Aliff oh Aliff

Bismillah

Alhamdulillah seronok sangat, sebab dah confirmed VIP sit for Macau, insya Allah senang ulang alik nak menengok Aliff kat luar hall nanti. Ada apa dengan Macau? Insya Allah kami yang dah qualified as a world team member akan berangkat ke Macau bulan September nanti untuk high level training yang banyak menekankan tentang leadership. :)) Cant wait, masya Allah!

Tag VIP Extravaganza hanya ditanggal lebih kurang 2 minggu selepas pulang ke Malaysia dan confirmed VIP Macau

Ok bukan tu je, kelmarin jugak Amalina Peter bbm, melamar (duh ayat dia) aku jadi speaker untuk share tentang inner nutrition di Gen H STS 10 Jun ni. Wowwwww, aku si minah gabra ni apa lagi macam cacing kerawit la, tak senang duduk. Tapi aku terima jugak, sebab bagi aku boleh asas skill presentation dulu-dulu yang dah macam berkarat je, ye? Jadi, tawan-tawan semua, jom Gen H STS jom, support aku! Nak tengok aku gelabah ayam, kena datang. Ahaks


Bahek, aku dah lari sangat daripada topik asal. ALIFF. Ye, ibu dah lama tak berceloteh tentang beliau. Walhal belog ini khas untuk catatan beliau, dan adik-adik beliau dan kehidupan kami seisi keluarga. Takut pulak nanti besar, dia komplen, aku sibuk dengan Herbalife dalam dunia realiti dan alam maya. T_____T. Habislah kalau dia tuntu kisah-kisah dia zaman baby, mana nak ingat. Mama Su (adik bongsu saya) pun dah bising, lama tak update tentang si kenit sorang ni. Okey, dia sangat kecil dan suka lari tergedek-gedek yang saya dapati amat comel sekali kelakuan tersebut.

Bagi, yang memang mengikuti belog ini, pastinya tahu mama dan adik-adikku pengasuhnya si Aliff ni sekarang berada di Mesir. Aduuuui, lamanya hangpa dok tang nu. Mailah balik, layan si kenit ni. Dah hampir 3 bulan lamanya mereka dok sana. Huk, huk, huk. Entah-ntah Aliff pun tak ingat kat hangpa. Tu lah, kena balik cepat. Bukannya tak selalu Skype, selalu je. Tapi setiap kali Skype Aliff mesti boring sebab tak real. Bila nak salam tak boleh pegang, bila nak kiss tak rasa pipi. Tu yang beliau fed up sekali.

Skype dengan nenet
Ibu pun sempat jugak Skype dengan nenek dan bibik-bibik YUSUF. Inilah Yusuf, anak buah comel aku nombor 3, Yusuf as-Siddiq Bin Mohd Ashraf. Wowwwww, tomee sangat~ Geram! Nenek cerita, Yusuf tembam dan besar sangat, sampai ayahnya pakaikan sarung kaki di tangan. Chait, abi,abi! Baju abang Aliff yang dibawa ke sana untuk dia pakai pun tak muat. Nanti suruh ummi tulis belog cerita pengalaman bersalin dia ye, Yusuf?

 
Yusuf, ucak! ^^

Comel sangat baby, dan semoga rezeki aku pulak lepas ni. Alhamdulillah, Aliff behave seperti seorang abang sekarang. Garang. -____- Ibu faham ini mesti perubahan meningkatnya umur Aliff. Aliff suka baling barang. Cawan yang dipenuhi air pun dibalingnya dengan penuh semangat sekali. Stress ibu sekejap. Memang menguji keimanan sungguh. Terfikir pula Aliff dan adik-adiknya begini. Waaaaah! Berdebbo. Mujurlah, ada soulmate sehidup bahagia, ayah. 

Aliff sekarang suka berebut benda dengan ibu, daripada phone, shake, remote TV, pen dan macam-macam lagi. Nampak sangatlah kena ada geng. Tak cool lah berebut barang dengan ibu ye nak? Oh ye, ibu perasan 2-3 menjak ni, Aliff selalu bangun lambat. Sebab? Ibu dia pun bangun lambat! Insya Allah, pasang azam cepat-cepat menjadikan bulan Jun untuk bangkit sebelum Subuh! Yosha!

