Showing posts with label review. Show all posts

Kuantan lagi?

Bismillah

Kemain raya hari tu kami pulun raya bebetul bersempena semua ahli keluarga dapat berkumpul lengkap kan? Lepas habis raya kat KL, balik Terengganu beraya sana. Singgah pulak Kuantan ada wedding sebelum balik Kajang. Rehat jap, balik Muar pulak. Adohai sakan sungguh kita ye dik Fateh beraya ye.

Alhamdulillah berkesempatan jumpa sedara mara dan kenalan. Bila lagi ye dak nak berjumpa bersembang bagai nak ghak kan. Masa raya je lah. Masa lain memasing dah bz bizun kerja.

Apa ke hey, tajuk entri puding raja ni?

Puding raja ni sejenis pencuci mulut. Kalau bercakap pasal pencuci mulut, aku lah syiok sekalikan. First time rasa masa nikah kakak ipar dengan abang aku. Kakak ipar, Kak Yuni orang kontan kan. Puding raja kan berasal dari Pekanlah kalau tak silap aku.

Terlupa pulak interview kak yuni asal usul puding raja.



Serius sedap.

Cuba tau. 

Kalau 1 bekas gini mau RM45 jugok


Dalam dessert puding raja ni ada pisang yang digoreng guna minyak sapi, jala mas (kuning telur) ceri dan prun. Dihidangkan dengan krim susunya , masya Allah. Kalau makan sejuk-sejuk lagilah~ Alahai meleleh sudah.

Kalau singgah kuantan, kena cari puding raja ni, ok?

Nak rasa dan buat order? Boleh lawat blog ni http://myroyalpudding.blogspot.com

Tapi kalau nak try buat sendiri boleh try resepi kat blog ni 


Kenapa pergi kuantan?

Oh ada wedding hanks, adik kak Yuni. Kat sana kami sewa homestay di Kuantan. Dekat je dengan rumah diorang kat, lorong Tok Sira. Ya Allah aku suka gila rumah sewa ni! Cantik dan besar. Style rumah orang kaya lama. Dah la dekat gila dengan Pantai Teluk Cempedak.

Harga satu malam RM 350. Ada 5 bilik. Dapur siap ada dapur gas, sabun cuci pinggan, pinggan, mangkuk, gelas, peti ais, microwave, sudu garfu pisau semua ada! Paling heaven ada washing machine siap dengan sabun basuh dan dryer lagi. Semua bilik ada aircond. Pendek kata sangat selesa.

Oh oh ada pokok rambutan dan bush rambutan lagi :)

Highly recommended!










On d way nak beraya le kekononnya pakcik ni.



Sempat lagi kami ambik angin kat Pantai Teluk Cempedak. Seronoknya. Ramai orang dan still rasa damai dan tenang. Tak sesak sangat. Tetiba eh terserempak dengan Su pulak. Dating dengan suami katanya. Memanglah terkejut kan sebab dia cakap dari rumah dia ke pantai TC sejam jugak. Allah memang nak temukan kami.

Tak boleh lama duduk situ sebab dah senja dan angin kuat pulak. Tak bawak topi adik.



Tak sempat nak berjalan mana pun kat sini. Nanti pergi zero to hero kita cari tempat makan best lagi kat sini deh. Sampai Kajang, bungkusan Herbalife menyambut kepulangan ku ewah. Ada apa Herbalife bagi aku plop doh ni. Bukak je, eh dapat hadiah sudu. Macam tetau je rumah ni dah kekurangan sudu. Rupanya abang cakap menang cabutan bertuah requalifying supervisor. Maceh Herbalife. Sayang dia!


