Archive for February 2011

Jalan-jalan di Taman

Date : 26/2/2011
Venue : Taman Wetland, Putrajaya
Mood : Happy!!!!!!


Aliff behave sangat waktu ayah ketip kuku Aliff, sebab ayah buat bunyi menangis sebelum tu Aliff asyik gerak kaki dan tangan tak dok diam


At the same day, right after having picnic at Putrajaya we straightly went to Sogo. The main purpose is actually looking for new baju for Aliff. Alih-alih letih sangat sempat grab apa yang sompek je.



Ramainya suka main dengan Aliff. Because u r so special, sayang

Ayah hensem!





Konon-konon singgah kedai jalan Bellamy untuk beli rojak. Sekali singgah salin poo-poo Aliff

Leave a comment

Kuliah ilmu Aliff kali pertama

Kuliah ilmu

Sebenarnya agak terlambat sikit ibu bawak Aliff ke kuliah-kuliah ilmu di surau/masjid sebab umur Aliff dah 4 bulan. Alasan ibu, Aliff ta tidur siang dan malam adalah masa Aliff tidur, dan disebabkan kebanyakan kuliah adalah pada waktu malam jadi, ibu kesian Aliff tak dapat tidur yang cukup.

Tapi, ibu tekad. Ibu nak Aliff didedahkan denga kuliah-kuliah ilmu seperti ini kerana banyak hikmah di sebalik aktiviti ini. Pada ibu, banyak kelebihannya:
  • Kuliah ilmu dipenuhi dengan malaikat
  • Cas positif dan energi yang ada di surau/masjid dan majlis ilmu sangat kuat dan sekiranya kita berada di dalamnya, kita dapat menyerap cas dan energi tersebut seterusnya mempengaruhi semangat dan tindakan sehari-harian kita.
  • Ibu mahu Aliff sentiasa bersama orang-orang yang hebat, orang-orang yang baik, orang-orang yang menginginkan kebaikan dan perubahan yang baik serta para ulama'. dan ia dituntut dalam Islam supaya mendorong kita ke arah kebaikan.
Pertama kali ibu bawa Aliff ke kuliah agama adalah kuliah wanita di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi, tapi yang itu agak terlewat ibu pun tak tau apa pengisiannya.

Kedua kalinya adalah kuliah agama Ustaz Fauwaz (kel wat) di rumah Prof Dr. Muhaya dengan tajuk Islam. Berdebar-debar juga kerana Aliff memang dah letih waktu tu baru sampai Bangi dari Muar. Dalam kereta on the way nak pergi kuliah, Aliff tidur. Bila sampai, kel wat burdah punya lah kuat suara, Aliff terjaga dari syok dok tidur dalam buaian Sofiya. Aliff ok lagi di awal ceramah. Lama-lama Aliff dah merengek sikit-sikit. Ibu ke belakang dan aunt tya bagi pinjam rocker Sofiya. Cuak ibu sebab Aliff tak mau tidur jugak. Tapi lepas ibu pok-pok Aliff sambil dokong, Aliff tidur jugak bila letak dalam rocker tu balik. Phewwwwwwwww~ dah selesai ceramah Aliff pun bangun. Cheh sempat lagi ngorat Sofiya!

Ketiga kalinya adalah kuliah Ustaz Jo di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi (22/2/2011) Yang ini pun Aliff macam tak selesa sebab dah ngantuk mata. Ini pun ada kisahnya. Selesai ceramah, ibu dan nenek solat Isya'. Waktu solat, ada sorang budak perempuan dalam lingkungan setahun lebih suka main-main n kacau Aliff. Tepuk-tepuk perut Aliff, kiss-kiss Aliff, tutup muka Aliff dengan tuala kecil dan lain-lain (nampak sangat solat mak tak khusyu'). Alhamdulillah ada sorang lagi budak perempuan baya lingkungan 4-5 tahun jaga Aliff. Lega sikit :)) Thanx kakak!

