Correct portion on our lunch plate




Makan berpada-pada. Berhenti sebelum kenyang.

Posted in , | Leave a comment

Diari Aliff | 2 tahun 5 bulan

Bismillah.


Sabtu lepas, ibu dan ayah pergi ke sekolah Aliff, Nur Calliph, Bandar Baru Bangi (klik untuk info) sempena hari report card beliau. Echeh semangat ibu first time lah katakan. Moga ibu terus istiqomah menghadiri hari-hari report card Aliff dan adik-adik pada hari-hari mendatang pun ye, insya Allah.

Alhamdulillah, bersembang dengan Puan Didie, yang in charge sekolah tersebut banyak info tentang anak ibu di sekolah yang dikogsikannya. Secara keseluruhan anak ibu ni kat sekolah boleh tahan baiknya yeh. 

Antara perkara yang menjadi topik perbualan ibu tadi, kebanyakkannya adalah tentang perkembangan skil beliau. Dapat ibu simpulkan di sini, ada beberapa perkara yang perlu ibu ambil perhatian contoh, anak ibu perlu diberi perhatian pada konsep rules, sebutan huruf, sebutan perkataan, konsep kerjasama, konsep bahagi, mengira dengan jari dan macam-macam lah.

Tapi bab bersosial, berkawan, dengar arahan, anak ibu ekseleng! 

Ada beberapa perkara yang ibu tanya tentang perkara yang ibu dok runsing sokmo kan. Berkenaan anak ibu yang sorang ni cepat nau emosi. Kalau orang jerit, atau pukul atau macam dirasakan menggugat dirinya, mesti terus melalak. Macam kelembutan sikit, nama pun Aliff kan? Sebab biasa kalau kat Nutricity, abang Nuaym atau abang Imran, kalau baik, baik sangat. Tapi kalau ada yang tak kena, sekejap, sekejap anak ibu menangis melalak datang kat ibu mengadu itu ini.

Tapi auntie Didi, cakap eh takdelah. Oke je. Takde menangis pun. Berkawan dengan abang-abang pun ok je. Phew. Mungkin kalau ada ibu je kot, manja terlebih. Nak kena sokmo biar dia di bawah pengawasan orang lain jugok ni, Tak boleh 24 jam dengan ibu sangat eh. 

Abam,

ini perkembangan awak sepanjang 2 tahun 5 bulan ye,

1. SANGAT MANJA. Sekejap, sekejap , sambil pandang ibu gaya kucing dalam shrek dan sebut, "A-B-UUUUUU~" (ibu). Ya Allah, cair mak! Dah lah sokmo lak tu. Sekejap,sekejap tengah ibu rehat, rehat dia datang buat aksi manja tu.

Satu lagi, SELALU nak kiss adik (perut ibu). Sikit, sikit, "nak adeyk". Comel


2. Lately suka main, mainan waktu kecik, macam besen mandi ni, walker. 


3. Masih tersangat gilakan motor





4. Berposing tak hengat




5. Sangat suka pergi sekolah. Ibu siap puju depan auntie didie lagi tadi



6. Sangat suka makan sup. Mihun, nasi semua nak makan dengan sup


7. Asyik mintak didokong je. Adoi pengsanlah mak gini.


8. Alhamdulillah dah boleh tidur, di mana jua anda berada. 



Abam,

membesar sebagai khalifah unggul di muka bumi Allah ni sayang. Nanti adik dah tubik, kita sayang-sayang adik sokmo eh. Abam tolong ibu pimpin adik jadi khalifah jugak ye. Ibu akan usaha lagi jadi ibu terbaik untuk abam dan adik-adik yang ibu sayang sokmo deh?

Ibu.

P/S : Tapi terkilan gila, sebab ibu termiss kelas 500 hari ni. Redah jem tak sempat jugak. Frust SANGAT! Sebab tajuk yang betul-betul ibu perlu belajar, mini roadshow dan walk and talk oleh Pres Team Tuan Hafiz.

Posted in , | Leave a comment

Zoo Melaka

Bismillah.

Hari tu kami bertiga pulang ke Muar macam biasa rutin pulang ke kampung halaman abang. On the way, abang ajak singgah Zoo Melaka, dengan tujuan, lari sekejap daripada kesibukan dan bawa Aliff jalan-jalan tengok kehebatan dan kecantikan ciptaan Allah.

