Showing posts with label Everyday. Show all posts

LIMA dan selamanya

Bismillah

Dekat blog aku ada sticker together-gather selamanyalah kan. Tengok sticker tu hari ni (cheeyh, padahal memang dah menghitung hari kan?) Tak sangka kan bang, dah 5 tahun ye kita? Masya Allah, Allahu akbar, alhamdulillah, SubhanAllah!


5 tahun.

Kalau bukak company nak tengok stabil atau tak stabil, memang kena tunggu 5 tahun. Aku kira macam tu jugaklah alam rumahtangga. 5 tahun bagi aku tempoh yang bukan main-main. Tempoh yang penuh cabaran, air mata, kata-kata yang kadangkala mengguris jiwa. Pun juga tempoh yang penuh dengan ketawa, senyuman, tangisan gembira, perasaan selamat, bahagia dan memacam lagi lah kan?

Terima kasih abang.

Kerana masih di sini. Di sisi Nadiah. Macam janji awak dolu-dolu. Walaupun dah tiada lagi ayat jiwang kaaan. Aku sedar, perwatakan kita berdua terlalu jauh sangat bezanya. Walaupun kiteorang anak kedua. Tapi dalam ke tak matured-an abang, ada jugak sisi-sisi matang di tengah hiruk piruk perutnya yang dulu buncit makin mengempis. Ahaks ok dah tersasul sangat dah ni.

Ambil kesempatan sikit nak nukilkan tentang abang di sini sebagai kenangan kita bersama 5 tahun.


Abang seorang yang tak pandai melontarkan kata-kata. Kalau dia cuba beramah mesra dengan orang, mesti soalan yang keluar pelik dan kadang-kadang mendatangkan rasa tak selesa pada orang. TAPI, abang sangat pandai menyusun kata-kata indah untuk aku, buat aku rindu tulisan beliau di SMS, surat atau apa-apalah.



Abang seorang yang sangat sabar orangnya. Aku tak tahu ketenangan itu dari mana. Tapi semua situasi nak cool. Kadang-kadang agak stres jugak dengan ke-cool-annya tu kan? Orang panik nak cukupkan 5000vp lagi, boleh lek je. Yang paling penting beliau sabar dalam melayan karenah aku. Aku yang dilahirkan dengan tinggi sifat cerewetnya. Ohok! Ohok!




Abang sangat suka makan. Sejak berkahwin dengan beliau lah aku mula makan bawang, ikan, siput, ulam, tempoyak, makanan pelik-pelik yang tak biasa aku makan lah. Beliau suka cuba makanan baru sementara aku memang tak lah kan. Perut manjalah katakan. Abang lak selalu claim perut dia kebal. Hahah










Terima kasih abang. Kerana selalu layan Aliff. Lepas ni aku kena berebut perhatian abang dengan Aliff dan Fateh, sobss T___T Sepanjang ingatan Nadiah lah kan bang, dari Aliff dilahirkan yang banyak menguruskan Aliff kencing, berak, suap makan, main dengan dia adalah abang. Semua cukup! Ehem, walaupun tak berapa nak ekseleng daripada segi pengurusan rumahtangga (selalu kena sound towel bersepah lepas mandi) kan? Kesian, Aliff baru mula makan sendiri, ingat barulah abang nak relaks sekejap ye, dah Fateh lahir. Terpaksa ayah ulang balik benda yang sama dolu-dolu rutin ayah dolu. Heheheh. Takpelah ayah ibu bagi can nanti diorang dah besar kita hanimung hari-hari eh? insya Allah jika Allah panjangkan umur kita ye sayang? Ibu yakin sangat nanti abang, Aliff dan Fateh mesti BFF habislah. Ibu? Takpelah ibu sorang-sorang layan pesbuk je lahhh. :p



Kadang-kadang abang boleh jadi serius. Tapi kebanyakan masanya abang adalah gila! Gila-gila! Suka sakat Nadiah, ejek Nadiah, buli Nadiah. Heheheh Nadiah ingat dulu, abang suka sakat Nadiah sampai nadiah merajuk lama. Tapi sekarang dah malas nak layan sakat awak, Nadiah buli awak balik. Kikiki. 

