Bismilah.
Adoi tak reti la nak start camne.
Paham tak perasaannya bila kita dah 28 tahun kerja makan je lepas tu dah jadi gemuk lepastu rasa macam malas ya Rabbi Allah je tahu perasaannya nak senaman?
Ha ganas tak analogiku di sini?
Kalau dah busy malas nak update belog memang kreatip aje alasan kita kan? Begitulah lumrah alam.
Beginilah. Mari kita mula dari basik kalau tak nak serabut kepala. Kita mula dari kecil dan simple-simple aje kan. Jadi, nak dipendekkan cerita yang panjang lebor ni, memang genius kalau kita hidangkan gambar-gambar kepada kawan-kawan sebagai tatapan. Tapi sebab, aku memang jadikan belog ni sebagai diari kehidupan memang sepatutnya begitulah kan. Nanti, boleh jadi tatapan anak-anak cucu cicit sekalian alam.
Dah kenapa entri kali ni semua nak alignment nak center belaka? Saje try test skeeet.
*Sempat lagi iklan.
------
Woot woot!
Bulan 10 ni memang aku memang tak cukup napas nak bernapas. Maknanya tahap ke-bz-an tu melampaui batas memang nescaya menangis lah sekalian manusia kalau tahu tahap kesibukan yang melanda diri ini.
Malas nak cerita panjang, ce belek sket kad kat bawah ni.
Tara! Adik kandung kahwin la beb. |
Perkahwinan Abqari Ahmad dan Khalisah Azmi.
Kisah cinta mereka tu, nanti lah kita interview okehs. Now kita publish kisah wedding dulu. Ahaks
Padahal takdelah aku menolong mana pun. Sebenarnya tolong nervous, tolong saspen dan yang paling solehah sekali tolong doa dan solat hajat. Adik kot kahwin. Touching habis, walaupun muka sebenar nampak cool di situ. Aku memang kakak yang garang, tapi aku jugak kakak yang sensitif kaki menangis, kaki emo!
Jadi, ni salah satu peristiwa yang berlaku pada bulan Oktober hari tu. Aku highlightkan even ni dulu sebab, bangga gila kot, rasa happy dan bahagia menerima ahli keluarga baru, ewah Puan Ecah Azmi (bukan nama sebenar, itu nama manja) hahhaha.
Hati berbunga jugak, sebab nasib baik otak lebih kurang. Cuma adik iparku ni daring sikit. Jenis selamba, tapi takpe rock gitu. Insya Allah sepanjang mengenalinya, aku memang takde masalah. Tapi siap la cah, nanti kalau kau buat hal, belakang bangunan la jom. Bajetla Nadiah~
Kau tengok hantaran atas tu. Agak-agakla cah. Tak payahlah nak lawa n kretip sangat. I is jeles ok. Uniknya wedding diorang ni A to Z (eh bukan boy band tu lah, haiih ngkorang!) tukalah, dari alif sampai ya memang semua homemade ke handmade semua buat sendirian berhad. Bukan tahap enterprise dah ni. Gmpak tak gempak. Semua bajet memang jimat dan yang penting cantik gilak. Sila rujuk pelamin di foto bawah ni. Sila menjamu mata. Sila.
Wey tak cukup korumlah! Abang mirul, Kak yuni, Ameera, Aisya, Asyraf n Inayah takdop dalam gambor. |
Alhamdulillah, semua majlis nikah dan walimah berjalan dengan lancar sekali. Tapi serius aku tak puas hati satu benda. Gini adik aku, Abqari Ahmad ni memanglah seorang yang sengalness dan suka main-main dan selalu jugak suka buat lawak yang boleh orang sakit jiwa. Akad nikah hari tu siap lepas akad, cakap yes lagi. Tok kadi tu plak jenis serius, dia apa kesah. Amboi kemain ko kan, Kori!
Tapi macam sedih jugaklah kan sebab tak semua family member join. Sebab abang mirul n family kat UK tak dapat pulang. Suami dayah, Asyraf pun tak dapat join. Inayah pulak dapat join nikah je, kemain siap balik asrama naik Keretapi Tanah Melayu lagi. Sobs. Nanti belah kitanya kenduri balas dendam kehss?
Masa wedding tu ya Allah, punya lah ramai orang. Dalam hati aku, retis ke si penganting ni. Aku nengok adik aku n bininya ni, sempoi ala-ala artis underground je. Kakakkaka. Ala biasalah, orang suka berkawan gitulah. Adik aku tu pulak cepat mesreeeeewww (sebutan kena betul, ala-ala Bob AF zaman aku matrik gitu)
Salah seorang 'geng' diorang yang aku temui di hari kejadian. HAHAHA Alia Ali merangkap geng gila-gila remaja busuk aku |
Bila datang angin tak betul. |
Ntah apa masalah aku semangat gila nak ambik gambar macam ni. Serius tak paham bila ingat balik. Sambil geleng kepala |
K for KEREK forever. |
Ok sambung serius.