Kemain lapor sampai rumah, sempatla masak mi campak-campak, makan anak beranak. Lamanya rasa tak memasak. Kena pasang cita-cita balik nak main masak-masak kat dapur. Uwaaa kali ni ada assistant 2 orang hero :p


So macammana raya korang? Kesian kan. Dah habis raya baru nak update. Dah basi lah cerita saya. Sekian

Posted in , , , , , | 4 Comments

Klinik Kesihatan Sg Chuah, Selangor

Bismillah

Hari Isnin minggu lepas iaitu Fateh berumur 16 hari baru berpeluang nak buat report di klinik kesihatan. Yelah anakanda kan keluar hospital hari ke 7 dah hari Sabtu. Ahad tutup. Isnin pulak salah pergi klinik, terpergi Bangi. Selasa sampai Jumaat sibuk yang amat dengan appointment hospital dan ngurut. Nak tak nak, terpaksa pospone pada Isnin minggu lepas.

Asalnya aku tahu je, kawasan Sg Ramal kena register kat Klinik Sg Chua, tapi kemalasan melampau sebab dah kena merentas highway ke arah sana la pulak, tu yang sengaja pergi Bangi. Alih-alih klinik Bangi tak sudi boleh terima kami sebab di luar kawasan. Sobsss

*Membawa diri ke klinik Sg Chua.

Hati berdebar-debar sungguh sebab memang bajet kena marahlah dengan pihak klinik sebab lambat sangat reportnya kan. Baby dah 16 hari.

Resah gelisah sungguh hati ini sepanjang perjalanan ke sana.

Sesampai kat sana. Kagum la sekejap kan. Sebab klinik macam baru, cantik, luas dan tak berapa ramai orang. Yelah aku sampai pun dah dalam jam 11 pagi. Memang logik lah kan orang ramai dah balik. 

Menurut misi kat bahagian ibu dan anak, walaupun rehat jam 1 tengahari, biasanya akan ada staff jugak yang jaga kaunter pendaftaran supaya setiap yag datang boleh terus register walaupun dalam masa rehat.

Dan yang paling bestnya, aku sikit pun tak kena marah atau kena tegur sebab lambat ke apa? Dalam hati aku, best gila klinik ni!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, daripada ambik darah Fateh untuk kuning-hantar ke makmal-jumpa doktor yang ni agak lama sikit menunggu sebab ramai orangkan?-misi check luka aku dan buka buku untuk Aliff. Antara yang aku perasan;

  • misi semuanya baik dan lembut-lembut belaka. Layanan tip top
  • keadaan klinik tak terlalu busy walaupun agak ramai orang
  • keadaan klinik tenang dan menenangkan
  • klinik sangat luas banyak tempat duduk
  • parking senang

Setakat ni jelah agaknya pemerhatian aku. Yelah baru pertama kali pergi. Mungkin next time boleh komen lelebih sikit. Kadang-kadang first sight ni semua nampak indah kan. Hopefully insya Allah berpanjangan baik-baiklah ye.

Insya Allah bakal follow up Fateh di sini!

E-eh Fateh ni tidur kemain banyak betul sound effect dia. Kejap gelak kejap sedih. Tetiba kan?

berusaha habis untuk snap pintu masuk klinik

Sila rujuk open hour klinik. Menangis datang time tutup

Boleh nanti ayah layan Aliff kat sini

Banyakkan parkingnya?

Cantik dan luas

Ni alamat klinik dan infonya.

Klinik Kesihatan Sg Chua
Kaw. Perindustrian Sg Chua,
Sg Ramal Luar
43000 Sungai Chua,
Kajang, Selangor
Tel : 03-87336775
Faks : 03-87336772

Kalau dari Sg Ramal Dalam rumah aku lah kan, buat uturn kat exit nak masuk bandar Kajang. Nanti jumpa simpang masuk kiri, slow lepastu ada simpang masuk kiri, kat situ ada signboard klinik kesihatan ada signboard kawasan perindustrian. Lepas tu amik kiri lagi. Janganlah ada yang sesat kalau guna direction ni, sebab aku ni jenis fail bagi direction.


-------------

Dalam pada kesibukan ulang alik ke hospital, klinik dan mengurut, kat rumah ni pun busy jugak menarima kunjungan kawan-kawan yang datang nak ziarah baby. 

Orang datang rumah bawak rahmat.

Jadi, meh datang rumahku meh. Bawak rahmat dan berkat. Bukan bawak Encik Rahmat lah polak ye?