Pastu, muka selalu nak kerek je kan? Kadang-kadang kalau kita bercerita, muka buat bodo je. Rupanya tengah berfikir. Kadang-kadang susah betul nak baca fikiran awak, bang. Apa yang awak rasa, apa yang awak fikir. Unpredictable sungguh! Yelah orang geniuslah katakan. Semoga nanti Aliff dan Fateh genius macam awak! Tehehe


Ha yang ni buat selalu Nadiah naik angin! Suka main game. Sampai sekarang kena mintak izin dengan Nadiah dulu nak main game. HAHAH. Tengok tu, berebut game dengan Aliff! Ayah, ayah. Kadang-kadang memang kelakar tengok pe'el awak ni. Tapi kebanyakannya memang hangin jugak lah kan. Sabar isteri sabar!



Dulu, susah betul nak tengok awak senyum. Awak cakap tak perasan pun. Tapi alhamdulillah sekarang murah senyuman. Sampai risau pulak Nadiah kan tah dengan sape-sape awak senyum lagi. Bukan senyum je siap pakej sekali dengan offer pertolongan lah. ABANG! (sure orang dah cop aku queen control nih. Ha-ah, mak memang agak garang tapi takdelah control mana pung. Cukuplah queen di hati Khairil Syazwan. Tamau control-control eh. Tak baik. Sobsss)


Seorang yang boleh aku kelaskan menghargai alam dan keseniaan (art), suka kucing (penuh kasih sayang tu), bijak, lucu, kreatif, bertanggungjawab, SENGAL! Yang penting aku rasa sangat selamat setiap kali bersama abang. Alhamdulillah, Allah hantar penjaga yang baik untuk aku selepas abah. Tapi itulah. Manusia itu lupa. Kadang-kadang datang syaitan menjalankan tugas, aku lupa semua kebaikan abang pada ku. (especially time gaduh lah ni) Huhuhu. Tapi orang cakap asam garam suami isteri misti mau gaduh punyaaaaaa. Aku pun iyekan jelahhh.

Akhir kata bang,

Semoga Allah semaikan benih-benih cinta kita setiap detik dan cinta kita mekar segar sepanjang masa sehingga ke syurga. Teringat watu twin of faith dulu. Aku menangis macam orang gila bila syeikh Tawfeeq sebut pasal bidadari untuk suami kat Syurga. Waktu tu aku memang jeles gila (tahpape kan?) Lepas tu macam lega sikit bila beliau bagitau, isteri solehah adalah ketua bagi segala bidadari di Syurga. Sebenarnya tak lega sangat lagi time tu, sampai rumah aku jeles. Yelah bidadari syurga cantik dan perfect kot nak dibanding dengan aku, kan?

Khairil Syazwan bin Khalil,

Seorang yang memahami.

Seorang yang menyangi.

Seorang yang SENGAL! hahahhahahaha

AKU, sengal yang mencintai sepenuh jiwaku kerana Allah,

Isterimu Nurul Nadiah Binti Ahmad

Sorry takdak hadiah best melainkan paling best dalam dunia. Nah amik hadiah ni! Hasil selepas 5 tahun. Ahaks

Muhammad Aliff

Muhammad Fateh Ulwan

Jadi seperti ayahmu ye nak. Genius, baik dan yang paling penting PANDAI MASAK! Awwwww~

Posted in , , , , , | 1 Comment

Two and a half

Bismillah.


Cabaran baru.

Situasi baru.

Oh Allah, pemudahkan.

Aliff kadang sayang sangat adiknya. Kadang tunjuk perasaan lebih sangat. Tantrum kah? Pantang adik tidur, mesti naik atas katil. Diciumnya, digomolnya, diduduk atas badan adiknya. Adohai.

Masih nak ibu tidurkan dia di katilnya.

Layan.

Insya Allah aku boleh hadapinya. Perlu lebih kuat. Mujur ada yang membantu :) encik boipren saya lew.

Agak terkilan sikit petang ni sebab jeles tengok kawan-kawan herbalife berbuka bersama dan vacation workshop as preparation for d next vacation. Grrrr.

Pasti ada hikmahnya. Kan kan?

