Kuantan escape



Sabtu 20/10/2012 

Walimah berlangsung di Kompleks, Bandar Indra Putra, Kuantan, Pahang darul Makmur. Kami bertiga bertolak daripada Sg Ramal pada jam 8 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 11 pagi .Fuh. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancer, meriah dan indah sekali. Makanan sangat sedap, desert bermacam-macam (yang penting ada red velvet tu my peberet sekali tu) dan siap ada cendol ABC lagi. Memang pesta makanan sungguh. Syukur ad ateamix dan aloe vera Herbalife. Apa lagi detox cepat-cepat sebelum bertukar jadi lemak berkrim dalam badan kan. Pasangan pengantin sama cantik sama padan. Sedara mara mereka pun ramah-ramah belaka. Rasa sungguh mendamaikan hadir ke walimah si Akram nih hehe. 

Cuma agak terkilan sebab tak dapat bertemu dan berupdate-update dengan teman-teman seuniversiti. Namun, terubat rindu dapat jumpa dengan sebahagian geng Gaja-gaja. Ahaks. Nama di beri sebab duduk blok G Mahallah Asma dulu di UIA. Macam-macam lah dorang yang kanak-kanak ribena ni bagi nama. He, jangan marah korang! Ailebiu!



Rindu sangat kek ni!


Alhamdulillah!

Tu, tu tu!
 
Hok ni pong rindu gok

Aliff says congratulation tu cik Akram!

Korek harta karun beliau
 
Jam 2.30 petang, Mr Driver kita pun dah letih dan mengantuk, kami pun minta diri untuk check in hotel bagi merehatkan badan yang memang dah mengantuk sangat-sagat dah tu. Ye lah dalam kereta tadi dengan melayan Aliff sekejap ke depan sekejap ke belakang, memang betul-betul mencabar. Sampai sekarang belum berjaya melatih beliau untuk tetap duduk dalam car seatnya. Haih, ini anak! Di Kuantan, kami tinggal di Hotel Sentral, Jalan Besar. Lokasinya terletak di 2 belakang bangunan yang berdepan dengan bangunan berdepan dengan masjid. Ayat macam mengconfusekan di sini. Tapi dah dekat sangat dengan masjid biru Kuantan tu. Apa nama masjid tu? Belakang hotel pulak ada, Sungai Pahang lebar sungguh! Takdak pantai, sungai pun boleh. Tenang, nyaman dan angin kemain membahagiakan. Berbekalkan info daripada Shilashower kita ni, abang pun book bilik Super Deluxe dengan harga RM 130/malam, sarapan percuma. Jadi, kami di sana bermalam selama 2 malam. Eh berapa banyak malam da. Kondisi hotel cukup selesa dan memuaskan. Best. Channel TV pun banyak ada movie, cartoon dan berita. Pendek kata, aku bagi 4/5 markah untuk standard hotel di tepi jalan. Heeeee.








Petang harinya pula sekitar jam 5.30 petang, kami bertiga gerak ke Pantai Teluk Cempedak! Jalan-jalan, bagi flyers dan share sikit tentang misi nutrisi. Jumpa dengan Diana my geng gila-gila dalam Gemilang dulu, but so sad, tak boleh sembang lama-lama dia sibuk nak bukak booth. Baby Nuki sangat baik teman mummynya bukak booth sambil melihat-lihat abang Aliff main kereta control. Suasana best, dengan angin pantai, gelagat orang yang sangat ramai melayan perasaan masing-masing di tepi pantai, pengunjung tapak jualan di situ, karaoke lagi (siap ada juri ok) dan masing-masing dengan aktiviti merekalah. Ramai betul orang Kuantan. Pantai TC memang sesak, Sampai jem lagi jalan ke parking. Kat situ pun ada MacD, Chatime, KFC dan beberapa kedai makan lagi. Begini orang Kuantan spend masa, kalau tidak ke mall. Orang KL bagaimana pulak ye? Dah nak balik, Aliff sampai mengamuk ibu nak angkat dia keluar dari kereta hijau tu.

Masih sesak walaupun jam hampir jam 7pm
Ini pun sama payah balik

Layan lagi

Hurm. Malam adalah aktiviti makan. Huargh! Ikan Bakar Ana Petai. Bangi pun ada. Kat Bangi punya rasanya lagi sedap. Ahaks. Pengakuan jujur. Okeylah not bad. Kat Tanjung lupur seberang jambatan dari Bandor. Ana ikan Bakar Petai ada 3 buah sebenarnya kat Tanjung Lumpur. Kami pergi yang berdepan pantai hujung sebelah sana. Bukan hujung kat simpang baru masuk tu. Ha, paham ke? Hahahah. Memang sedap masakan seafood yang lain macam, masak pedas, goring tepung, paprika. Semua sedap! Ikan Bakar air asam pun sedap. *lap air liur kat mulut. Cukuplah tu Sebagai coach pengurusan berat badan dan pengguna Herbalife, detofikasi bukan cabaran untuk kami. Air yang cukup bersama teamix diminum dengan banyak sekali untuk pastikan badan buang yang tak sepatutnya dan bawa nutrisi dari makanan yang dimakan tadi ke seluruh sel. *kepentingan air.
Pas ni timbang!



