Archive for February 2014

Kisah toilet train Aliff

Bismillah.

Have you had your shake today?

Kekonon dah nak masuk mulut lah tu

Sarapan pagi sihat kami yang cepat, sedap dan berkhasiat. This is no 1 meal replacement in the world! 55 nutrition in a meal. WoooWW.

Bukannya tak mahu makan nasi lemak. Bukannya tak terhingin makan roti canai. Bukannya tak sempat nak sediakan makanan normal di pagi hari. Tapi inilah sebaik-baik pilihan yang kami boleh sediakan untuk seisi keluarga.

Kadang-kadang masih telan nasi lemak jugak untuk sarapan, tekak orang Malaysia kan?

-------

Sekarang ni, lepas minum shake terus pergi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi untuk Fit Camp!

Apa tu Fit Camp?

Fit Camp ni adalah satu aktiviti riadah yang dilakukan bersama secara berkumpulan sebagai sebuah senaman yang menggembirakan. Tidak terlalu heavy tapi anggaran 200-300 kalori juga boleh terbakar untuk satu-satu sessi.

Healthy lifestyle sangat~


Having fun n fit are the key!

Berbalik kepada topik entri hari ni.

Alhamdulillah, berjaya jugak toilet train Aliff ni. Bermula awal Januari tempoh hari.

Hampir 2 bulan jugak off diaper dia. Namun yang demikian, setiap malam masih kencing atas tilam dan kadang-kadang di siang hari jugak.

Masih memikirkan apa cara untuk mengurangkan aktiviti kencing beliau di malam hari. Setakat ni apa yang termampu, kami alas tilam beliau dengan plastik tikar getah (yang biasa orang buat alas meja) dan kain batik. Ok tradisional sangat taw.

Mungkin mak-mak gojes ada tips ke?


Jadi, jom kits share sikit pengalaman bagaimana bermula.

Bila?

1. Umur 3 tahun. Yes umur 2 tahun pun dah boleh. Mak dengan ayah sendiri yang faham dan yakin dengan  kemampuan anak-anak.

2. Dah faham konsep sebelum dan selepas dan squences. Ceritanya kat sini 

3. Dah faham konsep kencing dan berak.

4. Dah boleh sebut berak dan kencing.

Macammana?

1. Keep on talking about toilet training.

"Aliff, tengok ni ayah nak kencing, ayah masuk toilet, kencing dalam tolet."

"Aliff dah besar sekarang tak pakai diaper dah. Adik kecik lagi, adik je pakai diaper."

"Aliff nanti kencing kat sini (dalam toilet), ok?"

2. Belikan training potty dia.

3. Mak ayah kena ready dari segi emosi, ilmu dan semualah!

Percaya tak kalau aku cakap sebenarnya, apa-apa training untuk anak adalah training untuk mak bapak sebenarnya. 

Nak uji kesabaran dan kesediaan mak bapak dalam semua situasi baru, macam yang ni-fasa anak nak kencing berak dalam toilet. Konon-konon kita cakap anak tak ready, walhal mak ayah yang tak ready nak terima situasi anak kencing merata-rata. Siap gulung karpet segala, mop letak kat tingkat atas bawah.

Konon!

Pengalaman

Lepas tu bila Aliff berjaya kencing kat toilet, kami belikan hadiah ultraman besar badan dia.

Bila Aliff tereksiden kencing awal-awal tu, kami selalu cakap it's ok abang. It's ok buat mistake kadang-kadang supaya nak encourage dia kencing kat toilet. Kencing di toilet adalah sesuatu yang menggembirakan!

Tapi bila dah masuk bulan kedua, kalau tereksiden kat tilam, kat atas lantai, atas kapet, terkeluar jugak ke-singa-an kami tu. Roooaaaaar! Apa pun, kami mintak maaf balik. "Abang, ibu sori ok?" 

Ada sekali tu, amboi tengah tengok tv, ralit punya pasal sanggup tahan, walhal nampak je ayah lalu depan dia tapi akibat tak tahan sangat dan nak tengok jugak TV, beliau kencing jugaaaak sambil berdiri. Uhuk-uhuk. Cuba korang imagine keadaan apa lagi yang kiteorang boleh bereaksi masa tu?

Grrrrr.


Apa pun. Alhamdulillah. It's a process.

Kami akan laluinya dengan 'tenang' dan sabar. Membesarkan anak tu bukan tanggungjawab yang mudah. Tapi hasilnya masya Allah lumayan. 

Pahala.

Insya Allah.

Untuk anakanda ibu, Muhammad Aliff. Semoga sentiasa membesar dengan bahagia dan kasih sayang ibu pada Aliff dan Fateh tiada yang boleh pertikaikan. Ibu akan berusaha yang terbaik setiap hari.

Posted in , , | Leave a comment

Sekarang

Bismillah.

Susah betul nak tulis dengan penuh perasaan.

Dengan emosi.

Kenapa eh?

Leave a comment

Progress Muhammad Fateh 6 bulan

Bismillah.