Ok merepeks je manjang mak pantang sorang ni kaaan?

Kadang tu syioknya bila orang datang, hilang sikit rasa bosan tukan. Kalau duduk sorang-sorang tu kadang-kadang tak pepasal datang perasaan sedih nak menangis. Memang ini semua foyo! Biasalah post-birth syndrome, eh sukahati je bagi nama. Tak kisahlah adik beradik lah tu.

14 years of friendship

Yey, akhirnya baby Kauthar datang ziarah baby fateh, paling ditunggu-tunggu. Kakak 15 hari! Kalau dulu jumpa-jumpaan dalam perut je. Hanya perasaan dan hati je berbicara sesama mereka, tapi kali ini dipertemukan mata ke mata. Ehem!

Mama Kauthar dan aku adalah bestfriend forevah dari form 2 lagi, 14 tahun. Sekarang dah 28 tahun. OMG dah 14 tahun lamanya berkawan. Lobang hidung mu pun aku ingat, Alia! Belakang tu pun bestfriend forevah, Syaila dan bawah ni pun bestfriend forevah Atiyah, Aniah. Ada lagi tapi belum nampak lubang hidung lagi, iaitu Fae, Liana dan Najwa. Kirim salam la kan Najwa tu, nun jemen di sana.

Takpe Fateh nanti kita tuntut hadiah besar dari auntie Yu okai?


Mummy Niah, Mama Tiyah dan Uncle Aiman


Lepas tu adik beradik abah semuanya datang. Amboih ni betul-betul rombongan cik Kiah ni. Tengok tu ramai kemain. Kebetulan adik beradik abah semuanya perempuan, so abah susah sikitlah nak ngejoin2 celah-celah kesibukan wanita-wanita ini. Paling best mak pantang jugak yang tolong amikkan gambar ni.


Hah ni paling syiok, kebetulan diorang datang agak lambat dah nak dekat maghrib, apa lagi buka puasa jelah n solat sekali kat rumah aku kan? Kalau dah namanya herbalife sejati, semua pong wajiblah berbuka dengan kurma dan SHAKE herbalife kita kannnnn? Ha tersenyum simpul memasing. "Minum shake bagi habis, lepas tu semua orang kena timbangggg!"Hambik. 

Maaplah kawan-kawan semua, kalau dah tersinggah berbuka di rumah coach pengurusan berat badan dengan menggunakan program nutrisi Herbalife di sekitar Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Nilai, Sg Besi, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Taman Melawati, Taman Permata, Gombak, Ampang memang beginilah layanan kami :)

Banggalah kejap mak pantang, shake campak-campak kena puji sedap. Ehew hew

Kalau nak tahu, macam nilah orang herbalife atau dalam program herbalife berbuka puasa. Simple dan mudah. Senang. Kan?

Lepas tu solat maghrib dan boleh makan macam biasa. Selepas terawih pun boleh.


Masa perut kosong dan berasid, janganlah kita terkejutkan perut yang berehat tu dengan makanan berat-berat. Makin nak sihat organ segala, jadi terkejut pulak mereka. Bagilah can oragan macam perut rehat serehat rehatnya. Supaya kekal sihat nak bekerja 11 bulan lagi akan datang.



Dalam pada tu sempat lagi ada cita-cita nak habiskan baca few books during pantang ni. Amboih, semoga istiqomah ye ibu? Salah satu buku yang sedang dibacakan

Go for gold by John C Maxwell

Penulisan dia sangat simple dan BEST. Simple sebab pecahan topik ikut week by week semua sekali ada 26 topik so maksudnya ada 26 minggu. So satu page untuk satu minggu ada 7 pages, Monday, Tuesday lalalla..Sunday. Simple kan. Setiap hari ada pecan lagi dari topik utama. Paham ke tak ni eh? Ala paham lah eh eh eh? Memang simple dan mudah faham dan insya Allah semua orang boleh punya ciri-ciri kepimpinan yang baik. Amin insya Allah!

