Sembang Raya kali ni

Syawal pulak dah nampak penghujungnya. SOBBBSSSSSSS

Kenapa masa cepatnya berlalu? Selow sikit pelis? Ok ini lagi satu entri yang dah bersawang dan aku auto publish jugak. Tahun ni agak tak berapa best sebab rasa tak sempat nak beraya dengan sedara mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan ramai lagi lah. Tapi takpe, kehidupan tetaplah diteruskan jugaklah ok?

Biasanyalah kan, kalau kita bertandang atau ziarah ke rumah orang untuk beraya atau sebaliknya, topik apa yang best nak share? Modal cerita apa nak bukak, supaya meriah sikit suasana? Ha? Cerita perihal orang lain aka mengumpat? Adoi memang tak best kalau dah start bukak topik hal orang lain ni, pulak tu kalau ada yang menyambutnyakan? *Reminder for me too!

Tapi tahun ni memang istimewa habis. Memang amejing! Everytime pergi beraya rumah orang MY FAMILY surely share pada isi rumah tentang pemakanan, kesihatan dan Herbalife. Best tak best tak? Sepatutnya aku yang terlebih excited, ini tak! Mama aku yang jadi taiko tukang bukak topik cerita-cerita Herbalife. Mama memang betul-betul pratikkan nasihat Rudi Samjis;


Be proud and SO WHAT?


Haha!

Yang lagi best adik aku Korie, Iqbal dan Dirah pun menyapot jugak. Iqbal buat body analysis. Korie share pengalaman dia di New Zealand yang mana, pemakanan kat sana sangat berbeza dengan di Malaysia. Penduduk New Zealand sangat menjaga pemakanan yang sihat, mana taknya breakfast makan salad, lunch pun salad memang tak tinggal setiap hari. Dia share lagi, ada sorang student yang buat praktikal kat hospital sana tanya seorang patien umur 80++, lepas ni nak kemana, nenek tu cakap nak renew lesen kereta! Kalau situasi tu kat Malaysia, agak-agak pengsan doktor tu jugak nanti ye?

Ok patutlah sejak balik Malaysia, semangat minum shake tak tinggal semua. Sebab badan dia sendiri yang rasa kalau ambik makanan tak sihat, badan jadi lemah. Dah biasa makan makanan sihat kat NZlah katakan~ Chait! Alhamdulillah, bukan je rajin makan shake, rajin exercise, rajin minum air dan rajin share dengan orang pulak tu. Mengenal Korie yang jenis lek-lek je, agak teruja lah sikit kan dengan perubahan dia. Ahaks~

Terubat sikit hati, walaupun tak dapat beraya sangat ke rumah kawan-kawan, tapi raya kali ni banyak ziarah rumah sepupu kat Terengganu dan bercuti di Redang. Woot woot!

Sekadar memori mari menepek gambar yang dipilih dengan ekspresnya;
Pkl 7pagi shake dan santai tepi pantai

Memasing bunga bangun tido oi

Aliff kemain melantak

Lagi-lagi melantak

Sesi menyental seafood celup tepung

Alhamdulillah berpeluang ziarah kubur Tok Wang (Mak mama)

Ziarah kubur arwah Tokki (Ayah mama)

Sembang nutrisi eh ada ke? Bolehlah, layan!

Aksi bahaya! Tak boleh ditiru di rumah -.-

Abah comel snap gambar ni kat Cabang Tiga, Ganu dengan botol air dia


Baru sampai Redang, Aliff tak sabar terjun smimim pul

Snorkeling, Aliff kesejukang

Ikan yang sangatlah banyaknya, Aliff pelik dan teruja

Tak cukup snorkeling, naik basikal lagi dengan Uncle Korie, kemain!

Ya Allah, terima kasih atas nikmatMu kepada ku dan keluarga. Ampunkan dosa-dosa kami, sekiranya leka dan lalai ketika berseronok menikmati nikmatMu. Astaghfirullah! Semoga berpeluang lagi ku bertemu dengan Ramadhan dan Syawal akan datang. Amin ya Rabb

1 Comment

Salam lebaran

*Jaga-jaga. Mata anda akan silau sebentar lagi.