Selepas bersalinkan Muhammad Fateh, ibu tak pernah ada satu entri khas untukmu sayang. Aduh, maafkan ibu ye nak. Takde niat secalit pun nak lupakan anak ibu sorang ni, tapi lately ibu dah bertambah busy berbanding dulu sebab abangmu Aliff memang sepanjang masa tak kasi can ibu rileks sikit, mesti ad amasa untuk buli awak sayang. Buli manja!

Alhamdulillah inilah dia putera kedua hadiah Allah pada ibu, anakanda Muhammad Fateh Bin Khairil Syazwan. Ada kisah di sebalik nama ini. Asalnya ayah syka betul dengan nama Fateh Ulwan, tapi apakan daya, kerana tak mahu panjang sangat, ayah terpaksa tinggalkan nama ulwan tu, sayang.

Fikir balik, macam sedapkan nama Ulwan tu. Eh.

Alhamdulillah, sepanjang ibu dalam pantang, anakanda tak banyak ragam. Siang hari tidur banyak (balancelah, taklah banyak sangat) dan malamnya tiada pula meragam. Hok comey belako lah tu.

Pada saat ibu menulis entri ini, anakanda Fateh sudah pun berumur 7 bulan.

7 bulan.

(senyap)

Lebih setengah tahun.

Ibu pun tak boleh nak ingat sayang, apa yang ibu buat dalam tempoh 7 bulan tu sepanjang anakanda Fateh dalam jagaan ibu. Sejujurnya melihat anakanda membesar depan mata ibu adalah suatu rahmat Allah yang tak dapat ibu laksanakan pada saat abangmu, sayang.

Daripada muka kerek, tak ada perasaan kepada senyum meleret.

Daripada senyum meleret kepada gelak tawa yang menceriakan.

Daripada terbaring diam elok kepada tergolek meniarap.

Daripada meniarap perlahan kepada mengesot laju.

Daripada tiada minat kepada apapun kepada tertarik paling suka kepada botol susu abang.

Daripada minum susu ibu penuh sopan kepada rentap dengan 2 batang gigi yang baru tumbuh.

Daripada tiada emosi kepada mengamuk bila tidak nampak bayang ibu.

Alah, manjek sangat!


Anakanda ibu tak banyak ragam.

Semua puji sebab selalu diam dan tak banyak rengeknya.

Susah nak dengar tangisan anakanda sorang ni. Masya Allah, Allahu akbar.

7 bulan yang bahagia.


Sekarang masa-masa abang suka buli adik. Hoho

Abang kadang baik melayan adik. Kadang emo menunjal kepala adik. Sabar sayang ye, semoga korang berdua ni kamceng habis la, jangan pula nanti bekerjasama menentang ibu pulok. Tak mau, tak mau.

Sekarang adik bukan main lajunya meniarap ke seluruh pelusuk tempat selagi boleh. Semalam kat kelas 500, ibu tengah khusyuk fokus di depan, tanpa sedar beliau dah di depan muka pintu toilet. Hadoi, cek Awang eh!

Jatuh katil sahaja dah 3 kali. Sampai biru dahi.

Alhamdulillah adik suka makan. Syukur, seronok ibu tengok daripada jauh dah nganga mulut untuk disuapkan. Kemahen ko anak! Hahahahah.


Masya Allah. Ibu dalam proses nak pisah katil. Cari katil dia pulak tak jumpa. (benonya belum cari, dasar ko Nadiah)

7 bulan dah kan?

Cepat sangat ke masa berlalu?


Anakanda Muhammad Fateh.

Ada kisah beliau yang ibu tak boleh nak ceritakan kat sini lagi. Tunggu satu masa yang sesuai ibu akan ceritakannya ya sayang.

Apapun, anakanda ibu memang seorang baby yang kuat. Bertahan. Menitik air mata setiap kali memikirkan kekuatan yang dimiliki anak ibu walaupun masih baby. Sentiasa menunjukkan diri beliau tu seorang yang kuat. Umurnya 3 bulan sahaja dah ke Bangkok, teman ibu ayah masuk training. Balik Malaysia dah mula ikut ibu ke appointment dan follow up. Masya Allah, khalifah Allah yang ini. T__T Ibu doakan sentiasa anak-anak ibu seorang pejuang, seorang pahlawan. Akan berjuang habis-habisan demi Agama, demi kejayaan masa depan. 

Senyuman itu, penawar segala duka pengubat segala sakit

Kaki. Motip? Comeeeellll sangat.

Renungan yang buat ibu cair dan penyejuk hati sangat
Setiap kali menatap foto-fotomu buat hati ibu bergetar. Ntah kenapa ye? Kadang susah nak ungkap nak susun untuk dijadikan tulisan tentangmu. Istimewa sekali. Semua perasaan itu bercampur-campur, macam bila-bila masa je boleh meletup. Hahahah. Dah macam dilamun cinta pulak ye. 

7 bulan sayang.

Belum cukup belum puas ibu berkasih sayang dengan anakanda.

Izinkan ibu menjadi lebih baik ye sayang? Izinkan ibu ye.

Posted in | Leave a comment

Dah 2 minggu

Anak bujangku yang no 2 tumbuh gigi.


dan selalu kena buli dengan abang.


Sabar ye adik. 

Sabar untuk ibu jugak.

Jangan nak menyinga je.

Parenting is about educate parents not children.

Sayang abang. Sayang adik :)


Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013