Nanti mak pantang dah habis baca buku ni kita buat satu entri okehs uols, ok geli. K bai

Posted in , , , , , , | 3 Comments

Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan

Bismillah

Bagi ibu-ibu yang cari tadika atau taski atau taman asuhan kanak-kanak area Bandar Baru Bangi, ibu Aliff memang highly recommend Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan. Lokasinya yang mudah dikesan, tepi jalan berhampiran kedai lori cendol, rojak dan laksa yang femes di Seksyen 4 tambahan tu kan.

Sejarahnya, ibu sebenarnya berat hati nak masukkan Aliff yang baru berumur 2 tahun 3 bulan ke sekolah kerana umurnya yang agak kecil lagi. Dalam fikiran ibu, biarlah, nanti esok besar ke sekolah lagi. Tapi bila difikir, dipertimbangkan dan beberapa kali solat istikharah, akhirnya dengan penuh keyakinan ibu putuskan juga untuk hantar Aliff ke playgroup di sini.

Antara sebab lain, ibu buat keputusan untuk hantar Aliff ke sekolah ini adalah kerana Aliff nampaknya bosan dan ingin berkawan/beraktiviti. Sedangkan di pagi hari ibu, tak dapat menumpukan perhatian kepada Aliff, kerana fokus di pagi hari ibu terhadap kerja. Huuuu. Kadang-kadang bila ibu ajak Aliff beraktiviti, tak mahu pula dia kerana itu bukan rutin beliau. Akhirnya, TV/youtube juga jadi pilihan beliau. Itu yang buat ibu decide betul-betul untuk hantar Aliff ke sini.

Noor Montessori Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 tambahan


1st day
Rutin biasa. Amik Aliff dalam jam 12-1pm

Excited sangat bila nampak ayah terus ambil sandalnya

Auntie Didie pakaikan

Berikut detail Noor Montessori Bandar Baru Bangi yang boleh dihubungi

Boleh berurusan dengan Puan Radziah Yurad. Baik dan mesra orangnya, insya Allah
No tel : 03-8925 7877/019-3168176 
Email : radziah@gmail.com
Alamat : No 15, Jalan 4/10, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.


Jadual harian playgroup Aliff

Oh Aliff hanya berada di playgroup hanya setengah hari, pun memang bertujuan. Another half day, adalah masa bersama ibu! So ibu pun akan ambil tanggungjawab cikgu di sekolah. Fair and square. Takdelah Aliff sayang cikgu je kaaaan *eh jeles ke?

Secara keseluruhan, ibu sangat berpuas hati dengan kerjasama auntie-auntie (baik-baik belaka mereka, persekitaran, yuran pun okey dan juga pembelajaran di sini. Menurut auntie dan pemerhatian ibu pun, kanak-kanak di sini baik-baik dan behave dalam aspek kanak-kanak la. Kita tahu budak-budak memang suka main kan, tapi alhamdulillah semuanya masih terkawal.

Somehow ibu rasa bersyukur sangat, sebab memang Noor Montessori antara pilihan awal ibu dan terus jatuh hati. Takdelah beriya sangat pun buat survey. Adalah dalam 2-3 pilihan, lepas jumpa Noor Montessori terus DECIDE!

Syoknya main, sampai tak perasan ayah dah sampai

Alhamdulillah Aliff pun suka. Pagi-pagi bila cakap, jom pergi school, terus bangun. Abam, abam :)

Posted in | Leave a comment

Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi

Bahagian ibu dan anak sahaja.

Baru-baru ni saya ke klinik untuk check up Aliff seperi biasa. Terfikir pula nak buat berkongsi mengenai klinik ini. Ya sya tahu tak boleh ambil gambar dalam klinik, saya ada pengalaman sebab itu saya masih rasa sedih sehingga hari ini kerana tidak punya gambar Aliff umur 1 hari. Ada, itupun mujur sahabat baik, Aniah ketika itu bertugas sebagai doktor di Hospital Serdang berjaya snap satu gambar Aliff di hari pertama kelahirannya. Aniah, i love you n i know i owe you a lot beb.