Dalam tempoh pantang sepanjang beberapa hari ni suka tengok Ramadhantv dan terjumpa banyak pulak blog mak-mak boleh dilawati. Kalau korang ada blog sharelah kat ruang komen. Boleh aku singgah semeta. :)

Sebagai manusia biasa ni, kadang kita letih jugak kita kepala serabut jugak. Masa tulah anak-anak buat perangaikan? Jadi mungkin tulisan di bawah ini yang aku jumpa di Facebook membantu apa yang ibu boleh respon sekiranya berdepan dengan situasi anak buat perangai dalam keadaan ibu tengah stres. Pendek kata sebelum ibu nak mengaum!


MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK 

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian.. Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula. 

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. mari kita renung2kan...

Sumber Facebook.


Okey, Muhammad Aliff!
Frustnya tak dapat joing Iftar, Solat jemaah dan Vacation Workshop malam tadi. Huhuhuhu
Insya Allah ibu belajar lagi jadi ibu yang terbaik eh sayang. 

Untuk ikuti aktiviti, info nutrisi dan pengalaman serta tips dari insan yang kerdil ni, jemput singgah page ku di www.facebook.com/juanadiah

#herbalifemom

Posted in , , , , | 1 Comment

Insan biasa

Bismillah.

Malam tadi serius tak boleh tidur. Sebabnya? Tak tahu. Rasa geram dan nak marah orang. Tapi senyap jek. Takkan nak marah orang tak tentu pasalkan? Akhirnya encik suami bangun 3 pagi pujuk aku tidur. Macam-macam dia buat. Paling menenangkan hati bila dia baring sebelah aku (waktu tu atas lantai) dan pandang aku.




Susah nak teraangkan perasaan aku waktu tu. Terima kasih Allah atas nikmat yang satu ni. Teringat kata-kata,




Astaghfirullah, banyaknya perkara aku leka dan pentingkan diri sendiri.

Sembang-sembang.

Kesian Aliff pun pusing sana pusing sini terganggu dengan sembangan ibu. Maaf ye nak. Pikiran ibu kebelakangan ni mudah terpengaruh dan terganggu.

Pagi ni, hati ibu sayu. Kedua kalinya Aliff ke sekolah dengan mood tak baik. Menangis. Selepas hari pertama dulu. Mimpi buruk atu tak cukup tidur?


Hari ni ibu janji, petang kita main coloring :)


Posted in | Leave a comment

Diari Aliff | 2 tahun 5 bulan

Bismillah.


Sabtu lepas, ibu dan ayah pergi ke sekolah Aliff, Nur Calliph, Bandar Baru Bangi (klik untuk info) sempena hari report card beliau. Echeh semangat ibu first time lah katakan. Moga ibu terus istiqomah menghadiri hari-hari report card Aliff dan adik-adik pada hari-hari mendatang pun ye, insya Allah.

Alhamdulillah, bersembang dengan Puan Didie, yang in charge sekolah tersebut banyak info tentang anak ibu di sekolah yang dikogsikannya. Secara keseluruhan anak ibu ni kat sekolah boleh tahan baiknya yeh. 

Antara perkara yang menjadi topik perbualan ibu tadi, kebanyakkannya adalah tentang perkembangan skil beliau. Dapat ibu simpulkan di sini, ada beberapa perkara yang perlu ibu ambil perhatian contoh, anak ibu perlu diberi perhatian pada konsep rules, sebutan huruf, sebutan perkataan, konsep kerjasama, konsep bahagi, mengira dengan jari dan macam-macam lah.

Tapi bab bersosial, berkawan, dengar arahan, anak ibu ekseleng! 

Ada beberapa perkara yang ibu tanya tentang perkara yang ibu dok runsing sokmo kan. Berkenaan anak ibu yang sorang ni cepat nau emosi. Kalau orang jerit, atau pukul atau macam dirasakan menggugat dirinya, mesti terus melalak. Macam kelembutan sikit, nama pun Aliff kan? Sebab biasa kalau kat Nutricity, abang Nuaym atau abang Imran, kalau baik, baik sangat. Tapi kalau ada yang tak kena, sekejap, sekejap anak ibu menangis melalak datang kat ibu mengadu itu ini.

