Sabtu 20/10/2012
Walimah
berlangsung di Kompleks, Bandar Indra Putra, Kuantan, Pahang darul
Makmur. Kami bertiga bertolak daripada Sg Ramal pada jam 8 pagi dan tiba
di lokasi kejadian pada jam 11 pagi .Fuh. Alhamdulillah, majlis
berjalan dengan lancer, meriah dan indah sekali. Makanan sangat sedap,
desert bermacam-macam (yang penting ada red velvet tu my peberet sekali
tu) dan siap ada cendol ABC lagi. Memang pesta makanan sungguh. Syukur
ad ateamix dan aloe vera Herbalife. Apa lagi detox cepat-cepat sebelum
bertukar jadi lemak berkrim dalam badan kan.
Pasangan pengantin sama cantik sama padan. Sedara mara mereka pun
ramah-ramah belaka. Rasa sungguh mendamaikan hadir ke walimah si Akram
nih hehe.
Cuma agak terkilan sebab tak dapat
bertemu dan berupdate-update dengan teman-teman seuniversiti. Namun,
terubat rindu dapat jumpa dengan sebahagian geng Gaja-gaja. Ahaks. Nama
di beri sebab duduk blok G Mahallah Asma dulu di UIA. Macam-macam lah
dorang yang kanak-kanak ribena ni bagi nama. He, jangan marah korang!
Ailebiu!
|
Rindu sangat kek ni! |
|
Alhamdulillah! |
|
Tu, tu tu! |
|
Hok ni pong rindu gok |
|
Aliff says congratulation tu cik Akram! |
|
Korek harta karun beliau |
Jam
2.30 petang, Mr Driver kita pun dah letih dan mengantuk, kami pun minta
diri untuk check in hotel bagi merehatkan badan yang memang dah
mengantuk sangat-sagat dah tu. Ye lah dalam kereta tadi dengan melayan
Aliff sekejap ke depan sekejap ke belakang, memang betul-betul mencabar.
Sampai sekarang belum berjaya melatih beliau untuk tetap duduk dalam
car seatnya. Haih, ini anak!
Di Kuantan, kami tinggal di Hotel Sentral, Jalan Besar. Lokasinya
terletak di 2 belakang bangunan yang berdepan dengan bangunan berdepan
dengan masjid. Ayat macam mengconfusekan di sini. Tapi dah dekat sangat
dengan masjid biru Kuantan tu. Apa nama masjid tu? Belakang hotel pulak
ada, Sungai Pahang lebar sungguh! Takdak pantai, sungai pun boleh.
Tenang, nyaman dan angin kemain membahagiakan. Berbekalkan info daripada
Shilashower kita ni, abang pun book bilik Super Deluxe dengan harga RM
130/malam, sarapan percuma. Jadi, kami di sana bermalam selama 2 malam.
Eh berapa banyak malam da. Kondisi hotel cukup selesa dan memuaskan.
Best. Channel TV pun banyak ada movie, cartoon dan berita. Pendek kata,
aku bagi 4/5 markah untuk standard hotel di tepi jalan. Heeeee.
Petang harinya pula sekitar jam 5.30 petang, kami bertiga gerak ke
Pantai Teluk Cempedak! Jalan-jalan, bagi flyers dan share sikit tentang
misi nutrisi. Jumpa dengan Diana my geng gila-gila dalam Gemilang dulu,
but so sad, tak boleh sembang lama-lama dia sibuk nak bukak booth. Baby
Nuki sangat baik teman mummynya bukak booth sambil melihat-lihat abang
Aliff main kereta control. Suasana best, dengan angin pantai, gelagat
orang yang sangat ramai melayan perasaan masing-masing di tepi pantai,
pengunjung tapak jualan di situ, karaoke lagi (siap ada juri ok) dan
masing-masing dengan aktiviti merekalah. Ramai betul orang Kuantan.
Pantai TC memang sesak, Sampai jem lagi jalan ke parking. Kat situ pun
ada MacD, Chatime, KFC dan beberapa kedai makan lagi. Begini orang
Kuantan spend masa, kalau tidak ke mall. Orang KL bagaimana pulak ye?
Dah nak balik, Aliff sampai mengamuk ibu nak angkat dia keluar dari
kereta hijau tu.
|
Masih sesak walaupun jam hampir jam 7pm |
|
Ini pun sama payah balik |
|
Layan lagi |
Hurm.
