Showing posts with label Fateh. Show all posts

Kek tembikai


Bismillah

Hari tu kekonon baru buat DIARI FATEH.

Tetiba 7/7/2015 dah 2 tahun.

Iya.

Anak saya yang no 2 dah 2 tahun.

ALHAMDULILLAH.

Menjadi rutin setiap kali datang hari istimewa untuk anak-anak dan suami, mesti nak buat somthing. Tapi tak dapatlah kami nak buat gempak pasal kami ni rakyat marhaen yang hidup berjimat cermat akibat kemelesetan ekonomi yang dahsyat.

Wah wah wah kemain tak padan tak kira Ramadhan bulan mulia pun macam macam isu panas keluar bulan ni. Isu duit rakyat masuk akaun Najib, isu doktor kerja belerbihan masa (takziah kepada doktor yang terlibat kemalangan jiwa tersebut), isu nilai matawang RM jatuh. Itu belum campur isu campak bayi dari tingkat 5, isu orang tak puasa kedai makan bukak macam biasa, isu rompak sambil bogel. Oke stres-lah!

Sorry Fateh, ini sepatutnya menjadi entri yang ceria dengan karenah anak ibu sorang ni.

Ter emo benda lain pula.

Baiklah pointnya, akibat begitu banyak isu bermain di benak fikiran hamba yang kerdil ini, tambah lagi kekangan masa yang perlu dibahagi dengan aktiviti ibadah dan anak-anak, ibu jadi panik bila tak ada plan lagi untuk buat apa sempena birthday Fateh tu.

Hari sebelum ulangtahun, ibu duduk sambil minum teamix selepas teraweh. Tiba-tiba datang idea ini.

Tada!

Nak buat kek paling senang di hati ku

No no no. Bukan kek red velvet. Too mainstream beb.
Inilah dia kek paling sihat dalam dunia, kek tembikai.
Alhamdulillah seronok sebab Fateh suka. 

Macam hari-hari sebelumnya, kalau kami buka puasa memang Fatehlah orang paling sibuk untuk mencedok dan mengambil semua makanan yang ada di depannya tapi makannya cuma ciput je. Bukan tu je, air pun nak dituangnya, nasi nak dicedoknya, lauk nak sendukkan pada ibu ayah, abang nak kicap, dia pun nak kicap. 

BUSY!

Ibu faham, Fateh memang tengah teruja untuk latih skil baru fateh mencedok (transfer) barang dari satu tempat ke satu tempat lain (sempat monitor perkembangan anak, nampak?) 

Tapi izinkan ibu berbuka puasa dengan aman sebentar boleh ke dik Fateh?


Salam ulangtahun puteraku yang ke 2.

Semoga menjadi anak soleh, hamba Allah yang bertakwa.

Semoga menjadi Mukmin yang rajin baca, hafaz, amal dan manfaatkan Quran pada masyarakat.

Untuk kenal Allah kita perlu mencintai Quran kerana itu semua ayat-ayatNya, ye dik Fateh.

Ibu ayah sayang Fateh to the moon and back!

:*

-----

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad





Posted in , | Leave a comment

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

Bismillah

Semalam masa siap-siap nak pergi sekolah, terkejut beruk ibu bila Aliff tumbuk perut adik dia.

Aku apa lagi, tindakan refleks haruslah menjerit. Sekarang Aliff pulak yang terkejut beruk. Huhuh. Kesian dia. Lepas tu mengamuklah beliau tak nak ke sekolah. Drama ke acane ni?

Bila ada masa free sikit ibu pun try google pasal parenting dan tertonton video ustaz Hasrizal tentang mendidik anak menurut surah Luqman. Point yang paling ibu ingat adalah, ustaz dan isteri pun pernah mengalami masalah sama yang mana anak-anak berperangai bijak dan luar biasa. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membetulkan mana yang salah dengan membuat temujanji dengan doktor dalam hal ehwal kanak-kanak ni. Jadi doktor bagitahu pada ustaz untuk IGNORE SEMUA KESALAHAN DAN BAGI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEBAIKAN ANAK-ANAK. 

Memang susah sangat kalau kita nak buat donno je kalau depa baling barang pada kita, cubit dan buat salah depan mata kan?  Menguji kekuatan iman beb. Akhirnya selama sebulan, sikap anak-anak mereka menjadi lebih baik dan boleh dikawal.

Alhamdulillah, seronoknya dan insya Allah aku nak cuba. Nanti mungkin boleh share pada masa akan datang. 

