Archive for April 2012

Janji dan lupa

Apabila kita membuat janji, wajib ditepati.

Munafik kalau melanggarnya.  Kalau dengan kereta dah lama mati.


Maafkan aku.

Kadang-kadang aku lupa selupanya.

Lewat hari ini. Aku sering lupa. Lupa perkara yang penting. Benar-benar penting.

Masalah aku.

Bukan salah siapa-siapa pun.

Jangan berhenti berharap.

Sahabat.

Aku usaha lagi untuk aku cuba lagi untuk menepati janji.

Leave a comment

Sarapan pagi macam raja

Aku pasti ramai orang pernah dengar ayat tu kan?

Confirm.

Sebab benda tu yang aku dok buat setiap pagi setahun yang lepas. Betul-betul macam raja especially hari Ahad. Tanpa rasa bersalah pagi-pagi dah telan nasi kerabu, nasi lemak ayam, roti canai, nasi goreng, nasi dagang pada setiap pagi tanpa rasa bersalah.

Cuba ingat balik pagi tadi apa yang kita ambil untuk breakfast. Kalau macam aku dulu lagi best, skip terus. Lepas tu takde tenaga nak buat kerja. Tiba-tiba nak share pasal benda ni pasal tetiba teringat, eh dah lama tak gila tak ambil heavy breakfast. Macam rindu pulak mahu berpagian di warung. Ahaks.

Sumber carian google.com. Hasil carian buat aku lapar. Aliff pun suka makan nasi lemak. Darah melayu mengalir memang tak boleh lupakan nasi lemak. Tapi sekali sekala oklah. Selalu, JANGAN.

Kesian badan aku nak kena kerja keras seawal pagi setiap hari tanpa henti. Ish kesian sungguh sampai rasa nak menangnge. Dahla paksa badan kerja kuat pagi-pagi. Lepastu tak bagi bonus pulak tu. Bonus tu sepatutnya bagilah dalam bentuk nutrisi itu kan yang sepatutnya badan perlukan kan? Bukannya, kata pujian ke, 'eh bagus encik badan rajin buat kerja', ataupun $$$$$$ ini lagi badan tak hingin, ataupun apa-apalah yang mengarut. Badan cuma pinta nutrisi yang cukup je untuk dia bekerja lebih kuat lagi dan jadikan diri kita sihat dan larat nak buat kerja-kerja harian.

Jadi, sekarang ni, kenapa kita kena sarapan macam raja kerana raja makan makanan mahal-mahal sebab apa mahal sebab semua makanan tu mempunyai khasiat yang tinggi. Sayur banyak, makanan organik, protein yang sedap-sedap dan macam-macam lagilah.

Macammana sarapan pagi macam raja untuk kita yang bukan raja?

Senang je. Take herbalife productlah.



Kenapa?

1. Khasiat tinggi ya ampun


2. Murah nak dibandingkan dengan khasiat yang ada



Sayang nak tinggalkan rutin sarapan lama.

Breakfast yang lama tu boleh je, tapi jangan selalu. Kalau nak feeling chillax ke apa barulah pekena nasi lemak sekali dua dalam sebulan ke. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau dalam tempoh program kalau boleh tunggu dulu. Siapa tak suka makan? Semua oran g suka. Jadi kalau nak makan makanan sedap, perlu SABAR.
Sehingga capai ideal weight baru boleh merasa. Tapi bukan balas dendam tau, itu dah gain weight programme.


Secara ringkasnya, apabila kita makan makanan berat pada pagi hari badan kita akan berkerja untuk memproses makanan tersebut agar dapat di tukar kepada tenaga. Lebih insulin akan dirembeskan untuk mensintesis gula dan lebihan akan disimpan. Lebihan insulin akan memberi false signal kepada badan yang badan yang kita sedang kekurangan gula ( tenaga) menyebabkan kita akan munching dan makan junk food untuk tambah kalori yang sudah pun berlebihan. Ataupun kita akan terdorong untuk makan lunch dengan lebih awal. Kitaran ini akan berterusan sepanjang hari dan badan kita akan menyimpan lemak2 yang tehasil dari cara pemakanan tersebut.

Baca benda best kat sini

Jadi, apa yang kita perlukan untuk sarapan pagi kita?

  • makanan yang kurang kalori
  • makanan yang tinggi protein
  • makanan yang tinggi nutrisi

Semua tu ada dalam

gambar ni lagi.

Makan dah cun dah, lepas tu jangan lupakan

senaman! yah yah yah!

Posted in , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Diari Aliff | 17 bulan

Aliff dah 18 bulan tapi ini adalah rumusan Aliff 17 bulan. Ko buat anak ko macam subjek Bahasa Melayu kan?

Aliff makin kuat meragam nak berkepit dengan 'apak' dan 'mamak' dia je.




Aliff, haih~ sangat comel. Bijak. Genius. Ok siapa lagi nak puji anak sendiri woi.


Aliff pernah demam. Selepas daripada demam tu, Aliff memang tak nak berenggang langsung dengan ibu.


dan asyik menangis. Merengek dan pandai pulak berlakon merengek semata-mata nak ibu.

Pengalaman pertama Aliff berjauhan dengan nenek, atuk, ibu dan ayah dan dihantar ke rumah pengasuh. Hari ketiga dia dah familiar jalan ke rumah pengasuh dan mula nangis,


Big boy yang manja BANGAT!


Aliff suka bergaya, berangan.

Aliff suka lolipop! Ayah rasuah bagi hadiah sebab Aliff behave.


Aliff hensem macam ayah!

Tengok, kan dah kata manja!

dan pembantu ibu buat kerja rumah di rumah. Haihh~ lagi.

C.h.e.e.k.y!

Jantung hati ibu dan ayah. Peneman ibu ke Kelab Nutricity. Insya Allah Aliff will be a precident team Malaysia! Ibu doa ok sayang. Aliff makin cheeky semenjak dua menjak minum shake dengan botol susu. Makcik cerita, dia tengok orang lain nyonyot botol susu dia pun ambil botol susu dia, baring dan nyonyot sekali. Anak ibu! Picit pipi sampai lebam.


Muhammad Aliff 18 bulan

Insya Allah, khalifah Allah yang paling unggul. Abang penyayang kepada adik-adik comel macam awak. Suami soleh just like ayah. Pemimpin ummah yang bertakwa. Amin ya Rabb. Ibu usaha lagi ye sayang.

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013