Apa yang best di Terengganu?

Bismillah.

Huarghhhhh. Tak habis lagi nak cerita pasal jalan-jalan raya kami. Almaklomlah bukan senang nak kumpulkan ke semua anak menantu Cek Mat kita ni kan? Tengah anak-anak dah tidur dan sempat follow up customer rindu pulak pada anak-anak buah dan famili kat rumah Sg Ramal.

Bila depan mata tak reti nak tunjuk sayang-sayang. Bila jauh barulah bermandi air mata. Lumrah alam.

Walaupun raya haji dah nak menampakkan dirinya, masih lagi aku tetap semangat nak update cerita raya aidilfitri hari tu. Seminggu lepas raya kat KL kami seisi keluarga pulang ke kampung halaman mama iaitu di Terengganu. Legend sungguh tempat ni sebab dari kecik inilah tempat dituju setiap kali menjelang raya.

So apa yang best Terengganu di mataku?


1. Ziarah rumah sedara mara



Dah semestinyalah ziarah menziarahi ke rumah sanak sedara sambil kutip duit tabung simpanan Aliff dan Fateh. #Eh? Lari topik dah makcik ni. Disebabkan asal usul mama mama memang di Terengganu so kebanyakan pupupapat (sepupu sepapat) beliau memang ada bersepah-sepah kat Ganu. 

Aku selalu berangan kawan-kawan aku yang mak ayah dia asal Terengganu adalah sedara kami. Kuat berangan ni :p

Macam nilah senang summary aktiviti ziarah kami. Ziarah----makan----ambik gambar. Dan cuba ulang tayang summary tu 10 kali. Agak-agak naik tak 4 kg aku sepanjang ada kat Terengganu? Ha tak payah jawab ya atau tak. Senyap je.

2. Celup tepung


Aktiviti wajib untuk penggemar seafood macam kami. Memang memasing tak ingat jenis elegik kulit. Tetiba semua perasan jenis kulit gebus gebas. Alhamdulillah sejak minum Herbalife kulit memasing semakin baik, semakin makan seafoog tak hengat. Ish ish not good, not good.

3. Pantai!

Malas nak share banyak-banyak pasal pantai di Terengganu. Klik je link bawah ni




Saya hok sayang pantai hok ganu selamanya!



4. Rilek-rilek layan anak sementara suami gi jogging kat tepi pantai

Geram saya tengok anak-anak ni. Rasa nak gomol 24 jam. Alhamdulillah, Allah bagi masa kami meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Terima kasih abah ma atas percutian ini. Kakak doa mama abah sehak sokmo



Adik begitu kelihatan gagah.

Selalu kerja je. Jarang betul dapat bermalasan macam ni. Alhamdulillah sesungguhnya syukur aku berada dalam Herbalife. Memang rasa bersalah kalau nak malas-malas. Kerja kuat bersama anak. Priceless! Dapat lihat mereka membesar depan mata, gaduh sama, gelak sama, baca buku sama, busy depan laptop sama. *Bahagia.

5. MAKANAN

Makan. Bukan sahaja makan, makanan yang sedap tapi tanggungjawab kita juga untuk beri makanan yang sihat jugak untuk badan. Tambah lagi, amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu orang kata travel payah nak jaga makan. SETUJU. 

Tapi depend masing-masing. Ada yang bebetul istiqomah, tahniah. Ada yang tak. Yang tak tu pepandailah cover balik kalau dah makan banyak hari tu. Petang or esok paginya jogging la. Jangan buat-buat lupa pulak.

Roti jala

Nasi minyok

Nasi lemak

Dodol

Warung kak Nor, Seberang Takir. Nasi lemak nasi dagang sedap!
Terengganu ni, benci taw. Makanan semua sedap-sedap. Macammana badan tak gemuk. Alhamdulillah abang dan satu famili kami maintain. Sebab breakfast shake herbalife je. Lain kali jelah kita buat pos makanan sedap di Terengganu. Hahah nak gak tu.

6. Ambik gambar keluarga dan sedara mara

Part paling suka di hati ku.

Bonding time.

Capturing moment.

Alhamdulillah, aku punya famili ini. Biarpun beratus kali hidup, aku tetap mahu famili ini.

Semua memang kepala lain-lain.

Masing-masing unik dengan beda karenah.

Ada yang garang, lembut, cengir, kuat merajuk.

Tapi hati semua sama. SAYANG.

Terima kasih mama abah.  Sepenuh hati kakak.



7. Pasar payang

Macam biasa dah femes. So taknak cakap pasal Pasar Payang. Nak cakap pasal cendol depan Pasar Payang. Sedap bak aku! Hahahha Ingat na, lalu depan Pasar Payang beli cendol. Kalau takde tu tunggu lah beberapa ketika. Kena halau mungkin dengan Majlis Perbandaran. Eh ada eh Majlis perbandaran kat KT. Huhuhuhu 


-------------------


Minum air banyak2!

Dengan 2 hero pun boleh

Jangan bagi alasan nak terkencing-kencing dengan aku. Nak kurus nak sihat minumlah air secukupnya.  Minum air je pun. Bukan suruh berkebun. Dah kenapa aku emo. Bukan emo tapi kekonon garang. Coach garang ni. Jaga korang!

On d way ke Kuantan sempena kenduri Anis, sempat lagi singgah rumah kawan Dirah timbang-timbang famili depa. Alhamdulillah seronok sembang-sembang dengan diorang siap dapat makan sedap lagi. Nasi Ayam. Terharu atas layanan istimewa ni. Rasa nak tidor je situ, eh dah kenapa muka tak malu ni. Pantang betul orang bagi makan terus jadi muka tak malu. Terima kasih tuan rumah.


Misi nutrisi


Entri ini berakhir dengan gambar nasi ayam. 

MOTIP??



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013