Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman | Pantai

adalah merupakan tanah tumpahnya darah nenet Aliff. Hahahhaa

Dan Aliff sangat sukakan negeri itu apabila berkesempatan ke sana pada 28/5/2011 yang merupakan percutiannya pertama kali di sini bersama-sama keluarga saya. Saya masih ingat lagi pertama kali suami (er biarlah saya gelarkannya kekasih hati di sini) menjejakkan kaki di negeri penyu itu pada bulan Jun 2010 dan ketika Aliff masih dalam kandungan yang berumur 6 bulan, dia sangat teruja dan bangun awal setiap pagi untuk menyaksikan matahari terbit. Memang itulah minatnya sehingga sekarang. Saya yang memang sejak dari kecil sudah terbiasa dengan pantai langsung tidak endahkan ajakannya ke pantai pada setiap pagi untuk menyaksikan keindahan Allah tersebut. Untuk makluman, kekasih hati dibesarkan di Muara. Betul, tiada pantai di situ.

Sejak saya memutuskan untuk berkongsi hasil penulisan saya dengan seluruh isi dunia, idea yang wujud dalam minda saya seolah-olah sedang beranak-ranak. Jadi, saya ingin mengambil peluang menceritakan kisah percutian kami ke Kuala Terengganu baru-baru ini di sini. Kerana saya fikir, selama 26 tahun saya dan adik beradik berpeluang ke kampung halaman di sini, belum pernah sekalipun kami berkongsi pengalaman tersebut dengan teman-teman apatah lagi saudara mara yang bukan datang dari daedah ini. Langsung melihat kekasih hati yang begitu teruja setiap kali pulang ke Terengganu membuatkan saya sedar bahawa sebenarnya, kami sangat beruntung mempunyai kampung yang banyak tempat-tempat menarik untuk disinggah.

Biarlah tempat-tempat menarik itu saya kongsikan dalam entri yang berlainan kerana untuk kali ini saya suka untuk berkongsi mengenai indahnya pantai di Terengganu.

Pantai

Pantainya tenang, pasirnya putih bersih sekali. Orang ganu sebut, pat-ta.

Seperti dalam peta Malaysia, negeri Terengganu terletak di persisiran pantai. Ini bermakna sepanjang perjalanan kami ke Kuala Terengganu akan melalui pantai. Dan antara pantai yang kami singgah tempoh hari adalah

Pantai Kemasek

Destinasi wajib singgah-tangkap gambar sampai lebam.

View dia cantik sangat Masya Allah. Depan sikit dari boader Pahang-Terengganu. Lepas Kemaman agaknya. Sambil lepak dan berehat setelah memandu non stop dari KL-Terengganu. Moleh sangak la tu.





Pantai Kelulut
Kira-kira 20 minit sebelum tiba ke Kuala Terengganu, kami melalui Pantai Kelulut dan kelihatan banyak sekali kedai makan di kiri dan kanan jalan. Kebetulan kami yang sedang menahan lapar kerana tiada satupun perhentian yang disinggahi sebelum ini memutuskan untuk berhenti makan di situ.




Rupa-rupanya, gerai-gerai di situ kebanyakannya menyediakan makanan laut celup tepung dan makanan panas. Kami yang seolah-olah tidak makan dalam 3 hari memesan makanan dengan banyaknya, antaranya sotong, udang celup tepung, keropok leko, nasi goreng dan air buah . Dan percaya atau tidak kesemua makanan itu berjaya tidak dibazirkan. Sotong celup tepungnya memang sangat sedap. Sotongnya lembut dan tepungnya sangat crunchy. Kruk, kruk. Dicicah pula dengan sos istimewa yang rasanya manis dan pedas. *kecur air liur* Terdapat juga satu gerai yang menyediakan satar yang sangat-sangat sedap! Manis dan pedas. Juga menjadi mangsa kebuluran kami.


Menikmati makanan yang enak bersama pemandangan dan suasana yang nyaman di tepi pantai adalah sesuatu perkara yang mustahil apabila anda berada di Kuala Lumpur ataupun Kajang. Alhamdulillah, nikmat sekali anugerah Allah yang satu ni!

Pantai Chandelling

Pasirnya masya Allah, puteh lepok!

Memang best mandi sini. Tak ramai orang.



Pantai Batu Burok






Bagi penduduk Terengganu terutamanya yang tinggal di sekitar kuala ini, pantai ini adalah pantai yang paling popular dan kerap dikunjungi. Begitu juga bagi 'orang luar' iaitu penduduk di luar negeri Terengganu. Ada saja aktiviti dan karnival yang dianjurkan di sini dan kebiasaannya pantai ini memang meriah dengan pengunjung tak kira masa.

Saya masih ingat waktu kecil dulu, ramai sekali orang bermain layang-layang di sini kerana anginnya kuat sekali sehinggakan pernah hampir menerbangkan tudung saya!

