Two and a half

Bismillah.


Cabaran baru.

Situasi baru.

Oh Allah, pemudahkan.

Aliff kadang sayang sangat adiknya. Kadang tunjuk perasaan lebih sangat. Tantrum kah? Pantang adik tidur, mesti naik atas katil. Diciumnya, digomolnya, diduduk atas badan adiknya. Adohai.

Masih nak ibu tidurkan dia di katilnya.

Layan.

Insya Allah aku boleh hadapinya. Perlu lebih kuat. Mujur ada yang membantu :) encik boipren saya lew.

Agak terkilan sikit petang ni sebab jeles tengok kawan-kawan herbalife berbuka bersama dan vacation workshop as preparation for d next vacation. Grrrr.

Pasti ada hikmahnya. Kan kan?

Dalam tempoh pantang sepanjang beberapa hari ni suka tengok Ramadhantv dan terjumpa banyak pulak blog mak-mak boleh dilawati. Kalau korang ada blog sharelah kat ruang komen. Boleh aku singgah semeta. :)

Sebagai manusia biasa ni, kadang kita letih jugak kita kepala serabut jugak. Masa tulah anak-anak buat perangaikan? Jadi mungkin tulisan di bawah ini yang aku jumpa di Facebook membantu apa yang ibu boleh respon sekiranya berdepan dengan situasi anak buat perangai dalam keadaan ibu tengah stres. Pendek kata sebelum ibu nak mengaum!


MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK 

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian.. Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula. 

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. mari kita renung2kan...

Sumber Facebook.


Okey, Muhammad Aliff!
Frustnya tak dapat joing Iftar, Solat jemaah dan Vacation Workshop malam tadi. Huhuhuhu
Insya Allah ibu belajar lagi jadi ibu yang terbaik eh sayang. 

Untuk ikuti aktiviti, info nutrisi dan pengalaman serta tips dari insan yang kerdil ni, jemput singgah page ku di www.facebook.com/juanadiah

#herbalifemom

Posted in , , , , | 1 Comment

7 hari di NICU

Bismillah. 

Inilah kisahmu adik.

Semalam (Sabtu) genaplah hari ke 7 adik di dunia ini dan masih belum berpeluang melihat dunia luar kecualilah NICU Hospital Serdang ini. Dan merupakan hari keempat umat Islam berpuasa di siang harinya. Kelmarin, semalam dan hari ni seharian ibu jaga dan menyusu adik di sini NICU. Luluhnya hati ibu lihat kedua-dua belah tangan dan kaki adik dengan kesan cucuk kemerah-merahan itu. Semalam sahaja, 3 kali adik dicucuk, doktor masuk ubat, ambil darah dan juga BCG dan setiap sessi tu, amboih kemain lamanya tak tahan macam nak gugur jantung ibu dengar awak menangis, adik. Ibu yakin sangat, anak ibu membesar sebagai seorang pejuang yang genius,cekal, tabah dan kuat kerana sejak lahir lagi adik dah lalui ujian demi ujian. Allahu akbar! 

Sementara ini rutin ibu di hospital, Aliff di sekolah atau di rumah, mengharapkan bantuan adik beradik lain untuk tengok makan pakai main Aliff. Dan malam harinya, sempat jugak ibu melayan sekejap dan rehat. Ayah hanya solat dan mengaji di rumah sudah hampir 3 malam sejak ibu pulang. Insya Allah sampai ibu dah biasa menguruskan Aliff dan adik nanti ayah boleh fokus ibadah pula ye. Bukan apa, bagi peluang juga famili lain beribadah selepas siang hari bantu lihatkan Aliff. 

Terlena. Ibu sibuk dengan adik. Ayah sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan kerana berhari-hari jaga ibu
Sementara kerja-kerja herbalife berjalan seperti biasa. Alhamdulillah ada customer yang masih reorder sendiri dan dengan kami kerana dalam kesibukan sempat jugak ibu follow up progress anak murid punya pencapaian heheheh. Cekgu yang lebih eksaited :p Alhamdulillah anak murid independent dan ekseleng habis. 

