan dengan masa terluang. (cope with boredom)
+ Anak boleh mengawal suasana panik
-----
4. Melatih anak-anak bina rutin
Setiap anak perlu diberi pembelajaran tentang limit dalam setiap tindak tanduk mereka. Tapi lakukannya dengan kasih sayang.
Contoh situasi
+ Lego bersepah : Beritahu padanya selepas bermain kemaskan. Dan tunjukkan cara yang betul untuk mengemas. Anak-anak pasti suka sekiranya kita kemas bersama
+ Anak-anak bertaburkan buku : Beritahu tindakan itu perlu dihentikan dan tunjuk pada mereka bagaimana untuk meletakkannya semula. IGNORE kalau mereka tak mahu ikut apa kita kata. Anggap kita sedang memberi pelajaran pada mereka.
Anak-anak perlukan masa dalam proses pembelajaran.
“It takes both loves and frustration for the child to construct himself”.
-----
5. Teknik bila anak mencelah kita sedang dalam perbualan
Selalukan anak tak sabar-sabar nak bercakap dengan kita, baik masa kita bersembang di telefon atau dengan kawan-kawan.
Memang anak-anak energinya banyak jadi excitednya pun lebih.
Setiap anak caranya berbeza tapi teruskan berusaha. Apa kita boleh cuba praktikkan apabila anak mencelah, adalah :
+ Henti sebentar perbualan dan beritahu pada anak-anak, "ibu sedang dalam perbualan, nanti selesai ibu main dengan adik.” Pastikan kita tunaikan janji tersebut.
+ Semasa dalam perbualan sentiasa lihat mata anak, dan lambai atau tunjuk tanda bagus menandakan kita rekognisi kewujudan dia bersama-sama aktiviti yang kita sedang lakukan.
+ Ajarkan perkataan ‘urgent’ sekiranya benar-benar penting.
+ Tunjukkan muka kita pada kawan yang sedang kita berbual supaya mereka faham kita sedang ‘bekerja’.
Latihan ini penting kerana kita bukan sahaja dapat menikmati masa bersembang malah mendidik anak-anak untuk belajar adab apabila bercakap dengan ibu ayah dan sedar apa yang sedang berlaku.
Latihan ini juga bukan semestinya pasti anak-anak tidak akan mencelah perbualan ibu ayah lagi, namun anak-anak akan faham dan biasa dengan keadaan ini di mana mereka tidak mudah mendapat perhatian ketika ibuayah dalam perbulan dengan orang lain.
-----
6. Anak-anak juga tidak mahu diganggu
Terutama ketika anak sedang bermain, eakkan bertanya soalan atau ubah plan. Ketika itu anak sedang menyerap sesuatu mungkin pembelajaran/ imiginasi ketika bermain.
Sekiranya ingin bertanya, minta izin dahulu daripada anak-anak.
“Kakak, ibu nak tanya kakak soalan boleh ke?”
7. Belajar menangguh kemahuan adalah skil kehidupan yang sangat penting
Anak-anak yang belajar mengawal kemahuan ketika usia awal kanak-kanak adalah lebih baik supaya mereka tahu bagaimana untuk respon kepada sesuatu cabaran dewasa nanti.
Percubaan untuk menyediakan anak-anak dengan semua benda yang diminta ketika usia masih kecil dengan alasan supaya mereka gembira adalah tidak bagus untuk masa depan mereka nanti.
-----
8. Melatih anak-anak bersabar memerlukan kesabaran yang tinggi
Anak-anak tidak akan bijak menangguh kemahuan atau menjadi seorang yang penyabar dalam masa satu hari.
Melatih diri untuk bersabar adalah pendidikan seumur hidup iaitu pembelajaran berterusan—skil dan nilai.
Konsisten.
Bila letih dengan satu cara, cuba alternatif lain pula. Wallahualam.
Hubungi 0123141422
untuk mulakan program kurus herbalife
Instagram : nurulnadiahahmad