Kali ni, aku nak share input yang dapat masa seminar dengan Sheikh Yahya, Muslim DNA tahun lepas. Masya Allah bests angat dan kami suami isteri berterima kasih sangat kepada Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Barakumullahukhairan--

Aku nak share kesilapan yang biasa mak ayah buat TANPA SEDAR yang sebenarnya mendatangkan kesan jangka lama pada anak-anak. Tak lain tak bukan sebagai MUHASABAH DIRI di bulan baik ni. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik bersejarah dalam hidup, azam untuk menjadi ibu ayah lebih baik, anak lebih taat dan hamba Allah lebih ekselen. Ameen!

----

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

1) Tindakbalas ibu ayah yang keras terhadap kesalahan anak di mata mak ayah

2) Anak jadi kurang keyakinan kerana ibu dan ayah sibuk bagi nasihat je dan bukan bagi galakan dan sokongan

3) Anak tidak mempertahankan diri sendiri kerana ayah dan ibu terlalu mendisplinkan anak di khalayak ramai

4) Kalau anak jenis yang suka ambil barang orang sukahati je ini sebab mak ayah suka beli banyak barang untuk anak tapi tak bagi pilihan apa yang anak suka. Tiada pilihan untuk memilih.

5) Kalau anak jenis tak berani mencuba, maksudnya kita mak ayah ni cepat sangat tolong settlekan untuk dia. Bagi dia buat sendiri.

6) Kalau anak tak hormat orang lain, ni sebab mak ayah selalu bagi banyak sangat arahan. Banyakkan berbual.

7) Kalau anak cepat marah tu maksudnya nak perhatian kita mak ayah. Puji kalau diorang berusaha buat benda baik. Kalau nakal, elak daripada bertindak keras.

8) Kalau anak cepat jeles, sebab mak ayah selalu puji bila anak berjaya. Puji atas usaha dan lebih baik.

9) Kalau anak suka kacau kita, maknanya kurang dakapan. Mak ayah peluk anak banyak-banyak selagi sempat.

10) Kalau anak suka pertahan diri sendiri, ini disebabkan ibu dan ayah suka suruh anak yang tak sepatutnya (unreasonable)

11) Kalau anak jenis berahsia tak nak share apa-apa dengan ibu ayah, sebab mereka dah hilang kepercayaan pada kita

12) If your child does only what others tell them because you make them as a decision breaker."Kalau tak pakai baju ni, kits tak akan keluar."

13) Kalau anak remaja bermasalah selalunya disebabkan ibu dan ayah lebih pentingkan mulut/persepsi orang lain daripada anak sendiri.

Berikut adalah KESALAHAN yang selalu mak ayah terlepas pandang :

1) Terlalu mendisplinkan anak depan kawan-kawan dia

2) Buat keputusan, tukar, tukar balik, lepas tu sukahati tukar lagi. Lepas tu marah-marah anak tak ikut betul-betul keputusan yang dibuat. 

3) Marah dan pukul anak, lepas tu mintak maaf

4) Terlalu fokus pada akademik dan mengendahkan pada agama dan akhlak seorang Muslim

5) Belikan anak SEMUA benda yang diorang mintak tanpa mengatakan tidak sekelumit pong.

6) Ajar anak takutkan ibu dan ayah lebih daripada belajar daripada kesilapan. Lebih lagi daripada takutkan Allah

7) Selalu tanya pada anak-anak siapa, apa, bila, bagaimana dan lalalala. Macam polis pencen

8) Layan anak macam perabot

9) Ibu dan ayah selalu risau pandangan atau mulut orang lain lebih daripada risau pandangan Allah

10) Konon-konon nak motivasikan anak dengan cara BANDINGKAN dengan anak orang lain

11) Potong atau cut terus masa anak main game dan TV

12) Terlalu sibuk hal masalah keluarga orang lain, sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada

13) When you sons investigate other sexes, but when your daughter is wrong

14) Bagi kebebasan penggunaan internet, unlimited WIFI

15) Lebih pentingkan adat, amalan turun temurun 

16) Selalu suruh anak-anak buat sesuatu tapi ibu ayah buat yang sebaliknya!

-----

Semoga kita mengambil langkat dan tindakan yang lebih baik. Buat sekali tak jadi, cuba lagi. Tiada skema jawapan dalam mendidik anak. Dan Allah bagi semua anak mempunya specialtynya lain-lain. Amboih specialty tu macam menu restoren sangat. 