Walau dengan situasi baru begini yang agak kelam kabut sedikit ibu tetap bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang banyak membantu terutama suami dan keluarga. Tak lupa juga buat sahabat dan kenalan yang tak putus mendoakan kesejehteraan ibu dan adik terus-terusan :) Sepanjang di hospital, sayunya kadang-kadang melihat ibu yang bersengkang mata menjaga anak yang keadaannya lebih kritikal berbanding adik. Ada yang lahir tak cukup umur, keciiiik sangat. Ada yang kuning sangat2. Ada baby yang dah sihat dan boleh discharge tapi ibu dan ayah tak datang claim, kesiannya menangis sorang-sorang. Masa kita diberi keistimewaan diduga dengan ujian Allah, ambil masa sebentar untuk lihat orang yang lebih dugaannya lebih hebat daripada kita. Pasti insaf dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi selama ini. Allahu akbar! 

Oh untuk makluman semua, keadaan adik sekarang dalam keadaan stabil. 

Pada asalnya, adik dimasukkan ke NICU kerana pernafasannya laju dan tali pusat berada di lehernya ketika doktor menyambutnya. Selepas discan, kelihatan tompok hitam di paru-paru, dijangka ada lung infection. Dan banyak sangat kahak yahg disedut. Boleh jadi adik dah makan segala macam yabg sda dalam air air ketuban tu. Jadi doktor on ubat antibiotik selama 5 hari sambil monitor pernafasan adik. Hari keempat adik di NICU, ada jaundice pulak akibat daripada jangkitan paru-paru tu. Jadi sekarang apa yang ibu buat, minum shake dan air banyak-banyak supaya adik boleh keluar cepat. Semalam baru habis 10 dos antibiotik dan harapnya dengan penyusuan ibu dan cahaya lampu biru yang melimpahi badan adik serta dengan izin Allah, kita balik runah nenet ye hari ni, sayang? Diduga sebegini rupa di bulan Ramadhan ini, terasa untungnya diri. Antara banyak orang, Allah pilih aku! hehhehe maceh Allah. 

Menyusu setiap 2 jam supaya berkurang kuningmu, nak.
Ayah dan adik

Segala usaha ibu beri yang terbaik sepanjang tempoh mengandungmu dan juga setelah melahirkanmu sayang, sekarang ibu teruskan dengan berdoa dan yakin dengan setiap ketentuan Allah. Insya Allah anak-anak ibu bakal pejuang yang kental! 

"abam, jom iqra'!" 

Update lose weight program ibu 

berat sebelum beranak : 64kg 
berat ibu terkini : 60kg (Nampak sangat memang berat baby je yang keluar, yang lain berat lemak berkrim :( uwaaaa!) 

Menu terkini hari-hari 
8am aloevera dan shake 
10am roti 3 keping dan milo panas 
1pm bubur nasi panas dan ikan bilis dan bawang goreng lada hitam 
3pm shake 
5pm 3 keping roti dan milo panas 
7pm bubur nasi panas dan ikan bilis dan bawang goreng lada hitam 
8pm aloevera dan shake 

Ganbatte ibu!

-------------

Alhamdulillah adik dah bersatu dengan abam jugak akhirnya petang semalam jam 630 petang. Ibu rasa sebenarnya dari pagi lagi dah boleh keluar. Sebab ibu perasan tangan adik macam baru diambil darahnya, ada lekat kapas. Tapi disebabkan ibu fokus nak bagi susu dan kejut adik setiap 2 jam jadi terlupa sudah nak tanya. Pun hari Sabtu so orang tak berapa ramai. Tak tahu nak bertanya pada siapa. Ibu excited habis terus contact ayah datang pick up kami berdua.
Aliff memula eksaited ibu dah balik. Lepas tu terkejut tengok 'orang baru' lepas tu tak sudah-sudah kiss adik

Abang yang ketika ini masih lagi dengan ke-eksaited-annya! Insya Allah BFF okey dengan adik?

Akhir kata yang tak berapa best, selamat fokus berpantang, ibu!

Leave a comment

Pain and JOY

Bismillah

Sekarang jam pukul 1058 pm.

Sorang-sorang kat hospital Serdang.

Alhamdulillah masa yang tenang untuk nukilkankan sesuatu di belog ini.

