Resepi cloud dough

Bismillah

Pagi Ahad kalau ayah kerja, ibu memang ambil kesempatan untuk anak-anak main betul-betul kat rumah. Silakan dengan segala hormatnya buat sepah di rumah, ibu janji tak marah. Cuma ibu jadi sewel kejap. Sebab sakit mata, rasa berdenyut otak sikit :p

Jadi, hari ni nak share resepi cloud dough ternampak dekat timeline, dari status Dr Afzan. Ada orang kata snow, ada orang kata pasir. Tak kisahlah. Janji anak main :p

Resepi cloud dough

Bahan-bahan :

+ Tepung gandum
+ Minyak (boleh pakai baby oil kalau geli minyak biasa)

Nisbah 4: 1

4 cawan tepung dan 1 cawan minyak.

Gaul secukup rasa.


Bagus main benda ni, macam biasalah untuk sensori mereka.

Salah satu latihan kemahiran sensori.

Ralit pun ralit.

Boleh latih jugak kreativiti, pretend play (orderla nasi goreng ke ciken cop ke).

Tujuan satu je--

Nak bagi anak happy. Oh ada lagi satu, ibu boleh bertenang sebelum mencari ruang dan kekuatan nak kemas balik benda-benda alah tu semua. AHAKS.


TIPS

+ Jangan serabut

+ Biarkan anak main sebebasnya

+ Kemas kemudian dan fikir kemas tu benda paling best dan paling kacang dalam dunia.

+ Tak payah buat selalu. Hohoho

Sekian daripada saya ibu yang biasa-biasa dan tak kreatif. Betul tak tipu.


Posted in , , , , | Leave a comment

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

Bismillah

Semalam masa siap-siap nak pergi sekolah, terkejut beruk ibu bila Aliff tumbuk perut adik dia.

Aku apa lagi, tindakan refleks haruslah menjerit. Sekarang Aliff pulak yang terkejut beruk. Huhuh. Kesian dia. Lepas tu mengamuklah beliau tak nak ke sekolah. Drama ke acane ni?

Bila ada masa free sikit ibu pun try google pasal parenting dan tertonton video ustaz Hasrizal tentang mendidik anak menurut surah Luqman. Point yang paling ibu ingat adalah, ustaz dan isteri pun pernah mengalami masalah sama yang mana anak-anak berperangai bijak dan luar biasa. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membetulkan mana yang salah dengan membuat temujanji dengan doktor dalam hal ehwal kanak-kanak ni. Jadi doktor bagitahu pada ustaz untuk IGNORE SEMUA KESALAHAN DAN BAGI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEBAIKAN ANAK-ANAK. 

Memang susah sangat kalau kita nak buat donno je kalau depa baling barang pada kita, cubit dan buat salah depan mata kan?  Menguji kekuatan iman beb. Akhirnya selama sebulan, sikap anak-anak mereka menjadi lebih baik dan boleh dikawal.

Alhamdulillah, seronoknya dan insya Allah aku nak cuba. Nanti mungkin boleh share pada masa akan datang. 

Kali ni, aku nak share input yang dapat masa seminar dengan Sheikh Yahya, Muslim DNA tahun lepas. Masya Allah bests angat dan kami suami isteri berterima kasih sangat kepada Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Barakumullahukhairan--

Aku nak share kesilapan yang biasa mak ayah buat TANPA SEDAR yang sebenarnya mendatangkan kesan jangka lama pada anak-anak. Tak lain tak bukan sebagai MUHASABAH DIRI di bulan baik ni. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik bersejarah dalam hidup, azam untuk menjadi ibu ayah lebih baik, anak lebih taat dan hamba Allah lebih ekselen. Ameen!

----

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

1) Tindakbalas ibu ayah yang keras terhadap kesalahan anak di mata mak ayah

2) Anak jadi kurang keyakinan kerana ibu dan ayah sibuk bagi nasihat je dan bukan bagi galakan dan sokongan

3) Anak tidak mempertahankan diri sendiri kerana ayah dan ibu terlalu mendisplinkan anak di khalayak ramai

4) Kalau anak jenis yang suka ambil barang orang sukahati je ini sebab mak ayah suka beli banyak barang untuk anak tapi tak bagi pilihan apa yang anak suka. Tiada pilihan untuk memilih.

