Archive for November 2012

Syukur #1

Bismillah

Mulai hari ni aku nak letak satu perkara yang boleh disyukuri setiap hari.Insya Allah semoga menjadikan aku seorang manusia yang lebih bersyukur kurang merungut

Alhamdulillah Allah bagi aku mama dan abah. nikmat terbesar selepas Islam. Sentiasa pastikan kami selesa dan selamat. Rasa macam duk dalam perut mama lagi. Hehehe



Tak cukup lagi tu, Allah bagi pulak aku mak dan abah. Melahirkan seorang anak lelaki yang luar biasa dan besar maknanya dalam hidup aku dan baaaaaiiikkk sangat dengan aku.


Mereka semua masih sihat, dan menyayangi kami dengan sepenuh hati. Satu lagi alasan untuk bersyukur pada Mu hari ni. Alhamdulillah atas nikmat Mu ya Allah

Leave a comment

Sibuk

Bismillah


Kebelakangan ni Aliff teramat manja dengan ibu. Teramat. Sehinggakan ibu terasa sangat letih dan sangat penat. Takde niat langsung nak merungut cuma ingin berkongsi sedikit perasaan di hati. Sekarang ibu selalu tak larat untuk bekerja di luar. Selalu muntah-muntah. Lembik. Jadi akan bekerja dari rumah sahaja, no problem! Cumanya, kalau bekerja di luar rumah energinya luar biasa!

Jadi, kalau dah namanya ibu di rumah, Aliff apa lagi. Manjanya juga luar biasa. Macam semalam. Masya Allah! Kebetulan malam sebelumnya ibu banyak travel di luar. Tiba di rumah sekitar jam 930malam akibat kehujanan jalan seluruh kawasan jadi sesak. Setibanya di rumah, ada usrah lagi, memang ibu dah kehabisan energi. Nak-nak pula sekarang hampir EOM. Memang bergantung habis pada kekuatan mental dan kekuatan kurniaan Allah. Amin

Habis tu, semalam pagi-pagi ibu semangat nak edar flyers di Tasik Cempaka. Energi waktu tu pun memang dah rendah. Allah bagi semangat luar biasa pagi tu, Alhamdulillah. Sepulangnya di rumah jam 9pagi, terbongkang. Di sini cabaran bermula. Aliff dah bangkit tidoq.

Ayah dah keluar ke pejabat. 

Waktu ibu sedang nak lena sat, Aliff macam-macam dia buat projek, tumpahkan air, tumpahkan nasi, sepahkan bilik, campak itu campak ini, naik atas ibu, dan macam-macam lagi. 

Ibu sabar.

Perkara yang sama berlaku lagi.

Selama ini belum pernah begini, tiba-tiba ibu,


Selepas tu, apa yang berlaku adalah, semua orang pun pasti tak mau tahu apa yang berlaku. Jangan risau, sekuat-kuat hati pun adalah cubit-cubit manja je.Yang pasti Aliff begini,

Gaya Aliff melalak
 Sibuk.

Ye nak, ibu memang sibuk sekarang.

Sangat sibuk.

Sibuk ibu pun bersama Aliff kan?

Aku masih baru dalam Herbalife. Dan kerana masih baru i work so hard tu create our own sistematic work. Kerja sistematik ni bukan boleh pap terus dapat. tapi nak kena buat perkara yang sama berulang kali dan kenalpasti sistem kerja apa yang paling simple dan mudah dibuat. aku berpegang dengan prinsip,
 


Mak-mak gojes kat luar sana yang puya anak umur 2 tahun ke atas, share lah sikit bagaimana anda menghandle, melayan anak lelaki anda di usia begini. Atau bagaimana kiranya situasi tegang tadi berlaku? Ada tips ke?

 Disebabkan telah melalui beberapa situasi di atas beberapa kali, saya mula membuat pembacaan dan bertanya kepada yang berpengalaman. Suka saya nak share input tersebut dan alhamdulillah telah mula aplikasi sikit dalam kehidupan kami :)

