6 tip menjadi ibuayah yang lebih sabar bila anak buat perangai

Bismillah

Ha ada tak? ada tak? ada tak?

Ada apa?

Ada tak kat sini ibu-ibu yang dah jadi singa? Kof kof kof. (Ini batuk untuk sesapa yang blur)

Kenapa ibu selalu jadi SINGA?

Stres adalah lumrah biasa untuk sang ibu surirumah mahupun bekerjaya. Kerja rumah, kerja ofis yang tak pernah habis memang mengundang keletihan dan keserabutan. Tapi tetap kena buat. Tak akan pernah ada cuti. Tapi wajib cari masa untuk break sebentar bersama Herbalife shake. Eh?


Ok ini serius.

Sejak dah anak 2 ni, mudah sangat blood go upstairs. Darah naik ke atas. Naik darah lah gitu. Bila Aliff semakin membesar dan bijak ni, banyak benda nak explore dengan adjustment time aku dengan adik yang semakin nak perhatian jugak memang kadang-kadang pitching lari sikitlah kan. 

Itu ok lagi. Ada masa hilang kewarasan jap. Pitching boleh pecah kaca gelas kat dapur tuh.

Itu maksudnya MENJERIT.

Ish ish ish tak patut, tak patut-kata Aliff meniru dialog Boboi Boy. -_____-

Bukan apa. bila dah penat, anak pulak refuse apa yang kita cakap, kita jugak sebagai ibu akan upset dan hampir berputus asa untuk bertahan jadi yang terbaik lalu termeletop jugaklah kan akhirnya.

Anak pula baru nak membesar, belum faham serba serbi kenapa tu tak boleh ni tak boleh. Belum faham logik akal macam orang besar. Penuh emosi, YES!

Zaman sekarang ni kan, tak boleh nak samakan dengan zaman tok nenek kita yang pakai kaedah rotan, tinggi suara segala untuk mendisplinkan anak-anak. Kaedah nak displin mereka sangat berbeza dengan anak-anak moden sekarang. Mana taknya teknologi makin lama makin hebat, sensitivity anak-anak semakin tinggi. Semua dah bijak-bijak belaka. Jadi ibu ayah moden pun kena mendidik anak-anak banyak guna psikologi dan emosi berbanding fizikal dan arahan semata-mata.

Setiap tindakan yang kita nak educate kena bagi reason di sebalik pengajaran yang kita nak bagi.

Aku pernah terbaca satu ayat, YELLING IS THE NEW SPANKING. Terus insaf.

Mengikut sebuah study terbaru dalam journal of Child Development, yelling — defined as shouting, cursing, or insult-hurling — may be “just as detrimental” as physical punishment to the long-term well-being of adolescents. Even in otherwise loving homes, yelling, cursing or insults can have many of the same effects as hitting and can lead to depression, anxiety, and low self-esteem in kids.









Kali ni ibu nak share sikit apa ibu dapat daripada sharing kat internet tentang macammana kita sebagai ibu jadi lebih bersabar dan tenang dalam menangani anak-anak. Tip kat bawah ni tak semestinya CONFIRM berjaya untuk semua ibu ayah. Namun yang kita boleh buat adalah usaha dan usaha yang konsisten. Insya Allah hasilnya luar biasa!

Aku share pun bukannya nak bajet bagus kan. Dah namapun diari kehidupan aku, kenalah jot down perkara penting bila dapat input best. Dah jom cekidaut.

6 tip menjadi ibuayah yang lebih sabar bila anak buat perangai

Tip #1 Anggap macam ada orang tengah memerhati kita sebagai mak ayah

Imagine jelah kalau orang ramai tengok kita setiap kali kita mengamok. Malu tak malu? Tak cunlahkan. Kita sendiri pun kalau mengamok, cuba tengok diri sendiri kat cermin. Huduh beb. Sebab tu orang yang kerja customer servis memang cermin disediakan untuk mereka. Baru nak hangin, nampak muka buruk terus tak jadi. Ahaks.

Tip #2 Bantu anak untuk share diorang punya perasaan

Aku pernah try ni. Lepas TERmarah Alif, aku duduk sama level dengan mata dia dan aku tanya, "Abang, marah ibu ke?" Terus dia buat muka bengis, ketap gigi sambil kecik kan mata dia." Amboi bukan main marahnya yeh. Selalunya Aliff takkan jawab. So aku bagi contoh-contoh jawapan supaya dia boleh ekspres lagi kegeraman dia tu. Sambil pujuk dan bagitahu apa yang dia tak patut dan patut buat.

