Showing posts with label toddler. Show all posts

14 gaya tidur sebenar bayi anda

Bismillah

Baru jumpa foto-foto ni di FB dan rasa kelakar dan rasa nak share.

Hakikat hidup orang kata.





 


Secara jujurnya, semua kami suami isteri pernah lalui.

Tahniah kepada kami *tepuk bahu.

Anak-anak, kena sayang ibu lebih sikit ok?

Meh cium pipi ibu 2 kali.

-___________________-'


Posted in , , | Leave a comment

Senarai semak perkembangan kanak-kanak

Bismillah


Hari tu alhamdulillah berpeluang untuk sertai sebuah seminar yang sangat bagus iaitu Konvensyen Keluarga Gen New anjuran Al-Fateh Associates. Dalam sebuah slot ada menyentuh tentang pentingnya kita mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.

Pengesanan awal merupakan satu proses yang penting dalam usaha mengurangkan ketidakupayaan yang berlarutan. Prinsip asasnya adalah "semakin awal dikesan, semakin awal impak kesukaran disebabkan ketidakupayaan dapat dikurangkan" dan seterusnya mengoptimumkan keupayaah dan kesediaan kanak-kanak dalam mengikuti proses pembelajaran sepertik kanak-kanak lain.

Dalam erti kata lain, sebagai ibu ayah penting kita kena selalu monitor dan perhati setiap perubahan atau perkembangan anak-anak kita. Sepatutnya umur sekian, sekian dah pandai apa dah boleh buat apa. Contohnya, kalau lambat merangkak, apa kesannya, apa yang boleh bantu dia untuk cepat merangkak.

Gitu.

Bermain

Ibu ayah je yang SEPATUTNYA lebih mengenal anak-anak

Penilaian perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek penilaian perkembangan

+ Fizikal

Penilaian dari segi fizikal merangkumi aspek menggunakan kemahiran anggota badan.
Ia bertujuan untuk memastikan kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga dinilai tahap dari segi perkembangan motor halus dan kasar.

+ Kognitif

Perangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat.

+ Sosial

Merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan persekitarannya.

+ Emosi

Merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan.

+ Bahasa dan komunikasi

Merangkumi kemahiran berttur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak.

------


Senarai semak perkembangan kanak-kanak 2 dan 5 tahun
(sebab anak-anak saya umur 2 dan 5 tahun, sorry)

Umur : 2 tahun

+ Kemahiran motor kasar

Berjalan dengan stabil
Berlari
Memanjat sofa/ perabot tanpa bantuan 

+ Kemahiran motor halus

Membina menara 6 kiub
Menunjukkan kepada gambar

+ Kemahiran penglihatan

Mengutip benda berbentuk-bentuk (contoh guli)

+ Kemahiran pendengaran

Boleh mengikut arahan mudah
(contoh : Amin tolong ambil bola atas meja)
Menjawab soalan mudah, ya/tidak atau apa

+ Kemahiran pertuturan dan bahasa

Menggunakan ayat ringkas (2-3 perkataan dalam 1 ayat)

+ Kelakuan (personal sosial)

Memerhati orang lain bermain
Membantu mengemas barang bila diminta

+ Kemahiran kognitif

Kemahiran memadan 

-objek dengan objek
-gambar dengan objek
-gambar dengan gambar

-----

Umur : 5 tahun

+ Kemahiran motor kasar

Boleh berjengket
Boleh jalan mengundur
Lompat tali dengan 2 kaki

+ Kemahiran motor halus

Boleh mengenakan butang baju
Boleh melukis orang dengan 3 bahagian badan

+ Kemahiran penglihatan

Lulus ujian carta Snellen E' (boleh google)

+ Kemahiran pendengaran

Boleh tunjuk atas/bawah, dalam/luar apabila diminta
Boleh mengulang ayat(sekurang-kurangnya 5 patah perkataan) yang didengar

+ Kemahiran pertuturan dan bahasa

Boleh bertutur menggunakan ayat kompleks yang bermakna
Boleh bercerita

+ Kelakuan (personal sosial)

Menunjukkan keinginan menolong kerja rumah (menyapu, basuh pinggan)
Boleh bergurau dan berjenaka
Mempamerkan sikap mengambil berat terhadap orang lain

+ Kemahiran kognitif

Tiru rajah segiempat
Kenal huruf besar dan kecil
Boleh bercerita secara lisan tentang masa lepas, kini dan akan datang

----

Begitulah setakat ni apa yang ibu boleh buat penilain tentang anak-anak, ada beberapa perkara yang perlu ibu risaukan :

Aliff



Kemahiran pendengaran dan bertutur : Belum fasih untuk mengulang ayat 5 perkataan
Kemahiran kognitif 
Kemahiran emosi : kena ajar aliff kawal emosi(PENTING!)