Bismillah.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

5 hari selepas madrasah Ramadhan berakhir. Muhasabah semula, apakah hasilnya. Adakah segala kebaikan dan doa cukup pada bulan Ramadhan je? Hakikatnya, Ramadhan adalah pencetus segala kebaikan dan doa untuk kita komit pada bulan-bulan seterusnya. Moh le gandakan lagi amalan!

Terkilan pun ada. Sedih pun ada. Gembira pun ada. Pendek kata macam-macam perasaan lah. Ramadhan yang disambut kali kedua bersama Aliff. Tahun ni beza sikit ceritanya. Kalau dulu, Aliff tak mahu berenggang sekejap pun dengan ibu, susu je kerjanya. Kesudahannya banyak terawih tinggal. Tahun ni pun rupanya sama, bezanya Aliff nak ibu dukung dia sambil berjalan. Ewah, ni kalau orang tua-tua nampak, mahu ibu kena bebel, "ha, tu lah manjakan lagi anak. Sokmo sangat dukung dia kecik-kecik dulu." Ok, ibu paham. ibu jugak yang manjakan Aliff, ye. Tunggu nanti dah ada adik. Hehehhe. Aliff pulak dukung adik, ibu nak solat.

Eid Fitri

Seronok! Pertama kali beraya sebagai HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! Pagi-pagi sebelum solat sunat dah ambil healthy breakfast! Yang bestnya, seluruh keluarga aku semangat aloe, teamix n shake tanpa aku sendiri yang remindkan. Allahu akbar! Terima kasih Allah atas kasih-sayang ini.

Syukur, tiada lagi berebut toilet dan cirit birit berpanjangan sampai 2-3 hari macam tahun sebelum ni. Walaupun 11 buah rumah berjaya diziarahi pada raya pertama. Amajingkan? Yang paling amajing, tahun ni takde lagi kelam kabut di pagi raya ketuk-ketuk pintu adik kuat-kuat suruh siap nak solat raya. Masing-masing pakat ready. Whoaaaah! Agak malu sikit di situ sebab aku paling siap lambat. Cop, siapkan Aliff. Ok alasan!

Solat raya pulak, semangat pakai button kat telekung. Memang orang pandang, "WIERD~" la jugakkan. Haha tapi, aku sangat enjoy rasa bangga pun ada. Ok memang agak weird lah jugakkan. Tapi aku tau sikit-sikit keyakinan diri bercambah dalam diri. Alhamdulillah.


Di kesempatan ni, kami seisi keluarga nak ucapkan salam lebaran pada abang Amirul, kak Yuni dan anak-anak mereka yang comel-comel Ameera dan aisya, Dayah dan Asyraf seta Yusuf! Rindu koghang.

Makan



Nasi impit kuah kacang. Rendang ayam dan daging. Ketupat lemang. Lontong. Nasi lemak pun ada! Whoah, best! Kiteorang makan semuanya! Kuih raya pun tak tinggal. Pendek kata raya dah macam pesta makan. Tambah seronok makan sambil sembang. Macam-macam cerita nak dikongsi dan nak disembangkan. Rindu dengan yang ada pertalian darah ni. Makan apatah lagi. Tak hengat. Tapi memandangkan kami punya perut masing-masing betul-betul dilatih untuk menerima makanan berpada-pada alhamdulillah semuanya terkawal. Istilah makan tak hengat bagi kami adalah enjoy the food di setiap rumah secara berpada-pada. Tak sampai hati, tak jamah makanan diorang. Susah payah masak istimewa untuk tetamu semua :) terima kasih semuanya!

Raya kali ni, rasa agak berlainan. Di samping kami cerita tentang hal masing-masing, kami jugak bercerita tentang pemakanan harian orang Malaysia. Dan macammana Herbalife dapat bantu kita rakyat Malaysia enjoy food n still dapat nutrisi lengkap. Wow amajing lagi. Hari pertama, agak janggal. Dengan rejectionnya lagi. Tapi lepas tu best! In fact, satu familiku juga turut kongsikan. Ah, blis~ Sharing is caring.

