Sekejap sangat masa berlalu. Baru hari tu masuk weekend, dah Isnin, dan hari ni Selasa.
Tak puas main-main dengan Aliff. Cheh alasan
Lately, Aliff dah pandai nak berinteraksi dengan rakan sebaya. Dah besar anak ibu.
Hujung minggu hari tu, bermulalah projek ayah untuk ubah feng-shui rumah kita. Sabtu ke IKEA lah kita bersama mak teh dan mama cu. Sesampainya kami, pegi mencekik dulu, memasing pun tengah lapar kan. Cheh makan memasing tak hengaatt.
Lepastu, jalan-jalan kat showroom cari idea. Kemudian, stop kejap untuk solat, oh jumpa Jaja rakan sebaya di universiti. Alhamdulillah, dia dah pregnant 3 bulan.
Satu benda tak bess yang saya noticed kat IKEA sekarang ni kekononla bangga sebab pergi IKEA sejak zaman tadika kan, kalau shopping hari Sabtu dan Ahad dan cuti umum adalah kesesakan berleluasa dan possiblity untuk pelanggaran bontot sesama manusia tu sangat tinggi. Adoi, sila tabah ye puan-puan kerana Kuala Lumpur kini dibanjiri manusia yang gila shopping.
Tak cukup lagi, ayah heret kita semua pegi houz depot kat Kota Damansara. Kat sini, ya Allah bess gila kot shopping untuk siapa-siapa yang nak baiki/renovate rumah. Barang murah beb! Highly recommended. Balik dah malam, apa lagi pengsan mak teh and mama cu. Hahahhaha!
Barang-barang yang diborong lupa nak ambik gambar. Satu penyesalan lagi T_T
Esoknya, ayah semangat ubah itu ini. Go ayah go! Aliff tak sabar tengok ayah ubahsuai bilik Aliff pulak.
Macam biasa tahap kemalasan untuk vevel vanjang-vanjang, kita tepek gambar!
Sekian, selamat malam cinta..
Post a Comment