5) Kalau anak jenis tak berani mencuba, maksudnya kita mak ayah ni cepat sangat tolong settlekan untuk dia. Bagi dia buat sendiri.

6) Kalau anak tak hormat orang lain, ni sebab mak ayah selalu bagi banyak sangat arahan. Banyakkan berbual.

7) Kalau anak cepat marah tu maksudnya nak perhatian kita mak ayah. Puji kalau diorang berusaha buat benda baik. Kalau nakal, elak daripada bertindak keras.

8) Kalau anak cepat jeles, sebab mak ayah selalu puji bila anak berjaya. Puji atas usaha dan lebih baik.

9) Kalau anak suka kacau kita, maknanya kurang dakapan. Mak ayah peluk anak banyak-banyak selagi sempat.

10) Kalau anak suka pertahan diri sendiri, ini disebabkan ibu dan ayah suka suruh anak yang tak sepatutnya (unreasonable)

11) Kalau anak jenis berahsia tak nak share apa-apa dengan ibu ayah, sebab mereka dah hilang kepercayaan pada kita

12) If your child does only what others tell them because you make them as a decision breaker."Kalau tak pakai baju ni, kits tak akan keluar."

13) Kalau anak remaja bermasalah selalunya disebabkan ibu dan ayah lebih pentingkan mulut/persepsi orang lain daripada anak sendiri.

Berikut adalah KESALAHAN yang selalu mak ayah terlepas pandang :

1) Terlalu mendisplinkan anak depan kawan-kawan dia

2) Buat keputusan, tukar, tukar balik, lepas tu sukahati tukar lagi. Lepas tu marah-marah anak tak ikut betul-betul keputusan yang dibuat. 

3) Marah dan pukul anak, lepas tu mintak maaf

4) Terlalu fokus pada akademik dan mengendahkan pada agama dan akhlak seorang Muslim

5) Belikan anak SEMUA benda yang diorang mintak tanpa mengatakan tidak sekelumit pong.

6) Ajar anak takutkan ibu dan ayah lebih daripada belajar daripada kesilapan. Lebih lagi daripada takutkan Allah

7) Selalu tanya pada anak-anak siapa, apa, bila, bagaimana dan lalalala. Macam polis pencen

8) Layan anak macam perabot

9) Ibu dan ayah selalu risau pandangan atau mulut orang lain lebih daripada risau pandangan Allah

10) Konon-konon nak motivasikan anak dengan cara BANDINGKAN dengan anak orang lain

11) Potong atau cut terus masa anak main game dan TV

12) Terlalu sibuk hal masalah keluarga orang lain, sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada

13) When you sons investigate other sexes, but when your daughter is wrong

14) Bagi kebebasan penggunaan internet, unlimited WIFI

15) Lebih pentingkan adat, amalan turun temurun 

16) Selalu suruh anak-anak buat sesuatu tapi ibu ayah buat yang sebaliknya!

-----

Semoga kita mengambil langkat dan tindakan yang lebih baik. Buat sekali tak jadi, cuba lagi. Tiada skema jawapan dalam mendidik anak. Dan Allah bagi semua anak mempunya specialtynya lain-lain. Amboih specialty tu macam menu restoren sangat. 

Kadang-kadang terasa sangat letih, sangat penat nak layan mengamuk, sembang, kencing berak, main, belajar, susu anak-anak. CEPAT-CEPAT ISTIGHFAR! Satu hari mereka akan membesar dan semoga semua perasaan kita dulu pada mereka tak wujud dalam diri mereka saat kita tua nanti. Na'uzubillah.

Cabaran bekerja di rumah sangat tinggi, lebih-lebih lagi untuk aku yang sangat memerlukan fokus yang tinggi. Aku jenis sangat tak boleh berserabut dan bising-bising mesti nanti satu kerja pun tak boleh buat apa. Jadi aku ambil ini sebagai cabaran.