Siang hari Aliff kena tinggal rumah pengasuh. Satu je tujuan ibu, supaya Aliff pandai bersosial. Ibu masih dengan impian ibu, untuk berhomeschool di rumah, dan teman ibu yang niaasorang ni benar-benar menjadi sumber inspirasi ibu dalam diam dan semangatnya kuat dalam diri ibu untuk aplikasikan homeshcooling untuk Aliff dan adik-adik. Amin ya Rabb. Boleh lihat belog Puan Nur Ilani Ramli di sini. Insya Allah, banyak manfaatnya. 

Aliff masih belum nak bercakap lagi, tapi apa yang ibu perasan Aliff selalu tak boleh berenggang dengan ibu. Sampaikan susah betul ibu nak buat kerja atau bergerak. Kadang-kadang ibu dapat rasakan, Allah menjadikan Aliff sebagai kekuatan ibu, kerana sebelum ni ibu cepat mengeluh, marah dan putus asa. Walaupun, kerja ibu selalu tak siap sebab Aliff menjadi handbad kedua ibu, tapi ibu dah tak macam dulu. Malah, menjadikan ibu seorang yang lebih sistematik dan lebih releven dalam menentukan perkara apa yang lebih utama, kerja atau kasih sayang terhadap anak, suami dan keluarga?

Alhamdulillah, syukur Herbalife bukan sahaja mengajar aku lebih arif dalam berkongsi tentang produk malah menjadikan aku lebih matang dalah kehidupan yang sebenar. Masya Allah! Aku lebih mudah menerima rejection dan lebih tenang menerima negative respond. Wowwwww! Sungguh, kalau dulu 3 hari 3 malam aku boleh berkurung dalam bilik akibat kemurungan.

Bukan tu sahaja, sekarang ibu dan ayah dah pandai adjust masa untuk meluangkan masa untuk Aliff. Dan yang paling penting kami SANGAT menghargai MASA. Ok, fine, fine. Dulu memang saya bukan setakat suka membazir masa dan duit, tapi jugak membazir kemampuan. Sia-siakan tenaga dan bakat yang Allah kurniakan contohnya berkongsi. Kalau dulu, akulah paling seronok sekali kalau nak share benda best especially yang kawan-kawan buat. Alhamdulillah, kali ni berpeluang share benda best daripada diri sendiri punya result- HERBALIFE results.

Sepanjang hampir 3 bulan tak update tentang Aliff ni, masa betul-betul cepat berlalu. Atau bumi ang berputar laju sangat nih? Yang penting, banyaknya perkara yang tak sempat update, baru hari tu Aliff suka kiss-kiss aku, sekarang dah tak berapa layan. Kalau aku olok-olok menangis baru nak sayang lebih. Baru hari tu Aliff sweet suka pakai stokin, sekarang dah suka pakai selipar beso je. Baru semalam suka posing ambil gambar dan terus nak tengok gambar sendiri kat kamera, sekarang dah buat dek kalau kita ambil gambar dia. Kalau dulu suka sangat ibu bacakan buku untuk dia, sekarang dah suka baca sendiri.

Hurm~ *mengeluh

Cepatkan masa berlalu.

Abaikan muka kebulur Sopi dan abang belakang tu. Aliff nak suap ibu makan ni. Anak soleh!

Aliff posing best tapi jari telunjuk yang keluar





Aliff sebelum terjun dan main air dengan dahsyat sekali

Aliff campak-campak barang dengan senang hati

Khusyuk sekali menonton video
Ayah ajar makan mangga dengan kulit, ibu pun terpengaruh

Suka pakai topi Uncle Korie sambil main kereta control
Curi serkop ibu, ye nak sambil lembang kain baju ibu lipat

Cucu manja
Tolong ibu kat Pesta Buku

Makan perlahan-lahan sayang
Ziarah adik Surayya

Campak-campak batu kat kolam nenek

Anak,

Ibu sayang anak banyak sangat! Ingat ye? Banyak-banyak lemon.
Ibu usaha lagi jadi ibu yang cool dan best untuk Aliff :p

Kecintaanmu,
Ibu.


Akhir kata,


Lose weight now, 
ask my mum and dad how :)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Aliff oh Aliff

Anonymous said...

aliff sangat comel:)

Search

JuaNadiah 2013