---------
Jadi, selepas selesai semuanya, dari
Konvoi ke Ipoh
.
Duk kat homestay n pekena nasi ayam, gelabah gosok baju segala
.
Gelabah pulak malam nikah nervous, ye aku yang nervous. (adik kot nak kahwin ko paham tak adik yang selalu main gusti-gusti dengan aku, yangs suka main lecak T___T)
.
Aliff mengamuk buat hal nak pakai baju tidor-NIKAH-selesai nikah-tangkap gambar
Mana taknya, 'kel wi' dia tu bespren habis dengan dia nak kawen, kan. Kasi drama la sikit. |
Herbalife beb |
.
Esoknya kemain mengiring pengantin dengan lagu omputeh masuk hall dan terkejut melihat keindahan hal tersebut dengan hiasan kretip macik ecah dan familinya.
.
Makan-amik gambar lagi
.
Sembang-sembang segala bajet pemes, padahal tak langsung
.
Kemas-kemas dan terus pulang KL singgah rumah kakak kepada abah, mak ngah sayaaa.
Semuanya berlaku dengan cepat sebab mungkin kenduri adalah belah perempuan, so macam tak busy sangat. Nantila siap belah laki-laki nanti mau pengsan gak aku. Bajet rajin ke?
Motip nak cakap semua berlaku dengan cepat sebab kedua-dua adik gadis saya, Dirah n Dayah nak kena laju-laju packing malam tu sebab esoknya tu (Ahad) nak kena laju-laju gi airport sebab ticket flight adalah pagi. PAGI ko! 730 pagi nak kena ada kat airport. Memang sempot lahkan? Tak logik betul la ngkorang ni kan.
Tapi takpe alhamdulillah semua selamat sampai Mesir dan menjalani kehidupan yang normal.
Tak puas hati sebab tak ada sesi jalan-jalan cari pasal makan.
----------
Untuk adik aku yang sengalness tapi over protective ni kan,
kakak selalu doa semoga hari ke hari kori jadi manusia yang lebih baik dari semalam, suami dan insya Allah bakal ayah yang soleh. Bila dah kahwin bukan bererti kita dah stop belajar, tapi kena lagi rajin belajar. Jadi suami nak kena belajar jadi suami yang baik macammana nak bagi kasih sayang pada isteri pada anak-anak. Nanti dah jadi ayah, nak kena belajar jadi ayah pulak. Yang penting, kena belajar jadi ketua keluarga yang hebak macam abah ok?
*lap air mata drama
Tahniah kakak ucapkan untuk maju setapak lagi ke masa depan. Insya Allah kakak selalu ada di sini untuk share suka duka kehidupan ni. Kalau malu boleh whatsapp je. Koh koh. Takyah gelak lah macam sengal je.
Amanat keras, JAGA ECAH bak permaisuri. Pahem!
Oh ye, kori ni pengguna tegar Herbalife. Suka main beskal la katakan. So energi nak kena mantop gitu. Tapi bukan energi je makin best, kulit dia awww flawless la gitu.
Memang best sebab jerawat resdung takdop dah. Kulit sehalus sutera terengganu gitu.
Keputusan ini adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza
Ada masalah jerawat muka jerawat badan?
Ada masalah energi ngantuk dalam kelas atau kat pejabat?
Nak coach? Nah whatsapp +60122551037
Cuba dulu minum shake Herbalife pastu berdoa mintak Allah mudahkan.
Senang, insya Allah improve.
-------------
On d way balik KL singgah rumah ngah, aku paling merindui buaian bawah ni. Sesunggunya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak comel. Tapi serius wey ada memori pahit sikit. Selalu kena mengalah dengan adik sendiri untuk naik buaian ni. Serius trauma. Tapi kali ni tidak lagi, aku konker dengan dasat sekali buaian ni yahu!
Comel sangat makcik peha besau ni |
Ipoh boleh dikatakan kampung aku no 2 selepas Terengganu. Sebab nenek aku sebelah abah duduk dengan mak ngah dulu. So selalu berkampung kat sini. Jadi memori zaman kanak-kanak aku memang banyak kat sini. Bila dah anak 2 datang sini balik boleh jadi perangai tu dia macam sewel sikit macam tetiba tak matured sikit. Eh aku dah kenapa ni. Dahlah mari kita tutup entri ini secepat mungkin sebelum kesewelan berpanjangan. Da~
Next time ajelah entry pasal jalan-jalan Ipoh mali talk sombong ma!
eh jap. jap.
Seriously? Cis ingat ke kita dapat konker buaian tuuu forever! Rupanya....
Di en.
Post a Comment