Hari ni Isnin. Semalam Ahad. Alhamdulillah selamat beranak anak lelaki kedua seberat 3.34kg jam 438petang lepas asar secara vakum. Aku ke Hospital Serdang sejurus selepas perasan macam air membasahi seluar tidur yang aku pakai. Sebelum ni dah 4 hari keluar lendir merah dan lendir kuning serta sakit contraction setiap 10 minit. Datang malam sakit kuat. Datang siang sakit kadang ada kadang tak ada. Eh macam main-main pulak tanda bersalin aku. So aku decide kalau sakit setiap 3 minit sekali baru ke hosiptal LAGI.

Sampai hospital hari Sabtu jam 1130 malam. Waktu tu sakit tak kerap tapi agak kuat jugak. Dr suruh admit sebab dah pecah air ketuban walaupun tak banyakkan. Masa tu dia cakap bukaan dah 2cm. Tapi wad penuh. Terpaksalah bermalam di PAC. No problem. Aku suruh abang balik. Abang nak teman aku mengaji sampai dalam pukul 2.30 pagi aku masuk dalam cuba nak tidur dan rehat. Pukul 4 sakit aku makin kuat. Aku suruh abang balik supaya dia boleh rehat nak berjuang esok harinya.

Sakit makin kuat dan kuat. Rasa nak tercabut kaki dengan badan. Belakang rasa macam nak putus. Sementara bahagia depan rasa ditarik-tarik. Adoohhai. Mama 7 orang begini. Aku baru 2 dah macam apa je. Aku tengok orang lain mengerang kesakitan tak macam aku pon. Beriya bernafas hembus bernafas hembus.

Esok paginya.

Tak sabar tunggu abam dan abang, hehe.

Bawak sarapan dan shake. Ayah suap abam makan. Sementara ibu dokong Aliff kerinduan. Saatnya contraction kuat datang, aku tahan sakit. Abam mula pujuk aku, "abam de ni" (abam ada kat sini) banyak-banyak kali sambil kiss n peluk-peluk aku. Touching ibu. Jap lagi dia tanya, "a u tey?" (are u ok?). Aloh-aloh, anak ibu, anak ibu.




Tak lama nenek dan atuk datang ambil abam balik, sementara ayah stay dan tunggu ibu lagi.

Sobss sedih sangat ibu.

Kesimpulannya, aku tahan sakit kontraksi dan duk kat PAC tu dari jam 1130pm sampai 345pm lebih kurang hampir 16 jam ko!

Alhamdulillah akhirnya dapat masuk labour room sebab dalam pkl 230pm tu sakit aku diikut serta dengan rasa nak teran yang amat sangat padahal bukaan baru 5cm. Tak lama pun kat situ, doktor bersilih doktor datang cek bukaan. Sakit kontraksi memang kuat gileeeeh oi time ni! Gap dalam 3 minit sekali. Aku kerah kejung sekali menahan kesakitan. Akhirnya, doktor decide nak vakum. Alhamdulillah tak payah operate. Seronok kejap.

Yang bestnya lagi, doktor yang sambut baby kali ni adalah kenalan aku iaitu kakak kepada kawan baik aku! Dr Anizah Ali. Alhamdulillah baby disambut oleh orang baik-baik. Mengenalinya buat aku lega lah kan walaupun yelah malu lah kan orang yang kita kenal, urm takpela tak yah teruskan. Aku fikir balik, apahal nak malu-malu lak kan? Pelik sungguh. Ni antara hidup dan mati ni, hehe. Kak ijah ni baik sangat-sangat. Aku perasan masa nak sambut baby, mulut dia terkumat kamit selawat berdoa.

Ada pengalaman meneran, push-push jugak. Alhamdulillah. Lepas baby keluar je terus aku macam jerit lah gak kan, Allahu akbar, alhamdulillah. Padahal sebelum tu dah mengerang kesakitan macam hape je. Malu ai. 

Abang tak dapat bersama dalam labour room sebab vakum agak extreme sikit berbanding beranak normal. Tapi operate lagi extreme la kan. Takpelah abang, insya Allaha da rezeki lain abang nak ada pengalaman sambut baby yeh?