Kisah terbaru iaitu semalam (24/2/2011) waktu solat Isya' jugak. Tetiba Aliff suka pusing-pusing n di rakaat kedua, Aliff boleh pulak tergolek macam meniarap dengan tangannya tersepit kat perut. Aliff pun apalagi oh-eh-oh-eh la. Hati ibu berdebar-debar. Ingat nak batalkan je solat. Tapi Cuba yakinkan bantuan Allah. Alhamdulillah, datang bantuan Allah waktu tu juga, tetiba datang seorang wanita, tak perasan sebab khusyu' (ok tipu) betulkan kedudukan Aliff dan ambil anak dia yang mula nak main-main dengan Aliff. Phewww lagi~~

Antara tips yang boleh diguna pakai ketika membawa bayi/anak ke kuliah ilmu:
  • Bawa alas/selimut/comforter nipis dan bantal
  • Bawa mainan/barang yang boleh melekakan anak
  • Bawa diaper dan wipe
  • Yakin dan stay focus niat dan tujuan datang ke kuliah
  • Buang sifat risau anak akan buat hal sebaliknya yakin anak akan mendapat manfaat daripada kuliah yang kita dengar
  • Minta bantuan wanita yang tidak boleh sembahyang atau kanak-kanak yang lebih besar menjenguk bayi anda ketika ingin bersolat
  • Pakai baju berbutang atau yang mudah diselak bagi penyusuan ibu-bagi yang menyusu badan. Boleh juga bawa nursing cover atau guna telekung.
  • Apapun, hendaklah kita cuba dulu. Kalau tak cuba, kita tak tahu sejauh mana kematangan/kebolehan anak kita di sesuatu tempat yang baru.
Lagipun bawa di tempat-tempat yang baik, Insya Allah, Allah bantu. Kalau kita yakin bawa anak kita ke pasaraya, taman-taman yang indah, kenapa tidak di surau dan masjid? Sekiranya mendapat teguran daripada pihak masjid tentang tangisan anak kita, terima dengan cara yang baik dan cuba cari kawasan yang jauh sikit daripada tempat ceramah.

Posted in , | Leave a comment

180 darjah, 270 darjah, 360 darjah dan sipi katil


Ya, itu adalah ukuran pusingan Aliff sekarang. Dan ya, Aliff sekarang, dengan tiba-tiba je sekelip, dua kelip mata dah berada sipi katil. Rilek dan cool dan syok main sendiri sambil membuat kitaran dan pusingan gaya suka hati.

Malam pun begitu. Gerakan/signal nak susu dah berkurang. Tidak seperti malam sebelum-sebelum ini yang sekejap-sekejap gosok-gosok muka dan gerakan tangan dan kaki yang aktif mahukan susu. Ye, tanpa tangisan. Alhamdulillah.

Tiada bunyi dan hanyalah gerakan semata-mata. Dasar genius!

Ibu rindu Aliff.

Leave a comment

Keperluan bayi ke hospital dan penyediaan sebelum kelahiran

Dalam umur Aliff 8 bulan dalam perut ibu, ibu dah buat sedikit persiapan mengemas beg ke hospital. Terujalah katakan. 2-3 bulan sebelem tu lagi ibu dah google and tanya mom bloggers yang lain mengenai persiapan beg. Then, beg itu akan sentiasa duduk dalam kereta. In fact, persiapan beg Aliff ibu bawak sampai ke Mekah dan Madinah sebab dah sarat kan? Rasa kelakar pulak dok fikir benda tu.

Di bawah ibu catatkan sedikit barang apa yang ibu letak dalam beg. Tak sangka pulak, sampai 3 kali ibu keluar masuk hospital. Terpaksalah tukar-tukar item.

