Bismillah
Sekarang jam 145am 1 Januari 2014.
Memang sengaja aku tidurkan anak-anak dulu sebelum aku mula menulis.
Pagi buta ni memang sebak sangat. Sebab utama adalah berpisah dengan 2013. Aku pun tak pasti kenapa aku susah terima perpisahan. Kenapa hah? Emosi. Ye emosi terlebih rupanya. Kui kui
*Sebak lagi.
2013 bagi aku ada 2 perkataan yang boleh aku pendekkan cerita.
Mencabar dan menyeronokkan.
1. Mengandung dengan anak no 1 bukan main genius dan meligat
2. Bisnes sendiri
3. BERSALIN anak no 2. Yey!
4. Dah ada 2 orang anak lelaki yang baik, beriman dan soleh. AMIN!
5. Pindah rumah
6. Dapat adik ipar!
7. Suka duka dalam kehidupan baru kami sebagai ibubapa dan sebagai usahawan
Alhamdulillah Allah bagi aku reflect balik malam ni. Semuanya. Macam rewind video gitu.
Besarnya tanggungjawab. Masya Allah.
Cadang tadi nak fefeeling kat blog. Ala-ala diari, cerita payah jerih dalam 2013 ni. Tetiba semangat sangat nak meneruskan perjalanan 2014, terus rasa hilang sebak. Terus semangat macam naik sheikh nak maju dan maju melangkah ke depan dan rasa nak berlari terus.
Tapi, apa kata kita muhasabah jap. Reflect balik mana kelemahan yang boleh improve.
Blog ni bukan mimpi indah. Ia adalah tentang realiti kehidupan kadang kita di bawah kadang kita di atas. Buat saling mengingati untuk kita semua. Aku taknak jadi mat jenin. Supaya jadi penguat untuk aku terus berimpian dan capai semua impian tu. Supaya dunia tahu semua kejayaan itu tak lalu jalan yang mudah lenggang kangkung, tapi jalan penuh duri. Yang bestnya, jangan pernah berhenti bermimpi. Kerana mimpi tak perlu dibeli, ianya percuma.
Jujur aku cakap. 2013 adalah tahun di mana aku mulakan segala urusan kehidupan aku dengan lebih serius.
As a slave of Allah.
As a parent.
As a wifey.
Sebelum ni, cukup teori di dada.
Sekarang hamek kau. Praktikal cukup-cukup.
Bermula dengan awal tahun aku cukup yakin dengan impian sendiri untuk aku capai. Perancangan tersusun rapi dan terus buat action. Namun kadang rentak kehidupan lari sikit, fokus pun kabur tak kabur, datang distraction kadang mula momentum merudum.
Lari trek.
Masa tu mulalah bercelaru sekejap.
---
Aku pulak memang personaliti yang cepat semangat cepat down. Alhamdulillah aku dikelilingi famili dan kawan-kawan yang positif belaka buat aku cepat naik semangat balik.
Sejak aku buat meniaga aku banyak muhasabah diri. Jujur aku cakap, banyak kali aku hampir putus asa dengan kehidupan. Astaghfirullah
Mujur Allah bagi aku pinjam kekuatan dan bagi aku Iman (bukan anak Rudi).
Aku terus melangkah uyeh, uyeh.
Berbisnes sambil jadi ibu ayah yang membesar dan mendisplinkan anak-anak serius tough. Tough yang best!
Maksud dia cam ni.
Kadang-kadang,
Gaduh laki bini.
Penat.
Tak sempat pun nak sembang.
Main dengan anak ala kadar.
Banyak lagilah.
Antara cabaran 2013 yang takkan aku lupa sampai mati Foto atas Jun 2013, 38 minggu Fateh dalam perut Foto bawah Oktober 2013, Fateh 3 bulan luar perut |
TAPI.
Bahagia gila. Dapat selalu bersama-sama dengan anak-anak dan suami. Bahagia dan manisnya!
Bila masa yang tak banyak tu kite jadi manfaat gila masa yang ada.
Tapi best,
Bersama famili anytime anyplace kita nak.
Nak tidur rumah mama, jom.
Nak balik Muar, balik.
Nak jalan-jalan cari makan Ipoh, pergi.
Nak singgah morib main pasir, bawak.
Seminggu tak keluar rumah main dengan anak-anak, ok.
Pelikkan orang meniaga ni kan?
Alhamdulillah,
Pencapaian
Berkat sabar dan muhasabah,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak sangat kami suami isteri, improve day by day. Improve lagi jom! GANBATTE Nadiah-chan!
Terima kasih 2013 untuk semua di atas.
So apa resolusi kita seterusnya ye Nadiah untuk 20 hari pertama 2014. Start small, breakdown sikit.
2. Perah susu buat stok untuk adik Fateh
3. LOSE FAT. Sambungan Projek Diet Juanadiah.
4. Simpanan dan pembayaran hutang
Ahaks.
Salam tahun baru daripada kami bertiga. Semoga 365 hari ini lebih bermakna dan bermanfaat demi mencari redha Allah dan manfaat orang lain. Amin ya Rabb.
Dare to dream BIG!
Post a Comment