Pram @ Stroller

Dapatnya waktu Aliff dalam hari lagi. Umur Aliff hari lagi. Uncle Mirul bawak balik masa balik Malaysia hari tu. Ayah la manusia paling gembira sekali. Tak sabar-sabar nak balik rumah from office untuk tengok stroller. Sekali, sedih gila tengok ada rosak-rosak sebab masuk kargo. Disebabkan miscommunication oleh pihak Etihad.Memang nangis mak~

Proud daddy

is all d way from UK.


Ibu ingat lagi waktu umur Aliff 8-9 bulan dalam perut ibu, ayah sungguh-sungguh bid kat ebay untuk dapatkan stroller Bugabbo Camelon untuk Aliff. Asalnya nak beli yang biasa je. Disebabkan abang Amirul dah menggoda-goda ayah supaya beli Bugaboo, Bugaboo la jugak bertakhta di hati ayah. Ada sekali tu terlepas Bugabbo yang sangat murah, ayah kecewa sangat-sangat. Kesian ayah. Dia usaha lagi, bangun tengah pagi semata-mata nak bid Bugaboo Cameleonnya tu (ntah ye tidak ejanya tu). Alhamdulillah, Bugaboo yang berjaya dibid ayah akhirnya sangat memuaskan hati. Cuma, malangnya bila dah sampai lain pulak ceritanya.


Selepas dah rosak semasa penerbangan dengan Etihad ke Malaysia pada Oktober 2010, Abang Amirul claim kerosakan tu. Sepanjang Oktober 2010 hingga akhir Februari 2011, Aliff naik Bugaboo tanpa sun canopy menyebabkan Aliff tak selesa dan rasa tak selamat kerana melalui pembacaan, baby akan rasa tak secure kalau kelilingnya diterangi cahaya dan orang ramai semasa dalam stroller. Tapi nak buat macammana, ibu dan ayah terpaksa la kan? Tunggu la jugak...


dan akhirnya pada 18 Februari 2011, ayah kak Yuni pulang dari UK menziarahi baby kedua abang Amirul dan kak Yuni dengan membawa pulang beberapa barang/parts yang telah terpisah sekian lama dari Bugaboo. Balik je dari kerja, ayah dengan semangatnya pasang semua benda (kebetulan dah beli cup holder on last weekend dan parasol melalui ebay) dengan masa yang singkat sangat! Memang ayah semangat gila lah. Lepas siap semua, dengan bangga ayah letak Aliff dalam Bugaboo dan tolak ke seluruh rumah :))))




Itu kisah di sebalik Bugaboo Cameleon khas untuk kegunaan Aliff dan adik-adik. Insya Allah

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013