-----

Dalam ceramah ustaz Hasrizal ada cerita,

Masa dia bekerja di Hospital IJN dulu, ada seorang pesakit yang akhirnya setelah menunggu lama mendapat jantung baru. Penderma pula kebetulan pernah melihat berita pesakit tersebut dan berkata kepada ibu beliau berikan jantungnya kalau dia meninggal. DItakdirkan 2 hari kemudia dia meninggal. Selepas, IJN menerima panggilan si ibu, pasukan dari IJN bergegas ke tempat penderma dan buat semua test ternyata semua match dengan pesakit yang memerlukan jantung tadi.

Pesakit tersebut pernah sebut pada ustaz, kalau dapat jantung nanti first thing dia nak buat adalah berlari. Dan pembedahan pemindahan jantung pun berlaku. Namun demikian, akibat kerosakan sel di bahagian kakinya terpaksa dipotong.

Sungguhpun begitu, ayah pesakit memberitahu ustaz;

"mungkin Allah sedang berkata-kata dengan saya, ustaz. FOKUSLAH PADA NIKMAT (ANAK BELIAU MASIH HIDUP DAN DAPAT DISELAMATKAN NYAWANYA) DAN LUPAKAN PADA KAKI YANG SUDAH HILANG".

-----

Menangis kot aku dengar.

Manusia memang mudah sangat lupa pada nikmat Allah bagi depan mata.

Allah, pelihara anak-anak aku daripada semua perkara tak baik. Hadiahkan aku kekuatan, ilham, ilmu dalam mendidik anak-anak nak bawa anak masuk Syurga. Ameen

Hati sangat bahagia bila lihat anak ceria


Anak yang ceria datang dari ibu ayah ceria

Bila serabut kembali padaNya, hati lagi tenang

Persiapkan diri kita dalam keadaan yang POSITIF dan baik

KORBANKAN perasaan atau emosi sendiri (ibuayah) demi masa depan anak-anak
Yang baik itu sesungguhnya semua daripada Allah.




Posted in , , , | Leave a comment

Senarai semak perkembangan kanak-kanak

Bismillah


Hari tu alhamdulillah berpeluang untuk sertai sebuah seminar yang sangat bagus iaitu Konvensyen Keluarga Gen New anjuran Al-Fateh Associates. Dalam sebuah slot ada menyentuh tentang pentingnya kita mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.

Pengesanan awal merupakan satu proses yang penting dalam usaha mengurangkan ketidakupayaan yang berlarutan. Prinsip asasnya adalah "semakin awal dikesan, semakin awal impak kesukaran disebabkan ketidakupayaan dapat dikurangkan" dan seterusnya mengoptimumkan keupayaah dan kesediaan kanak-kanak dalam mengikuti proses pembelajaran sepertik kanak-kanak lain.

Dalam erti kata lain, sebagai ibu ayah penting kita kena selalu monitor dan perhati setiap perubahan atau perkembangan anak-anak kita. Sepatutnya umur sekian, sekian dah pandai apa dah boleh buat apa. Contohnya, kalau lambat merangkak, apa kesannya, apa yang boleh bantu dia untuk cepat merangkak.

Gitu.

Bermain

Ibu ayah je yang SEPATUTNYA lebih mengenal anak-anak

Penilaian perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek penilaian perkembangan

+ Fizikal

Penilaian dari segi fizikal merangkumi aspek menggunakan kemahiran anggota badan.
Ia bertujuan untuk memastikan kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga dinilai tahap dari segi perkembangan motor halus dan kasar.

+ Kognitif

Perangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat.

+ Sosial

Merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan persekitarannya.

+ Emosi

Merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan.

+ Bahasa dan komunikasi

Merangkumi kemahiran berttur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak.

