Salam lebaran

*Jaga-jaga. Mata anda akan silau sebentar lagi.

Bismillah.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

5 hari selepas madrasah Ramadhan berakhir. Muhasabah semula, apakah hasilnya. Adakah segala kebaikan dan doa cukup pada bulan Ramadhan je? Hakikatnya, Ramadhan adalah pencetus segala kebaikan dan doa untuk kita komit pada bulan-bulan seterusnya. Moh le gandakan lagi amalan!

Terkilan pun ada. Sedih pun ada. Gembira pun ada. Pendek kata macam-macam perasaan lah. Ramadhan yang disambut kali kedua bersama Aliff. Tahun ni beza sikit ceritanya. Kalau dulu, Aliff tak mahu berenggang sekejap pun dengan ibu, susu je kerjanya. Kesudahannya banyak terawih tinggal. Tahun ni pun rupanya sama, bezanya Aliff nak ibu dukung dia sambil berjalan. Ewah, ni kalau orang tua-tua nampak, mahu ibu kena bebel, "ha, tu lah manjakan lagi anak. Sokmo sangat dukung dia kecik-kecik dulu." Ok, ibu paham. ibu jugak yang manjakan Aliff, ye. Tunggu nanti dah ada adik. Hehehhe. Aliff pulak dukung adik, ibu nak solat.

Eid Fitri

Seronok! Pertama kali beraya sebagai HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! Pagi-pagi sebelum solat sunat dah ambil healthy breakfast! Yang bestnya, seluruh keluarga aku semangat aloe, teamix n shake tanpa aku sendiri yang remindkan. Allahu akbar! Terima kasih Allah atas kasih-sayang ini.

Syukur, tiada lagi berebut toilet dan cirit birit berpanjangan sampai 2-3 hari macam tahun sebelum ni. Walaupun 11 buah rumah berjaya diziarahi pada raya pertama. Amajingkan? Yang paling amajing, tahun ni takde lagi kelam kabut di pagi raya ketuk-ketuk pintu adik kuat-kuat suruh siap nak solat raya. Masing-masing pakat ready. Whoaaaah! Agak malu sikit di situ sebab aku paling siap lambat. Cop, siapkan Aliff. Ok alasan!

Solat raya pulak, semangat pakai button kat telekung. Memang orang pandang, "WIERD~" la jugakkan. Haha tapi, aku sangat enjoy rasa bangga pun ada. Ok memang agak weird lah jugakkan. Tapi aku tau sikit-sikit keyakinan diri bercambah dalam diri. Alhamdulillah.


Di kesempatan ni, kami seisi keluarga nak ucapkan salam lebaran pada abang Amirul, kak Yuni dan anak-anak mereka yang comel-comel Ameera dan aisya, Dayah dan Asyraf seta Yusuf! Rindu koghang.

Makan



Nasi impit kuah kacang. Rendang ayam dan daging. Ketupat lemang. Lontong. Nasi lemak pun ada! Whoah, best! Kiteorang makan semuanya! Kuih raya pun tak tinggal. Pendek kata raya dah macam pesta makan. Tambah seronok makan sambil sembang. Macam-macam cerita nak dikongsi dan nak disembangkan. Rindu dengan yang ada pertalian darah ni. Makan apatah lagi. Tak hengat. Tapi memandangkan kami punya perut masing-masing betul-betul dilatih untuk menerima makanan berpada-pada alhamdulillah semuanya terkawal. Istilah makan tak hengat bagi kami adalah enjoy the food di setiap rumah secara berpada-pada. Tak sampai hati, tak jamah makanan diorang. Susah payah masak istimewa untuk tetamu semua :) terima kasih semuanya!

Raya kali ni, rasa agak berlainan. Di samping kami cerita tentang hal masing-masing, kami jugak bercerita tentang pemakanan harian orang Malaysia. Dan macammana Herbalife dapat bantu kita rakyat Malaysia enjoy food n still dapat nutrisi lengkap. Wow amajing lagi. Hari pertama, agak janggal. Dengan rejectionnya lagi. Tapi lepas tu best! In fact, satu familiku juga turut kongsikan. Ah, blis~ Sharing is caring.

Aliff




Paling syok!

Mana taknya. Berlari. Menjerit. Melalak. Menyanyi. Aduyai.

Pening ibu. Dahlah ibu termakan daging banyak. Layan je. Walaupun kadang-kadang penat layan Aliff yang semakin pandai bersosial bersama rakan sebaya, ibu seronok. Anak ibu, dikelilingi nikmat kurniaan Allah. Belajar syukur ye nak. Ada yang tak merasa nikmat Allah macam kita dapat hari ni.

Raya kali ni, Allah bagi kesihatan kepada kami seisi keluarga untuk melakukan aktiviti ziarah habis-habisan. Lepas satu rumah ke satu rumah. Tak cukup KL, selangor pergi pulak Terengganu. Siap sempat lagi bercuti ke Redang. Aduhai, sungguh-sungguh raya ke ni?

*Tiba-tiba teringat, adik bongsuku Nayah jauh di perantauan. Sob sob. Sabar ye Nayah, Dayah kan ada. Yusuf kan ada. Nanti Nayah balik, kakak cubit-cubit Nayah.

Beliau sebenarnya masih lagi dalam form 4. Tapi atas sebab-sebab tertentu beliau minta untuk terus berada di Mesir untuk beberapa ketika. Baguslah. Keluar daripada comfort zone untuk majukan diri ke depan lagi. Duduk lama sangat kat comfort zone, siang malam ber FB dan TWITTER lah namanya tu. Tui dak?

Insya Allah, kalau kawan-kawan semua ada kelapangan meh lah datang beraya di rumah. Walaupun Sabtu Ahad kami ada event biasanya, akan usahakan jugak untuk tetamu nak beraya. Orang datang ke rumah bawa 1001 rahmat dan rezeki, insya Allah.


Akhir kata, sambil kita raikan kemenangan kita melawan nafsu di bulan Ramadhan, kekal jugak perkara-perkara tersebut sepanjang tahun ini. Teruskan ukhwah sesama kita, bersedeqah, jaga solat, jaga Iman. Amin ya Rabb. Ikhlas daripada kami di atas ni. ^.^


Ha, bagi yang berat raya pertama dan raya kelima tu dah naik mencanak-canak.
Tanya JuaNAdiah bagaimana nak turunkan balik berat badan secara sihat. 0123141422!


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013