Bismillah.
Sejak 2 menjak ni, memang ibu dah tak menang tangan. Betul-betul housewife ni. Ewah.
Ada masa memang hampir give up. Rasa nak amok bibik je tolong mana-mana yang boleh. Tapi belum cukup bajet lagi. Banyak duit nak pakai dan yang paling penting nak simpan. Hohoho future planning gitu.
Kadang-kadang, kalau ibu rasa ibu nak fokus kerja Herbalife dan ada banyak kerja rumah nak urus, ibu cuba adjust dengan hantar Alif ke rumah atuknya. Ada pakcik dia jugak yang rajin melayan beliau. Hohoho. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan :)
Aliff suka thangatla pakcik dia bawak naik otto |
Now is perintah berkurung sejak dah pandai niarap ni kan? |
Masa-masa senggang, masa untuk gomol mereka! |
Jadi kali ni, ibu nak share sikit kadang-kadang ibu ada sibukkan diri Aliff dengan kerja rumah supaya tak lah terlalu asyik tengok TV. My bad, Aliff still ralit tengok TV. Insya Allah ibu usaha lagi part TV tu. Dah banyak kali discuss dengan abang tentang ASTRO. Better pakai CD je, tapi kadang-kadang bila tangguh tu ada je cabarannya.
Kenapa nak kena joinkan anak-anak dalam kerja rumah atau masak-masak di awal umur kanak-kanak ni?
Insya Allah anak-anak lebih memahami ibu dan terbiasa dengan kerja ibu dan kasih sayang dapat dipupuk dengan masa bersama di dapur dan menghasilkan masakan penuh kasih sayang. Dah besar nanti, anak-anak tetap cari masakan ibu jugak, walaupun taklah sedap mana punkan.
6 idea yang boleh kita ajak untuk masak bersama anak-anak
Tip #1 Sentiasa pastikan dapur adalah selamat untuk anak-anak
Guna simple arahan untuk menunjukkan macammana nak handle benda tajam seperti garfu, pisau, macammana nak guna dapur dengan cara yang selamat. Tekankan tentang kepentingan kebersihan seperti basuh telur sebelum memasak, basuh tangan, cuci alat-alat memasak sebelum dans elepas penggunaan supaya bakteria tak merebak semasa memasak.
Tip #2 Masak bersama anak ketika ibu-ibu semua dalam keadaan bersabar
Ajak mereka masak betul-betul masa ibu ibu dalam keadaan bertenang dan chill. Elak sama sekali masak bersama masa kita nak cepat. Kita nak anak kita masak bersama dengan perasaan positif dan bukannya kelam kelibut nanti apa pun tak jadi. Frust je :|
Tip #3 Jadikan dapur sebagai kelas
Nak kena rajin bercerita macammana itu, ini apa. Apa yang membuatkan kek boleh mengembang? Berapa banyak sukatan tepung nak masuk dalam kek coklat? Math, sains semua boleh start dari dapur. Paling penting sekali jadikan persediaan memasak tu sebagai daily routine dengan menyelitkan pembelajaran-part of learning process. Tak semestinya ikut buku semata.
Tip #4 Masa memasak bersama anak-anak boleh bagi arahan yang mudah
- Potong butter guna pisau tumpul (pisau depalah)
- Letak tepung ke dalam sukatan
- Prepare meja makan, pinggan mangkuk
- Rasa masakan yang di masak bersama
- Basuh sayur
- Kocak telur
- Kopek kulit telur rebus
- Bancuh shake, masukkan scoop by scoop of F1, suss dan ais dalam blender (Aliff paling suka buat ni!)
Tip #5 Biar anak-anak pilih menu
Yang ni kalau besar Aliff tak boleh lagi sebab dalam kepala dia asyik fikir nasi, kicap dan telur je. Hok hok. So maybe 5 tahun ke atas should be ok :) Tapi kalau ajak shopping barang dapur boleh consider. Mintak tolong dia carikan kicap ke spageti ke susu ke ha yang tu dia suka. Walaupun kebanyakan masa sebenarnya dia lagi suka berlari-lari sambil jerit-jerit kat shopping complex tu kan -____-
Resepi roti telur hot dog |
By chef Aliff, SELAMAT MENCUBA!
|
Sikit sharing sikit yang boleh dikongsi bersama. Ibu-ibu sibuk camane pun selitkan jugak aktiviti ni! Penting! Jangan menyesal kemudian hari, nanti anak malas masak macam aku ._______.
*Krik krok krik krok (bunyi cengkerik tahan gelak)
Post a Comment