Fateh



Semua ok setakat ni.

Kalau dulu rajin ibu buat diari untuk masing-masing. Sekarang huh? Asyik pura-pura sibuk je :p
Okey Aliff baru ok sebut huruf S. Proud mama!

Ibu nak fokus, hafazan semuanya!

Plis doakan ibu ameen, ameen.

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , | Leave a comment

Tahukah kita anak-anak yang bermain pasir bagus untuk perkembangan sensori mereka?

Bismillah

Kadang-kadang kita selalu tak perasan setiap aktiviti yang anak-anak kita SUKA sangat main tu sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat mahal harganya. Kalau ibu ayah tahu betapa tinggi nilai aktiviti yang mereka main ni, nescaya ibu ayah sanggup menghantar anak-anak ke kelas khas seperti bermain pasir, bermain air dan sebagainya.

Sekarang pun di Malaysia dah ada, kalau tak silap dinamakan kids gym, kan?

Jadi jangan ambil mudah atas minat bermain anak-anak kita. Kalau nak marah ke apa, keep calm and google dulu  -___________________-'

Aku punyalah excited bila tahu pasal ni, semangat pergi beli pasir pantai untuk budak main dekat mothercare walhal Aliff masa tu baru 10 bulan. Mahu dia main? Last-last dah ada Fateh baru semangat masing-masing nak main. Alhamdulillah syukur tak sia-sia menanti dengan kesabaran dan kecekalan. 

------

Bermain pasir adalah salah satu aktiviti yang baik untuk perkembangan sensori anak-anak.

Apa pulak perkembangan sensori?

Perkembangan sensori dapat dirangsang apabila melakukan aktiviti yang melibatkan deria rasa manusia :

+ auditori (penglihatan)

+ visual (penglihatan)

+ olfaktori (bauan)

+ gustatori (rasa dengan lidah)

+ taktil (rasa permukaan)

+ vestibular (posisi tubuh, keseimbangan badan)

Contoh semasa gelap, kita boleh menyeimbangkan diri dan berjalan tanpa jatuh.

+ proprioseptif (keberadaan anggota badan)

Contoh kita mampu menyuapkan nasi ke mulut sendiri walaupun dalam gelap

(Kelebihan anak-anak bermain pasir)


1. Perkembangan bahasa

Menambah kosa kata anak-anak semasa bermain. Mereka lebih mudah menerima kerana praktikal depan mata. Lebih mudah menjelaskan apa itu kasar dan lembut sewaktu bermain pasir daripada hanya sekadar menerangkannya, kan?

Contoh lain : Masukkan pasir ke DALAM bekas.
 




2. Perkembangan skil motor halus 

+ koordinasi mata dan tangan, fokus ketika masukkan pasir ke dalam sesuatu bekas.

+ Mengasah skil pergerakan jemari halus : Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus.

3. Perkembangan motor kasar

Merangkak, berlari, melompat, mengangkat, melempar, dan meniti.



4. Perkembangan kognitif

Selain membentuk istana pasir, anak-anak juga boleh diajar membentuk huruf, nombor, membina perkataan dan sebagainya.

Jelas bermain pasir dapat menjadikan anak lebih cergas dan bijak.

5. Perkembangan sosial emosi

Apabila anak bermain dengan adik-beradik yang lain atau dengan rakan sebaya mereka. Kita dapat lihat bagaimana anak-anak bekerjasama antara satu sama lain, meluahkan perasaan semasa bermain, bertolak ansur

Secara tidak langsung membina nilai murni dan mengajar anak memahami perasaan orang lain. 

Keseronokan semasa bermain, gembira dan gelak ketawa membina emosi positif anak-anak. Mereka bebas explore dunia bermain dan melakukan eksperimen sendiri.

Sehingga anak-anak dapat mengembangkan pencapaian diri, keyakinan lebih tinggi, berani membuat keputusan, dan meningkatkan rasa ingin tahu.



6. Perkembangan aktiviti

+ Meningkatkan daya tumpuan dan fokus

Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah pasir yang telah dibentuk supaya tidak jatuh. 

+ Menajamkan daya imiginasi dan kemahiran berfirir.

