Hilang

Bismillah.


Begitu banyak ye fasa-fasa kehidupan yang buat kita letih dan mahu berehat sebentar.

Pabila rehat cukup, masa pula tiada untuk menjengah.

Ah, alasan kah?

Pun begitu, kerinduan menulis dan mencoret di blog ini sentiasa hadir tak pernah hilang. Jadi sebak pulak bila lama tinggalkannya sepi di sini tanpa perkhabaran.

Terus teringat akan tujuan dahulu meneruskan coretan di sini atas sebab memahat memori bersama anak-anak dan yang tersayang. Rasa bersalah selalu hinggap sehingga melekat kerana membiarkan memori demi memori berlalu tanpa simpanan.

Maafkan ibu, sayang.

Melihat kau membesar begitu pantas buat hati ibu kadang luka. Sebentar sahaja sudah bisa berpuisi pujangga, sudah bisa menangis meminta-minta entah mahu apa. Menangis kerana begitu banyak lagi perkara yang belum sempat kita luang bersama. Masa yang Allah kurnia memang tak pernah cukup, itu memang dasar manusia. Semoga hari-hari mendatang menjadi lebih bermakna untuk kita semua.




Yang menyayangimu sepenuh jiwa,
ibu.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013