Sejarahnya, dari baru kahwin, belum ada anak lagi, abang dah ajak aku singgah Zoo Melaka. Tapi biasalah, aku bajet budak bandar, macam malas nak jalan-jalan tengah panas. Series menyampah fikir personaliti zaman dulu. Urgh! Harap tiada yang ikut jejak langkah ibu. :| Siapa kat sini ada perasaan bajet peluh ketiak, tak tahan panas, busuk atau tak terhingin langsung nak jalan-jalan kat zoo, segeralah ubah pendirian tu, sebab Zoo Melaka sangat BEST!

Kami tiba dalam jam 11.20 pagi gitu. Disebabkan sekarang musim panas, memang matahari tengah terik lah kan. Bayaran tiket dewasa RM10, kanak-kanak baya Aliff percuma je (yey!) Masuk je, kawasan zoo, ada playground. 

Nilah playgroundnya. Bahagia dia, kongker sorang-sorang
Best, disebabkan kami pergi hari bekerja, jadi orang tak ramai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dengan keadaan redup, cahaya matahari dilindungi oleh pohon-pohon rendang, ewah! Sebelah playground ada kedai makan yang simple dan ada jugak jual makanan dan minuman ringan. Ibu dan Aliff request kat ayah, NAK AISKRIM, yah! :p

Sambil, makan aiskrim, sambil jalan tengok binatang. Ibu sampai lelah nak explain pada Aliff, ini namanya apa, ini namanya apa. Macam biasa selalu lari topik Aliff. Mintak dokong. Adohai anak mak!


Mati, kata Aliff (monkey)

Abu, abu. Tu, tu.

My strength
Muka Aliff mintak nak ambik gambar sama-sama. Aiseh kasi can lah kat ibu

Ok fine, bila kita nak amik gambo, dia buat tak layan pula

Kesian Aliff, ada sekali kita orang tengah jalan-jalan kan, tiba-tiba aiskrim dia jatuh. Tinggal biskut je. Dia macam buat muka pelik. Eih, eih? Lepas tu macam sedih. Tapi ayah kata takpe, takyah beli dah. Sobbs. Tabah ye nak. Haih, kalau ikut hati ibu nak manjakan Aliff kan, kugagahkan diri jugak pergi. Tapi kadang-kadang kenalah tegas sikit kan. Aliff, nanti makan aiskrim lebih berhati-hati ye. Mata tu tak mau melilau sangat. Agaknya terlalu kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Hebat ni, la kan?

Macammana agaknya anak korang ye, kalau bawak ke zoo. Acu share sikit pengalaman. Alhamdulillah waktu kami ke Zoo Melaka ni memang lengang. Jadi, tak lah berserabut kepala. Aliff pun boleh fokus pada binatang yang ada. Syok juga bila kerja sendiri ni. Masa bekerja, kita sendiri pilih. Alhamdulillah.


Tengok kelawat/keluang kat atas



Ha, nampak tak?

Ala-ala cover album backstreet boys 

Tak sampai suku perjalanan dalam zoo, ibu dah merungut kepenatan, nak pengsan lah, dahagalah, penatlah, tak larat jalan lah dan macam-macam yang boleh menguji iman seorang suami. Ahaks :p Ibu pujuk ayah naik train (sebenar cita-cita daripada kecik lagi teringin pergi zoo naik train, sebab terpengaruh dengan iklan KFC zaman dulu kala). Ayah kata tak syok, nak feel datang zoo kena jalan tengok binatang. Akhirnya, lepas tengok beberapa binatang secara dekat contohnya kancil, seladang, tapir, wombat dan macam-macam lagi, ayah pun ajak naik train. Yey! RM 5 seorang untuk dewasa. 


Sabotaj Aliff. Tengok muka excited ibu dapat naik train.