Kadang-kadang terasa sangat letih, sangat penat nak layan mengamuk, sembang, kencing berak, main, belajar, susu anak-anak. CEPAT-CEPAT ISTIGHFAR! Satu hari mereka akan membesar dan semoga semua perasaan kita dulu pada mereka tak wujud dalam diri mereka saat kita tua nanti. Na'uzubillah.

Cabaran bekerja di rumah sangat tinggi, lebih-lebih lagi untuk aku yang sangat memerlukan fokus yang tinggi. Aku jenis sangat tak boleh berserabut dan bising-bising mesti nanti satu kerja pun tak boleh buat apa. Jadi aku ambil ini sebagai cabaran.

-----

Dalam ceramah ustaz Hasrizal ada cerita,

Masa dia bekerja di Hospital IJN dulu, ada seorang pesakit yang akhirnya setelah menunggu lama mendapat jantung baru. Penderma pula kebetulan pernah melihat berita pesakit tersebut dan berkata kepada ibu beliau berikan jantungnya kalau dia meninggal. DItakdirkan 2 hari kemudia dia meninggal. Selepas, IJN menerima panggilan si ibu, pasukan dari IJN bergegas ke tempat penderma dan buat semua test ternyata semua match dengan pesakit yang memerlukan jantung tadi.

Pesakit tersebut pernah sebut pada ustaz, kalau dapat jantung nanti first thing dia nak buat adalah berlari. Dan pembedahan pemindahan jantung pun berlaku. Namun demikian, akibat kerosakan sel di bahagian kakinya terpaksa dipotong.

Sungguhpun begitu, ayah pesakit memberitahu ustaz;

"mungkin Allah sedang berkata-kata dengan saya, ustaz. FOKUSLAH PADA NIKMAT (ANAK BELIAU MASIH HIDUP DAN DAPAT DISELAMATKAN NYAWANYA) DAN LUPAKAN PADA KAKI YANG SUDAH HILANG".

-----

Menangis kot aku dengar.

Manusia memang mudah sangat lupa pada nikmat Allah bagi depan mata.

Allah, pelihara anak-anak aku daripada semua perkara tak baik. Hadiahkan aku kekuatan, ilham, ilmu dalam mendidik anak-anak nak bawa anak masuk Syurga. Ameen

Hati sangat bahagia bila lihat anak ceria


Anak yang ceria datang dari ibu ayah ceria

Bila serabut kembali padaNya, hati lagi tenang

Persiapkan diri kita dalam keadaan yang POSITIF dan baik

KORBANKAN perasaan atau emosi sendiri (ibuayah) demi masa depan anak-anak
Yang baik itu sesungguhnya semua daripada Allah.




Posted in , , , | Leave a comment

Diari Fateh

Bismillah




12 hari lagi.

12 hari lagi dia mengenjak 2 tahun.

2 tahun dah kau, nak.

Sekejap ibu nak touching, boleh?

…….

Sambil dengar lagu Opick, ibu cuba imbas balik detik-detik ke belakangan antara kita 353 hari sudah.

Sedangkan setiap hari menatapmu pun ibu rasa belum rasa cukup, seperti begitu cepat sekali masa itu berlalu. Hari berlalu, ibu selalu leka dengan perkara remeh sehingga lupa untuk hargai yang di depan mata. Memang begitulah dasar manusia tak pernah rasa cukup dengan nikmat Allah. Astaghfirullah. 

Muhammad Fateh nama diberi. 

Seorang insan yang benar-benar mempunyai pendirian yang kuat.

Memiliki hati yang sensitif tetapi berjiwa besar.

Memang berani untuk melangkah ke hadapan mencuba setiap perkara yang ada depan mata.

Bersuara lantang di sebalik senyuman manis.

Sabar-nyalah walaupun selalu diusik abang.

Manja dah macam anak bongsu, eh? lalalalalala. 

Manja-manja pun ibu nampak Fateh sesuatu sangat--Seorang pejuang, ameen.

---


Fateh, ingat pesan ibu.

Baca, hafaz, amal dan manfaatkan Quran ye nak.

Cita-cita ibu tu.

Ibu sebak.

Nanti Fateh selalu doakan ibu ye nak bila ibu dah tak ada.

------

Apa lagi nak buat kalau dah sampai umur 2 tahun kan?

 Projek botol susu! Doakan usaha saya sukses.