Ibu
  • kad pengenalan
  • buku merah
  • tuala
  • tuala muka
  • toileteries (ubat gigi, berus gigi, sabun, pencuci muka)
  • sikat dan bedak
  • kain batik 3
  • baju/tshirt 3 (disarankan yang berbutang mudah untuk breastfeed)
  • majalah/buku/al-Quran & al-mathurat
  • baju sejuk/sweater
  • tudung basahan
  • stokin 3 pasang-penting!
  • selipar
  • maternity pad
  • plastik (nak letak baju kotor)
  • pakaian dalam
  • air zam-zam
  • kurma
  • cawan,sudu dan garfu-sangat membantu, since tak makan makanan hospital
Baby
  • 10 diaper
  • 3 set of toileteries
  • 3 set of baju and seluar
  • 3 mitten and booties
  • 3 barut
  • minyak baby (amway),bedak,losyen
  • 3 lampin (sebagai bedung) (kalau ada kain bedung yang strap, lagi bagus)
  • 3 tuala kecil
  • 2 topi
  • selimut ringan
  • tuala
Semangat-semangat ibu pack-kan barang-barang Aliff, bila nurse mintak baju Aliff pada ayah, gelabah tak jumpa cari. Gelabah sebab ibu emergency operate. Alih-alih bagi selimut je pada nurse.

Haih, bila tulis post pasal ni, rindunya saat-saat tu semua. Rindu sangat sayang. Aliff dah besar!

Posted in | Leave a comment

Pram @ Stroller

Dapatnya waktu Aliff dalam hari lagi. Umur Aliff hari lagi. Uncle Mirul bawak balik masa balik Malaysia hari tu. Ayah la manusia paling gembira sekali. Tak sabar-sabar nak balik rumah from office untuk tengok stroller. Sekali, sedih gila tengok ada rosak-rosak sebab masuk kargo. Disebabkan miscommunication oleh pihak Etihad.Memang nangis mak~

Proud daddy

is all d way from UK.


Ibu ingat lagi waktu umur Aliff 8-9 bulan dalam perut ibu, ayah sungguh-sungguh bid kat ebay untuk dapatkan stroller Bugabbo Camelon untuk Aliff. Asalnya nak beli yang biasa je. Disebabkan abang Amirul dah menggoda-goda ayah supaya beli Bugaboo, Bugaboo la jugak bertakhta di hati ayah. Ada sekali tu terlepas Bugabbo yang sangat murah, ayah kecewa sangat-sangat. Kesian ayah. Dia usaha lagi, bangun tengah pagi semata-mata nak bid Bugaboo Cameleonnya tu (ntah ye tidak ejanya tu). Alhamdulillah, Bugaboo yang berjaya dibid ayah akhirnya sangat memuaskan hati. Cuma, malangnya bila dah sampai lain pulak ceritanya.


Selepas dah rosak semasa penerbangan dengan Etihad ke Malaysia pada Oktober 2010, Abang Amirul claim kerosakan tu. Sepanjang Oktober 2010 hingga akhir Februari 2011, Aliff naik Bugaboo tanpa sun canopy menyebabkan Aliff tak selesa dan rasa tak selamat kerana melalui pembacaan, baby akan rasa tak secure kalau kelilingnya diterangi cahaya dan orang ramai semasa dalam stroller. Tapi nak buat macammana, ibu dan ayah terpaksa la kan? Tunggu la jugak...


dan akhirnya pada 18 Februari 2011, ayah kak Yuni pulang dari UK menziarahi baby kedua abang Amirul dan kak Yuni dengan membawa pulang beberapa barang/parts yang telah terpisah sekian lama dari Bugaboo. Balik je dari kerja, ayah dengan semangatnya pasang semua benda (kebetulan dah beli cup holder on last weekend dan parasol melalui ebay) dengan masa yang singkat sangat! Memang ayah semangat gila lah. Lepas siap semua, dengan bangga ayah letak Aliff dalam Bugaboo dan tolak ke seluruh rumah :))))




Itu kisah di sebalik Bugaboo Cameleon khas untuk kegunaan Aliff dan adik-adik. Insya Allah

Posted in | Leave a comment

Diari Aliff : Aliff @ 4 months

Eh hari tu rasanya baru ibu post tentang Aliff 3 bulan, hari ni dah genap Aliff 4 bulan pada 14/2/2011. Haih~ sekejapnya masa berjalan ke berlari?