First visit | Pasang tiub

Second visit | dah cabut tiub pasang penutup apa tah pulak

Third visit | Dah cabut semua, pakai oksigen kat hidung. Ayah kata adik asyik nak tanggal je

Leher baby terjerut dengan tali pusat dan pernafasan dia tak berapa bagus. Kena admit NICU. Pengalaman kedua selepas abamnya dulu. Kali ni doktor scan ada tompok hitam di paru-parunya. Terus teringat waktu jerebu tak pakai mask. Ada possibalities tak? Sedih.

Alhamdulillah kali ni beranak dapat duduk bilik kelas pertama, matlamatnya satu je. Nak abang jaga aku. Selesa pun selesa. Syukur. Alhamdulillah layanan abang masa bersalin anak pertama sama jugak macam anak kedua. Teman ke toilet, dan buat kerja-kerja yang menggelikan yang belum mampu aku sendiri uruskan. Alhamdulillah kali ni cepat aku berjalan berbanding dulu. Paling seronok kali ni dapat tengok abang tidur lena selepas seharian tunggu aku.

Petang tu beranak, malam tu naik kerusi roda turun jugak nak jenguk abam (ikut atok nenek hantar makanan) dan adik. Tapi tak kesempaian sebab abam mengamuk (dapat main dengan ayah kejap je) dan tidur dalam kereta. Sampai NICU tengok adik, sama jugak situasi waktu jenguk abam dulu, menangis macam orang hilang akal. Agaknya post birth jugak kot. Feeling hiba gitu. Manalah tak sedih, anak baru lahir dengan tiub, mesin gabak dan macam-macam lagi. Insya Allah adik spesial nak dapat super power, ye adik ye. Anak ibu kuat dan genius! insya Allah

Sementara tu dah la dok feeling sedih abam yang ditinggalkan di rumah. Dengan perasaan lepas ni dia dah tak boleh nak dimanjakan seorang diri oleh ibu ayah. Ada adik yang perlu dikasihi jugak. Tapi aku percaya abam akan perlahan-lahan menerima adik, dan menyayanginya. Kerana abam membesar sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan genius!


Malam pertama ayah teman ibu. Malam kedua ayah teman abam pulak! Fair and square.



Dan kerana itulah malam ni ibu keseorangan dirian. Sekian kisah tak berapa nak lengkap pengalaman bersalin anak kedua :) Ibu dah mengantuk dan nak merehatkan diri yang bakalan sibuk dengan 2 orang hero-hero kat rumah nanti. Debo ge ghase.

Posted in , , , , , | Leave a comment

False alarm ke?

Bismillah

Alkisahnya, 4 Julai sepatutnya tarikh due baby. Isnin (1/7) hari tu aku dah check up dengan doktor. Aku bagitahu, memang takde rasa sakit langsung cuma perut mengeras tu biasalah kan? Lepas check, dengan confidentnya, doktor bagitahu aku yang bukaan jalan takdak langsung dan mungkin akan ikut jejak si abang overdue seminggu lagi. Aku pun agak sedikit lega sebabnya banyak sangat perkara dalam kepala otak ni duk ligat nak buat sementara adik tak keluar lagi. 

Elok, balik klinik, perut dah mula rasa sakit-sakit. Aduhai. Dalam hati.

Esok paginya, terus keluar tanda bersalin macam lendir merah gitu. Panik! Sakit pulak semakin kuat lepas tu. Selepas call hospital dan tanya itu dan ini, so tak berapa nak panik dah. Dia cakap kalau biasanya doktor check bukaan tu, keluar lendir merah tu biasa. Dia suruh tunggu sakit kerap 5 minit sekali baru datang. Ataupun sakit dah tak tahan-tahan kan. Sementara masih boleh tahan ni, aku tahan lah kan. Tak nak stay kat wad punya hal kan?

Masuk hari Rabu, aku panik lagi sekali. Sebabnya? Adik tak berapa aktif seperti biasa. Pagi tu pulak sakit makin kuat. Tapi tak konsisten. Malam tu pulak adoohh sakit setiap 6 minit sekali. Sakit kuat lak tu. Adik, adik. Bagi ibu saspen. Petang tu ibu decide nak ke hospital. Hospital Serdang tempat tumpahnya darah abam.