Hahahahahha Muhammad Fateh sebelumnya mempunyai hobi melekat pada ibu. Ada masa lapang ibulah yang dicari. Memang mencabar sangat sampai ibu kadang-kadang blur apa nak buat. Sebab satu kerja tak boleh buat sebab ada makhluk sedang melekap.

Semenjak ada Fateh, ibu perasan dunia ibu dah semakin mencabar. Dulu anak seorang boleh suwit muwit lagi. Sekarang orang nampak suami aku berjalan macam dengan singa. Ibu cepat nak naik angin. Antara sebabnya adalah abangnya selalu cari pasal untuk usik adik. Mungkin abang sampai sekarang memendam sesuatu sebab satu ketika dulu silap ibu terlalu fokus pada Fateh. T__________T

Maafkan ibu, anak-anak.

Ibu jadi kurang sabar dan cepat serabut. Kadang-kadang sampai biar je semua berlaku (baca : menangis dan dibuli abangnya) sebab ibu lost kejap nak buat apa tambahan duk blur tak habis. 

Walaupun macam tu, ibu syukur most of the time anak-anak jadi lebih rapat, main elok-elok, dua-dua datang peluk dan kiss ibu, ajak bersembang, ajak baca buku. Tapi bila datang balik scene pergaduhan babak drama shot ke 3587295 juta tu yang blood go upstairs sangat!--

Mungkin inilah dia lumrah perjalanan menjadi ibu dan ayah. Bila terjadinya masa-masa perit tu, nak menangis tapi tak terkeluar air mata pulak. Kadang-kadang menangisnya kalah baby. Dan masa nilah akan teringat kat mama abah macammana handle situasi macam ni?

Pengalaman tu pengalaman.


-----


22 perkara menarik tentang Fateh yang anda mesti tahu 

(wah wah hebat tak tajuk aku ni, macam belog femes kan?)



Suka buat hal sendiri (baca : buli ibu)

Merajuk ayah dah habis solat

Suka mi!

Makan maruku sambil tidoq (ayah buli dia)

Dalam mulut tu ada kueh pa, sambil tidur

Ibu pun ada satu gambar macam ni tengah makan biji mangga

Tak mahu balik suka main pasir

Try test masak sikit

1. SANGAT suka main bola

2. Suka tanya _____ mana. Contoh : " Mana bam (mana abang)?" atau bila kita cakap sesuatu pada orang lain nanti dia tanya kita balik, "hah?"

3. Tak mahu disuapkan

4. Tak suka nasi berkicap

5. MENGEPIT dengan ibu

6. Suka naik stroller mainan untuk dolls

7. Suka makan guna tangan kiri

8. Setakat ni adalah dalam kurang 5 barang dah dipecahkannya (tangan tak kuat ke cane)

9. Bangun awal pagi

10. Suka naik atas belakang abang

11. Suka kacau abang main

12. Suka buat slek masa abang buat aktiviti (conteng colouring book abang)

13. SANGAT suka haiwan

14. Tangan cepat aje nak melibas muka ibu

15. Dah boleh buat satu ayat penuh (2-3 perkataan)

16. Rajin tolong ibu, dah pandai dengar dan patuh arahan (yahu!)

17. Suka berkawan

18. Tak suka berkongsi barang

19. Kalau abang cakap elok-elok cepat mengalah

20. Suka main lari-lari dengan abang di mana jua anda berada tak kira tempat dah

21. SANGAT SUKA makan ais krim

22. Suka lepak dalam peti ais (of course la pintu peti ais terbukak, mohon tidak salah faham)

Ucapan birthday belum lagi ye Fateh, belum rasmi lagi.  Ok da ibu sayang ate anyak!







Posted in , | Leave a comment

Kita selalu lupa

Bismillah


Malam ni tak boleh tidur.

Kes tidur siang lah apa lagi.

Hari ni kisahnya awal pagi abang dah pergi buat rutin Sabtu dia.

Aku uruskan anak-anak. Alhamdulillah well behave semuanya, masya Allah anak-anak ibu :))

Dan jam 10 pagi kami anak beranak bertiga dari kelab berjalan kaki menuju ke taklimat RPWP. Sebuah akedami yang fokus kepada kemajuan akhlak dan sahsiah diri berpandukan al-Quran dan assunah, masya Allah! Ini pertama kali, diadakan untuk orang awam.