Tip #3 Try a BIG squeeze

Cuba try squeeze barang mainan yang boleh kita squeeze bila nak lepas geram contoh macam bola ke. At least ada saluran ke mana stress kita bole pergi. Taklah terpendam duk dalam jiwa je kan? Boleh gilak ko!

Cuma sebagai membantu kita lebih bertenang dan fokus balik apa yang sebenarnya kita boleh buat supaya anak kita paham apa yang kita nak sampaikan. Selain daripada kekdah tarik nafas, hembuuuuipada kekdah 

Tip #4 Berfikir macam seorang cikgu

Ha cekgu kau. Cemana? Nak kena bukak buku lah balik eh? 

Tak payah.

Kat sini maksudnya jadi macam cikgu, maksudnya kalau anak buat salah atau buat sesuatu yang kita tak suka yang dia sendiri tak tahu betul ke tidak. So kita kena jadi cekgu, kena berfikir untuk jadi lebih kreatif ajar pasal sesuatu perkara instead of cakap direct dengan nada yang tinggi.

Contoh, Aliff suka sangat pegang muka adik dia, Fateh. Walhal muka adik dia tu ezcema gatal-gatal dan sensitif. Apa ibu selalu pesan pada Aliff sambil pegang muka dia, " Abang tak suka kan kalau ibu pegang muka abang macam ni, rimas kan? Macam tu jugak adik. Kalau abang nak pegang, meh pegang muka ibu. Muka ibu cantik. Eh?" 

Ha lebih kurang macam tu. Pujukan itu belum berjaya lagi sampai sekarang. Tapi konsisten je pesan.  Budak 3 tahun ni lagi suka imitate, copy so boleh try bahasa badan sekali. Praktikal. Banyakkan action dan percakapan.

Tip #5 Tukar suara yang nyaring kepada bisikan

Perasan tak, kadang-kadang kita tak marah pun, masa-masa biasa pun, kita akan cakap dengan anak-anak dengan intonasi tinggi. "Aliff cepat masuk dalam kereta, kita dah lambat ni. CEPAT!CEPAT!"

Ha gitu.

Instead of intonasi tinggi, kits guna kaedah bisik lak. Sebab bisik ni lebih menarik perhatian anak-anak. Macam suspicious, misteri gitu.

Contoh, "pst, pst. Aliff sini. Sini. Masuk kereta. Kita nak ikut ayah work, jangan bagitahu ayah. Kih kih kih." Tulisan kecik bermaksud berbisik.

Tip #6 Jadi contoh pada anak-anak

PARENTS is the best role model for children.

Monkey see monkey do.

Kadang-kadang kalau terdengar masa-masa anak kita jerit-jerit marah kat orang, cuba dengar pasang telinga apa perkataan yang dia sebut. Audit balik bahasa dan word seharian yang kita guna dengan suami dan kawan-kawan.

Tak ada cekgu dan pembelajaran yang lebih baik selain ibu ayah dan dari rumah :)

------------------

Atas ni semua just idea je.

Kadang kalau jerit, kemudian nyesal tu biasa.

Cuma apa tindakan yang kita boleh buat adalah, IMPROVE PADA LEBIH BAIK. Insya Allah we can do it as a good parents.

Parenting tu luaaas sangat bidangnya, tak tertumpu kepada sesuatu tip atau kaedah. Lain orang lain caranya. Jadi, kalau kita ada cara kita sendiri yang dapat bantu kita lebih bertenang daripada asyik nak marah je, amiklah masa tu. Contoh macam pergi bercuti ke spend 30 minit untuk minum kopi ke.

Yang penting kita USAHA cari jalan daripada asyik marah-marah, terjerit-jerit bila anak kita dah tertekan butang kemarahan kita tu supaya kita sentiasa dalam mood yang baik dan bahagia untuk terus berkhidmat sebagai ibu dan isteri mithali. WAH HEBAK NADIAH CAKAK. Huhuhu. 

Happy parenting uolss~


Work from home, 
Herbalife lifestyle parents
+60122551037 

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013