Anak-anak dan tanggungjawab

Bismillah

Disebabkan anak-anak aku ni agresif semaciam, banyak yang kami dedahkan untuk mencari solusi kepada keaktifan mereka itu.

Bukanlah terlalu awal untuk kenalkan mereka pada peranan atau tanggungjawab.

Belum dapat adik pun dah boleh terap ciri-ciri ke-abangan dan ke-kakakan dalam diri anak kita.

Antara manfaat kita dedahkan pada anak-anak mengenai tanggungjawab adalah--

BERDIKARI.

Independent bukan hanya untuk dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak.

Proses berdikari ini bersesuain lah dengan tahap mereka yang masih kanak-kanak. Jangan suruh diorang bawak kereta pulak! -____-'

Ibu ayahlah yang bertanggungjawab untuk berada di setiap aktiviti mereka untuk beritahu what is next, step by step.

Iya, kita memang susah sangat nak lepaskan atau percaya untuk diorang cuba benda baru.

Kids will always be kids.

Messy. Itu sebenarnya yang menjadi ketakutan ibu ayah. Hohoho

Tapi besar impaknya kalau kita mula awal. Layan anak kita seperti dewasa yang mampu dan percaya setiap kebolehan mereka, mereka akan bersikap lebih baik dari masa ke masa dan cepat matang dalam menghadapi cabaran. 

Apa yang boleh didedahkan?
-----

1. Kerja rumah 

Sebenarnya, aktiviti kerja rumah sekalian ni ibu suka galakkan masa cuti sekolah.

Iyelahkan cuti sekolah kalau tak kemana-mana memang mati kutu tak tahu buat apa kat rumah. Melainkan dah plan siap-siap aktiviti dan barang masing-masing. Jadi disebabkan penyakit mati kutu tu suka menular diri ini, kita buat aktiviti paling simple tapi mendatangkan impak yang besar pada anak-anak--

KERJARUMAH.

Bukan homework ye. Jangan salah paham. Aku cukuplah memantangkan diri ini kalau nak buat homework masa cuti sekolah. Maksud kerjarumah di sini adalah kerja-kerja dalam rumah melibatkan praktikal skil. House chores kata orang puteh.

Percayalah, kita sebenarnya membuatkan mereka rasa istimewa dengan menyelitkan mereka dalam aktiviti kerja rumah. Rasa dewasa sangat :p


2. Bina rutin harian yang baik untuk 2 hala (ibuayah dan anak-anak), dan sebenarnya rules untuk mereka tanpa sedar

Contoh :

+ Boleh tengok tv selama 2 jam hujung minggu, tapi anak-anak boleh pilih nak tengok cerita apa dan bila.

+ Boleh main di luar kalau dah solat dan hafaz Quran.

+ Kalau nak keluar ibu ayah yang pilih nak pakai apa, tapi kaau di rumah sukahati anak-anak nak pakai apa.

Tu contoh je, rules masing-masing boleh buat sendiri supaya  kena dengan jiwa anak-anak. 

3. Jangan jadi pengadil

Biar anak cari solusi pada apa masalah yang diorang buat.

Caranya? 

Pujuk, bantu dia ekspres diri dia, bagi dia jaminan (rasa selamat), bagitahu dia kita sangat faham perasaan dia (takut, sedih, jeles) dan bagitahu dia itu normal untuk dia rasa macam tu.

Biar dia pandai kawal perasaan dan emosi, bila dah bijak handle emosi pandailah cari solusi.

4. Risiko itu ada tapi jangan rigid

Beri ruang untuk anak buat salah. Tapi tidak sehingga membahayakan diri.

Contoh : potong pisang guna pisau plastik atau masak di depan kuali panas.

"To grow up without risk is to risk not growing up".

5. Elakkan ketagih pujian

Berlebihan pujian boleh memburukkan keadaan.

Anak-anak akan jadi teruja untuk mengekalkan pandangan baik ibu ayah sehingga jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab takut melakukan kesalahan.

Sebab itu kita ada cara untuk memuji anak-anak :

+ puji HASIL kerja anak bukan puji empunya diri

+ sebutkan impak daripada hasil kerja tersebut.

Contoh : Cantik tulisan anak ibu, senang ibu nak baca.

6. Galakkan komunikasi dengan anak-anak

Bagi ruang mereka ekspresi diri mereka.

Excited cerita pengalaman baru. Hari tu anak aku syok cerita first time main sorok-sorok.

Boleh tambah soalan supaya anak-anak berfikir. Kenapa, apa jadi, macammana, siapa.

7. Hormati anak-anak, mereka akan hormati ibu ayah

Kepercayaan dan rasa hormat adalah perkara yang diperlukan dalam sesuatu hubungan.

Ini penting untuk membina keyakinan dalam melatih anak-anak menjadi dewasa.


Kalau ibu ayah tak tahu apa nak buat.

Mulakan terapkan tanggungjawab dalam diri anak-anak dengan kerja rumah.

Ulang suara KERJA RUMAH bukan buruh kasar ye.

Eh dah melencong pula. Ampun maaf.












Anak-anak sekitar umur 2-6 tahun sangat teruja kalau dapat buat kerja rumah.

Latih awal, sebelum masing-masing dah besar dan tak kuasa nak tolong kita buat kerja rumah nanti.

Huhuhuh.

Kalau latih awal, diorang pun rasa syok boleh jadi rutin. Rutin yang bermula dari kecil memang rasa tak syok kalau tak buat masa besar nanti. Rasa macam tak lengkap je kan.

Hubungi 0123141422 
untuk mulakan program kurus herbalife 
Instagram : nurulnadiahahmad



Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013