Jalan kaki jugak walaupun seliparnya tertinggal dalam kereta ayah

Rumah Pengasih Warga Prihathin (RPWP) adalah sebuah pertubuhan non-profit yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Namun yang demikian, telah mewujudkan sebuah sistem pendidikan tersendiri di kalangan penghuni RPWP ke arah menjadi manusia yang lebih baik sebagai persediaan berdepan dengan cabaran dunia yang makin tenat ini. Serius tenat. Baca paper pun dah buat kita penat otak dan lelah jiwa dengan masalah-masalah akhlak di kalangan anak-anak seawal usia 2 tahun ke atas.

Teringat pada cadangan abang satu masa dulu.

Abang : Nak pindah luar KL lah.

Aku : HAH? KENAPA? (gaya terkezut, ala-ala budak bando sangat)

Abang : Rasa tak confident nak besarkan anak area sini. Macam-macam cabaran, masalah akhlak lagi

Aku : Memana pun cabaran tetap ada. 

Abang : Cuma kuranglah nak compare kat sini.

Dan aku cuma mampu berfikir, dan tak dapat nak kata apa-apa sebab no idea. Cuma mampu menerbitkan bibit-bibit kerisauan tu jelah. Sebagai mak ayah yang kurang ilmu, kurang pandai, kurang segala-galanya ni memanglah tak dapat lari daripada kerisauan tu.

Itu yang aku rasa memang kena bertindak dari sekarang. Umur masih mumayyiz. Walaupun pada aku masa sekaranga dalha masa bermain dia, tapi bab akhlak dah sahsiah memang tak boleh nak tolak tepi. Aku sendiri mengaku, bukan senang nak tegas dalam bab ni. 

Fateh makan nasi bersepah pun aku boleh buat lek je. Aliff selalu buat bising dalam training, aku tak tegas jugak. Sebab kalau aku start tegas mesti dia lagi bising. Tehnik tu Nadiah. Ada Tehnik dia, applykan ajelah. Ish tetiba malu dengan diri sendiri. Jahilnya hakuuuuuuuu~
Ok untuk hal yang ni tak dapat nak cerita lebih-lebih lagi, nak hadam bagi habis dulu.

Almaklumlah kalau namanya pergi dengar taklimat ke training ke bersama anakanda berdua tukan faham-faham jelah~

----


Anakanda Aliff dan Fateh,

Ibukan.

Selalu bercita-cita besar untuk anak-anak ibu.

BESAR sangat sampai kadang-kadang ibu rasa penat. Rasa capek. Rasa dawon (down). Rasa tak mampu. Rasa nak give up. Rasa kenot go.

Tapi pada masa yang sama, TAK BOLEH. Macam bukan tak boleh yanng macam tak nak. Tapi memang tak boleh yang kau tak nak tapi kau tetap kena buat yang kau pun okey dan suka untuk teruskan. Ha faham ke? Faham lah ek.

Jadi anak soleh ye Aliff dan Fateh.

Terimalah kekurangan ibu seadanya.

Ibu faham, Aliff selalu bersikap sebaliknya kalau ibu suruh atau cakap sesuatu.

Ibu lupa.

Anak-anak ibu,

mungkin lapar,

mungkin mengantuk,

mungkin dalam mode nak bermain,

mungkin bosan,

mungkin nak bagitahu something yang ibu tak faham,

mungkin tak faham apa ibu nak sampaikan,

mungkin tengah geram,

dan mungkin ibu lupa anak-anak ibu masih anak-anak kecil.

Ibu pulak bila layan sangat penat, huru-hara jadi kehidupan. Tak dapat nak bagi perhatian pada anak-anak ibu.

Lepas tu mula lah nak stres.

dan LUPA PADA PERKARA YANG INDAH DI DEPAN MATA.

T_______________________T

Maafkan ibu, sayang.

Tak kisahlah macam mana riuh rendah, meriah, havoc, aktif, hyper, bising macammana pun anak-anak ibu orang panggil, u r my sunshines, my Jannah, my pencen kubur, my precious, my busuk masam wangi manis, my bantal busuk, my everything.



Cium-cium, polok polok,
Ibu.

-----

So target ibu sekarang,

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR!

Spend quality time dengan anak-anak ibu. LET'S PLAY!

Having fun mengaji.

Insya Allah.



ROBOT Aliff

Sekarang dah 139 pagi. Esok Ahad. Jom tidur.

Sebelum tidur, berangan, instagram, plan apa nak buat esok dan doa, 3 qul atas kepala anak-anak. Puh, puh.