Dulu-dulu, seingat sayalah satu-satunya restoran makanan segera yang berada di Kuala Terengganu adalah A&W yang terletak di pantai ini. Jadi sesekali kalau terasa nak makan fastfood, kami mesti paksa abah ke sini. Walaupun, pada hakikatnya kalau berada di KL jarang sekali makan A&W. Kalau dah mengada-ngada kan.. Oh, di kawasan pantai ini juga banyak disediakan gerai makanan seperti foodcourt dan ada satu gerai di situ yang menawarkan nasi dagang yang sangat sedap, malangnya saya lupa gerai yang mana satu.

Tapi, apa yang saya perasan sekarang, kemeriahan di pantai Batu Burok semakin berkurang. Sebabnya? Saya juga kurang pasti. Pembangunan mungkin?

Pantai Teluk Ketapang

Sewaktu saya masih kecil, pantai ini selalu kami kunjungi untuk mandi manda kerana lokasinya yang paling hampir dengan kampung mama, Manir. Tetapi kini, tidak dibenarkan lagi mandi di sini selepas tambakan pantai dilakukan berdekatan dengan lapangan terbang, Kuala Terengganu. *mengeluh* Begitu banyak sekali pembangunan yang saya perasan di kawasan pantai ini, antaranya stadium yang runtuh, Universiti Malaysia Terengganu, Lapangan Terbang yang dinaiktaraf dan macam-macam lagi. Jadi, kiranya Aliff nak mandi pantai nanti, ibu terpaksa ajak ayah ke bahagian atas lagi daripada pantai Ketapang ni.

Sekarang ni, ramai orang termasuk 'orang luar' lebih berminat berkunjung ke sini berbanding ke pantai Batu Burok. Apa yang menarik di sini? Macam biasa gerai-gerai makan yang menyediakan makanan celup tepung, masakan panas dan air buah gelas besar. Jagung bakar pun ada! Tapi saya tak berapa suka celup tepung di sini. Mahal sikit. Tapi kalau pandai pilih kedai, ok je.


Pantai Teliput



Satu lagi pantai yang cukup popular dengan masakan celup tepungnya. Tapi, tempat ni tak ramai orang tahu tentang keenakan masakan celup tepungnya. Gerainya pun taklah sebesar mana, tapi begitu ramai sekali orang yang datang. Yang menariknya, kita boleh mandi di sini.

Disebabkan kampung saya di Manir, jadi jarang sekali kami berjalan-jalan lebih dari Pantai Keliput. Kiranya kekasih hati rajin nak ajak berjalan naik ke bahagian atas lagi lain kali, bolehlah saya kongsikan kisah pantai di Terengganu lagi ye?

----

Yang buat saya gelihatinya, oleh kerana saya dibesarkan dengan pantai Terengganu, saya jadi tak berperasaan sekiranya berkelah di Port Dickson. Ini belum cerita tentang keindahan pantai Pulau Redang dan Tioman. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Mu!

Posted in , | Leave a comment

Walimah teman dan Piala FA

Seminggu lebih awal dari tarikh sebenar walimah temannya (11/6/2011), dia begitu bersemangat sekali hinggakan hampir sahaja dia membawa isterinya ke Bentong bagi menghadiri 'walimah' tersebut. Berkali-kali si isteri terpaksa menghadapi perubualan sang suami mengenai walimah tersebut bahawa mereka harus juga mengahadirinya kerana kebetulan si isteri punya hal yang lain ketika itu.

Ternyata, kerinduan si suami terhadap teman-temannya yang lain tidak dapat disemunyikan lagi. Seboleh-boleh dia bertanyakan tentang kehadiran teman-temannya yang lain ke walimah salah seorang teman baik mereka. Seperti semua sedia maklum, walimah perkahwinan merupakan salah satu tempat pertemuan bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain.

Perancangan telah ditetapkan untuk diadakan konvoi ke Bentong, tempat walimah diadakan. Secara kebetulan, anak si suami itu jatuh demam malam sebelum hari yang dirancangkan. Walaupun demikian, dia tetap bersemangat untuk ke majlis itu dan tidak membatalkan perancangannya. Namun, dia terpaksa bergerak agak lewat sedikit berbanding teman-teman yang lain sementara menunggu demam anaknya kebah. Setelah memastikan anaknya beransur pulih sedikit dan oleh ditinggalkan bersama ibubapa si isteri.

Dengan harapan supaya dia sempat bertemu dengan teman-temannya di Majlis tersebut, dia memecut laju keretanya walaupun acap kali ditegur isterinya yang gelisah dengan kelajuan kereta yang dipandunya. Akhirnya, dia tiba dengan hati yang syukur dan gembira.

