13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

Bismillah

Semalam masa siap-siap nak pergi sekolah, terkejut beruk ibu bila Aliff tumbuk perut adik dia.

Aku apa lagi, tindakan refleks haruslah menjerit. Sekarang Aliff pulak yang terkejut beruk. Huhuh. Kesian dia. Lepas tu mengamuklah beliau tak nak ke sekolah. Drama ke acane ni?

Bila ada masa free sikit ibu pun try google pasal parenting dan tertonton video ustaz Hasrizal tentang mendidik anak menurut surah Luqman. Point yang paling ibu ingat adalah, ustaz dan isteri pun pernah mengalami masalah sama yang mana anak-anak berperangai bijak dan luar biasa. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membetulkan mana yang salah dengan membuat temujanji dengan doktor dalam hal ehwal kanak-kanak ni. Jadi doktor bagitahu pada ustaz untuk IGNORE SEMUA KESALAHAN DAN BAGI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEBAIKAN ANAK-ANAK. 

Memang susah sangat kalau kita nak buat donno je kalau depa baling barang pada kita, cubit dan buat salah depan mata kan?  Menguji kekuatan iman beb. Akhirnya selama sebulan, sikap anak-anak mereka menjadi lebih baik dan boleh dikawal.

Alhamdulillah, seronoknya dan insya Allah aku nak cuba. Nanti mungkin boleh share pada masa akan datang. 

Kali ni, aku nak share input yang dapat masa seminar dengan Sheikh Yahya, Muslim DNA tahun lepas. Masya Allah bests angat dan kami suami isteri berterima kasih sangat kepada Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Barakumullahukhairan--

Aku nak share kesilapan yang biasa mak ayah buat TANPA SEDAR yang sebenarnya mendatangkan kesan jangka lama pada anak-anak. Tak lain tak bukan sebagai MUHASABAH DIRI di bulan baik ni. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik bersejarah dalam hidup, azam untuk menjadi ibu ayah lebih baik, anak lebih taat dan hamba Allah lebih ekselen. Ameen!

----

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

1) Tindakbalas ibu ayah yang keras terhadap kesalahan anak di mata mak ayah

2) Anak jadi kurang keyakinan kerana ibu dan ayah sibuk bagi nasihat je dan bukan bagi galakan dan sokongan

3) Anak tidak mempertahankan diri sendiri kerana ayah dan ibu terlalu mendisplinkan anak di khalayak ramai

4) Kalau anak jenis yang suka ambil barang orang sukahati je ini sebab mak ayah suka beli banyak barang untuk anak tapi tak bagi pilihan apa yang anak suka. Tiada pilihan untuk memilih.

5) Kalau anak jenis tak berani mencuba, maksudnya kita mak ayah ni cepat sangat tolong settlekan untuk dia. Bagi dia buat sendiri.

6) Kalau anak tak hormat orang lain, ni sebab mak ayah selalu bagi banyak sangat arahan. Banyakkan berbual.

7) Kalau anak cepat marah tu maksudnya nak perhatian kita mak ayah. Puji kalau diorang berusaha buat benda baik. Kalau nakal, elak daripada bertindak keras.

8) Kalau anak cepat jeles, sebab mak ayah selalu puji bila anak berjaya. Puji atas usaha dan lebih baik.

9) Kalau anak suka kacau kita, maknanya kurang dakapan. Mak ayah peluk anak banyak-banyak selagi sempat.

10) Kalau anak suka pertahan diri sendiri, ini disebabkan ibu dan ayah suka suruh anak yang tak sepatutnya (unreasonable)

11) Kalau anak jenis berahsia tak nak share apa-apa dengan ibu ayah, sebab mereka dah hilang kepercayaan pada kita

12) If your child does only what others tell them because you make them as a decision breaker."Kalau tak pakai baju ni, kits tak akan keluar."

13) Kalau anak remaja bermasalah selalunya disebabkan ibu dan ayah lebih pentingkan mulut/persepsi orang lain daripada anak sendiri.

Berikut adalah KESALAHAN yang selalu mak ayah terlepas pandang :

1) Terlalu mendisplinkan anak depan kawan-kawan dia

2) Buat keputusan, tukar, tukar balik, lepas tu sukahati tukar lagi. Lepas tu marah-marah anak tak ikut betul-betul keputusan yang dibuat. 