Abam tolong buat 1 liter shake untuk energy ibu nak push-push

Air zam-zam, air NW+aloe+teamix, dan shake 1 liter sebagai bekalan tenaga. Ahaks

Sebelum ni, ibu memang dah plan nak minum Aloe vera banyak- banyak semoga bantu pembersihan rahim atau dalaman badan ibu, usus-usus dan perut semua. Supaya waktu meneran nanti taklah terkeluar yang tak sepatutnya macam ta*k ke kan, tak macho ok! Dan selepas beranak nanti, insya Allah rahim semua bersih dari uri dan darah-darah kotor, insya Allah.


Shake, teamix dan NW pulak, supaya bantu ibu punya tenaga luar biasa untuk push-push dan bagi energy luar biasa. Nutrisi daripada shake, terus dapat kat sel-sel badan ibu supaya badan ibu boleh berfungsi dan bekerja dengan dahsyat sekali ketika meneran. Lagi, tak nak lah buruk sangatkan wajahnya selepas bersalin nanti. Sememeh je. Dahlah ibu ni memang jenis ala-ala manja, sakit sikit dah uwek-uwek. Ohok-ohok!

Settlekan 450ml shake dulu sebelum sampai hospital
Ni kenapa manja sangat, sayang eh? Sebelum gerak ke hospital


Ok dah sampai hospital tunggu punyalah lama. biasalah hospital femes, Hospital Serdang kan? Disukai ramai. Sampai hospital dalam pukul 630 petang dan aku perasan sesampainya aku ke hospital sampai habis doktor cek, memang tak dak sakit langsung! Saiko ke apa aku ni? Doktor cakap baru terbukak 1 cm dan rasanya boleh balik. Dia suruh datang lagi bila sakit setiap 3 minit sekali, tumpah darah banyak macam period, atau tumpah air macam kencing tapi banyak sangat n of course tak bau hancing la sebab tu air ketuban. Okeh, baik cik dokter. Hurm, dan yang paling emajingnya, elok habis doktor cek, sakit kuat sangat sampai nak bangun balik pun tak boleh. Haip, adik. Nak main dengan ibu ye?

Kat hospital sempat lagi posing dengan shake. Dasar fotogediks!

Jadi, teringatlah daku pada kata-kata doktor yang aku buat check up sebelum ni yang mungkin overdue lagilah gamaknya ye adik. Sekarang ni, ibu menahan sakit jelah yang kadang kuat, kadang slow. Layannn. Sambil settlekan perkara-perkara yang tak berapa penting ibu nak settlekan ni, antaranya main-main dengan abam. Huhuhu. Follow up customer dekat-dekat, plan Nutrition Club yang bakalan dibuka nanti dan beberapa perkara pengurusan sikit.

Masuk hari ni dah 4 hari dah ibu sakit-sakit.

Tak kisahlah, janji adik sihat dan bahagia dalam perut ibu, okeh? Ayah pulak berharap adik keluar awal Ramadhan. Bukan berharap dah. Macam yakin je ibu tengok. Insya Allah nak juga merasa berkat melahirkan anak di bulan Ramadhan. Apa pun ibu serahkan sepenuh keyakinan ibu pada Allah. Allah tahu yang mana terbaik untuk ibu.

Sempat lagi masa contraction menjengah teman baik punya baby yang konon-konon pakat nak beranak sama-sama kan. Perkenalkan baby Kauthar (seriyes tak puas hati, boleh tak aku dan Alia Ali ni pernah terpunya OTAK SAMA nak bagi nama baby girl, Kauthar? Sekali dia dulu dapat baby girl kan so terpaksa lah mengalah. Tahniah Alia!)

Tara! Comelkan baby cinta aku?
Lalu upload foto atas ni kat FB. Habis spekulasi sudah yang aku dah beranak.

Moral : jangan upload gambar baby di saat-saat ko nak beranak. Dah kena perbetulkan keadaan :\ Gomenne semua! Tak berniat langsung nak kontroversi

Ops, sebelum terlupa. Nak share sikit. Sempena Ramadhan kareem ni, kami ada offer pakej Ramadhan, turun berat badan, sihat dan bertenaga di bulan puasa dan berpeluang menang duit raya sehingga RM1000. Hubungi kami  0123141422 atau nurulnadiahahmad@gmail.com

Posted in , , , , , , | Leave a comment

Nak sangat-sangat pergi

Mekah

Madinah

dan

UK.

Sangat. Sangat


Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013