2 minggu sudah, 1 minggu sudah, minggu ini pula...

adalah minggu yang memenatkan otak dan seluruh badan, saya dan suami. Aliff maintain aktif dan sihat. Alhamdulillah!

3 minggu yang penuh cabaran.

3 minggu yang diisi dengan rajukan si isteri dan pujukan suami. Penat, tapi masih boleh memujuk sang isteri. Hebatkan? ya dia lah hero saya. Hero idaman hati saya. Sang raja pengubat jiwa. Pada masa yang sama boleh jadi geram seperti mengaktifkan gunung berapi bersedia untuk meletup bila-bila masa saja.

Entri kosong ini cuma nak meluahkan perasaan tentang perkara yang dianggap remeh yang selalu buat saya merajuk :

- Sang hero tak berfoto/ capture moment yang indah-indah ketika keluar bersama Aliff dan beraktiviti

Gedikkan?

Oh satu lagi, saya selalu jeles melihat blog mumsie-mumsie di luar sana yang post gambar masakan sedangkan, asal saya masak selalu tak sempat nak capture sebab masing-masing dah kebulur. Insya Allah akan usaha ke arah merajinkan diri mengambil gambar.

Jom klik-klik!


Posted in | Leave a comment

Menyusukan Aliff dengan susu ibu



Alhamdulillah, sebelum kelahiran Aliff lagi ibu dah pasang niat untuk menyusukan Aliff secara eksklusif dan serius (insyaAllah sehingga 2 tahun, ameeen).


Selama 5 bulan menyusukan Aliff, ibu baru ada kesedaran untuk menimba ilmu menyusu baby secara mendalam (nampak sangat selama ni main belasah je). Not good, not good.


Ini disebabkan beberapa perkara yang ibu amik mudah dan pandang enteng tentang penyusuan ibu. Antara faktornya :


1. Selepas kenduri mama yayah, ibu flat-badan memang lemah-selemahnya dan tak pernah rasa selemah itu

2. Stok susu berkurang dan panik takut Aliff tak dapat untuk dapat susu yang cukup. Ini penting diambil perhatian untuk ibu bekerja.


Pengurusan susu ibu yang teratur samada direct feed atau penyimpanan stok EBM (Expressed Breast Milk) amat penting bagi mengelakkan perkara-perkara seperti berikut :

1. Stok susu bersepah-sepah dalam peti ais
2. Stok susu untuk anak tak cukup sebelum umur 6 bulan ( sebelum anak dibolehkan makan solid food)
3. Babysitter pening dan rasa susah dalam pemberian susu ibu kepada anak
4. Anak mendapat susu ibu yang dah tak elok
5. Anak lapar dan perut kembung akibat angin dan moody
6. Ibu kurang nutrisi badan menyebabkan badan ibu lemah-lemah

Bila dah study, dan ye, hanya melalui pembacaan dan penelitian (nampak sangat malas pergi kelas) beberapa perkara yang saya nak kongsi dengan ibu-ibu yang ingin menyusukan anak susu ibu dengan betul untuk ibu yang bekerja :

1. Penyediaan stok susu
2. Penyimpanan stok susu untuk ibu bekerja
3. Tips untuk ibu menyusu dan menambahkan susu ibu
4. Pemakanan ibu menyusu


Ok sambung nanti di bawah tajuk-tajuk di atas


Posted in , , | Leave a comment

5 bulan, sayang!

Aliff memang anak yang sangat baik!
Ibu dan ayah sangat amazed dengan setiap perkembangan Aliff dari masa ke masa.

Allah itu Maha Bijaksana dan Penyayang sayang. Dia beri macam-macam nikmat kepada ibu dan ayah. Ibu tak putus bersyukur padaNya.

Sekadar peringatan untuk ibu dan ayah, setiap kali ditimpa musibah/merasa down/lemah semangat, lihat orang yang lebih kurang bernasib baik daripada kita. Kita akan belajar untuk lebih bersyukur kepada Allah.Jangan lihat orang yang lebih bernasi baik. Kita hanya nampak kekurangan yang lebih melemahkan semangat kita.

"Ya Allah, kuatkan semangatku dan suamiku dalam memberi pendidikan dunia akhirat kepada Aliff dan membimbing dia ke jalan Mu. Kentalkan jiwaku untuk terus menjaga amanahMu dan berubah menjadi isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak-anak ku. Amin".








Tempoh 5 bulan berlalu dengan sangat pantas. Selama 5 bulan :
  • Aliff dah pandai jelir-jelir lidah

  • Suka bunyi itik

  • Masih suka masuk barang dalam mulut

  • Terliur sangat tengok makanan

  • Malam-malam makin suka mengopek

  • Tidur awal

  • Ada beberapa kali terlepas makan tisu

  • Kena ezema sekali, then ibu stop makan pil herba Amway

  • Suka bersembang dan menjerit-jerit dengan ibu dan ayah

  • Dah boleh sebut abah

  • dan boleh diajak berwirid, Allah...Allah

Alhamdulillah. Aliff membesar dengan sihat. Syukur,syukur dan pada checku-up untuk cucuk kali ni, seperti check up lepas-lepas..Aliff steady dan tak menangis. Cuma eeek~ sikit je. You are such a strong guy like your daddy!

Posted in | Leave a comment

Seminggu yang amat penat n happy wedding to my dearest sis, dayah!

ye, sangat penat!

5/2/2011 dayah balik ke Malaysia sempena cuti-cuti Mesir. dan membawa kejutan besar buat kami sekeluarga. Jeng,jeng,jeng...rombongan meminang datang ke Sg Ramal Dalam!

Lepas bincang-bincang, tarikh jadinya telah ditetapkan iaitu 5/3/2011. Ceh, sebulan ajo. Terkial-kial nenek Aliff dan aunt yayah buat persiapan. Aliff jugak jadi mangsa eh.

Kesian anak ibu, kejap-kejap kena datang office, kejap-kejap ibu ambik cuti separuh hari.
Apapun alhamdulillah, semuanya dah selesai! Selamat datang ke keluarga kami, Asyraf. Oh, kebetulan pada 16/2/2011, Kak Yuni selamat melahirkan baby girl yang sangat comel! Tambah happylah kami. Alhamdulillah!


Welcome to d world, Aisya Fareeha!


Welcome to our family, Asyraf!

Posted in | Leave a comment

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama 6 bulan oleh para ibu berkerjaya banyak bergantung untuk ibu berkerjaya kepada beberapa faktor sampingan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyenaraikan faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.

1. Timba ilmu sepanjang masa Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.

Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.

-dipetik daripada majalah Pa&Ma bulan Oktober 2010

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013