Archive for November 2010

New entry for this 2010 year for the sake of ALIFF

Assalamualaikum dan salam sejahtera


oh my~ a long lost call and suddendly after dat long silent..me back.woot!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Kuasa sesungguhnya Dia amat menyayangi setiap hambaNya..Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah

Tiada kata yang boleh ibu boleh susun untuk bahasakan yang ibu sangat bahagia sekarang.Setelah Aliff hadir dalam hidup ibu, ibu rasa rugi sangat kerana tidak simpan memori antara ibu,ayah dan aliff sejak mendapat berita tentang kehadiran aliff dalam perut ibu.Ketika ah dengan KPI nya yang sangat cemerlang menuruti setiap kehendak ibu (seperti hot choc, nasi lemak wangsamelawati, McD,nasi beriyani WARTA, jambu, air kelapa, air bibsi dan mcm2 lagi), ketika ibu muntah2 setiap kali gosok gigi, ketika ibu marah-marah ayah sambil nangis2 (sambil membaca doa dan usap perut supaya aliff tak kuat nangis macam ibu), ketika ibu tak boleh tidur malam (sambil pusing kiri,kanan,kiri, kanan dan rupa2nya ayah perasan), ketika tengah malam ayah terpaksa bangun regangkan kaki ibu setelah menjerit2 kesakitan), ketika ibu dan ayah keluar berjalan-jalan berdua ke sana ke mari untuk urusan kerja dan juga berfoya), ketika ibu dan ayah sibuk-sibuk tegaru kepala dan tekial-kial cari barang keperluan aliff di baby fair midvalley, ketika ibu berdua bersama aliff ibu bacakan ayat-ayat suci al-Quran dan zikr Allah dan saat yang paling ibu takkan lupa ketika ibu,ayah, aliff (dalam perut ibu), atuk, nenek,uncle mirul, aunty yuni, kakak ameera, uncle kori, aunty yayah, uncle kebal, mak teh dan mak usu ke mekah dan madinah untuk mengerjakan umrah.

Adalah satu kerugian yang besar kerana ibu tak pernah catatkan kesemua memori itu dalam tulisan, sayang.haih~

Dan oleh sebab itu, ibu ambil satu keputusan yang sangat besar untuk memulakan blog ini untuk simpanan ibu dan bahan rujukan aliff bila aliff dah besar nanti. Selama iniibu selalu baca dan rujuk pada blog orang lain. Ibu tau, banyak kelebihannya berkongsi banyak perkara dengan blog tapi belum ada satu sebab yang besar untuk ibu mulakan. Tapi, sekarang ibu ada alasan yang kukuh untuk mulakannya, sayang. Untukmu aliff kesayangan ibu. Dengan harapan, ibu tidaklah hangat-hangat tahi ayam. Ok. (ini pun terkial-kial taip sambil intai-intai awak tengah tidur)

Banyak sangat benda ibu nak cerita. For now, ibu wud like to share our very 1st family pic taken by ayah's friend, Azim

Posted in , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013