Abaikan pengenalan sampah di atas. Isi di bawah ini lebih serius dan penting. Saya mula menjadi pelawat tegar di klinik ini pada saat mengandungkan Aliff umur 2 bulan. Setiap bulan saya ke sini untuk check up diri sendiri dan kini check up Aliff pula. Itu pun dah jarang-jarang. Sehingga hari ini, saya amat berpuas hati dengan layanan misi, doktor dan kakitangan. Cuma servis agak lambat ekoran ramai pesakit dan yang lain saya tidak pasti.

Namun yang demikian, lawatan saya pada kali ini jelas banyak perubahan yang berlaku. Daripada susunan ambil nombor, persalinan bayi untuk timbang dan ukur tinggi, tempat menunggu, bilik menyusu, bilik air nampaknya berubah kepada yang lebih baik. Misi-misi juga sentiasa senyum dan ceria nampaknya dan banyak pula nasihat dan pengalaman yang dikongsi bersama. Alhamdulillah.

Pengalaman saya dengan klinik ini memang baik. Cuma masih perlu menunggu agak lama. Tidak mengapa kerana saya percaya lebih sabar kita tunggu lebih banyak pahala dapat dan bertambah skill kesabaran yang boleh dibina di dada.


Kaunter yang kemas dan tersusun


Ramai orang, tak mengapa suasananya tenang dan tidak serabut


Sementara menunggu, Aliff sarapan dulu cara ayah supaya tidak tumpah


Hep, hep Aliff. Ngorat anak dara orang ye! Ibu ada kat sini ok

Orang Bangi, berbanggadan bersyukurlah anda punya klinik yang cantik, bersih dan besar. Walau bagaimanapun tak semua orang sabar seperti saya T_____T

Posted in | Leave a comment

Dhuha Jom Menyanyi Bahasa Arab

"Kabir, soghir, Kabir, Soghir, SUBHANALLAH!! Wuuh, wuuuh, wuuuuh wuuuuuh!"

Petikan lagu Hadiqotul hayawanat kedengaran di radio IKIM 91.5FM. Kali pertama mendengarnya, seakan-akan menarik minat untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Rupa-rupanya saya tidak keseorangan. Suami juga berminat dengan nasyid tersebut. Selepas, melihat beberapa promosi dan iklan suami nekad untuk mencari album nasyid bahasa arab oleh kumpulan Dhuha. Apa yang kami tahu kumpulan ini adalah adik beradik, comel kan? Sama-sama nyanyi lagu bahasa arab. Mesti seronok.

Pada suatu petang, hari itu saya cuti. Seperti petang-petang yang lain selepas waktu kerja, suami mengambil saya dan Aliff di rumah Sg Ramal (rumah nenet Aliff) untuk dibawa pulang ke rumah. Kata suami dengan muka teruja, "cuba teka, abang beli apa?" Sambil tangan tekan butang CD di radio.

Cuba teka?



Pandai pun? Ayah Aliff beli CD Dhuha dengan tagline Jom Menyanyi Bahasa Arab. Kali pertama lagu itu dimainkan, Aliff terus diam dan fokus kepada suara adik-beradik Dhuha yang tersangat comel! Dalam kepala otak ibu berfikir, barangkali ini boleh dijadikan senjata rahsia untuk Aliff duduk diam dalam kereta. Ini kerana sejak umurnya 11 bulan ligat memanjat, berjalan dan duduk di bawah lantai kereta. Sampai letih ibu, tak ada idea nak pujuk dia duduk sopan dan santun.

Sekarang tidak lagi dengan CD lagu bahasa arab Kumpulan Dhuha! :)))

Setakat ni hampir 3 bulan sejak CD tersebut dibeli oleh suami dan apa yang saya boleh katakan mengenai CD tersebut adalah :

