Ketahui tanda-tanda bersalin?

Bismillah.

Takde kerja kan, dah 6 bulan selepas beranak tetiba nak keluarkan entri ni? Sangat outdated.

Tapi tengah malam yang damai ni memang aku feeling habis, saat merenung wajah Fateh, betapa takkan aku lupa saat-saat aku menahan kesakitan nak beranak kat dia. Walaupun dah 6 bulan berlalu, aku memang takkan lupa sikit pun detik-detik tu macam baru berlaku semuanya semalam. Fuh. Dasat memori gua. -_______-


Lepas dapat tahu aku mengandung lagi, terdapat perbezaan perkiraan dari last period dengan umur dan saiz kandungan waktu awal pregnancy dulu. Maksudnya kalau ikut perkiraan dari awal period 11 minggu tapi saiz macam 7 minggu. So macam kecik lah kan. Dah saspen dah kat situ.

2hari sebelum EDD. Makan puas-puas sebelum berpantangan`

Tapi aci tak kita malas nak cerita yang tu. Nak cerita pasal topik sebenar.

Kalau ikutkan EDD adik Fateh adalah 4 Julai 2013. Motip cakap pasal kat atas tadi sebab ada due date. Satu lagi 29 Jun 2013. Memang lah kan. Dah lah aku dengan berani gila pergi Bangkok Extravaganza hari tu, 12-17 Jun 2013. Memang carik nahas. So aku yakin sangat EDD aku 4 Julai 2013.

Alasan nak go extravaganza.

Hahahah takdelah. Aku tengok saiz baby dalam perutlah.

Okey, so kali ni nak share pengalaman tanda-tanda bersalin beranak nombor dua kali ni. Ijinkan aku ok? Sebenar nak catat kenangan terindah di belog tak berapa indah ni.

---------

So bila kandungan dah sampai umur 28 minggu, ibu diminta lebih peka dan berjaga-jaga dengan sebarang perubahan badan. Check up dengan doktor pun dah kerap, 2 minggu sekali kan? Barang baby pun semua dah kena ada lengkap dah beli, baju baby semua dah kena basuh, in fact beg hospital dan beg baby pun nak kena letak dalam kereta dah waktu ni.

Sebenarnya nak suruh bersedia dan ambik feel yang baby is coming! Excited kan?

Ko jangan mengada-ngada bagi alasan busy, takde masa, tak sempat. Baby ok baby! New family, new environment, rezeki nak hadir dalam hid up ni bend bear hokey. Tak boles bikini main-main puny.

Tanda-tanda awal bersalin

1) Perut dah jatuh ke bawah. Boleh imagine tak dulu perut sedang elok bulat, kadang kadang sampai rasa sengkak kat bawah tetek tetiba jadi kosong bahagian tu. Itu menandakan kepala baby dah semakin menurun ke bawah. Perut pun rasa ringan sikit tapi bahagian pet pet tu rasa berat.

2) Muka sembap, hidung kembang, dan kaki kerjanya asyik nak bengkak.

3) Kontraksi braxton hicks. Perasaannya macam, eh baby sekarang ke tak sebenarnya?

+ biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari

+ lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya 

+ tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja

+ tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit

+ terus tidak boleh diduga dan tidak konsisten 

Kisah kontraksi braxton hicks daku

Sempat lagi closing, ngko! Ko nak bajet power keeeh?

4) Kerap buang air besar atau kecik, kerap terkentut ke.

5) Keluar darah atau air, tak banyak. Darah tu macam lendir yang pekat. Mukus.

Bila nak pergi hospital?

So kalau dah ada tanda bersalin ni, ada 2 pilihan nak kena buat.

#Kalau korang first timer atau dah agak-agak hampir due date tu, pergi jelah hospital jumpa doktor korang, kalau hospital kerajaan boleh pergi PAC sebelah bahagian kecemasan. Mintak doktor check. Kalau tak ada apa boleh balik dan tunggu apa advice dia.

#Kalau korang pernah bersalin dan sakit pun belum kerap, bolehlah rilek kat rumah dulu tunggu kontraksi setiap 5 minit baru pergi hospital. Atau tanda-tanda hampir bersalin ni muncul.

Tanda-tanda hampir bersalin

1) Keluar darah atau air yang macam tak logik banyak dia. Maksudnya banyaklah. Macam kena tukar pad. Maksudnya air ketuban dan pecah.

2) Sakit kontraksi dah mula datang sekali sekala. Kerap.

Macammana rasa sakit kontraksi? Apa rasa contraction?

Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.

Sakit gila, bila bukaan serviks makin dekat. Kiraan 1-10cm.

Tapi bak kata coachee aku, kak Zarina, benda yang baik tapi susah, Allah bagi kebahagiaan di sebaliknya. Aku sumpah dah lupa rasa sakit kontraksi elok je lepas bersalin. Felik tau felik!

Pengalaman kronologi sakit bersalin

Korang kalau nak tau macammana sakitnya aku masa tu, meh aku long story short.

1. 5 hari dah sakit kejap ada kejap tak ada ala ala biskut pemes tu kan.

2. Akhirnya, pukul 12am Ahad aku pergi hospital, aku asyik nak terkencing dan dah bocor pun kat seluar tak sempat gi toilet. Aku masa tu macam, apakah? EDD lewat 3 hari.

3. Baru teringat, mungkin air ketuban dah pecah.

4. Sampai hospital, rupanya bukaan baru 2cm. Sigh~

5. Dari pukul 12-6am, bukaan baru 3 cm. Sigh lagi.

6. Dari 6am-10cm, bukaan dah 5 cm. Sakitnya ya Allah. Sampai aku rasa kat situ aku je paling sakit. Yes, aku je. KENAPA ORANG LAIN SAKIT MASIH BOLEH COOL? Wargh stres mak. Masa ni kerja aku tukar pad jelah.

Pukul 1030 my baby bear dating kasi ibu semangat. Dia polok-polok ibu dia, "abam da ni, abam de ni." Omey angak iye.

Kenangan lepas bersalin no 2. Merindui anak teruna berdua

Saat disatukan mereka



Si abang sabar menanti kepulangan adik dan ibu. Ikut nenek atuk gi teraweh


7. Solat subuh pun jadi lama gila!

8. 10am-3pm bukaan baru bukak 5cm? Ko biar betul ni doktor? Masa tu aku sakit macam keras kejung dah badan. Rupanya check-check balik dah hampir 7cm!

9. Masuk labour room. Sakit makin kerap. SAKIT OK, SAKIT! Waargh. Rasa nak menjerit oh. Menggigil tahan sakit dan tahan nak berak/baby tubik.

10. Last sekali kemuncak sakit, waktu contraction datang, doktor macam besarkan laluan tu. Aku memang AWWWWWWWW!

Sakit meneran pun tak sakit macam ni. Sekian


Ha korang yang belum bersalin ni, chill je. Tak payah stres sangat. Go with the flow. Pengalaman semua tu. Nanti baby dah besar korang mesti rindu masa-masa sakit nak beranak tu.

Yang dah bersalin apa tips korang handle situasi sakit bersalin atau berdepan dengan tanda-tanda bersalin korang. Ada pelik-pelik tak? Acu share skek.

Macam aku syiok, bersalin kali ni alhamdulillah minum shake, luka cepat baik sebab sel cepat develope yang baru dan lebih sihat.

-------

Nak kurus selepas bersalin?
Mengandung maintain kurus sihat?
Mengandung tak naik berat banyak sangat?

+60122551037

Posted in , , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013