------


Senarai semak perkembangan kanak-kanak 2 dan 5 tahun
(sebab anak-anak saya umur 2 dan 5 tahun, sorry)

Umur : 2 tahun

+ Kemahiran motor kasar

Berjalan dengan stabil
Berlari
Memanjat sofa/ perabot tanpa bantuan 

+ Kemahiran motor halus

Membina menara 6 kiub
Menunjukkan kepada gambar

+ Kemahiran penglihatan

Mengutip benda berbentuk-bentuk (contoh guli)

+ Kemahiran pendengaran

Boleh mengikut arahan mudah
(contoh : Amin tolong ambil bola atas meja)
Menjawab soalan mudah, ya/tidak atau apa

+ Kemahiran pertuturan dan bahasa

Menggunakan ayat ringkas (2-3 perkataan dalam 1 ayat)

+ Kelakuan (personal sosial)

Memerhati orang lain bermain
Membantu mengemas barang bila diminta

+ Kemahiran kognitif

Kemahiran memadan 

-objek dengan objek
-gambar dengan objek
-gambar dengan gambar

-----

Umur : 5 tahun

+ Kemahiran motor kasar

Boleh berjengket
Boleh jalan mengundur
Lompat tali dengan 2 kaki

+ Kemahiran motor halus

Boleh mengenakan butang baju
Boleh melukis orang dengan 3 bahagian badan

+ Kemahiran penglihatan

Lulus ujian carta Snellen E' (boleh google)

+ Kemahiran pendengaran

Boleh tunjuk atas/bawah, dalam/luar apabila diminta
Boleh mengulang ayat(sekurang-kurangnya 5 patah perkataan) yang didengar

+ Kemahiran pertuturan dan bahasa

Boleh bertutur menggunakan ayat kompleks yang bermakna
Boleh bercerita

+ Kelakuan (personal sosial)

Menunjukkan keinginan menolong kerja rumah (menyapu, basuh pinggan)
Boleh bergurau dan berjenaka
Mempamerkan sikap mengambil berat terhadap orang lain

+ Kemahiran kognitif

Tiru rajah segiempat
Kenal huruf besar dan kecil
Boleh bercerita secara lisan tentang masa lepas, kini dan akan datang

----

Begitulah setakat ni apa yang ibu boleh buat penilain tentang anak-anak, ada beberapa perkara yang perlu ibu risaukan :

Aliff



Kemahiran pendengaran dan bertutur : Belum fasih untuk mengulang ayat 5 perkataan
Kemahiran kognitif 
Kemahiran emosi : kena ajar aliff kawal emosi(PENTING!)

Fateh



Semua ok setakat ni.

Kalau dulu rajin ibu buat diari untuk masing-masing. Sekarang huh? Asyik pura-pura sibuk je :p
Okey Aliff baru ok sebut huruf S. Proud mama!

Ibu nak fokus, hafazan semuanya!

Plis doakan ibu ameen, ameen.

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Posted in , , | Leave a comment

14 tips amalan 10 Ramadhan terakhir

Bismillah

Alhamdulillah Allah masih beri nikmat untuk bertemu 10 Ramadhan terakhir.

Ingat, syaitan diikat. Jaga tingkah laku kerana tabiat kita sekarang tidak dipengaruh sesiapa. Jadi manfaatkan masa ini untuk melatih tabiat diri yang lebih baik.

Belum pernah terlambat untuk set azam apa kita nak ubah, keep on doa! DOA DOA DOA!

It's RAMADHAN.

T_________T

*Touching.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kita, untuk jadi lebih baik lebih baik LEBIH BAIK. Ameen.






Jom pulun!

Kredit poster daripada sahabat Inda Hayati

Posted in | Leave a comment

Roadschooling to Pasar Kajang

Bismillah

Hari tu bersempena dengan nak puasa ni, antara salah satu persiapan tradisi sambil-sambil nak naikkan semangat anak-anak tentang Ramadhan kita buat roadschooling sikit ke Pasar Kajang yang femes itu. Nama macam aktiviti dah macam best kan, roadshooling.

Tanpa kita sedar sebenarnya, kita lebih banyak roadschooling anak-anak iaitu sambil kita travel bersama anak-anak, secara tak langsung mereka telah didedahkan dengan banyak perkara dan pengalaman baru.