  1. Lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu kanak-kanak yang biasa kita dengar dan rancak. Jadi, ibu bapa dan anak-anak cepat tangkap melodi dan easily get familiar with. Antara contoh melodi adalah daripada lagu Bapaku pulang dari kota, Happy birthday.
  2. Melodinya bagus dan ceria
  3. Suara kanak-kanak yang dapat menarik perhatian anak-anak
  4. Ini bahagian yang paling saya suka, bahasa arabnya jelas dan sebutannya tidak terlalu laju. Bak kata orang Terengganu, boleh dengar sebutir-sebutir.
  5. Saya amat sarankan kepada ibu bapa yang ingin mendidik anak mahir bahasa arab. Kita mulakan sekarang! Iya, sekarang. Walaupun anak kita masih belum bercakap
  6. Apabila anak terbiasa dengan bahasa arab, mudah manjakan dia dengan al-Quran. Insya Allah
  7. Amat sesuai untuk pembelajaran di sekolah peringkat rendah - JQAF
  8. Aliff amat menyukai SEMUA lagu dalam CD ini. Ada satu hari kami melawat nenek Aliff sebelah suami di rumah kakaknya di Bangi. Saat pulang, ibu, ayah dan Aliff masuk sahaja kereta terus Aliff tekan butang on CD supaya semua yang ada di situ boleh dengar lagu kesukaannya. Beliau siap kuatkan volume lagi.Wah, wah anak ibu. Eksyen ya!
CD ini mengandungi 14 buah lagu Bahasa Arab antaranya adalah:
1. Alu-aluan.
2. Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada Iman
3. Di Rumah Kami
4. Wahai Pendidik
5. Bulan-Bulan Hijriah dan Masehi
6. Hari Jadi
7. Ke Zoo
8. Keluarga
9. Hari-Hari
10. Tubuh Badan Saya
11. Alatan Belajar
12. Warna-Warna 1
13. Warna-Warna 2
14. Mari Belajar Bahasa Arab

Kalau tidak silap saya, pengedar CD ini adalah Saffron Integrated Marketing yang jual Jus Tok Guru tu. Untuk yang menetap di Bandar Baru Bangi, boleh dapatkannya di premis Saffron Integrated Marketing di Seksyen 9 rumah kedai sederet dengan Papa Rich. Harga CD Dhuha - Jom Menyanyi Bahasa Arab RM 20.00.
Pst : Saya berkesempatan bertemu dengan bonda dan ayahnda anak-anak Dhuha ini. Sungguh-sungguh terinspirasi daripada beliau. Pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan kepadanya, benar-benar dimanfaatkan!
Sumber imej : Carian google.com

Posted in , , , , , , , , | Leave a comment

Big Bad Wolf 2011

Benar-benar buat poket seluar dan dompet kami cedera parah kembali. Mana taknya, spesis serigala yang jarang ditemui ini hanya muncul sekali setahun dan berjaya menjadikan saya sebagai mangsanya sebanyak 3 kali untuk tahun ini sahaja. Bayangkanlah, buku semurah RM5.00 dan RM8.00 hard cover pulak tu, memang menjadi satu penyesalan tepuk dahi lah kalau tak beli.

Kali ini bertempat di Dewan 1, MAEPS, MARDI Serdang. Bermula dari 7 sehingga 16 Oktober 2011. Buka jam 10pagi-9malam. Tapi selalu terbabas sehingga 10malam. Sehingga terpaksa slow talk dengan customer minta keluar.Kesian staff mereka.

Hari biasa samada siang dan malam pun ramai pengunjung apatah lagi di hujung minggu.

Memang kirim salam kami nak ke event tersebut pada hujung minggu. Baiklah, berehat-rehatan di atas katil sambil bergolek-golek dengan anak kecil yang banyak karenah tu. Tapi, maaf. Itu juga tidak berlaku.

Ibu banyak tertumpu kepada buku masakan dan parenting, er ada terselit buku hobi -felt and scraptbooking.

Ayah pula teruja dengan buku macam-macam dia sampai tak reti ibu nak bagi kategori.