Contoh : Berfikir desain terbaik untuk istana pasir sendiri.

---

Apa lagi, jom hajak anak main pasir!

Nota : aku akan bagi main pasir kat rumah kalau mood baik. Nanti kalau mood tak baik takut pula diri ini amuk melihat rumah sudah menjadi padang pasir (pejam mata)

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , , , , , | Leave a comment

Bubble bath

Bismillah

Pagi-pagi macam ni dah teringat esok apa nak buat sebelum settlekan banyak perkara.

Kata puasa jadi, mood kena ceria. Tak boleh stres-stres.

Jadi first thing lepas anak-anak bangun esok kita,

Main bubbles!

Salah satu aktiviti release stress ibu dan anak-anak. Bagi can duduk lama dalam bilik air. 

Merupakan salah satu aktiviti untuk DISTRACT 
anak-anak bergaduh/mengamuk/ tantrum.

Bahan-bahan :

+ Sedikit air

+ 1/4 pencuci pinggan

Untuk efek buih banyak silakan guna blender. 

Letak dalam besen dan tambahlah air banyak mana pun.

Macam main snow dah.

Tambah efek lagi gunakan span atau pewarna makanan.

Span sangat bagus untuk kuatkan koordinasi tangan.

Aktiviti lain :

Lap dinding guna span.
 


Sumpah aku tak kreatif.

Anak-anak punya hal memang menjadikan mana-mana mak pun TERkreatif juga.

Terima kasih anak.

Yang benar, 
ibu.

------

PERHATIAN IBU AYAH SEMEMANGNYA MAINAN PALING MAHAL BUAT ANAK

Insya Allah ibu usaha lagi ye.

Posted in , , , , | Leave a comment

Idea permainan anak berumur 18 sehingga 24 bulan

Bismillah.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk hadir ke beberapa seminar parenting lately.

Dapat ilmu kita share.

Mana yang bermanfaat boleh diguna bersama.

Anak-anak daripada 18 sehingga 24 bulan masya Allah memang mencabar tapi amazing phase! Pada masa ini mereka sudah boleh didedahkan dengan ayat-ayat Quran dan bacaan doa dengan lebih fokus. Pembelajaran anak-anak masa ini lebih baik kerana penyerapan maklumat atau apa yang kita dedahkan kepada mereka menggunakan deria 5 deria mereka sangat tinggi.  Jadi, jom gunakan sebaik-baik masa ini untuk mengenalkan mereka pada ciptaan Allah.





Sekarang ini mereka sangat tertarik dengan buku, makan sendiri, sepahkan mainan dan sebagainya adalah dunia mereka adalah EKSPLORASI. Mereka suka untuk berada dalam keadaan berdiri dan bergerak, berjalan dan BERLARI. Sudah mulai kurang cara eksplorasi melalui letak barang dalam mulut. Phew!

Pada peringkat ini jadual mereka boleh disusun seperti ajar perkaraan baru yang membantu mereka faham dunia mereka.

Antara contoh aktiviti berikut adalah sangat kids friendly :

+ Ambil dan keluarkan barang dalam poket (aktiviti motor kasar dan motor halus). Selitkan perkaraan "in" dan "out".

+ Menggunakan acuan kuih (cookie cutter)

- kita lukis outline cutter tersebut dan gunting

- minta anak padankan antara corak-corak tersebut

+ Belajar minum sendiri

Kita sediakan cawan kecil dan tunjuk cara pada anak-anak sebelum bagi dia lakukan sendiri. Abaikan tumpah.

+ Buka dan tutup bekas tupperware

+ Penyepit baju

+ Padankan warna

+ Anggota badan

"Tunjuk ibu di mana hidung adik?"

+ Sorok barang

+ Shape sorter

+ Susun menara cawan

+ Aktiviti padankan

+ Aktiviti menggunakan sudu (transfer)

+ Menconteng

+ Pembinaan perkaraan melalui pembacaan buku pada anak-anak dengan ekspresi muka untuk menarik minat anak-anak. Minta bantuan anak-anak cari gambar/ ekspresi muka supaya anak dapat participate sama.

Insya Allah aktiviti-aktiviti seperti iin dapat membantu perkembangan anak-anak pada peringkat umur 18-24 tahun.

Apa pun paling penting, ibu ayah perlu tunjuk pada anak dengan jelas step by step dalam setiap aktiviti pembelajaran mahupun practical life seharian di rumah.

Semoga bermanfaat.




Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013