Siapa selalu macam ni? Tak payah angkat tangan. Kedip mata 7 kali.

*kedip mata 7 kali.

Ahaks. Da~

Posted in , , , | Leave a comment

Diari Muhammad Fateh 1 tahun 3 bulan

Bismillah.

Jujur. 

Aku bukanlah seorang yang pandai bermadah kata, jauh sekali penyampaian tip top.

Kadang-kadang jeles sangat tengok pandainya orang ni bercerita itu ini. Ayat dia cantik, sedap dibaca. Pengolahan cerita dia menarik rasa macam baca buku.

Apapun, ibu ikhlas menghasilkan tulisan ini sebaga memori kita ye nak.

Walaupun dah lama tak ada tulisan tentang anak-anak ibu, rindu tu memang dalam dan sungguh-sungguh sanggup curi masa sikit untuk nukilkan tentang si genit ni sorang. Semuanya demi memori sebagai simpanan nanti kalau ibu lupa, buat tatapan di hari tua.

Anak ibu yang no 2 ni bukan main dah lincah semenjak boleh berjalan ni.

Kemain tak mau ibu dukung, tapi tetap manja. Manja dengan ayah SANGAT!

Semenjak 2 menjak ni pulak memang tak mahu makan sendiri. Hanya makan kalau ibu bagi sudu untuk di suap sendiri. Pulak tu reti makan pedas! Hai, Fateh. Somehow kelakar tengok gelagat dia ni. 


Sejak lahir, Fateh memang dah diduga dengan macam-macam sakit.

Sakit kena cucuk acap kali di tangan oleh doktor untuk ambil darah.

Sakit kena air panas di kaki sehingga melecur.

Sakit jatuh walker dari 3 anak tangga.

Sakit jatuh bilik air sampai gigi sumbing.

Sakit jatuh dari kereta terhentak kepala di lantai.

Allahuakbar. Semoga Kau jadikan anak ini kuat mental, fizikal dan menahan diri daripada segala kejahatan dan tipu daya dunia. Ameen.



Fateh adalah seorang anak yang sangat determine! Tak boleh cakap NO pada dia. Amboi tangan tu cepat aje nak pap kita. Boleh tahan garang jugak anak ibu ni.

Fateh sangat sukakan ibu dan ayah dia duduk bersembang bersama depan dia. Kalau salahs eorang gerak pergi tempat lain dia akan moody. Mula merengek.




Buat masa ni, ibu hantar dulu Fateh kat rumah makcik atas alasan tertentu. Insya Allah tahun depan, Fateh akan kerja bersama ibu. Feeling dia sama oh masa hantar Aliff dulu kat rumah makcik. Hati ni menangis-nangis tak nak hantar. Tapi apakan daya.

Fateh nampak rileks je walaupun kadang-kadang menangis kuat jugak. Huhuhu



Ibu teringat satu status di Facebook Ustaz Ebit Lew.

Sebab ibu tengok Fateh ni macam garang.

Aliff pun sama lebih kurang.

Jadi sebagai ibu ayah AMAT BAHAYA, kalau terdetik dalam hati fikir bukan-bukan.

TUKAR daripada fikir bukan-bukan kepada, fikir yang baik-baik tentang anak.

Contohnya garang tu maksudnya, determination dia kuat dan bagus untuk mempertahankan agama Islam daripada anasir jahat. WAH, hebat anak ibu. Ameen ya Rabb. Pelihara anak-anakku ya Allah.

FOKUS terhadap perkara yang baik




Alhamdulillah.

So far, Muhammad Fateh dah pandai ;

makan sendiri,

berlari,

sepak bola,

SUKA BALING BARANG,

gosok gigi sendiri,

sebut ibu dan ayah,

bagitahu NAK,

bangun awal!

senang tidur malam,

suka minim air masak,

SUKA MANDI!

ikut beberapa arahan ibu (suap makanan, ambilkan barang, tutup pintu)

dan banyak lagi. Nanti ibu update lagi ok sayang.



Sekarang ibu nak amalkan, macam-macam doa pada Fateh.

KUASA DOA SEORANG IBU, MASYA ALLAH!

Semoga kita sebagai ibu tak ambil mudah terhadap kuasa doa ni. Doa paling mujarab atas dunia. Jangan sia-siakan.

Ibu sayang Fateh :*








Posted in | Leave a comment

Kisah mata lebam & kaki n tangan melecur Fateh

Bismillah.

