Archive for April 2011

Gedebuk!

Hari ini dalam sejarah Aliff jatuh katil semasa ibu dok lena kat sebelah.

Poor baby~

Leave a comment

Preparation food for Aliff

Semangatnya dan seronoknyaaaaa nak bagi solid food pada Aliff. No more lelehan air liur berlebihan lagi masa ibu dan ayah makan!Kesian ibu tengok meleleh-leleh air liur anak ibu macam air paip everytime tengok ibu dan ayah makan. So, now lega ibu dah boleh mula bagi Aliff makan.

Pemberian susu ibu masih diteruskan. Satu benda yang ibu nak kongsi di sini adalah hari tu ibu ada pegi klinik . Misi ada pesan supaya Aliff diberi minum air masak supaya mulut Aliff sentiasa bersihd an tiada lagi susu basi. Kebiasaannya baby akan terjaga malam-malam sebab tak selesa dengan keadaan mulut yang ada susu basi. Patutlah Aliff macam asyik nak mengopek je malam-malam.

Misi pesan, pagi-pagi waktu nak mandikan Aliff kena basuh gusi dan lidah Aliff gosok-gosok guna air dan jari atau pun kain basah. Untu memastikan keadaan gusi sentiasa dalam keadaan baik dan kuat.

Kenapa Aliff perlukan makanan pejal?


Supaya Aliff dapat zat besi dan lain-lain nutrisi yang terdapat dalam makanan pejal. Semakin Aliff besar, Aliff memerlukan khasiat makanan yang tidak terdapat dalam susu ibu.

Walau bagaimanapun, susu ibu still the best sehingga umur Aliff 2 tahun. Lagipun Aliff sekarang dah makin lasak dan suka bermain, jadi Aliff memang perlukan tenaga daripada makanan. Supaya Aliff boleh rasa pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap yang wujud di dunia ini.
Kenapa lagi eh? Oh, oh kalau Aliff dah mula makan, boleh kuatkan gusi dan gigi Aliff yang bakalan tumbuh. Eh! Tak boleh bayangkan,Ouch, jangan gigit ibu!

Persediaan peralatan bagi Aliff makan


1. Sudu. Ada banyak colour gituh. Borong kat baby expo la, apalagi!
2. Bekas makanan plastic. Remember, yang BPA free punya.
3. Termos. Especially, untuk bawak travel.
4. Sippy /training cup. Supaya Aliff boleh belajar minum air masak tanpa guna bool susu.
5. Ice cube tray. Memang sesuai untuk ibu yang bekerja nak simpan-simpan puree yang telah dikisar. Bila baby lapar, bukak je peti ais, ambik satu cube, contohnya lobak puree letak dalam bekas makanan dan biar beberapa minit atau campurkan dengan sedikit air panas.
6. Bib. Cari yang comel-comel tapi tak payahla mahal-mahal yang penting senang dipakaikan dansenang ditanggalkan. Kalau jenis tali tu, jenuh la terkial-kial nak pakai. At the end kita juga yang nak menonyohnya kan?
7. Blender. Bagi yang nak sediakan food jenis puree.

Macammana nak tahu Aliff dah boleh makan?

1. Everytime ibu dan ayah makan atau sesiapa pun makan depan Aliff, sure Aliff menggeletik nak join sama. Siap air liur leleh lagi. Tangan toksah cakap, cepat aje disambarnya apa yang ada depan mata. Nyaris botol kicap cap kipas udang nenek jadi mangsa.

2. Dah mula mengunyah-ngunyah. Ibu perasan kebiasaannya lepas Aliff menyusu, nanti mesti macam dok asyik chewing sorang-sorang. Gaya orang besar dah ibu tengok. Gegham!

3. Bila semua benda yang Aliff boleh capai, nak masuk dalam mulut. Tangan dengan kaki tak yah kira memang sepanjang masa. Mula lah orang sekeliling tu, hehohohhuhuhihihi Aliff nak adik~ (tercekik,mak!)

4. Leher Aliff dah kuat dan dah boleh duduk sendiri walaupun kejap-kejap dan still kena monitor lagi. Tak boleh ditinggalkan sorang. Tidak mahu sejarah dolu berulang.

5. Nenek report kat ibu yang Aliff minum susu banyak sangat sampai stok ibu tak cukup. Wuwuwuwuuw. Alhamdulillah, sejak guna Herbalife Allah kurniakan susu ibu melimpah-limpah untuk Aliff.

6. Ibu bagi Aliff pegang sudu, Aliff boleh pegang sudu tu dengan baik.

Apa yang ibu mulakan?