Aliff




Paling syok!

Mana taknya. Berlari. Menjerit. Melalak. Menyanyi. Aduyai.

Pening ibu. Dahlah ibu termakan daging banyak. Layan je. Walaupun kadang-kadang penat layan Aliff yang semakin pandai bersosial bersama rakan sebaya, ibu seronok. Anak ibu, dikelilingi nikmat kurniaan Allah. Belajar syukur ye nak. Ada yang tak merasa nikmat Allah macam kita dapat hari ni.

Raya kali ni, Allah bagi kesihatan kepada kami seisi keluarga untuk melakukan aktiviti ziarah habis-habisan. Lepas satu rumah ke satu rumah. Tak cukup KL, selangor pergi pulak Terengganu. Siap sempat lagi bercuti ke Redang. Aduhai, sungguh-sungguh raya ke ni?

*Tiba-tiba teringat, adik bongsuku Nayah jauh di perantauan. Sob sob. Sabar ye Nayah, Dayah kan ada. Yusuf kan ada. Nanti Nayah balik, kakak cubit-cubit Nayah.

Beliau sebenarnya masih lagi dalam form 4. Tapi atas sebab-sebab tertentu beliau minta untuk terus berada di Mesir untuk beberapa ketika. Baguslah. Keluar daripada comfort zone untuk majukan diri ke depan lagi. Duduk lama sangat kat comfort zone, siang malam ber FB dan TWITTER lah namanya tu. Tui dak?

Insya Allah, kalau kawan-kawan semua ada kelapangan meh lah datang beraya di rumah. Walaupun Sabtu Ahad kami ada event biasanya, akan usahakan jugak untuk tetamu nak beraya. Orang datang ke rumah bawa 1001 rahmat dan rezeki, insya Allah.


Akhir kata, sambil kita raikan kemenangan kita melawan nafsu di bulan Ramadhan, kekal jugak perkara-perkara tersebut sepanjang tahun ini. Teruskan ukhwah sesama kita, bersedeqah, jaga solat, jaga Iman. Amin ya Rabb. Ikhlas daripada kami di atas ni. ^.^


Ha, bagi yang berat raya pertama dan raya kelima tu dah naik mencanak-canak.
Tanya JuaNAdiah bagaimana nak turunkan balik berat badan secara sihat. 0123141422!


Leave a comment

Allah turunkan hujan, sebab nak bagi pelangi


Bismillah.

Sekarang dah jam 1.04 pagi dan sepatutnya aku dah terbongkang sekarang tapi mengenangkan semangat meluap-luap balik focus group Mael bersama tim aku tadi memang tak lah aku nak tidur kan. Macam cacing kerawit kepanasan, ok ini over. Macam tangan kena panas cili tak boleh nak dok diam. Dalam kepala otak ligat fikir DAILY ACTIVITIES. Walhal, esok aku dah berazam nak pergi booth jam 10pagi dah ada kat sana. Bersama sidelines yang hebak-hebak rasa diri ini sangat kecil dan comel kerana baru berjinak-jinak dengan booth. Aku wajib jugak mempunyai pengalaman dengan DMO booth supaya boleh dikongsi dengan organisasi sendiri nanti. Insya Allah.

Pengalaman booth yang benar-benar BELAJAR yang tak sembang dari bukak sampai tutup booth! Ahaks

Mukaddimah yang agak panjang di situ. Ok bai nak tido sambung esok pagi lepas sahur ye tawan-tawan! :O

*Sambung.

AHAD 1158pm 12 Ogos 2012

Alhamdulillah seronok seronok seronok. STS tadi dengar sharing Aunty Kamilah memang berdesap desup. Dia cakap lembut je tapi kelakar yang amat. Nakal jugak ye beliau. Hahahah! Antara yang paling tak boleh lupa bila dia tanya,

Kenapa nak buat herbalife? Kalau sebab duit, income, nak beli rumah dan sebagainya itu adalah keperluan hidup. Belum cukup kuat alasan tersebut untuk kita sukses. Tapi bila kita set impian sebenar-benar impian, susah mencabar macammana sekalipun kita akan redah!