Tips menangani anak berumur 2 tahun, suka buat perangai, menangis, mengamuk

  1. Sentiasa bacakan surah Toha, Alam syrah, al Fatihah dan 3 qul pada anak. Doa mohon Allah lembut hati anak
  2. Komunikasi. Sentiasa bercakap-cakap dengan anak ketika mood dia baik. Ingatkan balik tentang perilaku yang tidak sepatutnya dia lakukan. Kerana kita selalu beri perhatian ketika dia buat salah dan mood tak baik *Sentiasa lakukan ini
  3. Peluk perlahan-lahan anak ketika dia meragam. Zikir atas kepalanya (ubun-ubun)
  4.  Jika dia mula buat perkara-perkara yang salah. Terus tegur tentang perbuatannya. Biasanya dia akan buat lagi. Buat sesuatu contoh alihkan dia daripada tempat tersebut, atau alih barang, jangan biarkan dia terus dengan perbuatannya. Kenalpasti, adakah perkara tersebut adalah dia sedang bereksperimentasi atau sengaja buat untuk perhatian.
    1. Contoh : Tumpahkan air. Aliff suka tumpahkan air dengan sengaja. Ada sekali tu dia tumpahkan air untuk lihat apa jadi pada kawasan yang dia tumpahkan air tu. *Macam-macam ini anak.
    2. Penting kenalpasti dengan bertanya-tanya, kadang-kadang anak sedang berkreativiti. Cuma kita yang kadang-kadang tak faham.
  5. Sebabkan mereka nak berkreativiti, so mak-mak boleh banyakkan aktiviti bersama. Boleh tengok sini (Lani, my schoolmate punya. Comel sangat aktiviti2 anak beranak ni)
Umur anak begini memang banyak perangai sebab, mereka dah mula demand macam-macam cuma penyampaian apa yang mereka nak tu sukar difahami oleh orang dewasa. Jadi mereka frust dan kecewa sebab tu selalu tunjuk perasaan pelik-pelik. Hahaha

Cukuplah tu, kalau mak-mak gojes ada perkongsian, boleh share kat ruang komen. Naaaaaaaakkkk sangat tahu. So apa lagi kita usaha tajamkan lagi skill mak-mak walaupun sibuk mana pun kita! No excuse!

Leave a comment

Breakfast, so easy!

Bismillah.

Sudahkah anda shake hari ni?

Siapa kat sini payah nau nak breakfast? Angkat tangan.

*Angkat tangan.

Tapi tu dulu je. Sekarang tak lagi. Insya Allah

Breakfast sangat penting ye kawan-kawan. Siapa yang memang ada habit skip breakfast tu, ketahuilah sesungguhnya makanan pertama hari itu menentukan perkembangan diri kita hari tu, paling lewat ambil breakfast jam 10pagi!

Disebabkan malam tadi semua badan dah rehat rileks2 semua, jadi makanan yang pertama diambil hai itu haruslah yang sihat-sihat supaya sel badan tak moody seterusnya bekerja bersunngguh-sungguh untuk badan hari itu.

Jadi seluruh hari tersebut, kita sentiasa ceria, sabar, rajin dan penuh energi perform kerja :))))) Bestnya lah kalau hari-hari macam ni kan? Hati girang *bersiul-siul

Kenapa biasanya orang skip breakfast?

Fenin nak shopping barang dapur yang berkhasiat

Busy thangaaat~

Lambat bangkit tidoq

Terjadilah hoi, aku dah lambat pergi kerja

Males prepare breakfast ;p
Sekarang tak payah pening-pening lagi,

Masuk dapur

Bancuh Shake

Minum


Kalau rajin, campurla buah-buahan atau try resepi lain-lain, macam bawah ni. Masa pun jimat!


Yang penting, breakfast kita pagi tu,

Senang,

Cepat,

Berkhasiat lagi!


Get your healthy breakfast now! 0123141422

Posted in , | Leave a comment

Impian paling besar

Teramat mahu, ya Allah!

Posted in , | Leave a comment

Aliff 2 tahun sudah


Setiap kali nak bukak cerita tentang Aliff, mesti sayu betul hati ibu. Anugerah Allah yang teramat mahal untuk ibu yang serba kekurangan dan kelemahan ni. Banyak benda yang ibu perlu improve untuk sediakan yang terbaik untuk anak ibu. Syukur, Alff membesar dengan sihat dan aktif. Walaupun masih belum lancar percakapannya, namun ibu dah mula faham apa yang nak diperkatakan beliau.

Tiada sambutan istimewa sempena 2 tahun dirinya. *___*

Ulangtahun kelahirannya jatuh pada hari Ahad ketika itu ibu agak sibuk dengan Gen H STS. Nak, ibu percaya, kejayaan tu memerlukan pengorbanan. Ibu janji, kita akan adakan sambutan istimewa sempena Aliff nanti 3 tahun ye. Waktu tu mungkin lebih istimewa sebab sambut dengan adik ke kan? Siapa tahu. Heeeee. Hemoh hemohhh ^^

Satu je perkataan ibu nak cop Aliff sejak 4 bulang kebelakangan ni.


MANJA

Kenapa sayang?

Memacam orang bagi pendapat. Antaranya adalah, nak dapat adik. Fu fu fu saspen ibu taw. Insya Allah Aliff will be a goog brother to adik-adik kan. Doa ibu tu sayang. Entri kali ni ibu nak bagi special dedikasi untuk anak kesayangan ibu iaitu Muhammad Aliff Bin Khairil Syazwan sebagai kenangan nanti bila ibu dah tak ada.

---------------------

Anakanda yang ibu sangat cintai,


Jauh di dalam hati ibu sentiasa berdoa supaya Allah lindungi Aliff daripada tabiat buruk ibu, daripada malapetaka dan daripada kejahatan manusia.

Ibu sedar, yang ibu punya banyak kekurangan. Ibu nak hidup di dunia ingin dengan memberikan sepenuh kasih sayang ibu kepada keluarga dan manusia lain.