3) Marah dan pukul anak, lepas tu mintak maaf

4) Terlalu fokus pada akademik dan mengendahkan pada agama dan akhlak seorang Muslim

5) Belikan anak SEMUA benda yang diorang mintak tanpa mengatakan tidak sekelumit pong.

6) Ajar anak takutkan ibu dan ayah lebih daripada belajar daripada kesilapan. Lebih lagi daripada takutkan Allah

7) Selalu tanya pada anak-anak siapa, apa, bila, bagaimana dan lalalala. Macam polis pencen

8) Layan anak macam perabot

9) Ibu dan ayah selalu risau pandangan atau mulut orang lain lebih daripada risau pandangan Allah

10) Konon-konon nak motivasikan anak dengan cara BANDINGKAN dengan anak orang lain

11) Potong atau cut terus masa anak main game dan TV

12) Terlalu sibuk hal masalah keluarga orang lain, sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada

13) When you sons investigate other sexes, but when your daughter is wrong

14) Bagi kebebasan penggunaan internet, unlimited WIFI

15) Lebih pentingkan adat, amalan turun temurun 

16) Selalu suruh anak-anak buat sesuatu tapi ibu ayah buat yang sebaliknya!

-----

Semoga kita mengambil langkat dan tindakan yang lebih baik. Buat sekali tak jadi, cuba lagi. Tiada skema jawapan dalam mendidik anak. Dan Allah bagi semua anak mempunya specialtynya lain-lain. Amboih specialty tu macam menu restoren sangat. 

Kadang-kadang terasa sangat letih, sangat penat nak layan mengamuk, sembang, kencing berak, main, belajar, susu anak-anak. CEPAT-CEPAT ISTIGHFAR! Satu hari mereka akan membesar dan semoga semua perasaan kita dulu pada mereka tak wujud dalam diri mereka saat kita tua nanti. Na'uzubillah.

Cabaran bekerja di rumah sangat tinggi, lebih-lebih lagi untuk aku yang sangat memerlukan fokus yang tinggi. Aku jenis sangat tak boleh berserabut dan bising-bising mesti nanti satu kerja pun tak boleh buat apa. Jadi aku ambil ini sebagai cabaran.

-----

Dalam ceramah ustaz Hasrizal ada cerita,

Masa dia bekerja di Hospital IJN dulu, ada seorang pesakit yang akhirnya setelah menunggu lama mendapat jantung baru. Penderma pula kebetulan pernah melihat berita pesakit tersebut dan berkata kepada ibu beliau berikan jantungnya kalau dia meninggal. DItakdirkan 2 hari kemudia dia meninggal. Selepas, IJN menerima panggilan si ibu, pasukan dari IJN bergegas ke tempat penderma dan buat semua test ternyata semua match dengan pesakit yang memerlukan jantung tadi.

Pesakit tersebut pernah sebut pada ustaz, kalau dapat jantung nanti first thing dia nak buat adalah berlari. Dan pembedahan pemindahan jantung pun berlaku. Namun demikian, akibat kerosakan sel di bahagian kakinya terpaksa dipotong.

Sungguhpun begitu, ayah pesakit memberitahu ustaz;

"mungkin Allah sedang berkata-kata dengan saya, ustaz. FOKUSLAH PADA NIKMAT (ANAK BELIAU MASIH HIDUP DAN DAPAT DISELAMATKAN NYAWANYA) DAN LUPAKAN PADA KAKI YANG SUDAH HILANG".

-----

Menangis kot aku dengar.

Manusia memang mudah sangat lupa pada nikmat Allah bagi depan mata.

Allah, pelihara anak-anak aku daripada semua perkara tak baik. Hadiahkan aku kekuatan, ilham, ilmu dalam mendidik anak-anak nak bawa anak masuk Syurga. Ameen

Hati sangat bahagia bila lihat anak ceria


Anak yang ceria datang dari ibu ayah ceria

Bila serabut kembali padaNya, hati lagi tenang

Persiapkan diri kita dalam keadaan yang POSITIF dan baik

KORBANKAN perasaan atau emosi sendiri (ibuayah) demi masa depan anak-anak
Yang baik itu sesungguhnya semua daripada Allah.




Posted in , , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013