Bismillah
Minggu lepas ramai sangat update pasal kemasukan anak anak ke sekolah.
Aku pulak sebolehnya tak nak imagine dulu masukkan anak ke sekolah. Bagilah puas-puas aku nak berbahagia bermain dan beraktiviti dengan anak-anak sepuasnya.
Yelah, sekarangkan masa berlalu dengan pantes dong!
Sikit hari lagi tak perasan kepala dah penuh uban. Ha tu acano? Minum shake lebih sikit. Eh dah kata Herbalife anti aging kan? Ok stop merapu. Ok sebenarnya stres EOM kekdahnya. Eh dah habis. Stres apa eh? Ke sebenarnya dah mengantuk.
Tetiba aku jadi kepoci sikit nak ikut beliau ke sana. Tak tau lah angin kus kus datang dari arah mana, aku jadi teringin naik tren. Lepas tu aku pun bagi alasan kat abang, nak ajak Aliff naik tren. Wakakaka.
Ada bagusnya jugak. Boleh aku expose Aliff dengan benda baru yang memang tengah aku apply pada dia-sequences.
Almaklumlah, kiteorang sekarang duduk dekat area komuter UKM tu. Hari-hari Aliff nampak tren lalu. Terjerit-jerit sokmo, "luk, ayah. T-en"! Dia memang tak pernah request naik tren. Tapi sebagai ibu kita kasik lah exposure skek kan kat anak tu.
Fateh? Dia ikut sajok. Taat kepada kedua ibubapak. Okey sepanjang perjalanan kami ke KL sentral bukan main seronok sangat. Nak naik t-en katanya. Pelat-pelat ubi sikit. Kejap-kejap menyanyi, kejap-kejap agah adik. Memang tak reti dok diam. Amboi excited thangat~
Sampai KL sentral abang pun pergi kat booth. Kejap je.
Lepas tu kiteorang terus pergi LRT.
Bagitahu Aliff (tell show try do)
1. Kena beli coin untuk naik train. Masukkan duit kat mesin nanti dapat coin.
2. Masukkan coin, baru pagar bukak.
3. Naik lif nak pergi tunggu train.
4. Kena tunggu dan SABAR. Hati-hati tak boleh lebih garisan kuning, bahaya nanti kalau terjatuh sana. Nanti train nak lalu, abang nak lari ke mana?
5. Train sampai, tunggu orang keluar dulu baru masuk.
6. Dalam train, baca doa naik kenderaan dan tengok alam semulajadi kat luar (padahal?)
7. Kalau ada atuk ke nenek ke bagi diorang duduk.
8. Keluar train dan masukkan coin untuk keluar dan tunggu pagar terbukak. (bermula dari sini, dah boleh tanya apa nak buat macam sebelum naik tadi)
9. Sampai KLCC. Bagitahu inilah destinasi kita. Ibu nak shopping! Wahahahah.
---------------
Untuk TOILET TRAIN dia! Woot woot!
Doakan semoga semuanya dipermudahkan okeh. Alhamdulillah, aktiviti ni minggu lepas before EOM. Hari ni dah 5 hari selepas bawak jalan-jalan, dari pukul 3pm-10pm berjaya off diaper dia. Pandai dah kencing sendiri. Tapi nak kena sokmo tanya, kalau tak dia nak tahan aja. Haih~
Anakanda Aliff, banyaknya dalam kepala ibu ni nak buat projek dengan awak dan adik.
Puas-puas kena main dengan anak bujang mak sebelum membesar dengan lajunya tau-tau dah malu nak ibu kiss pipi segala. Hum hum. Anak kenapa cepat sangat besau?
Post a Comment