Archive for August 2012

Salam lebaran

*Jaga-jaga. Mata anda akan silau sebentar lagi.

Bismillah.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

5 hari selepas madrasah Ramadhan berakhir. Muhasabah semula, apakah hasilnya. Adakah segala kebaikan dan doa cukup pada bulan Ramadhan je? Hakikatnya, Ramadhan adalah pencetus segala kebaikan dan doa untuk kita komit pada bulan-bulan seterusnya. Moh le gandakan lagi amalan!

Terkilan pun ada. Sedih pun ada. Gembira pun ada. Pendek kata macam-macam perasaan lah. Ramadhan yang disambut kali kedua bersama Aliff. Tahun ni beza sikit ceritanya. Kalau dulu, Aliff tak mahu berenggang sekejap pun dengan ibu, susu je kerjanya. Kesudahannya banyak terawih tinggal. Tahun ni pun rupanya sama, bezanya Aliff nak ibu dukung dia sambil berjalan. Ewah, ni kalau orang tua-tua nampak, mahu ibu kena bebel, "ha, tu lah manjakan lagi anak. Sokmo sangat dukung dia kecik-kecik dulu." Ok, ibu paham. ibu jugak yang manjakan Aliff, ye. Tunggu nanti dah ada adik. Hehehhe. Aliff pulak dukung adik, ibu nak solat.

Eid Fitri

Seronok! Pertama kali beraya sebagai HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! Pagi-pagi sebelum solat sunat dah ambil healthy breakfast! Yang bestnya, seluruh keluarga aku semangat aloe, teamix n shake tanpa aku sendiri yang remindkan. Allahu akbar! Terima kasih Allah atas kasih-sayang ini.

Syukur, tiada lagi berebut toilet dan cirit birit berpanjangan sampai 2-3 hari macam tahun sebelum ni. Walaupun 11 buah rumah berjaya diziarahi pada raya pertama. Amajingkan? Yang paling amajing, tahun ni takde lagi kelam kabut di pagi raya ketuk-ketuk pintu adik kuat-kuat suruh siap nak solat raya. Masing-masing pakat ready. Whoaaaah! Agak malu sikit di situ sebab aku paling siap lambat. Cop, siapkan Aliff. Ok alasan!

Solat raya pulak, semangat pakai button kat telekung. Memang orang pandang, "WIERD~" la jugakkan. Haha tapi, aku sangat enjoy rasa bangga pun ada. Ok memang agak weird lah jugakkan. Tapi aku tau sikit-sikit keyakinan diri bercambah dalam diri. Alhamdulillah.


Di kesempatan ni, kami seisi keluarga nak ucapkan salam lebaran pada abang Amirul, kak Yuni dan anak-anak mereka yang comel-comel Ameera dan aisya, Dayah dan Asyraf seta Yusuf! Rindu koghang.

Makan



Nasi impit kuah kacang. Rendang ayam dan daging. Ketupat lemang. Lontong. Nasi lemak pun ada! Whoah, best! Kiteorang makan semuanya! Kuih raya pun tak tinggal. Pendek kata raya dah macam pesta makan. Tambah seronok makan sambil sembang. Macam-macam cerita nak dikongsi dan nak disembangkan. Rindu dengan yang ada pertalian darah ni. Makan apatah lagi. Tak hengat. Tapi memandangkan kami punya perut masing-masing betul-betul dilatih untuk menerima makanan berpada-pada alhamdulillah semuanya terkawal. Istilah makan tak hengat bagi kami adalah enjoy the food di setiap rumah secara berpada-pada. Tak sampai hati, tak jamah makanan diorang. Susah payah masak istimewa untuk tetamu semua :) terima kasih semuanya!

Raya kali ni, rasa agak berlainan. Di samping kami cerita tentang hal masing-masing, kami jugak bercerita tentang pemakanan harian orang Malaysia. Dan macammana Herbalife dapat bantu kita rakyat Malaysia enjoy food n still dapat nutrisi lengkap. Wow amajing lagi. Hari pertama, agak janggal. Dengan rejectionnya lagi. Tapi lepas tu best! In fact, satu familiku juga turut kongsikan. Ah, blis~ Sharing is caring.

Aliff




Paling syok!

Mana taknya. Berlari. Menjerit. Melalak. Menyanyi. Aduyai.

Pening ibu. Dahlah ibu termakan daging banyak. Layan je. Walaupun kadang-kadang penat layan Aliff yang semakin pandai bersosial bersama rakan sebaya, ibu seronok. Anak ibu, dikelilingi nikmat kurniaan Allah. Belajar syukur ye nak. Ada yang tak merasa nikmat Allah macam kita dapat hari ni.

Raya kali ni, Allah bagi kesihatan kepada kami seisi keluarga untuk melakukan aktiviti ziarah habis-habisan. Lepas satu rumah ke satu rumah. Tak cukup KL, selangor pergi pulak Terengganu. Siap sempat lagi bercuti ke Redang. Aduhai, sungguh-sungguh raya ke ni?

*Tiba-tiba teringat, adik bongsuku Nayah jauh di perantauan. Sob sob. Sabar ye Nayah, Dayah kan ada. Yusuf kan ada. Nanti Nayah balik, kakak cubit-cubit Nayah.

Beliau sebenarnya masih lagi dalam form 4. Tapi atas sebab-sebab tertentu beliau minta untuk terus berada di Mesir untuk beberapa ketika. Baguslah. Keluar daripada comfort zone untuk majukan diri ke depan lagi. Duduk lama sangat kat comfort zone, siang malam ber FB dan TWITTER lah namanya tu. Tui dak?