Oleh yang demikian, keluarlah aku dan suami daripada comfort zone, balik je STS terus ke Alamanda dan tegur hampir 20 orang untuk kongsi tentang Herbalife. Rejection? Semua! No problemmm! Kebetulan Aliff diculik pakciknya dan apalagi kami berdating sambil kerjaanlah.

Malu memang tak usah sebut. Dalam kepala otak dah susun ayat baik punya. Ketaq lutut semua ada. Peluh je tak sempat keluar sebab sejukkan aircond. Tapi seronok bila 2-3 orang yang dah kita approach, berani tu datang tiba-tiba!

Niyah.Start small. Keep consistent. Success will come. Yeyeeehhh insya Allah.

Alhamdulillah, bermulanya minggu lepas, aku telah mula keluar daripada comfort zone sedikit demi sedikit. Nak berjaya, kena buat benda yang tak selesa. Betul tak. Kalau dah selesa memang melekaaat je lah kita kat tempat yang sama. Tak naik-naik dah lah. Aku pasti semuanya bijak pandai nak mentafsir maksud aku ni kan.

Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos sebenarnya banyak mengajar aku erti muhasabah diri. Lalu, belog menjadi mangsa pengabaian sejati. Tak reti eksperesi diri dalam keadaan muhasabah diri. Insya Allah bakalan berkongsi kisah jatuh bangun ketika dalam herbalife. Wah jatuh bangun dah gaya bertahun-tahun bikin bisnes? Sekadar berkongsi :p

Aliff kini triple manja. Ibu dah decide hantar ke rumah pengasuh. Sementara dalam tempoh ibu build up everything in Herbalife. Bagi ibu masa sehingga hujung tahun pwishhhh~ Agak mencabar di situ membawa Aliff ketika bulan Ramadhan ke masjid. Bawak jugakkk! Paksa diri. Tapi kalau Aliff penat dan menangis, habis energi pada layan Aliff lah jawabnya. No problem!!!! Insya Allah bakalan jadi Syeikh al-Muhammad al-Aliff. Amin ya Rabb. Khalifah Allah yang unggul.

Curi gambar mama teh lagi!

Wahai semua perindu syurga, ayuh qiyam semuanya malam ini. Nak iktikaf di mana kita? Masjid UIA kesayangan lah beb. Haih~ Ghinduuu. Sempena Ramadhan semakin menampakkan penghujungnya, sedikit perkongsian tentang bagaimana memaksimakan peluang yang datang singgah setahun sekali je ni :|



Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Macam-macam hal

#Olimpik Lee Chong Wei tewas, tapi makin dikasihi rakyat Malaysia

#Aku dah busy bertwitter sekarang

#Target Ramadhan luar biasa. Allah bukan sahaja bagi VP kat aku, Dia beri lebih! Alhamdulillah.

#Lately, banyak benda nak share. Excited sangat terus simpan dalam hati dan kunci. The hint is I love HErbalife and my team sooooo much!


#Olimpik Azizul layak ke FINAL! Seorang lagi atlet tajaan HERBALIFE. Banggo den beliau sahur dan berbuka bersama shake.


#I love Ramadhan soo much!!

#I miss my husband n Aliff so much!!

Posted in | Leave a comment

Catatan Aliff yang menjangkau umur 2 tahun

Hai semua, eh bismillah.