Malam
adalah aktiviti makan. Huargh! Ikan Bakar Ana Petai. Bangi pun ada. Kat
Bangi punya rasanya lagi sedap. Ahaks. Pengakuan jujur. Okeylah not
bad. Kat Tanjung lupur seberang jambatan dari Bandor. Ana ikan Bakar
Petai ada 3 buah sebenarnya kat Tanjung Lumpur. Kami pergi yang berdepan
pantai hujung sebelah sana. Bukan hujung kat simpang baru masuk tu. Ha,
paham ke? Hahahah. Memang sedap masakan seafood yang lain macam, masak
pedas, goring tepung, paprika. Semua sedap! Ikan Bakar air asam pun
sedap. *lap air liur kat mulut. Cukuplah tu
Sebagai coach pengurusan berat badan dan pengguna Herbalife, detofikasi
bukan cabaran untuk kami. Air yang cukup bersama teamix diminum dengan
banyak sekali untuk pastikan badan buang yang tak sepatutnya dan bawa
nutrisi dari makanan yang dimakan tadi ke seluruh sel. *kepentingan
air.
|
Pas ni timbang! |
Ahad 21/10/2012
Esok
harinya iaitu Ahad, kami ambil masa siang harinya untuk berehat di hotel dan menghabiskan masa tonton TV sambil layan Aliff. Lama betul rasa tak tengok TV!
Lewat petang pula, masa untuk jalan-jalan cari makan dan bergerak ke
Paka untuk Herbalife Customer Day di sana pada jam 4 petang. Kebetulan
ada downline di sana, hai Farah! Perjalanan 2 jam cukup meletihkan namun
puas hati sebab abang dapat beli sata dan otak-otak yang sangat
disukainya di Kuantan! Sempat kami ke Pantai ambil angin dan
berlari-lari anak dengan Aliff. Feeling habis anak kecil ni. Jenuh juga
pujuk beliau berdiri atas pasir sambil pakai kasut. Penggeli pasir
pantai betul! Lagi berbaloi sebab dapat bertemu Uncle Allen di sana
dan info yang dikongsinya semuanya FRESH! Belum pernah dengar lagi.
Insya Allah bakal dikongsi info mengenai produk hasil perkongsian beliau
dalam basic training di Paka, Terengganu. Selesai majlis, kami pulang
dengan penuh ketabahan dan kegigihan melawan ngantuk. Aku tewas, abang
masih bertahan! Insya Allah semua kejayaan dibayar dengan pengorbanan
demi pengorbanan. AMIN.
|
Aliff kemain milih makanan |
|
Pemandangan indah dari tingkap bilik kami |
|
Aliff seronok tengok feri lalu lalang di Sungai Pahang. Mujur tingkap boleh bukak kecik je |
|
|
Layaaan |
|
Abang jala-jalan cari puding raja |
|
Makan lagi. Tengok air, tak tinggal ye kawan-kawan |
|
Aliff gembira tak rasa pasir di kaki |
|
Sebelum mula event makan angin pantai dulu |
|
Alhamdulillah sampai! |
|
Uncle terkejut tengok kiteorang di Paka |
Isnin 22/10/2012
Check
out. Hujan.
Kesian.
Ayah masih dalah mood singgah menyinggah lagi, tapi tak ada rezeki
agaknya.
Pulang dengan kehampaan.
*Ibu dan Aliff terbongkang dalam kereta
Rupanya ayah berhenti sebentar di Bukit Tinggi. Kemain ayah ye.
Alhamdulillah, ayah sangat enjoy dengan quick Bukit Tinggi getaway nih.
Tiket masuk RM 14/seorang dewasa. Ada 2 bahagian satu Japanese park
dan satu lagi bangunan hotel yang seperti di Portugal tu. Tak ada
aktiviti sangat di sana, cuma berjalan dan picnic sekejap (menikmati
shake dan roti). Sejuk sangat sebab baru lepas hujan. Masih gerimis
lagi. Ayah drive pulang ke rumah dengan perasaan lega.
Sebenar,
ibu cari-cari masa nak spend sempena birthday ayah 27tahun dan Aliff 2
tahun hari tu. Tapi, selalu tak sempat. Alhamdulillah, kalau nak sesuatu
sungguh-sugguh, niat dan mintak kat Allah. Pasti Allah bagi kalau ianya
baik. Terima kasih Allah atas nikmat keluarga dan masa. Kurniakan juga
nikmat ini kepada saudara-saudaraku di luar sana. AMIN
Alhamdulillah, dalam kesibukan ibu dan
ayah sempat juga curi masa untuk melepaskan lelah sebentar daripada
kesibukan dunia. Ahahah. Kebetulan, menghadiri walimah teman baik semasa
di UIA dulu iaitu Akram Harere dan suami Encik Azmi di Kuantan tempoh
hari. Tahniah Akram, ko cantik thangaaaat. Macam Fasha Sandha! Tapi ko
lawa lagi daripada beliau.
|
Piknik |
|
Aliff kalau dapat rangga beginilah |
|
Sukanya abang! |
|
Muka puas hati abang |
|
Foto sama ibu pulak |
|
Apa Aliff tengok tu, sayang? |
|
Putih |
|
Hitam |
|
Bye cuti. Moh pulang ke semula ke dunia realiti! |