Ibu excited gila tengok zirafah. Boleh Aliff buat donno je. Tsk

Waktu ni Aliff dah mula mata kuyu

Kantoi, kiteorang dok depan sekali dalam train

Menda apa ni? Adik beradik lembu agaknya

Anak berana. Alololo. Ibu snap sana sini gambar tandanya memang teruja naik train

Train berhenti sebentar di bahagian binatang yang hot stuff. Macam abang belang belakang tu, Encik Rimau.
Aliff : *Tak heran. Ai dah mengantuk

Abang belang

Ada satu lagi port train berhenti, kat abang buaya. Tak kuasa dah ibu nak turun waktu tu. Fenat dah mak. Dengan matahari memancar sinar bahagia lagi kan? Korang boleh imagine dak pergi zoo pada tengahari buta. Syiok habislah. Tapi takpe, takpe. Quality time spent with family. Last sekali, jumpa encik gajah. Aliff memang dah lentok habis waktu tu. Padahal dia suka sangat dengan gajah, sebab ibu ajar macammana bunyi gajah. Siap buat gaya belalai gajah lagi kalau sebut elephant. Apakan daya, kalah dengan mengantuk kan?

Lepas habis jalan-jalan kat zoo. Ayah pitching driver train. Tetiba ayah dapat customer. Alhamdulillah.
Jalan-jalan pun boleh buat retail lagi :) Bangga jap dengan abang.

Sebelum pecut balik rumah abang, singgah solat kat Masjid atap hijau yang femes tu. 

Buruk gila oi gaya aku

My jewel of hannah. Amin
Begitulah pengalaman aku bersama anak beranak jalan-jalan di zoo pada tengahari buta. Apa lagi yang menarik tentang Zoo Melaka? Banyak sebenarnya.

1.Sangat besar (perjalanan hampir 3km)
2. ada mini safari tapi bukak waktu malam je.
3. banyak animal show tapi bukak on weekenda sahaja.
4. ada kemudahan toilet dan surau.

Korang ada nak tambah tak?

Pendek kata aku bagi 5 bintang untuk Zoo Melaka. Yahu

Malam tu, berjanji pula nak ketemu sahabat lama, Syaira Jihan Saufi aka gg. Lama gila oh tak ketemu beliau dan anak beliau yang, ya Allah petahnya-bercakap! Walaupun sebelum tu dah melantak apa tak berapa ingat, tapi malam tu kalau dah namanya ke Sabak Awor, masakan tidak bisa melantak sekali lagikan. Abang dan suami gg, Sufi kemain main pilih-pilih food untuk jadi santapan kami malam tu. Sementara aku dan gg melayan kerenah si kenit 2 orang ni. COMEL GILOSSSSS! Sabau, sabau.

Gambar makanan tak sempat disnap. Insya Allah akan buat satu entri tentang SABAK AWOR, MUAR.

Tetiba tak sabar nak buat perkumpulan, eh pelik bunyinya tu, ala macam gathering lah bebudak UIA engin lepas tu lambakkan anak-anak satu kawasan sementara mak bapak bergosip-gosipan update perkembangan semasa. Tak, tak, bukan maksudnya perkembangan badan, tapi perkembangan kehidupan. Korang ni jangan lah sensitip, mentang-mentang aku coach pengurusan berat badan. Tak baik tau buruk sangka.
K fine, aku mana?

Comel gila gg dokong Ilham!

K bai. Jom pikir, nak quality time kat mana plop.



Posted in , , , , , , , , | 1 Comment

Istighfar



Posted in , | Leave a comment

Pinterest

Bismillah.

Stres!

Tetiba jumpa satu kegilaan baru. PINTEREST!

Macammana boleh terjebak? Aku pung tak berapa nak ingat. Tapi it's like a dream, sebab rasa masa kecik dulu pernah ada impian nak buat board banyak-banyak ikut kategori and of course benda yang kita minat. Board tu kita yang decide nak letak kategori apa. 

Sebagai personal wellness+business coach, semestinya aku nak share pin tentang kesihatan dan bisnes kan? Dan aku pun gila collect kategori lain yang memang aku minat. Sambil menyelam minum air banyok-banyok sampai kembung. 

Macam sharing collection, yang buat best nya sebab banyak gila orang sharing benda best dalam benda alah ni. Argh! Insya Allah akan buat perkara ni sebagai manfaat untuk semua and yang penting, diri sendiri! Follow me in Pinterest,









Acu komen sikit, aku punya board. Ahaks ;P

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013