Ibu sangat teruja untuk mulakan pemakanan pejal Aliff menggunakan air tangan ibu. Berminggu-minggu ibu membaca, bertanya dan membuat sedikit eksperimen supaya Aliff dapat pemakanan yang baik. Antara laman web yang banyak membantu adalah :
- http://wholesomebabyfood.com/
- http://www.homemade-baby-food-recipes.com/

Hasilnya,sebagai permulaan ibu apply

1. 4-days Rule.
a. Kaedah puree : Masak bubur nasi-blend-lebihan simpan dalam ice cube tray.
b. Beri makanan yang sama sehingga 4 hari berturut-turut
c. Bubur nasi boleh diganti dengan sayur ( labu, lobak, kentang,keledek) dan buah (banana (yang ini mashed sahaja), epal dan buah pear). Aliff suka gila dengan banana kot.

2. Petang-petang bagi biskut rusk (Makan sahaja atau lembikkan dengan air)

3. Nestum beli kat kedai jenama Cerealac

Alhamdulillah, kaedah puree nampaknya menjimatkan dan mudah.

Memang payah nak bagi Aliff makan

Posted in , , | Leave a comment

Sekejapnya masa berlalu

Sekejap sangat masa berlalu. Baru hari tu masuk weekend, dah Isnin, dan hari ni Selasa.


Tak puas main-main dengan Aliff. Cheh alasan


Lately, Aliff dah pandai nak berinteraksi dengan rakan sebaya. Dah besar anak ibu.


Hujung minggu hari tu, bermulalah projek ayah untuk ubah feng-shui rumah kita. Sabtu ke IKEA lah kita bersama mak teh dan mama cu. Sesampainya kami, pegi mencekik dulu, memasing pun tengah lapar kan. Cheh makan memasing tak hengaatt.


Lepastu, jalan-jalan kat showroom cari idea. Kemudian, stop kejap untuk solat, oh jumpa Jaja rakan sebaya di universiti. Alhamdulillah, dia dah pregnant 3 bulan.


Satu benda tak bess yang saya noticed kat IKEA sekarang ni kekononla bangga sebab pergi IKEA sejak zaman tadika kan, kalau shopping hari Sabtu dan Ahad dan cuti umum adalah kesesakan berleluasa dan possiblity untuk pelanggaran bontot sesama manusia tu sangat tinggi. Adoi, sila tabah ye puan-puan kerana Kuala Lumpur kini dibanjiri manusia yang gila shopping.


Tak cukup lagi, ayah heret kita semua pegi houz depot kat Kota Damansara. Kat sini, ya Allah bess gila kot shopping untuk siapa-siapa yang nak baiki/renovate rumah. Barang murah beb! Highly recommended. Balik dah malam, apa lagi pengsan mak teh and mama cu. Hahahhaha!



Barang-barang yang diborong lupa nak ambik gambar. Satu penyesalan lagi T_T


Esoknya, ayah semangat ubah itu ini. Go ayah go! Aliff tak sabar tengok ayah ubahsuai bilik Aliff pulak.

Macam biasa tahap kemalasan untuk vevel vanjang-vanjang, kita tepek gambar!
































































































































































































Sekian, selamat malam cinta..

Posted in , , | Leave a comment

Projek sana sini

Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai teman-teman ibu yang selamat melahirkan babies yang sangat comel. Suka sangat tengok kegembiraan mereka. Ibu macam dapat rasa keseronokan tu. Syoknya, insya Allah sama-sama doakan kita semua jadi ibu yang hebat aka super mom!


Dalam pada tu, lately ibu ada jumpa hobi baru and dok syok layan belog-belog yang berkaitan jahitan dan seni kraf. Baru ibu tau sebenarnya kraftangan tu tak semestinya tudung saji, bakul rotan dan sebagainya - yang waktu tecik-tecik selalu dok buat lawatan tengok keraftangan tu. Macam-macam dalam kepala otak ni dok ligat fikir nak buat itu-ini antaranya :


  1. felt kat tshirt Aliff, Sofiya and Sara

  2. sarung kusyen

  3. buku belajar aliff-nombor, alphabet and shapes

  4. shirt Aliff yang ada tie

Syioknya, insya Allah looking foward untuk buat semua benda tu dan nak share jugak dalam belog. Semoga ini menjadi kenyataan. Amin.amin


Oh ayah pun ada jumpa hobi baru jugak. House hunting for investment!! Percaya tak percaya tak? Insya Allah, ayah pun nak share kat belog ni jugak.


Kiranya belog ni akan ada kisah Aliff, ibu dan ayah. Bess tak?? Bess kan. Harapan ibu semoga ini adalah kenyataan semata-mata. Amin

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013