Bismillah
Allahuakbar.
Dalam seminggu ni terasa betul-betul letih.
Semua orang pun letih. Kita ni manusia cepat je nak merungut
HAL DENGAN ANAK-ANAK
Ok, yang ni kalau fikir je pun memang dah letih. Kisahnya Aliff semenjak dua menjak ni suka benar usik adiknya. Pantang nampak adik bersenang lenang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa atau pun pantang nampak adik dia pegang mainan nak meluangkan masa yang berkualiti sambil bermain menambah pengalaman hidupkan.
Cepat aja abangnya libas, rampas dan terbabas.
Terbabas sebab nampak ibu, lantas berlari sakan dan tersungkur di pintu biliknya.
Kadang terlepas juga ibu, tergelak. *oops kunci mulut.
Tapi kebanyakan masanya kalau datang perangai mengusik tu, ibu cepat betul naik angin.
MARAH YANG AMAT!
MARAH YANG AMAT!
Pernah sekali tengah sedap dia gomol pipi adik dia tu, ibu gomol pipi Aliff balik dengan double power. Huhuhu menangis teriaklah apa lagi.
Macammana nak buat eh? KADANG-KADANG RASA DIRI INI PEMBULI PULA :P
MARAH. Memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang tindakan refleks.
MARAH. Memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang tindakan refleks.
Ibu, jangan pula rasa down sampai give up kata tak pandai didik anak. we all been there. Kita manusia biasa, selalu buat silap. Yang penting kita bangkit semula dan teruskan langkah dengan betul. STAY POSITIF balik. Regain energy. Kurangkan FB dan benda lagha. Banykkan masa dengan nikmat Allah bagi depan mata, ibu ayah, anak-anak, masjid, rumah anak yatim dan macam macam lagi.
----
Dalam satu artikel yang pernah ibu baca, dalam rumah mereka ada rules.
+ Semua orang boleh bercakap APA SAHAJA, boleh luah apa-apa perasaan pun
+ TAPI TAK BOLEH jerit atau menangis dengan kuat.
Kalau tak tahan sangat, tempat yang dibenarkan hanyalah bilik masing-masing.
Jadi perkara ini mengurangkan hukuman dan lebih kepad aperingatan.
----
Dan kerana itulah minggu ni di rumah kami adalah pembelajaran bertemakan KASIH SAYANG.
Untuk aktiviti pertama kita amik bab CREATIVE.
CREATIVE adalah aktiviti yang sarat dengan warna warni seperti mewarna, melukis, menyembur dan lain-lain aktiviti yang melibatkan seni.
Salah satu manfaat dengan aktiviti sebegini, anak-anak dapat melepaskan emosi terpendam dan melepaskannya pada hasil kreatif.
Nanti-nanti kita masuk bab Quran dan math dengan tema yang sama kita cerita lain pulak.
Selain daripada aktiviti mungkin ibu dan ayah atau mana-mana individu yang memang punya perasaan marah cepat meletus pada anak-anak mungkin boleh cuba cara kat bawah ni. Ni adalah pengalaman hidup yang tak berapa nak lama makan garam.
PERKONGSIAN TIPS KAWAL CARA MARAH ANAK KECIL
Bila anak buat perangai :
1. Asingkan atau alih mana-mana anak yang bergaduh. Bawa anak ke tempat yang lebih sunyi.
Penting pergerakan untuk memastikan emosi sedia kala tidak bersama, kalau kita sendiri marah kita pun kena ubah posisi kita. Kalau di tempat yang sunyi anak mungkin lebih tenang tak malu sangat orang duk perhati dia. Bina keyakinan diri dia balik.
2. Kita sendiri diam, istighfar, duduk, baring, alih posisi.
(PENTING)
Huhuhuhu. Tapi susahnya yang amat!
3. Ambil masa bertenang. SABAR dan ZIP MULUT.
Ye paham. Kita mesti nak bercakap benda yang sepatutnya dan apa yang betul apa yang salah. Belum lagi. Belum masanya. Apapun yang kita cakap sekarang, anak-anak memang ignore dan reject.
4. Bayangkan saat mereka dilahirkan dan diletakkan di sebelah kita
Imagine anak kita yang masih bayi dan comel putih bersih suci tiada dosa. Mengimbau memori itu memang mendamaikan dan menenagkan jiwa sendiri. :) Jangan senyum-senyum pula depan anak.
5. Peluk anak
Penting ada skin and eye contact. Give attachment. Kalau anak reject, give him some space. Lama sikit peluk balik. Jangan dah kena reject dengan mak-mak sekali merajuk tantrum.
6. Pujuk atau minta penjelasan anak
Mungkin lama sikit selepas kejadian. Key point nya jangan ditanya KENAPA?
Lebih baik tanya, "Macammana ibu boleh bantu Abang untuk happy dan tak sedih?"
Ataupun pujilah di atas keberanian dia untuk tidak meneruskan kemarahan ke.
Tak kisah apa pun jangan MENYIASAT. Kita pun tak suka masa bad mood orang tanya kita macam-macam macam polis pencen :p
7. Minta pasangan handle anak
Pilihan lain. Kalau rasa kita tak boleh handle minta bantuan orang lain. Sometime kalau anak ada nak buat perangai dengan mak, memang ayahlah kena handle supaya tak berlarutan.
Masa ni ibu terkejut beruk sebab senyap je sekali tengok basuh pinggan sampai penuh air dalam sinki |
Masa ni bisingnya ya Allah si abangnya, ibu tengah consult customer |
Terkejut beruk lagi sebab Formula 1 shake dah jadi pasir tepi pantai |
Main bedak |
Nyakat adik sejak azali |
Muka bengis beliau |
Semua foto di atas ni macam buat ibu je yang PEMARAH bukan anaknya HAHAHAH.
Tapi bila ibu dah marah, lepas tu Aliff kena marah la pulak. Hohohoho
Tak mau marah-marah ye sayaang, abang nak masuk Syurga ye dok?
Nah ni doa untuk ibu T____T |