Apa yang menarik lagi hari ni berlaku selain daripada Aliff dah 4 bulan?


Aliff dah pandai ...


MENIARAP SENDIRI!!





Tahniah baby ibu. Selama 4 bulan ibu tunggu Aliff untuk meniarap akhirnya Aliff meniarap dengan sukarela dan gembiranya tanpa paksaan. Tersenyum lebar ibu walhal sikit lagi dah landing tepi je katil tu. Terlalu excited sangat sampai ibu lupa nak snap2 gambar Aliff. Cheh secheh-chehnya untuk ibu.

Jom kita tengok apa perkembangan diri Aliff sepanjang 3-4bulan ni :





1)kaki senantiasa lincah

2)suka makan tangan/hisap jari ayah
3)air liur meleleh banyak dan sentiasa nak ketap bibir
4)suka makan kaki
5)bila nak tidur ibu/ayah kene dukung2 and main2 dulu dengan Aliff.tak boleh terus hisap susu
6)dah pandai main splash while bathing
7)suka bercakap sorang2 dan menjerit2 sampai bising-bising rumah
8)pandai panggil ayah dan ibu dengan jeritan kalau dok sorang2
9)dah mula kenal orang.hari tu dayah balik dia nangis tak kenal
10)suka didirikan dan lonjakkan kaki gaya melompat.
11)dah kenal orang dan suka sangat kalau ibu dan ayah ada sama-sama
12)pandai capai barang. Ibu makan nasi pon nak capai nasi. Bahaya-bahaya

13)dah pandai emosi. Bila balik lambat dan ibu jemput Aliff lambat, sedih. Bila ibu ambik kertas yang Aliff tengah syok main, marah. Jerit-jerit minta balik.

14)masih suka didodoikan. dan masih suka mainan berpusing-pusing di atas (kalau Aliff dibaringkan)

15)suka bersembang dan lawan-lawan jerit dengan ayah


16)Dah boleh pegang rattle dan barang-barang lain dengan lebih kuat

17)kaki suka berpaut pada meja makan, tangan suka diletak atas meja makan, bath tub macam orang beso.

18) you love laughing so much!!!especially when ibu tickle n kiss ur chest n cheeks.

19)bangun pagi surely u'll keep giving us ur cheecky smile.oh mummy love it to the bits!!

Posted in | Leave a comment

Tekad untuk terus berblog demi Aliff


Kalau dah cakap takde masa, memanglah takde masa. Ibu nak usahakan juga at least satu post satu minggu. Tapi setiap hari pun macam best kan?

Kebelakangan ni, sering je ibu lambat-lambat, malas-malas nak tulis blog. Kenapa?konon-konon takde masa.Konon-konon sibuk. Tetapi hakikatnya, malas itu lah punca setiap tanduk tanduk kita.



Baik, sekarang ibu nak story sikit progress Aliff. Haih budak genius ni, dah pandai capai-capai barang. Adanya nak capai kertas yang ibu pegang, nasi yang ibu makan. Mula tu slow-slow je pergerakan nak capai tu. Sekarang dah laju sikit. Dalam minggu lepas jugak kot Aliff mula nak capai-capai.


Selain itu, Aliff juga dah pandai beremosi! Hari Selasa lepas ibu balik lambat. Jadi sampai rumah nenek dalam jam 8 malam. Aliff dah tertidur, bila ayah angkat terjaga dan bila dengar je suara ibu, Aliff terus menangis yang sedih sangat tu. Alhamdulillah, Aliff dah tertidur dari dalam kereta sebabnya hari tu ibu sakit kepala. Dah banyak kali ibu perasan asal ibu rasa tak sihat, Aliff tidur awal. Alhamdulillah anak ibu bijak. Begitu juga dengan baby-baby yang lain. Allah jadikan semua baby bijak. Tugas ibu dan ayah la sebenarnya untuk memastikan kebijaksanaan tu terus ditingkatkan. Insya Allah ibu cuba ye sayang.

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013