Nasihat saya untuk pengunjung pada tahun hadapan :
  1. Rancang pembelian. Mahu buku kategori apa. Sampai di sana terus pergi ke bahagian tersebut. Boleh semak katalog juga di laman web mereka. Tapi kadang-kadang buku dah habis cepat aja mereka top-up buku baru, jadi tiadalah dalam katalog.
  2. Bawa troli pasar. Stroller anak juga boleh.
  3. Datang pada waktu bukan peak hour. Ini kerana kita terpaksa parkir di kawasan letak kereta dan perlu menaiki shuttle bus untuk ke dewan.
  4. Peruntukkan masa. Contohpruntukan masa di sana 3 jam. 2 jam cari buku. 1 jam pilih buku untuk dibayar. Ini penting kerana, sememangnya tangan tak reti diam untuk kaut buku itu dan ini.
  5. Bawa duit lebih. Ini juga penting.
  6. Bawa air dan makanan. Memang happening
Sedang ralit pilih buku, terjumpa rakan lama di SMAKL dulu yang bekerja dengan Big Bad Wolf yang namanya Salwa. Hai Salwa! Kita rindu sangat kat awak. Dulu duduk satu meja prep.

Itu sahaja buat masa ini. Sekian

Mari naik bas percuma

Macho, bawak troli pasar. Barulah gaya keunggulan

Sambil minum shake Herbalife, sambil nyanyi, sambil tengok tv. Itu tandanya sedang gembira dengan lambakan buku di belakangnya

Aliff bz
Ibu punya, ini belum masuk buku parenting

Ayah punya koleksi

Aliff punya, tapi ayah dah cup nak menumpang kasih

Dasar tamak haloba!

Posted in , , | Leave a comment

Madela Swing

Untuk ibu yang bekerja, mesti ramai yang guna electric breast pump kan?

Best tak? Best tak? Best tak? *cubit diri sendiri* pergi repeat banyak kali sapa suruh


Puan Madela Swing

Tiba-tiba rasa macam nak kongsi tentang breast pump.

Alhamdulillah selama 6 bulan penggunaan Madela Swing warna sama dengan tuan punya badan adalah sangat memuaskan. Penggunaannya agak mudah dan juga mobile.

Selepas beberapa hari mula bekerja, baru berjaya mendapatkannya. Sepanjang tempoh pantang hanya menggunakan pam manual Avent yang saya dapati agak letih dan lenguh (baca : malas) setiap kali mengepam. Kebetulan, breast juga selalu membengkak macam Pamela Anderson jadi acap kali juga proses pengepaman tu berlakulahkan. Dalam hati memang menyimpan hasrat untuk mendapatkan electric breast pump. Yeah!

Suami dapatkan pam ini melalui sebuah forum dari lowyat.net dengan harga RM 550 tanpa warranty. Harga asal RM 700++, mungkin dia beli di oversea.

Baiklah, meh saya nak cerita sikit tentang info dan jasa Puan Madela Swing pada saya.

1. Hanya boleh digunakan sebelah breast pada satu masa. Sebelah lagi boleh tadah guna penutup botol Madela yang agak tinggi tu sekira berlaku pengeluaran susu (di bahagian breast yang tidak dipam). Rujuk imej di atas.

2. Boleh digunakan dengan menggunakan elektrik dan bateri. Always make sure that batterIES be in your pump bag. Jangan jadi macam saya, nak guna dalam kereta battery dah kong. Terpaksa buat kaedah tradisional T__T

3. Mudah pasang. Mudah dikemaskan. Tak banyak alat. Saya suka yang ni!

4. Oh yang ni agak tak best. Bunyi motor pam agak kuat. Malu i tengah sedap memerah hasil keringat dalam surau.

5. Sedutan pam juga selesa seolah-olah seperti sedutan mulut Aliff. E-eh! Volume, eh volume ke? Maximum sulking pun still selesa dan tak sakit.

Itu je kot pandangan saya. Kalau ada sesiapa nak kongsi pam masing-masing boleh juga. Eh bukan kongsi pam. Maksud saya kongsi tentang kisah pam. Boleh saya cuba-cuba untuk next baby. *Batuk-batuk*

Setakat ni, memang berbaloi-baloi pam yang julung kali saya beli. Insya Allah.

Cuma, sejak Aliff dah mula makan, beliau (Puan Madela Swing) agak sedikit terabai. Maaf ye.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013