Ahad 21/10/2012 

Esok harinya iaitu Ahad, kami ambil masa siang harinya untuk berehat di hotel dan menghabiskan masa tonton TV sambil layan Aliff. Lama betul rasa tak tengok TV! 

Lewat petang pula, masa untuk jalan-jalan cari makan dan bergerak ke Paka untuk Herbalife Customer Day di sana pada jam 4 petang. Kebetulan ada downline di sana, hai Farah! Perjalanan 2 jam cukup meletihkan namun puas hati sebab abang dapat beli sata dan otak-otak yang sangat disukainya di Kuantan! Sempat kami ke Pantai ambil angin dan berlari-lari anak dengan Aliff. Feeling habis anak kecil ni. Jenuh juga pujuk beliau berdiri atas pasir sambil pakai kasut. Penggeli pasir pantai betul! Lagi berbaloi sebab dapat bertemu Uncle Allen di sana  dan info yang dikongsinya semuanya FRESH! Belum pernah dengar lagi. Insya Allah bakal dikongsi info mengenai produk hasil perkongsian beliau dalam basic training di Paka, Terengganu. Selesai majlis, kami pulang dengan penuh ketabahan dan kegigihan melawan ngantuk. Aku tewas, abang masih bertahan! Insya Allah semua kejayaan dibayar dengan pengorbanan demi pengorbanan. AMIN.

Aliff kemain milih makanan

Pemandangan indah dari tingkap bilik kami

Aliff seronok tengok feri lalu lalang di Sungai Pahang. Mujur tingkap boleh bukak kecik je
Layaaan

Abang jala-jalan cari puding raja

Makan lagi. Tengok air, tak tinggal ye kawan-kawan

Aliff gembira tak rasa pasir di kaki

Sebelum mula event makan angin pantai dulu

Alhamdulillah sampai!

Uncle terkejut tengok kiteorang di Paka

Isnin 22/10/2012 

Check out. Hujan. Kesian. Ayah masih dalah mood singgah menyinggah lagi, tapi tak ada rezeki agaknya. Pulang dengan kehampaan. *Ibu dan Aliff terbongkang dalam kereta Rupanya ayah berhenti sebentar di Bukit Tinggi. Kemain ayah ye. Alhamdulillah, ayah sangat enjoy dengan quick Bukit Tinggi getaway nih. Tiket masuk RM 14/seorang dewasa. Ada 2 bahagian satu Japanese park dan satu lagi bangunan hotel yang seperti di Portugal tu. Tak ada aktiviti sangat di sana, cuma berjalan dan picnic sekejap (menikmati shake dan roti). Sejuk sangat sebab baru lepas hujan. Masih gerimis lagi. Ayah drive pulang ke rumah dengan perasaan lega. 


Sebenar, ibu cari-cari masa nak spend sempena birthday ayah 27tahun dan Aliff 2 tahun hari tu. Tapi, selalu tak sempat. Alhamdulillah, kalau nak sesuatu sungguh-sugguh, niat dan mintak kat Allah. Pasti Allah bagi kalau ianya baik. Terima kasih Allah atas nikmat keluarga dan masa. Kurniakan juga nikmat ini kepada saudara-saudaraku di luar sana. AMIN 

Alhamdulillah, dalam kesibukan ibu dan ayah sempat juga curi masa untuk melepaskan lelah sebentar daripada kesibukan dunia. Ahahah. Kebetulan, menghadiri walimah teman baik semasa di UIA dulu iaitu Akram Harere dan suami Encik Azmi di Kuantan tempoh hari. Tahniah Akram, ko cantik thangaaaat. Macam Fasha Sandha! Tapi ko lawa lagi daripada beliau. 

Piknik

Aliff kalau dapat rangga beginilah

Sukanya abang!

Muka puas hati abang

Foto sama ibu pulak

Apa Aliff tengok tu, sayang?

Putih
Hitam

Bye cuti. Moh pulang ke semula ke dunia realiti!



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Kuantan escape

Nasi Lemak Zaman said...

saya suke blog ini!!!!

Search

JuaNadiah 2013