9 Ramadhan dah. 

Sekejap je kan korang? 

Masa memang betul-betul cepat berlalu ke aku yang emosi sangat ni. Takut pulak leka sangat dengan dunia, berlalu lagi Ramadhan macam tu je. Tahun ni punya cita-cita Ramadhan dah la besar. Ok kali ni ibu takkan bebel banyak sebab ibu nak fokus kepada anak ibu yang hero no 2 tu. 

Hero no 2. 

Muhammad Fateh Bin Khairil Syazwan. 

Balik je abang dari Filipina, dengan rasminya kelab kami beroperasi pada awal bulan 5. 

Waktu itu, adik Fateh jatuh walker 3 anak tangga. 

Matanya sepet terhentak macammana pun tak diketahui. Kakinya juga cedera. Tapi doktor kata ok. Nothing serious. 


 
 
Yang serius adalah hati ibu. 

Memaki hamun diri sendiri atas kecuaian. Menyebabkan ibu murung dalam 2-3 hari juga. 

Dan kisah lain pula berlaku selepas kami betul-betul determine dan committed gila untuk bekerja 2 minggu selepas buka kelab, iaitu pulangnya daripada EXTRAVAGANZA. Kalau nak cerita kisah adik Fateh ni memang bukan menitik dah air mata malah boleh berjujuran. 

Adik Fateh mukanya memang tenang. Walaupun susah menghadiahkan ibu sebuah senyumannya yang manis, apatah lagi tawa yang mengekek, namun jauh di hati ibu amat yakin dengan kehebatan adik Fateh. 

Adik Fateh seorang yang kuat. Sejak lahir lagi latihan demi latihan Allah beri pada adik Fateh. 

Parut tangannya yang dicucuk acap kali untuk ambil darah ketika di NICU masih berbekas lagi, boleh ditambah lagi dengan parut demi parut yang lain. Apabila kami bersemangat waja untuk bekerja, Allah bagi lagi hadiah pada kami. 

Adik Fateh demam. 

Bukan sehari tapi hampir 4 hari. Dalam keadaan demam, ibu bawa juga ke roadshow. Apapun selepas consider beberapa perkara. Bukan samberono je ok. 

Alhamdulillah, adik Fateh memang kental. Dan akhirnya hari keempat beliau sihat dan ceria lagi. 

Waktu ni, waktu di saat tengah semangat kan, bila berlaku hal macam ni boleh jatuh semangat kau kan? Tapi alhamdulillah kami berdua positif seakan dah lali dengan ujian demi ujian. Allahu akbar, Allah beri pinjam kekuatan pada kami. 

Belum cukup lagi tu. 2-3 hari kemudian, berlaku pula latihan yang lain pula. 

Kali ini adik Fateh terlanggar cerek air panas. 

Melecur kaki dan jari kelingkingnya. 


 

Allahu. menangis tanpa henti lebih sejam. Lalu kami putuskan untuk bawa ke klinik. Di klinik, misi bagi ubat tahan sakit, lalu ketiduran malaikat kecil ini. 
.

Hati ibu mana tak pecah berkeping-keping tengok anak dalam keadaan macam ni. 

Yang masih kecil. Yang masih tak pandai mengaduh. 

Dik Fateh. Ibu sayang dik Fateh. Dik Fateh jangan marah ibu ye. 

Ibu tak dapat bagi lagi dik Fateh yang terbaik. Ibu usaha lagi ye sayang. 

Waktu ni aku hampir rebah. Hampir putus asa. Hampir mengalah. 

Tapi aku silap. Rupanya Allah hantar peristiwa ini untuk aku muhasabah. 

Allah tunjuk betapa kuatnya adik Fateh, sebagai tambah nilai kepada mutu kerja kami sekarang. Supaya kerja kami lebih berkualiti, lebih kuat, lebih rajin dan lebih ikhlas. Allahu Allahu! 

Betul. Anak-anak nampak je nakal. Nampak je hal macam-macam. 

Tapi itulah dia kekuatan dan pengajaran terbesar buat kami ibu ayah yang masih belajar. 

Ada lagi ke sebab lain yang boleh buat aku mengalah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku rebah. 

Ada lagi ke sebab lain untuk aku malas. 

Kalau ada, masuklah ke dalam kamar anak-anakmu Nadiah. 

Dan lihatlah, tenunglah sedalam-dalamnya. 

Wajah anak-anakmu itu ketika tidur Nadiah. 