Allah jua penentu setiap perancangan. Apabila tiba, didapatinya bahawa kebanyakan teman-teman telah pulang kerana mempunyai komitmen masing-masing. Walaupun agak kecewa kerana kerinduan yang dipendam (sorok) selama ini tidak dapat diubati, namun dia mengerti. Itulah lumrah kehidupan. "Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat". Ungkapan yang sering diingatkan kepada sang isteri.

Gambar dicuri dari Facebook Ahad Nasaruddin Mansur

Tahniah, Hadi! Selamat menjadi kehidupan sebagai seorang suami dan kekasih hati kepada isteri. Semoga kebahagiaan milikmu dan isteri sehingga ke syurga. Insya Allah.

Mujur saja, makanan yang dihidangkan di majlis tersebut sedap bangat! Pengubat kekecewaan.


Selepas exit UPM
Dalam perjalanan pulang ke rumah bertemu anak yang demam, kelihatan trafik sesak dari Exit UPM sehingga ke Teknologi Park gara-gara Terengganu vs Kelantan sempena piala FA.

Saya?? Tentulah...

Peteh ganu peteh!

Tahniah ggannuuu. Saya bangga jadi cucu Terengganu. (Masa-masa ni lah baru nak berbangga ye?)

Posted in , , | 3 Comments

Tips membeli dan menyediakan keperluan ibu dan bayi

Dulu saya waktu umur kandungan 7 bulan baru gelabah bukak internet cari senarai keperluan. Alhamdulillah, rupa-rupanya ramai ibu yang baik hati sudi berkongsi tips dan info di blog-blog mereka. Lepastu gelabah pulak pergi kedai atau shopping complex untuk shopping barang baby lagi. Sebelum tu, selalu alah lambat lagi. Ha perut dah boyot lalu mengkelam kelibutkan diri.

Kini, giliran saya membantu mereka yang memerlukan.



Keperluan Ibu

Penyusuan ibu


  • Pam susu -penting survey awal-awal. Kalau tak menyesal kemudian hari. Dalam pantang, pam susu sangat diperlukan sebab selalu berlaku bengkak susu dan kadang-kadang baby tidur macam kesian nak kejut. Tapi, kakak ipar saya anak dia jenis kuat minum, tak jadi masalahlah. Bagi ibu yang bekerja, dah boleh mula simpan susu semasa dalam pantang supaya tak gelabah macam saya kekurangan susu bila anak dah masuk 5 bulan. Banyaknye perkataan gelabah ko. Pilihan saya adalah madela swing :)

  • Breast pad - Boleh cari yang disposable atau washable. Penting juga kalau tiba masa susu tu nak memancut, tak dapek-dapek dah nak menahan. Tambahan, bila baby breastfeed sebelah kanan, susu sebelah kiri dengan riang gembiranya memancut-mancut.

  • Botol susu - Beli sikit dulu, tengok baby nak ke tak nak guna botol tu melalui latihan menyusu menggunakan botol susu.

  • Sabun cuci botol susu dan pam- saya guna pureen perisa oren

  • Berus cuci botol susu

  • Nipple cream/Nipple protector - Penting! Dalam umur baby kurang sebulan saya mengalami nipple crack. Mengalir air mata setiap kali baby bf. Petuanya, sapu bahagian yang sakit dengan susu ibu banyak-banyak setiap kali selepas baby bf. Namun sebelah kiri punya kurang berkesan. Last resort, suami belikan nipple protector. Alhamdulillah, kembali kepada sedia kala.

  • Strelizer- Berbaloi untuk saya yang sentiasa ada je botol/pam yang nak dibersihkan Must have. Nak cepat. Nak lambat guna air panas pun boleh.

  • Elctric bottle/ food warmer - Saya guna kaedah tradisional, air panas.

  • Nursing Cover - Saya dapatkan dari anisfadhilah. Alhamdulillah berbaloi setiap kali keluar berjalan. Namun, boleh juga guna shawl yang bersaiz besar atau cover guna tudung bagi baby yang bersopan santun ketika bf. Baby saya? Tangan tak diam nak selak-selak tudung.

  • Beg Susu - Bukan mengandungi susu tapi dilengkapi dengan pam susu,botol susu, plastik menyimpan susu, cooler bag yang mengandungi ice packs. Sesuai sangat untuk ibu bekerja. Persediaan, persedian.
Ibu yang dalam pantang


  • Pad- Saya guna kotex biasa ajo

  • Kain batik

  • Tshirt

  • Sweater

  • Tudung agak labuh sikit- Setiap kali orang melawat tu lah, baby kita nak susu. Adoyai. Terpaksa mak kaber-kaber

  • Minyak urut- Amway! Sungguh nyaman.

  • Minyak cap kapak

  • Bantal - lebih sikit sebab kadang-kadang sakit belakang.

  • Set bersalin - Again, Amway!

