Showing posts with label nak sihat. Show all posts

Sarapan pagi macam raja

Aku pasti ramai orang pernah dengar ayat tu kan?

Confirm.

Sebab benda tu yang aku dok buat setiap pagi setahun yang lepas. Betul-betul macam raja especially hari Ahad. Tanpa rasa bersalah pagi-pagi dah telan nasi kerabu, nasi lemak ayam, roti canai, nasi goreng, nasi dagang pada setiap pagi tanpa rasa bersalah.

Cuba ingat balik pagi tadi apa yang kita ambil untuk breakfast. Kalau macam aku dulu lagi best, skip terus. Lepas tu takde tenaga nak buat kerja. Tiba-tiba nak share pasal benda ni pasal tetiba teringat, eh dah lama tak gila tak ambil heavy breakfast. Macam rindu pulak mahu berpagian di warung. Ahaks.

Sumber carian google.com. Hasil carian buat aku lapar. Aliff pun suka makan nasi lemak. Darah melayu mengalir memang tak boleh lupakan nasi lemak. Tapi sekali sekala oklah. Selalu, JANGAN.

Kesian badan aku nak kena kerja keras seawal pagi setiap hari tanpa henti. Ish kesian sungguh sampai rasa nak menangnge. Dahla paksa badan kerja kuat pagi-pagi. Lepastu tak bagi bonus pulak tu. Bonus tu sepatutnya bagilah dalam bentuk nutrisi itu kan yang sepatutnya badan perlukan kan? Bukannya, kata pujian ke, 'eh bagus encik badan rajin buat kerja', ataupun $$$$$$ ini lagi badan tak hingin, ataupun apa-apalah yang mengarut. Badan cuma pinta nutrisi yang cukup je untuk dia bekerja lebih kuat lagi dan jadikan diri kita sihat dan larat nak buat kerja-kerja harian.

Jadi, sekarang ni, kenapa kita kena sarapan macam raja kerana raja makan makanan mahal-mahal sebab apa mahal sebab semua makanan tu mempunyai khasiat yang tinggi. Sayur banyak, makanan organik, protein yang sedap-sedap dan macam-macam lagilah.

Macammana sarapan pagi macam raja untuk kita yang bukan raja?

Senang je. Take herbalife productlah.



Kenapa?

1. Khasiat tinggi ya ampun


2. Murah nak dibandingkan dengan khasiat yang ada



Sayang nak tinggalkan rutin sarapan lama.

Breakfast yang lama tu boleh je, tapi jangan selalu. Kalau nak feeling chillax ke apa barulah pekena nasi lemak sekali dua dalam sebulan ke. Sekali sekala bolehlah. Tapi kalau dalam tempoh program kalau boleh tunggu dulu. Siapa tak suka makan? Semua oran g suka. Jadi kalau nak makan makanan sedap, perlu SABAR.
Sehingga capai ideal weight baru boleh merasa. Tapi bukan balas dendam tau, itu dah gain weight programme.


Secara ringkasnya, apabila kita makan makanan berat pada pagi hari badan kita akan berkerja untuk memproses makanan tersebut agar dapat di tukar kepada tenaga. Lebih insulin akan dirembeskan untuk mensintesis gula dan lebihan akan disimpan. Lebihan insulin akan memberi false signal kepada badan yang badan yang kita sedang kekurangan gula ( tenaga) menyebabkan kita akan munching dan makan junk food untuk tambah kalori yang sudah pun berlebihan. Ataupun kita akan terdorong untuk makan lunch dengan lebih awal. Kitaran ini akan berterusan sepanjang hari dan badan kita akan menyimpan lemak2 yang tehasil dari cara pemakanan tersebut.

Baca benda best kat sini

Jadi, apa yang kita perlukan untuk sarapan pagi kita?

  • makanan yang kurang kalori
  • makanan yang tinggi protein
  • makanan yang tinggi nutrisi

Semua tu ada dalam

gambar ni lagi.

Makan dah cun dah, lepas tu jangan lupakan

senaman! yah yah yah!

Posted in , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Kisah Seluar Jean Dr. Cardin RM 79.90


Seluar ini merupakan kebanggan suami sehingga sekarang. Apa yang istimewa sangat tentangnya? Ini kerana seluar ini usianya hampir 10 tahun dan suami berulang kali bercerita mengenainya yang di beli ketika umurnya 16 tahun dengan harga RM 79.90 yang pada ketika itu dikira mahal sekali. Adui, letih jugalah kadang-kadang tu, tapi, tetap layaan!

Selepas berkahwin, saya tidak pernah nampak lagi suami memakai seluar ini. Mungkin kerana saiznya sudah tidak sesuai lagi dengan pinggang beliau yang sentiasa cepat mengembang itu. Lalu, ia disimpan di dalam almari selama beberapa ketika bersama seluar-seluar yang lain. Saya ingat lagi ketika itu lebih kurang 15 helai seluar suami yang dicubanya untuk beri kepada orang yang lebih memerlukan bagi mana-mana seluar yang sudah tudak muat. Antara seluar yang tidak muat adalah seluar ini. Namun, suami kelihatan amat berat hati untuk memberinya kepada orang kerana memikirkan itulah seluar yang paling mahal pertama kali dibelinya. Jadi tersimpanlah seluar itu sehingga sekarang.

Tiba-tiba, sewaktu saya sedang mengemas almari ketika mencari seluar untuk dipakai beliau, saya terjumpa dengan seluar ini lalu menyuruh suami memakainya. Luar biasa, seluar yang begitu lama telah diabaikan, hari itu telah secara tidak langsung berkhidmat semula untuk tuannya. Seronok tidak terkata lah cik abang kita ni. Bayangkanlah 3 tahun berkahwin, boleh pakai semula seluar lama.

Alhamdulillah, pengalaman ini amat bermakna untuk suami. Tidak sia-sia kasih sayang dan harapan yang diberikan kepada seluar itu. Hu~

Alhamdulillah, sekarang bukan seluar lama sahaja suami boleh pakai, baju baru pun senang nak cari saiz. Ini semua penangan Herbalife. Alhamdulillah.


Bini pulak yang over excited snap sana sini

Posted in , , , , , | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013