Ni Aliff, kali ni Aliff nak cerita ambik alih sekejap belog ni daripada ibu. Shhhh ibu tak tahu. Aliff taip ni waktu ibu tengah tidok terbongkang lagi. Aliff bukan apa, Aliff boring. Selalu tengok ibu update belog ni, kali ni Aliff pulak nak menyibuk kat sini. Maafkan Aliff kalau penggunaan bahasa tak memuaskan maklumlah, belum cukup 2 tahun hidup di muka bumi Allah ni. :p

Aliff perasan, kebelakangan ni ibu siiiibuuuuuk sangat. Tengok jelah belog ni dah lama tak update. Sebab tu, Aliff yang taip belog ni kali ni. Kesian tengok ibu. Kerja keras untuk Aliff. Ibu sayang Aliff, dia nak bagi yang terbaik untuk Aliff. Aliff tau, ibu ada satu rahsia untuk Aliff, dia nak buat satu ruang homeschool untuk Aliff nanti kat rumah sewa baru nanti. Hikhik untuk Aliff dan adik-adik main dan belajar kat situ. Uuuuu tak sabarnya!


Hoh penatlah taip. *Rehat.

Hari tu, balik dari Fiesta pertandingan turun berat badan anjuran di kelab nutrisi Melawati, ibu bawak Aliff jalan-jalan di Tasik Cempaka. Tapi so sad, ibu tak bawak mainan Aliff pun. Basikal, bola, mainan lain. Aliff dah bosan main slide. Buaian pulak takde kat situ. Aliff pun apa lagi, berjalan-jalan jelah kat tasik tu. Lepas tu Aliff jumpa abang main bola ni. Abang ni tak bagi Aliff main dengan dia. Mungkin sebab dia risau Aliff kecik sangat. Macam saiz bola tu? Tapi ibu, layan je Aliff walaupun dia tengah letih sebab berperang dengan Aliff dalam kereta dari Melawati ke Bangi sebab Aliff nak duduk kat driver seat. Heheheheh Aliff memang camtu, jangan marah kawan-kawan ye.

Oh lupa nak perkenalkan kawan Aliff kat kelab Nutricity. Ni namanya Asiyah rujuk foto di bawah. Ramai orang kata muka dia sama dengan muka Aliff. Dia anak kepada Mama Amalina, mama dia femes. Mama dia selalu pesan kat Aliff tak boleh ye Aliff, bahaya. Hahahah Aliff tak faham tapi Asiyah sekarang sangat peramah dengan Aliff cuma kadang-kadang Aliff rasa berdebar jadi selalu menangis. Aliff kebelakangan ni jadi cepat serabut. Mungkin kurang shake stawberi, ibu asyik bagi shake coklat. Nanti kena pesan balik pada ibulah Aliff nak shake stawberi pulak nak yang letak buah stawberi.
Dah nak dekat 2 tahun nikan, macam-macam perangai Aliff. Aliff suka merengek, menangis, mengada dan macam-macam lagi yang boleh mnguji keimanan ayah dan ibulah. Kadang-kadang ibu layan, kadang-kadang ibu buat donno je. Aliff geram taw kalau ibu tak layan. Stress! Ayah rajin layan Aliff. Aliff saaaaaayang ayah! Kalau Aliff menangis kuat-kuat tak nak mandi dalam bilik air, ayah bawak Aliff mandi kat luar dalam kolam kecik ni. Aliff suka sebab angin kat luar petang-petang tu best, ayah pulak letak air panas laaagi best. Kalau waktu-waktu gini ibu akan rehat, sebab seharian kerja. Malamnya nanti nak drive lagi pergi Melawati ada focus group. Kadang-kadang ayah tak ikut. Tak bestkan? Tapi Aliff suka ikut ibu pergi focus group. Nanti juma ammu Mael dan geng2 ibu yang super eksaited dan selalu layan Aliff baik-baik. Aliff tak paham bila masanya diorang tak eksaited? Selalu ceria dan bertenaga walaupun masing-masing dah penat siang tu kerja macam ibu. Terutamanya Nek Ros yangs uka kiss pipi Aliff kuat-kuat. Umur 57tahun tapi macam 20tahun, u!