  • Stokin- Jangan skip ye kawan-kawan. Masuk angin karang - kata mak saya

  • Bekalan makanan dan air putih - Kerana selalu merasa kebulur, almaklumla makanan kena catu dalam pantang. Jangan ko bedal kueh mueh segala macam. Cukuplah setakat biskut-biskutan :p

  • Buku parenting dan penjagaan bayi - Penting, penting. Saya cadangkan buku tulisan Miriam Stophard dan Elizabeth Ferwick. Study tau, seeloknya sebelum deliverlah. Rujuk sini

  • Buku nota- Not necessary pun. Saya tulis perancangan apa nak buat (baca : tulis makanan yang nak dimakan) selepas habis pantang Theeee:p

  • Laptop - online!!! Banyak info saya gelabah (again?) nak cari masa dalam pantang.
Keperluan bayi

Pakaian


  • Baju + Seluar, Romper, Sleepsuit - Banyak beli untuk saiz baby berumur 3-12 bulan. Bawah dari tu saya beli sikit-sikit. Banyak orang beri untuk baju bersaiz 0-3 bulan

  • Mittens + Boties

  • Kain bedung- Beli yang strap tu. Kesian Aliff, Kalau pakai kain biasa dicabut-cabutnya

  • Lampin

  • Selimut

  • Topi

  • Bibs - Ada satu masa nanti, rasanya dalam 2 bulan ke atas, Air liur baby meleleh macam paip bocor. Sila bersedia

  • Tuala kecil- Banyak membantu membersihkan baby muntah. Sila bawa ke mana anda pergi dalam tempoh baby berumur 0-3 bulan
Tempat tidur


  • Baby cot

  • Playpen

  • Drawer

  • Mosquito spray/net
Travel


  • Stroller + Head & neck supports

  • Car seat

  • Baby carrier/babywearing - Disarankan untuk menggunakan kaedah babywearing ( rule : knee is always higher level than bum means in sitting position) kerana kalau baby carrier tu anu baby macam terhempap. Ouch!

  • Nursery bag

  • Sunshades - Kalau kereta pasang tinted tebal camane pun, sunshade berguna jugak

  • Kipas kecil - Banyak dijual di kedai barangan baby berharga Rm 19.90. Tapi biasanya kat baby expo harga boleh dapat dalam Rm 15.00
Masa lapang


  • Toys

  • Rocker

  • Play Mat

  • Musical Mobile

  • Cloth book

  • VCD ayat-ayat Quran
Penjagaan bayi


  • Changing mat

  • Baby wipes

  • Diapers

  • Diaper rash cream

  • Baldi

  • Bakul baju kotor

  • Sabun basuh baju baby

  • Baby Bath tub

  • Toileteries - Saya guna produk pureen. Bagus. Anak saya tak boleh guna baby johnson. Badan jadi gatal-gatal

  • Baby bath towel

  • Cotton wool ball- Cuci telinga dan mukanya

  • Cotton buds

  • Sikat baby - Awwwww~ Kalau sikat pun takda efek. Tapi, perasaan kasih sayang semasa menyikat baby tu sungguh best

  • Ketip kuku baby - Alololo, comelnya.

  • Nasal aspirator - Aliff punya taik hidung beso-beso. Memang bermanfaat benda ni

  • Termometer - Penting untuk monitor suhu baby sekiranya rasa badan dia panas-panas atau merengek-rengek lain macam.

Cukuplah. Harapnya info di atas membantu tawan-tawan semua dan bukanlah benda yang saya syok sendiri.

Selamat bershopping dan buat lah budget sebaik mungkin!

Posted in , , , , | Leave a comment

Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman | Keropok Lekor





Kepok Lekko Tok Beng, Seberang Takir TERBAIK! Kalau nak bawa balik perjalanan jauh, hubungi mereka sehari sebelum pulang. Pembungkusan kedap udara akan dilakukan. Boleh didapati dengan harga RM1 sebatang.Kan saya dah kata tadi, TERBAIK!

Posted in , , | Leave a comment

Encik Sopi kepunyaan Aliff

Hati ibu pulak yang terlebih emosi apabila Encik Sopi, (rujuk imej di bawah) teman baik Aliff satu ketika dulu telah hilang. Tak dapat dikenalpasti bagaimana kehilangan itu berlaku. Kehilangannya hanya disedari apabila Aliff dah tumbuh gigi dan mula buat kunyahan menandakan akan erlaku penumbuhan gigi lagi. Itulah tujuan sebenar Encik Sopi hadir dalam hidup ALiff adalah supaya dapat membantu Aliff dalam menangani kegatalan gusi dalam proses tumbuh gigi.


Malangnya, saat ia diperlukan, menghilangkan diri pula!

Ini adalah salah satu penyebab mengapa ayah beriye benar mahu mendapatkan Encik Sopi sebagai teman baik Aliff.

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013