Kuliah ilmu
Sebenarnya agak terlambat sikit ibu bawak Aliff ke kuliah-kuliah ilmu di surau/masjid sebab umur Aliff dah 4 bulan. Alasan ibu, Aliff ta tidur siang dan malam adalah masa Aliff tidur, dan disebabkan kebanyakan kuliah adalah pada waktu malam jadi, ibu kesian Aliff tak dapat tidur yang cukup.
Tapi, ibu tekad. Ibu nak Aliff didedahkan denga kuliah-kuliah ilmu seperti ini kerana banyak hikmah di sebalik aktiviti ini. Pada ibu, banyak kelebihannya:
Kedua kalinya adalah kuliah agama Ustaz Fauwaz (kel wat) di rumah Prof Dr. Muhaya dengan tajuk Islam. Berdebar-debar juga kerana Aliff memang dah letih waktu tu baru sampai Bangi dari Muar. Dalam kereta on the way nak pergi kuliah, Aliff tidur. Bila sampai, kel wat burdah punya lah kuat suara, Aliff terjaga dari syok dok tidur dalam buaian Sofiya. Aliff ok lagi di awal ceramah. Lama-lama Aliff dah merengek sikit-sikit. Ibu ke belakang dan aunt tya bagi pinjam rocker Sofiya. Cuak ibu sebab Aliff tak mau tidur jugak. Tapi lepas ibu pok-pok Aliff sambil dokong, Aliff tidur jugak bila letak dalam rocker tu balik. Phewwwwwwwww~ dah selesai ceramah Aliff pun bangun. Cheh sempat lagi ngorat Sofiya!
Ketiga kalinya adalah kuliah Ustaz Jo di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi (22/2/2011) Yang ini pun Aliff macam tak selesa sebab dah ngantuk mata. Ini pun ada kisahnya. Selesai ceramah, ibu dan nenek solat Isya'. Waktu solat, ada sorang budak perempuan dalam lingkungan setahun lebih suka main-main n kacau Aliff. Tepuk-tepuk perut Aliff, kiss-kiss Aliff, tutup muka Aliff dengan tuala kecil dan lain-lain (nampak sangat solat mak tak khusyu'). Alhamdulillah ada sorang lagi budak perempuan baya lingkungan 4-5 tahun jaga Aliff. Lega sikit :)) Thanx kakak!
Kisah terbaru iaitu semalam (24/2/2011) waktu solat Isya' jugak. Tetiba Aliff suka pusing-pusing n di rakaat kedua, Aliff boleh pulak tergolek macam meniarap dengan tangannya tersepit kat perut. Aliff pun apalagi oh-eh-oh-eh la. Hati ibu berdebar-debar. Ingat nak batalkan je solat. Tapi Cuba yakinkan bantuan Allah. Alhamdulillah, datang bantuan Allah waktu tu juga, tetiba datang seorang wanita, tak perasan sebab khusyu' (ok tipu) betulkan kedudukan Aliff dan ambil anak dia yang mula nak main-main dengan Aliff. Phewww lagi~~
Antara tips yang boleh diguna pakai ketika membawa bayi/anak ke kuliah ilmu:

- Kuliah ilmu dipenuhi dengan malaikat
- Cas positif dan energi yang ada di surau/masjid dan majlis ilmu sangat kuat dan sekiranya kita berada di dalamnya, kita dapat menyerap cas dan energi tersebut seterusnya mempengaruhi semangat dan tindakan sehari-harian kita.
- Ibu mahu Aliff sentiasa bersama orang-orang yang hebat, orang-orang yang baik, orang-orang yang menginginkan kebaikan dan perubahan yang baik serta para ulama'. dan ia dituntut dalam Islam supaya mendorong kita ke arah kebaikan.
Kedua kalinya adalah kuliah agama Ustaz Fauwaz (kel wat) di rumah Prof Dr. Muhaya dengan tajuk Islam. Berdebar-debar juga kerana Aliff memang dah letih waktu tu baru sampai Bangi dari Muar. Dalam kereta on the way nak pergi kuliah, Aliff tidur. Bila sampai, kel wat burdah punya lah kuat suara, Aliff terjaga dari syok dok tidur dalam buaian Sofiya. Aliff ok lagi di awal ceramah. Lama-lama Aliff dah merengek sikit-sikit. Ibu ke belakang dan aunt tya bagi pinjam rocker Sofiya. Cuak ibu sebab Aliff tak mau tidur jugak. Tapi lepas ibu pok-pok Aliff sambil dokong, Aliff tidur jugak bila letak dalam rocker tu balik. Phewwwwwwwww~ dah selesai ceramah Aliff pun bangun. Cheh sempat lagi ngorat Sofiya!
Ketiga kalinya adalah kuliah Ustaz Jo di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi (22/2/2011) Yang ini pun Aliff macam tak selesa sebab dah ngantuk mata. Ini pun ada kisahnya. Selesai ceramah, ibu dan nenek solat Isya'. Waktu solat, ada sorang budak perempuan dalam lingkungan setahun lebih suka main-main n kacau Aliff. Tepuk-tepuk perut Aliff, kiss-kiss Aliff, tutup muka Aliff dengan tuala kecil dan lain-lain (nampak sangat solat mak tak khusyu'). Alhamdulillah ada sorang lagi budak perempuan baya lingkungan 4-5 tahun jaga Aliff. Lega sikit :)) Thanx kakak!
Kisah terbaru iaitu semalam (24/2/2011) waktu solat Isya' jugak. Tetiba Aliff suka pusing-pusing n di rakaat kedua, Aliff boleh pulak tergolek macam meniarap dengan tangannya tersepit kat perut. Aliff pun apalagi oh-eh-oh-eh la. Hati ibu berdebar-debar. Ingat nak batalkan je solat. Tapi Cuba yakinkan bantuan Allah. Alhamdulillah, datang bantuan Allah waktu tu juga, tetiba datang seorang wanita, tak perasan sebab khusyu' (ok tipu) betulkan kedudukan Aliff dan ambil anak dia yang mula nak main-main dengan Aliff. Phewww lagi~~
Antara tips yang boleh diguna pakai ketika membawa bayi/anak ke kuliah ilmu:
- Bawa alas/selimut/comforter nipis dan bantal
- Bawa mainan/barang yang boleh melekakan anak
- Bawa diaper dan wipe
- Yakin dan stay focus niat dan tujuan datang ke kuliah
- Buang sifat risau anak akan buat hal sebaliknya yakin anak akan mendapat manfaat daripada kuliah yang kita dengar
- Minta bantuan wanita yang tidak boleh sembahyang atau kanak-kanak yang lebih besar menjenguk bayi anda ketika ingin bersolat
- Pakai baju berbutang atau yang mudah diselak bagi penyusuan ibu-bagi yang menyusu badan. Boleh juga bawa nursing cover atau guna telekung.
- Apapun, hendaklah kita cuba dulu. Kalau tak cuba, kita tak tahu sejauh mana kematangan/kebolehan anak kita di sesuatu tempat yang baru.
Post a Comment