Itulah wajah yang memberi maksud sebenar mereka ketika itu. 

Tenang, bersih, sangat mengasihani. 

—— 

Adik Fateh, 

Andai nanti ibu dah takde di muka bumi ni. 

Andai nanti adik Fateh terbaca coretan ini. 

Maafkan ibu, sayang. 


Ketahuilah ibumu ini, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, lebih baik, lebih baik untuk mu, abangmu dan adik-adikmu. Ibu yakin dan sentiasa berdoa, adik Fateh menjadi seorang yang luar biasa dan hebat! 

Ameen.

Posted in , , , | Leave a comment

Fateh 1 tahun


Rasa macam baru je kali pertama tengok matanya, senyumannya, tawanya, goleknya, suaranya, meniarapnya, merangkaknya, genggamannya, tangisannya, jatuhnya, berdirinya. Tiba-tiba hari ni dah 1 tahun di atas muka bumi Allah ni nak. 

Fateh, ibu tau kau hebat. 

Ameen

Posted in | Leave a comment

Ke Singapura

Bismillah.

Hadoi hai.

Kisah bulan dua hari tu.

Jo kahwin. Jo ni dah siapa pulak?

Beliau ni satu keluarga duduk kat Terengganu, anak makcik kita belah mak. Anak sulung.

Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh dengan orang Singapura, tapi belajar dan bekerja di Malaysia. Mereka berkenalan di Facebook. Lallalalala, agaknya berapa banyak pasangan yang berjaya dipertemukan di FB eh? Ala itukan medium je, yang berkuasa mempertemukan mereka adalah Allah.

Ok, lama kami tunggu Jo ni kawen. Hohohoh.

Ok jadi bulan lepas kami seisi keluarga ramai-ramai menuju ke selatan tanah air bukan Johor, tapi Singapura. Bajet macam jem sebab masa tu Chineese New Year beb. Bertolak lebih kurang masa orang solat Jumaat, dengan kami kelam kabut pergi follow up customer pagi tu. Nyempat lagi kan ko!

Alhamdulillah selesai semua benda sebelum bertolak dan vrooooom, Singapura kami datang.

Aduh rindunya feeling bermusafir ni. Alhamdulillah another trip lagi kami dapat, semoga bertambah ilmu, bertambah pengalaman, bertambah keinsafan dan kekaguman kami pada ciptaanNya, dan semoga bertambah lebih banyak dan banyak lagi keimanan dan ketakwaan, amin ya Rabb!

Saat entri ini ditulis pun masih merindui perasaan bermusafir. Allahu akbar!

bekalan wajib musafir.

Memang takde kerja lain, menyusu je!

Kami tiba lewat petang di Singapura dan di pintu masuk tu tak jem langsung masya Allah, Allahuakbar! Malam selepas check in hotel dan mandi, semua pakat keluar jalan-jalan cari makan hanya aku dan abah tak gi memana. Males!

Esok pagi-pagi abang bawak Fateh pergi tengok sunrise kat pantai. Memang rutin cik suami kalau ke tempat orang mencari tempat-tempat yang mendamaikan. Ibu dengan Aliff, membongkang lagi ahaks! Tengok tu muka Fateh bukan main seronok. Eh ke muka ayah?



Jam pukul 12 tengahari kami mula check out dan menuju ke rumah penganting untuk upacara akad nikah. Bersih dan kemas kawasan di Singapura, ewah bercakap macam first time datang sini. Alhamdulillah ini pengalaman ke 4 kami di tanah singa ini. Eh betul ke tanah singa?

Selfie sebelum upacara akad nikah

Tahniah Jo dan Huda!

Bertuah, gambar pengantin tak ada. Nantilah kita letak gambar pengantin yang kenduri sebelah Terengganu ok? Jangan mara, tawan-tawan.


Ok ini pengalaman pertama kami bergambar di kepala singa ni. Teruja betol! Semoga keluarga kecil ini sentiasa dilimpahi barakah dan rezeki yang melimpah ruah. Doakan kasih sayang antara kami makin hari makin kuat. Terima kasih semua.

KELEBIHAN BERMUSAFIR

Banyak.

Tapi aku nak highlight yang satu ni yang ramai orang pandang ringan.

Doa musafir mustajab.

Berdoalah ketika kita bermusafir. Kuat-kuat. Allah suka hambaNya memohon pertolongan.

Alhamdulillah kemana pun bersamanya :))



Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013