Tapi auntie Didi, cakap eh takdelah. Oke je. Takde menangis pun. Berkawan dengan abang-abang pun ok je. Phew. Mungkin kalau ada ibu je kot, manja terlebih. Nak kena sokmo biar dia di bawah pengawasan orang lain jugok ni, Tak boleh 24 jam dengan ibu sangat eh. 

Abam,

ini perkembangan awak sepanjang 2 tahun 5 bulan ye,

1. SANGAT MANJA. Sekejap, sekejap , sambil pandang ibu gaya kucing dalam shrek dan sebut, "A-B-UUUUUU~" (ibu). Ya Allah, cair mak! Dah lah sokmo lak tu. Sekejap,sekejap tengah ibu rehat, rehat dia datang buat aksi manja tu.

Satu lagi, SELALU nak kiss adik (perut ibu). Sikit, sikit, "nak adeyk". Comel


2. Lately suka main, mainan waktu kecik, macam besen mandi ni, walker. 


3. Masih tersangat gilakan motor





4. Berposing tak hengat




5. Sangat suka pergi sekolah. Ibu siap puju depan auntie didie lagi tadi



6. Sangat suka makan sup. Mihun, nasi semua nak makan dengan sup


7. Asyik mintak didokong je. Adoi pengsanlah mak gini.


8. Alhamdulillah dah boleh tidur, di mana jua anda berada. 



Abam,

membesar sebagai khalifah unggul di muka bumi Allah ni sayang. Nanti adik dah tubik, kita sayang-sayang adik sokmo eh. Abam tolong ibu pimpin adik jadi khalifah jugak ye. Ibu akan usaha lagi jadi ibu terbaik untuk abam dan adik-adik yang ibu sayang sokmo deh?

Ibu.

P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.

Posted in , | Leave a comment

26 minggu

Bismillah

Penat. Sangat.

Tapi bila fikir setiap amalan dalam saat mengendong umat nabi Muhammad dalam perut ni berganda-ganda, tetiba jadi semangatkan. Nak kena sokmo remind diri sendiri.


So far, alhamdulillah siang memang bertenaga. Cuma kebelakangan ni cuaca agak panas buat ibu rasa petang tu dah tak mampu buat apa-apa. Kebiasaannya akan tidur. Kadang-kadang, tak buat apa pun rasa nak tidur.

Makan macam biasa. Gilakan desert sokmo. Alhamdulillah ada Herbalife, seimbangkan semula pemakanan aku yang bercelaru ni. Sayur memang tak boleh nak trlan sembarangan. Healthy food pun ikut mood. Kadang ada masa tekak nak healthy food je, kadang ada masa tekak mintak makanan tak sihat langsung, contoh mr potato chips. Walhal masa tak mengandung, takde pulak kisah benda alah tu kan.


Mak buyung, mak buyung. Songeh sangatlah banyakkan.

Abam Aliff?

Alhamdulillah baik. Hari-hari rajin ke sekolah. Saat paling manis waktu nak pick up dia. Setiap hari mesti "na adeyk". *Sambil kiss perut ibu. Selalu pesan pada dia, "abam nanti tolong ibu jaga adik, main lembut-lembut dengan adik, pakaikan diaper adik, lalalallala". Beliau dengar sambil angguk-angguk je.


Kadang ada masa menguji keimanan ibu jugak. Habis dipicitnya skin booster ibu baru bukak atas katil waktu ibu sedap tidur. Tau sangatlahkan kalau ibu terkejut, menjeritlah mak. Apa lagi terkejut anakanda, melalaklah beliau di situ. Ibu faham anakanda nak eksperimen, nanti ibu sabar je eh sayang ye.


Oh ye, harga herbalife akan naik esok hari. Petang ni jam 6 petang last purchase dengan harga lama. Tahniah pada customer ibu yang dah siap-siap buat purchase jimat 25%, 35%, 42% dan 50%! Mana yang belum buat tempahan tambahan boleh settlekan segera sebelum terlambat. Nanti kelam kabut pula. :)

Sekian dulu bebelan tengahari saya, jom makan nasi Arab Saba'

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013