Aku ni jenis yang nak cepat je.
Semua benda nak cepat. Buat kerja nak cepat selesai. Makan nak cepat habis. Tengok movie nak cepat tahu ending. Awal pagi dah senaraikan list kerja nak buat dan aku akan pastikan semua siap!
Kalau tak siap aku stres.
Boleh amuk!
----------
Rupanya cara aku silap.
Untuk menjadi ibubapa atau ketua yang bagus aku perlu rileks dan perlahankan langkah aku. Supaya dapat aku bersama-sama membawa organisasi atau anak-anak aku ikut seperti apa yang aku lakukan. Kalau berjaya, sama-sama berjaya insya Allah.
Memang bagus sampai ke garisan penamat paling cepat, tapi tak best sebab cuma seorang diri. Hasilnya yang best tu sementara.
Ini salah satu pembelajaran aku dapat daripada buku John C Maxwell, GO FOR GOLD. Tentang leadership.
Macam nak mendidik anak untuk bantu kita buat kerja rumah macam kita buat, kita perlu bagitahu, tunjuk caranya, biarkan dia buat, betulkan silapnya, bagitahu dan tunjukkan caranya sekali lagi dan monitor kerjanya. Dan lihat hasilnya, pasti tak sebagus yang kita buat sediri kan?
Dan cuba buat perkara yang sama seorang diri. Lebih cepat dan lebih bagus hasilnya.
Bekerja seorang diri itu lebih cepat (pada awalnya) tapi hasilnya tak sama. Kalau kita mahu anak kita belajar, membesar dengan sikap yang matang, dan capai impian mereka, inilah pengorbanan yang perlu dibayar, mengambil masa untuk mendidik dan melalui kesusahan dalam PROSES PEMBELAJARAN itu.
Begitu juga peranan sebagai seorang leader. Leader tidak perlu sampai dulu ke garisan penamat, kerana peranan leader adalah untuk memastikan semua individu dalam organisasi tiba ke garisan penamat.
The payoff to leadership at work or home comes on the back end.
Demi Aliff, Fateh dan adik-adik.
Demi organisasi dan tim herbalife ku.
Kesusahan dan kepayahan ini ku redahi.
Bismillah.
Post a Comment