Ibu selalu berangan nak buat aktiviti itu dan ini bersama aliff. Tapi kesudahannya tak juga berlaku. Kalau sempat pun ibu tak melakukannya sepenuh hati. Jangan marahkan ibu ye sayang. Nanti ibu usaha lagi. Beri sepenuh perhatian pada Aliff.

Aliff anak ibu yang bijak dan baik hati,

Ibu syukur pada Allah, anak ibu tak banyak ragam. Memang behave sebagai seorang anak lelaki. Heeeeee. Lompat sana lompat sini. Tapi yang ibu tak tahan sikit, asyik nak didokoooong je yek. Kalah baby, Aliff oiii

Alhamdulillah, Aliff membesar dengan sihat dan aktif. Dah banyak butir-butir perkataan yang Aliff boleh sebut. Huruf hijaiah pun semakin jelas sebutannya. Ganbatte Aliff chan! ayah, abu(ibu), atu(atuk), ninni(nenek), ri(uncle korie), aci(uncle iqbal). Kadang-kadang sampai panggil semua orang kat Nutricity tu aci (auntie), sampai Nek Ros pun dapat title tu! Kelas, nek ros!

Sekarang, alhamdulillah ada tukang layan Aliff nombor 2 lepas mama teh iaitu uncle korie! Jalan-jalan naik motor. Fuh memang suka sangat le dia naik motor. Boleh amuk kalau tak dapat naik satu hari. Sempena, Aliff 2 tahun, ibu belikan Aliff motor tiruan iaitu basikal!

Cuma yang ibu dok fenin lagi sekarang, bila naik kereta, Aliff nak berdiri dekat sit depan sebelah kereta. Belum berjaya mendudukkan lagi Aliff dalam car seat. Hurm, ibu-ibu ada cadangan bernas dak nak kongsi?

*sambil taip ni ibu usyar Aliff, beliau buat muka sedih sebab upsy daisy show baru habis. Lawak.

Ok, entri dah lari dah tak macam dedikasi surat untuk Aliff.

Pesan ibu satu je untuk entri ni sayang,


Jadi abang yang baik hati dan penuh tanggungjawab bantu ibu dan ayah bimbing adik-adik ke jalan Allah ye sayang. amin ya Rabb. 

Terima kasih kerana sentiasa di sisi menjadi kekuatan untuk ibu meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini. Insya Allah setiap kali pandang sedalam-dalam mata Aliff, seolah-olah memberi kekuatan yang luar biasa untuk ibu redah segala kesusahan dan cabaran setiap kali menerima rejection di booth, rasa tak semangat, kadang-kadang beza pendapat dengan ayah (hehehhe), penat dan sibuk yang hamat dan macam-macam lagilah.

Bila ada Aliff, macam aura naga ke hape. Astaghfirullah, kekuatan Allah bagilah. Ibu rasa bahagia, damai, semangat luar biasa, customer pun mula datang yang positif-positif, bisnes rasa sentiasa baik-baik aja. Sebab tu rasa berat hati kalau terpaksa hantar Aliff ke rumah pengasuh.

Ibu ingat satu hari lepas hantar Aliff ke rumah pengasuh sebab ibu bukak booth di KL, ibu nangis kuat-kuat sebab tak tahan rindu. Kenapa ye gitu? Naluri ibu kuat sangat. Tapi ibu syukur, tak perlu berdepan situasi tu hari-hari. Cukuplah beberapa hari dalam sebulan je ibu perlu hadapainya. Sebab ibu adalah bos kepada bisnes ibu. Boleh decide bila dan di mana. Alhamdulillah i love my job.

Bisnes Herbalife banyak Allah izinkan ibu luang masa bersama Aliff walaupun sedang kerja. Pernah appointment, present, closing, follow up customer bersama Aliff. Event pun angkut Aliff. Bersosial dengan anak-anak herbalifers yang lain. Wow! I love u to the bits, sayang!

Aliff, nanti bila dah adik, Aliff pulak jaga adik ye? Heeeeee.

Penat? Ibu meeeeemang penat, sayang! Tapi ibu SUKA! Sangat SUKA, sebab ibu ada dengan Aliff. Handbad no 2. I will take good care and give my all loves to you. Hahahaha


Syukur ada ayah jugak, selalu layan Aliff bila ibu fenaaaat sangat tak larat. Sayaaaaang ayah anyakkk!

Ibu yang menyayangimu sepenuh hati, insya Allah.
Album Aliff hampir 2 tahun bermula;
























eh, tetiba.



transport lama

Tansport baru aka hadiah ulangtahun kelahiran.

Tada!

Aliff : Iyah
Aliff : Iyah lagi

Aliff : Hoih payahnya kayuh naik bukit

Aliff : Alhamdulillahd ah okey sikit. Berjaya kayuh!




Perlu ke hijau jugak basikal Aliff ni ibu,  semangat Herbalife le tu!

Posted in | Leave a comment

Search

JuaNadiah 2013