Tengahari tadi lunch date dengan encik abang kita kan. Chait lunch date ye, kalau dah hari-hari kita kasi tukar sikit lunch mate ewah. Ok sambung cerita. Masa tengah menikmati juadah tengahari di bawah pokok nan rendang depan Warta tu, datang 2 ekor kucing di meja kami.
Amboi sangat yang kuncing jantan itu mencium-cium bontot si betina. Aku yang tak berapa paham body language kucing ni agak anoyying jugaklah dengan tindakan kucing jantan tersebut.
Si betina sabar menanti rezeki (baca tulang/isi ayam) datang daripada kami. Si jantan tahu aku marah-marah padanya pun join si betina buat muka comel nak makanan.
Dengan sifat baik semulajadi jauh di sudut hati, aku pun baling sejauh-jauhnya isi ayam (ya,aku ambil bahagian isi, bercita-cita nak meningkatkan pengambilan protein) supaya mereka boleh menikmati makanan tersebut.
Hellooooo~ hanya si betina je yang pantas mengejar ayam tu sedangkan si jantan duduk melanguk menanti disuapkan. Urgh, ko ni memang annoyinglah, jantan!
Untuk tak berburuk sangka aku ulang lagi tindakan tadi. Memang hasilnya sama. Si jantan dengan muka annoying tengok je isi ayam tu berlalu jauh daripadanya dan buat muka minta disuapkan.
Abang : Kalau dah hari-hari kena suap macam tulah. Baling dekat pun malas nak gerak.
Dek kerana terharu dengan kesungguhan si betina, aku hadiahkan seketul tulang yang masih berbaki isinya. "Nah, ini hadiah untuk orang yang rajin berusaha." (walaupun dia bukan orang, sebagai kata semangat untuk si betina).
Untuk si jantan, astaghfirullah maafkan aku tak sempurna, bagi makan padanya macam tak ikhlas dah. (tak habis lagi annoying dengan sikapnya) Huhuhu
Dan terfikirlah aku, sedangkan aku manusia pun suka tengok usaha meminta-minta apatah lagi Allah, pasti lagi suka dan bagi hadiah yang lagi gempak untuk hamba Dia yang meminta-minta dan berusaha.
Agak-agak, apalah habuan untuk orang yang malas meminta-minta (berdoa padaNya) dan sikit usahanya?
Hurm.
Semoga aku, keluargaku, kawan-kawanku tidak tergolong dalam golongan tersebut. Nau'zubillah!
Pst: Sorry saya bukan dalam category suka kucing. Tapi tetap rasa kucing itu comel bila comel. Tak comel bila kuku terkeluar.
Sumber Google. |
Post a Comment