Insya Allah, kalau kawan-kawan semua ada kelapangan meh lah datang beraya di rumah. Walaupun Sabtu Ahad kami ada event biasanya, akan usahakan jugak untuk tetamu nak beraya. Orang datang ke rumah bawa 1001 rahmat dan rezeki, insya Allah.


Akhir kata, sambil kita raikan kemenangan kita melawan nafsu di bulan Ramadhan, kekal jugak perkara-perkara tersebut sepanjang tahun ini. Teruskan ukhwah sesama kita, bersedeqah, jaga solat, jaga Iman. Amin ya Rabb. Ikhlas daripada kami di atas ni. ^.^


Ha, bagi yang berat raya pertama dan raya kelima tu dah naik mencanak-canak.
Tanya JuaNAdiah bagaimana nak turunkan balik berat badan secara sihat. 0123141422!


Leave a comment

Allah turunkan hujan, sebab nak bagi pelangi


Bismillah.

Sekarang dah jam 1.04 pagi dan sepatutnya aku dah terbongkang sekarang tapi mengenangkan semangat meluap-luap balik focus group Mael bersama tim aku tadi memang tak lah aku nak tidur kan. Macam cacing kerawit kepanasan, ok ini over. Macam tangan kena panas cili tak boleh nak dok diam. Dalam kepala otak ligat fikir DAILY ACTIVITIES. Walhal, esok aku dah berazam nak pergi booth jam 10pagi dah ada kat sana. Bersama sidelines yang hebak-hebak rasa diri ini sangat kecil dan comel kerana baru berjinak-jinak dengan booth. Aku wajib jugak mempunyai pengalaman dengan DMO booth supaya boleh dikongsi dengan organisasi sendiri nanti. Insya Allah.

Pengalaman booth yang benar-benar BELAJAR yang tak sembang dari bukak sampai tutup booth! Ahaks

Mukaddimah yang agak panjang di situ. Ok bai nak tido sambung esok pagi lepas sahur ye tawan-tawan! :O

*Sambung.

AHAD 1158pm 12 Ogos 2012

Alhamdulillah seronok seronok seronok. STS tadi dengar sharing Aunty Kamilah memang berdesap desup. Dia cakap lembut je tapi kelakar yang amat. Nakal jugak ye beliau. Hahahah! Antara yang paling tak boleh lupa bila dia tanya,

Kenapa nak buat herbalife? Kalau sebab duit, income, nak beli rumah dan sebagainya itu adalah keperluan hidup. Belum cukup kuat alasan tersebut untuk kita sukses. Tapi bila kita set impian sebenar-benar impian, susah mencabar macammana sekalipun kita akan redah!

Oleh yang demikian, keluarlah aku dan suami daripada comfort zone, balik je STS terus ke Alamanda dan tegur hampir 20 orang untuk kongsi tentang Herbalife. Rejection? Semua! No problemmm! Kebetulan Aliff diculik pakciknya dan apalagi kami berdating sambil kerjaanlah.

Malu memang tak usah sebut. Dalam kepala otak dah susun ayat baik punya. Ketaq lutut semua ada. Peluh je tak sempat keluar sebab sejukkan aircond. Tapi seronok bila 2-3 orang yang dah kita approach, berani tu datang tiba-tiba!

Niyah.Start small. Keep consistent. Success will come. Yeyeeehhh insya Allah.

Alhamdulillah, bermulanya minggu lepas, aku telah mula keluar daripada comfort zone sedikit demi sedikit. Nak berjaya, kena buat benda yang tak selesa. Betul tak. Kalau dah selesa memang melekaaat je lah kita kat tempat yang sama. Tak naik-naik dah lah. Aku pasti semuanya bijak pandai nak mentafsir maksud aku ni kan.

Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos sebenarnya banyak mengajar aku erti muhasabah diri. Lalu, belog menjadi mangsa pengabaian sejati. Tak reti eksperesi diri dalam keadaan muhasabah diri. Insya Allah bakalan berkongsi kisah jatuh bangun ketika dalam herbalife. Wah jatuh bangun dah gaya bertahun-tahun bikin bisnes? Sekadar berkongsi :p

Aliff kini triple manja. Ibu dah decide hantar ke rumah pengasuh. Sementara dalam tempoh ibu build up everything in Herbalife. Bagi ibu masa sehingga hujung tahun pwishhhh~ Agak mencabar di situ membawa Aliff ketika bulan Ramadhan ke masjid. Bawak jugakkk! Paksa diri. Tapi kalau Aliff penat dan menangis, habis energi pada layan Aliff lah jawabnya. No problem!!!! Insya Allah bakalan jadi Syeikh al-Muhammad al-Aliff. Amin ya Rabb. Khalifah Allah yang unggul.

Curi gambar mama teh lagi!

Wahai semua perindu syurga, ayuh qiyam semuanya malam ini. Nak iktikaf di mana kita? Masjid UIA kesayangan lah beb. Haih~ Ghinduuu. Sempena Ramadhan semakin menampakkan penghujungnya, sedikit perkongsian tentang bagaimana memaksimakan peluang yang datang singgah setahun sekali je ni :|



Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Macam-macam hal

#Olimpik Lee Chong Wei tewas, tapi makin dikasihi rakyat Malaysia

#Aku dah busy bertwitter sekarang

#Target Ramadhan luar biasa. Allah bukan sahaja bagi VP kat aku, Dia beri lebih! Alhamdulillah.

#Lately, banyak benda nak share. Excited sangat terus simpan dalam hati dan kunci. The hint is I love HErbalife and my team sooooo much!


#Olimpik Azizul layak ke FINAL! Seorang lagi atlet tajaan HERBALIFE. Banggo den beliau sahur dan berbuka bersama shake.


#I love Ramadhan soo much!!

#I miss my husband n Aliff so much!!

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013