

Di kesempatan ni, kami seisi keluarga nak ucapkan salam lebaran pada abang Amirul, kak Yuni dan anak-anak mereka yang comel-comel Ameera dan aisya, Dayah dan Asyraf seta Yusuf! Rindu koghang.
Makan
















Bismillah.


#Olimpik Lee Chong Wei tewas, tapi makin dikasihi rakyat Malaysia
#Aku dah busy bertwitter sekarang
#Target Ramadhan luar biasa. Allah bukan sahaja bagi VP kat aku, Dia beri lebih! Alhamdulillah.
#Lately, banyak benda nak share. Excited sangat terus simpan dalam hati dan kunci. The hint is I love HErbalife and my team sooooo much!
#Olimpik Azizul layak ke FINAL! Seorang lagi atlet tajaan HERBALIFE. Banggo den beliau sahur dan berbuka bersama shake.
#I love Ramadhan soo much!!
#I miss my husband n Aliff so much!!
Hai semua, eh bismillah.

Oh lupa nak perkenalkan kawan Aliff kat kelab Nutricity. Ni namanya Asiyah rujuk foto di bawah. Ramai orang kata muka dia sama dengan muka Aliff. Dia anak kepada Mama Amalina, mama dia femes. Mama dia selalu pesan kat Aliff tak boleh ye Aliff, bahaya. Hahahah Aliff tak faham tapi Asiyah sekarang sangat peramah dengan Aliff cuma kadang-kadang Aliff rasa berdebar jadi selalu menangis. Aliff kebelakangan ni jadi cepat serabut. Mungkin kurang shake stawberi, ibu asyik bagi shake coklat. Nanti kena pesan balik pada ibulah Aliff nak shake stawberi pulak nak yang letak buah stawberi.
Dah nak dekat 2 tahun nikan, macam-macam perangai Aliff. Aliff suka merengek, menangis, mengada dan macam-macam lagi yang boleh mnguji keimanan ayah dan ibulah. Kadang-kadang ibu layan, kadang-kadang ibu buat donno je. Aliff geram taw kalau ibu tak layan. Stress! Ayah rajin layan Aliff. Aliff saaaaaayang ayah! Kalau Aliff menangis kuat-kuat tak nak mandi dalam bilik air, ayah bawak Aliff mandi kat luar dalam kolam kecik ni. Aliff suka sebab angin kat luar petang-petang tu best, ayah pulak letak air panas laaagi best. Kalau waktu-waktu gini ibu akan rehat, sebab seharian kerja. Malamnya nanti nak drive lagi pergi Melawati ada focus group. Kadang-kadang ayah tak ikut. Tak bestkan? Tapi Aliff suka ikut ibu pergi focus group. Nanti juma ammu Mael dan geng2 ibu yang super eksaited dan selalu layan Aliff baik-baik. Aliff tak paham bila masanya diorang tak eksaited? Selalu ceria dan bertenaga walaupun masing-masing dah penat siang tu kerja macam ibu. Terutamanya Nek Ros yangs uka kiss pipi Aliff kuat-kuat. Umur 57tahun tapi macam 20tahun, u!



Mana taknya, kalau Aliff tengok vidio Angry bird tukan, boleh ralit sangat. Aliff suka bunyi burung tu. Comel. Lepas tu dia suka marah-marah laaagi comel! Ayah yang beli vidio tu bawah kelab Nutricity. Ibu pun selalu macam sound ayah, sokmo ralit dengan vidio dan TV. Aliff yakin Aliff macam ayah dah sekarang. Hehe. Aliff suka curi shake ayah dan omega 3 ayah. Memang macam banyak persamaan dengan ayah. Sekarang ni pun ramai cakap muka Aliff macam ayah. Tapi Aliff senyap je, taknak kecikkan hati ibu.
Ada sekali tu, Aliff nampak ibu tutup muka dengan bantal. Ayah cakap ibu merajuk. Merajuk tu apa eh? Lepas tu, Aliff cuba buat benda yang sama. Eh macam best. Boleh main sorok-sorok. Ibu cakap apda ayah menyesal merajuk, sebab tunjuk perangai tak elok pada Aliff. Aliff sangat copy cat. Urgh, kenapa ibu cakap macam tu? Jadi ibu terus berazam pada ayah nak tunjuk contoh baik-baik je. Sama jugak macam dalam tim ibu di dalam Herbalife. Masing-masing akan tengok balik attitude leader masing-masing. Leader macam ibu bapa. Tim akan duplicate sebijik sejibon perangai leader. Baheklah. Nanti Aliff nak pesan pada ibu supaya mempunyai sikap yang baik-baik je.
Yang paling best sekali, Uncle Korie belikan Aliff baju Barcelona! Siap dengan stokin. Ibu punyalah eksaited, teruskan pakaikan dan ambil gambar kat luar sambil minum shake. Aliff suka sangat minum shake coklat yang ayah buatkan! Aliff tak kisah pun ibu dengan ayah nak ambik gambar ke apa, Aliff minum shake sampai habis. Alhamdulillah walaupun orang selalu tegur badan Aliff kecik tapi Aliff tau Aliff sihat dengan nutrisi Herbalife dan izin Allah. Amin! Semoga tak lama lagi Barcelona ambik Aliff ganti Messi pulak. Uncle Kori pun puji Aliff pnadai main bola sepak hihihi.
Oklah Aliff pun dah penat. Sekarang Aliff nak main lari-lari dan jerit-jerit dengan Mama Teh sebab dah lama dia tak layan Aliff. Asyik layan Yusuff. Aliff sedih Yusuff tak balik Malaysia. Nanti Aliff nak marah mama Yayah dan uncle Asyraf sebab tak balik Malaysia. HuhuhuCita-cita nak sokmo update belog. Tapi setiap kali bukak dratf, tiba-tiba jadi blur. Oleh sebab itu laju-laju download app blogger kat tablet. Saat ini berdebar-debar menanti kemunculan abah, mama n dirah di KLIA. Amoih-amoih, duk di Mesir tak hengat ye. Aliff, duk apa lagi menyusu lah. Dua tiga menjak ni, tiba-tiba jadi melekat kat situ. Hahahaha. Malam ni, teriiiinggiiiiinnyaaaaa ke HOM bangi. Tak tahu sempat ke dak. Oh Allah, permudahkan hambaMu yang sorang ni ye.
Countdown Ramadhan. 7 hari.
Azam Ramadhan ini, er rahsia. Salah satunya hapdet belog dengan pengisian yang bermanfaat. Kawan-kawan tolong ingatkan ye? Kalau masuk bab lagha je, tegur je. Takpe, takyah nak sedapkan hati sangat. Nanti aku jugak yang melencong jauh dari jalan yang lurus. Na'uzubillah.
Jalan menuju president team dan syurga, insya Allah seiring.
Sebagai jamu mata maghrib-maghrib ni, aku ,etak gambar kawan lama yang sokmo dirindui kesengalan dan kehomehannya- Puan Ahsana Aqilah Ahmad dan anakandanya.