Archive for September 2011

Syawal 2011 yang pertama dalam hidup Aliff

Entri kali ini dikeluarkan genap 23 hari daripada tarikh belog ini dikemaskinikan.

Memang menyedihkan.

Apa boleh buat, sambutan hari raya kali ini terlalu meriah sehinggakan belog tempat memori indah-indah dirakamkan juga turut diabaikan. Belog, jangan kecil hati kerana ini hanyalah sementara. Bukan mahu diabaikan terus. Jangan salah faham ye.

Alhamdulillah, berpeluang juga saya mencuri masa untuk mencoret sedikit catatan mengenai Syawal yang begitu bermakna sekali pada kali ini. Iye, terpaksa mencuri masa gitu. Kenapa saya katakan begitu bermakna macam seolah-olah Syawal yang dulu-dulu tak bermakna je?

Ini disebabkan Syawal kali ini disambut dengan anak kesayangan intan payung untuk julung-julung kalinya. Tiada banyak perbezaan kecuali saya pula yang menjadi terlalu gembira mengutip duit raya untuk si cilik Aliff. Kebetulan dia juga sudah pandai bersalaman dan mengucup tangan orang dan tidak akan berbuat demikian sekiranya mood tidak baik apabila ibu dan ayah bersembang tak hengat dunia dengan saudara mara dan sahabat handai ataupun makan macam orang kebuluran. Dasar ibu kepochi!

Baiklah untuk berlaku adil dan saksama kepada masa yang telah dicuri, saya akan himpunkan coretan Syawal Aliff, dah macam tajuk cerita kanak-kanak pula dalam satu entri. Sekiranya tertidur ketika membaca entri ini boleh sambung semula pada keesokan hari itupun sekiranya perlu :p

Cak, nama saya Muhammad Aliff! Sekarang ibu nak mula mengarut tentang kisah raya Aidilfitri saya yang pertama. Semoga terlentok terhibur!

Oh oh dalam kesempatan ni, walaupun dah terlambat 23 hari kan, saya dan seluruh ahli keluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang berjaya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menahan diri daripada segala perkara-perkara lagha, buruk, keji dan yang mendatangkan dosa dan sama-sama kita berdoa dan mendoakan orang lain semoga latihan di madrasah Romodhan yang lalu terus hidup dan tetap berterusan sehingga sepanjang tahun ini tahun hadapan dan seterusnya bagi memantapkan iman kita yang senantiasa diuji. Boleh? Nak tambah lagi, kami mohon kemaafan dengan seikhlas hati di atas kekasaran, keterlajuran bergurau, keterambilan hati kalian serta dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh hamba yang hina ini.

Baiklah kita kembali dengan coretan Syawal Aliff.

Tahun ini, beraya di sebelah suami iaitu di Cheras. Walau bagaimanapun, banyak saudara mara sebelah beliau tidak berada di sini jadi kami beraya pula di rumah saudara-mara sebelah saya :p. Er, saya benar-benar tidak mengambil kesempatan! Betul ni, sungguh tak tipu. Makan? Memang tak hengat! Rendang ayam, rendang daging, ketupat, nasi hempet, kuah kacang, kuah lodeh, sate, nasi kunyit, nasi dagang, laksa terengganu, laksa utara, kek, kueh raya, air sirap, air gas lalalalalalala. Rupa-rupanya, lemak dalam badan saya juga sedang berhari raya.

Bonus untuk suami, hujung minggu raya kami pulang ke Muar!

Kenapa tiba-tiba sahaja encik malas datang menyerang saya? Terpaksa saya hidangkan tuan-tuan dan puan-puan foto raya kami sahaja sebagai menggantikan coretan Syawal Aliff. Ampun!

Silakan jamu, kalau nak tambah air sirap ke apa ke, bagitahu saya ye?

Sesi bergambar bersama ahli keluarga. Malangnya, hanya kami bertiga dan ia tidak berlaku ke atas abah, mak dan adik beradik yang lain. Perkara yang sama berlaku apabila pulang ke Sungai Ramal Dalam. Menangis T-T

Bajet kool

Tidak lupa rukun negara ketika bergambar, kesopanan dan kesusilaan

Cobaan menjadi geng mat lekeh sama erti dengan selekeh, mungkin?

Cobaan menjadi zaman dolu-dolu. Aliff gagal! Terlalu senget.

Baiklah, untuk gambar ini ibu bagi tepukan gemuruh *tepuk-tepuk

Sekadar kenang-kenangan sebelum dicampak ke laut mahupun sungai Muo

Aliff bersuka ria bersama kembarnya, Ajiq

Cobaan saya mengambil foto potret Ajiq dengan bangganya, ia menjadi!

Berebut pula beg tangan nenet

Lihat sahaja pinggan masing-masing yang sedang lupa diri dan kini masih melalui penyesalan berpanjangan

Cik Mimi kesayangan Aliff dan Abang Amsyar

Abaikan perut ayah aliff yang sudah semakin mengecil tumpukan perhatian sepenuhnya kepada muka penat Aliff

Sedap gila lauk kat kenduri ni!

Pakwe dan makwe berdating. Anggap sahaja anak-anak mahupun cucu-cucu mereka tiada di tempat kejadian. Sayang mak dan abah!

Rambut Aliff macam nodame chan terbang sebelah walhal tiada angin

Er..Ayah, berat sangat ke awak? Aliff mungkin?

Dimuat naik di Facebook atas permintaan.

Ayah ada kembar! Tercapai juga cita-cita ayah

Seperti yang dijangka, minggu seterusnya dipenuhi dengan aktiviti joget lambak oleh perut-perut kami. Bermula dengan makan-makan di rumah sahabat baik di unversiti, Nurul Ain. Perh, satu perkataan je nak sebut. Terbaik!

Ini bukan kembar, sumpah!

Cubaan melepaskan diri daripada makcik Akram

Bagi memastikan ibu melantak makan dengan tenang dan menikmati juadah dengan sepenuh hati, ibu bawa mainan Aliff. Namun, bertahan cuma 10 minit

Sekali lagi, ini bukan kembar.

Zubayr, teman gusti Aliff

Mai dari jauh depa ni, Destinasi pun jauh jugak

Kelihatan cubaan Akram untuk mengenyit mata kepada suami, jangan marah Akram! Sayang ko

Sangat setia dengan baby quack-quack

Sesungguhnya saya benar-benar merindui mereka

Kembali menyambung bermain sebelum membaling-baling ke arah ibu sebagai menarik perhatian untuk dikendong

Sayang dan cinta mereka!

Fizah, ni pinggan no 18 kan?

Juadah yang buat saya tidak tidur lena berhari-hari

Juadah yang buat saya dan suami nak paksa Ain anjurkan lagi makan-makan pada tahun hadapan!

Bagi mengambil hati Aliff yang berduka lara kerana sibuk beraya, mari kita bawa beliau ke Tasik Cempaka naik stroller lihat tasik dan ikan melompat-lompat girang.


Sudah ibu. Sila tamatkan entri yang meleret-leret ini.

Mari.

Posted in , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013