Disebabkan ibu dan ayah penat bekerja, dan takde orang kat rumah atuk nenek dan mama Teh pun kat Mesir, Aliff lah yang ambil tugas kerja-kerja rumah. Chewah. Aliff suka tolong ibu lipat kain. Kadang-kadang ibu simpan kain sampai 2-3 hari baru lipat. Ibu lipat ekspress kain 2-3 hari tu boleh siap setengah jam je. Sebab Aliff tolong :p wieeeeeeee

Sabtu Ahad yang lapang, ibu dan ayah akan bawak Aliff gi late breakfast kat Putrajaya lepas tu shopping barang rumah di Carrefour. Aliff memang tak boleh miss naik mainan duit syiling tu! Rasa macam kehilangan kalau pergi Alamanda tak naik mainan tu. Tak tahu kenapa. Kalau ibu, dia tak layan Aliff. Apa dia buat, dia tunggu je mak-mak mana yang sudi nak sedeqah kat mainan tu, nanti dia tumpanglah sekaki. Tapi yang sit boleh letak2-3 orang lagi lah. Yang sorang-sorang tu tak boleh menumpang kasih lah pulakkan?

Ni hobi Aliff malam-malam kalau ibu dan ayah ada kat rumah, makan telur rebus sambil tengok vidio Angry Bird. Patutlah Aliff garang semacam sekarang ni T____T Hari tu ibu ada cakap. Lepas ni Aliff tak boleh tengok vidio ni lagi. Ibu nak bagi vidio special. Saspen le pulokk~

Mana taknya, kalau Aliff tengok vidio Angry bird tukan, boleh ralit sangat. Aliff suka bunyi burung tu. Comel. Lepas tu dia suka marah-marah laaagi comel! Ayah yang beli vidio tu bawah kelab Nutricity. Ibu pun selalu macam sound ayah, sokmo ralit dengan vidio dan TV. Aliff yakin Aliff macam ayah dah sekarang. Hehe. Aliff suka curi shake ayah dan omega 3 ayah. Memang macam banyak persamaan dengan ayah. Sekarang ni pun ramai cakap muka Aliff macam ayah. Tapi Aliff senyap je, taknak kecikkan hati ibu.
Ada sekali tu, Aliff nampak ibu tutup muka dengan bantal. Ayah cakap ibu merajuk. Merajuk tu apa eh? Lepas tu, Aliff cuba buat benda yang sama. Eh macam best. Boleh main sorok-sorok. Ibu cakap apda ayah menyesal merajuk, sebab tunjuk perangai tak elok pada Aliff. Aliff sangat copy cat. Urgh, kenapa ibu cakap macam tu? Jadi ibu terus berazam pada ayah nak tunjuk contoh baik-baik je. Sama jugak macam dalam tim ibu di dalam Herbalife. Masing-masing akan tengok balik attitude leader masing-masing. Leader macam ibu bapa. Tim akan duplicate sebijik sejibon perangai leader. Baheklah. Nanti Aliff nak pesan pada ibu supaya mempunyai sikap yang baik-baik je.
Yang paling best sekali, Uncle Korie belikan Aliff baju Barcelona! Siap dengan stokin. Ibu punyalah eksaited, teruskan pakaikan dan ambil gambar kat luar sambil minum shake. Aliff suka sangat minum shake coklat yang ayah buatkan! Aliff tak kisah pun ibu dengan ayah nak ambik gambar ke apa, Aliff minum shake sampai habis. Alhamdulillah walaupun orang selalu tegur badan Aliff kecik tapi Aliff tau Aliff sihat dengan nutrisi Herbalife dan izin Allah. Amin! Semoga tak lama lagi Barcelona ambik Aliff ganti Messi pulak. Uncle Kori pun puji Aliff pnadai main bola sepak hihihi.
Oklah Aliff pun dah penat. Sekarang Aliff nak main lari-lari dan jerit-jerit dengan Mama Teh sebab dah lama dia tak layan Aliff. Asyik layan Yusuff. Aliff sedih Yusuff tak balik Malaysia. Nanti Aliff nak marah mama Yayah dan uncle Asyraf sebab tak balik Malaysia. Huhuhu

Kbai, semuanya. Aliff sayang semua orang!

Tak sabar umur 2 tahun lagi 2 bulan. Woot woot!

Posted in | 1 Comment

Search

JuaNadiah 2013