Kalau tak percaya, lihat sahaja anak-anak-- mata tak berhenti melilau, mulut asyik bertanya apatah lagi fizikal yang memang mengundang kegoyahan iman di dada.

Kita sebagai ibu ayah haruslah bersedia dengan ketenangan jiwa untuk menjawab dan melayan karenah mereka saat di luar kerana masa inilah yang paling dekat tempoh pembelajaran kerana mereka 'belajar' atas dasar minat sendiri dan keinginan tahu yang tinggi.

Pada ibu, takdelah roadschooling biasa, 
cuma rutin pergi pasar biasa je.

Tapi pada mereka adalah sebuah perjalanan yang panjang dan penuh dengan perkara yang mengujakan!

Jadi, ibu ambil kesempatan untuk menilai beberapa perkara berikut :

1. Kemahiran sensori (visual)

2. Kemahiran kognitif

3. Kemahiran sosial

Sebelum pergi ibu acah-acah lukis senarai barang yang perlu dibeli dan kuantiti. Tiba-tiba lost macammana nak lukis beras dan garam T____T

Setelah itu, ibu serahkan pada si abang untuk membantu ibu mencari barang-barang tersebut. Sebelunya beberapa pesanan sudah diberikan lebih awal. Antaranya :

1. Pasar akan dipenuhi orang ramai, abang(panggilan anak sulung) perlu berjalan berdekatan dengan ibu. Pastikan ibu sentiasa pada pandangan abang.

2. Perhatikan sekeliling pasar, apa yang abang lihat.

3. Kalau penat, haus, atau perlukan apa-apa maklumkan pada ibu.

4. Bantu ayah angkat barang.









Setibanya di pasar, memang ramai orang. Abang sangat excited melihat udang (kegemaran beliau), ikan, ayam dan bermacam-macam lagi. Aku tunjukkan pada anak-anak ekor lembu kerana sejak kecil memang mencari itu kalau ke pasar :p

Aku tanyakan abang :

Mahu lihat apa?
Nak tengok ikan, nak beli ikan. Untuk rumah atok.

Apa yang orang tu lakukan?
Cabut bulu ayam.

Ada berapa ekor ayam tergantung?
1,2,3....

Ini sayur apa?
Tak tahu.

Bunga ini warna apa?
Yellow.

Apa yang abang mahu beli?
Nak air, haus.

Abang paling suka tentang pasar?
Tak tahu.

Acuh tak acuh juga dijawabnya.
Walau bagaimanapun bagus juga ye jawapannya. Ibu puji abang sebab jawab dengan bagus.

Anak-anak dah mula gelisah dan panas.

Dalam sejam juga kami di sana.

Tak semua barang dapat beli di sana dan sambung beli di Pasaraya Econsave.
  
----

Di Pasaraya Econsave.

Wah di sini ramai juga orang.

Untung ada permainan untuk mereka di bahagian promosi susu Dutch Lady.




Selepas selesai membeli belah, di sini abang mengamuk kerana apa pun aku dah tak ingat.

Penilaian yang boleh dibuat tentang anak-anak seperti berikut :

1. Kemahiran sensori (visual)

Gambaran sangat jelas. Bagus untuk otak kanan. Lihat ayam dicabut bulu dipotong, ikan disiang, ikan hidup dalam plastik, ikan haruan masih hidup (euw!)

Abang juga sempat mengambil plastik di Econsave sangat banyak untuk permainan sensori beliau bagi menggantikan tisu (huhuh)

2. Kemahiran kognitif

Mengenal beberapa perkataan baru seperti sayur sawi, lemon, PASAR dan banyak lagi.

3. Kemahiran sosial

Bertegur sapa dengan penjual dan bantu ayah angkat barang.

Ibu bagi 9 bintang untuk anak-anak semua.

---


Setelah tiba di rumah mari kita semua PENGSAN!

Sekian laporan anak-anak buat masa ini.

KROHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH--

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad

Posted in , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013