Saat dia ku pilih

Bismillah

Tajuk dah macam nama blog si Jijie daaaa. Ala blog yang famos amos meletup-letup pom pom. Pergila belog dia, best taw. Orangnya kelakar dan lucu. Tak senonoh pung ada jugop :p

Hari ni genap hari ke 7 abang ke Filipina.

Ye, seorang diri. Tanpa aku dan anak-anak.

Sobs.

Tujuan pergi, untuk belajar tentang sistem Nutrition Club di sana yang tengah hot and spicy supaya boleh diaplikasi di sini dengan jayanya. Sistem kat sana dah kuat sangat yang penting, sistem kat sana tak sesuai untuk orang yang tamak.

Kenapa?

Sistem kat sana saling menyokong antara satu sama lain walaupun berbeza organisasi. Misi utama, lebih ramai yang mampu minum shake dan dapat benefit daripada Herbalife dan dapat layanan istimewa dan ilmu tentang pemakanan daripada operator (tokei) NC tersebut.

Apa kaitnya dengan tajuk entri ni?

Ko bayangkanlah sepanjang 5 tahun dah nak masuk 6 tahun kahwin, tak pernah lebih 2 hari berpisah, akhirnya 10 hari catat rekod.

Aku pun dah ghupa gaya baby ni dah sekarang masuk hari ke 7.


Tak sabar tunggu hari ke 10.

Rindu sangat-sangat!!


Gambar dicuri daripada whatsaap group.

Asalnya nak share lah jugak detik-detik pertemuan dengan abang. Yelah, bila jauh nikan fefeeling dia lain sikit. Ala-ala filem hindustan yang konon-konon berangan. Looser gila aku baru tahu yang kalau nyanyi guling-guling tu sebenarnya diorang tengah berangan.

Tapi, masih tak boleh.

Rasa terlalu istimewa. 

Sebab beliau adalah cinta pandang pertama.

SAAT ITU AKU YAKIN SEPENUH HATI UNTUK MEMILIH DIA MENJADI IMAM UNTUK ANAK-ANAK KU NANTI.

Aku akan ingat sampai mati detik pertama kali aku ternampak dia.

Whoah dasat Allah bagi perasaan yakin cam tu sekali.

Kawan-kawan uni aku tahulah macammana proses aku jumpa dia. Tapi tu pun diorang tak tahu cerita sebenar di sebalik segala kejadian. Koh koh koh.

Takpelah cerita cinta aku tak berapa penting pun. Sebab, nanti aku nak cerita khas untuk anak-anak. Nanti tak cukup bed time story bosan lak depa eh?

Apa yang boleh aku share, alhamdulillah pertemuan, tempoh pengenalan dan berkahwin Allah mudahkan semuanya. Sehingga dah beranak ni pun. Persamaan besar antara kami adalah SIMPLE. Sangat-sangat simple. Kalau boleh dua-dua keluar cukup siap-siap pakai deoderant je. Haip! selekeh betul makcik pakcik ni. Kah kah kah.

Kegilaan itu buat cinta makin hari makin banyak.

-----------

Hari ke 7.

Hai resah gelisah betol jiwa.

Anak-anak pun dah lain macam.

Demi cita-cita dunia akhiratMu.

Juan ke Filipina untuk on job training di kelab nutrisi di sana. Belajar dari basik.


Insya Allah kami mahu fokus kelab nutrisi lepas ni 100%. Apa itu kelab nutrisi? 

Semua pun yang nak mulakan herbalife perlu mengikuti program 10 hari di kelab kami. Program kami bukan sahaja minum shake tau. 

Kami fokus supaya yang datang minum di kelab dapat info dan ilmu yang betul tentang produk dan program 10 hari kami (proses pembersihan badan, panduan pengambilan nutrisi harian untuk turun/naik/maintain berat badan, cellular nutrition, sarapan pagi sihat) di kelab kami. 

Tak tahu camne nak share kena tunggu abang balik. Mohon doakan perjalanan suami saya dirahmati Allah dan selamat semuanya. Ameen Jadi untuk kawan-kawan area Bangi, jom support kiteorang. PM untuk dapat invitation card.

Bang, cepat lah balik. Rindu nak gadoh ni!





Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013