Sibuk

Bismillah


Kebelakangan ni Aliff teramat manja dengan ibu. Teramat. Sehinggakan ibu terasa sangat letih dan sangat penat. Takde niat langsung nak merungut cuma ingin berkongsi sedikit perasaan di hati. Sekarang ibu selalu tak larat untuk bekerja di luar. Selalu muntah-muntah. Lembik. Jadi akan bekerja dari rumah sahaja, no problem! Cumanya, kalau bekerja di luar rumah energinya luar biasa!

Jadi, kalau dah namanya ibu di rumah, Aliff apa lagi. Manjanya juga luar biasa. Macam semalam. Masya Allah! Kebetulan malam sebelumnya ibu banyak travel di luar. Tiba di rumah sekitar jam 930malam akibat kehujanan jalan seluruh kawasan jadi sesak. Setibanya di rumah, ada usrah lagi, memang ibu dah kehabisan energi. Nak-nak pula sekarang hampir EOM. Memang bergantung habis pada kekuatan mental dan kekuatan kurniaan Allah. Amin

Habis tu, semalam pagi-pagi ibu semangat nak edar flyers di Tasik Cempaka. Energi waktu tu pun memang dah rendah. Allah bagi semangat luar biasa pagi tu, Alhamdulillah. Sepulangnya di rumah jam 9pagi, terbongkang. Di sini cabaran bermula. Aliff dah bangkit tidoq.

Ayah dah keluar ke pejabat. 

Waktu ibu sedang nak lena sat, Aliff macam-macam dia buat projek, tumpahkan air, tumpahkan nasi, sepahkan bilik, campak itu campak ini, naik atas ibu, dan macam-macam lagi. 

Ibu sabar.

Perkara yang sama berlaku lagi.

Selama ini belum pernah begini, tiba-tiba ibu,


Selepas tu, apa yang berlaku adalah, semua orang pun pasti tak mau tahu apa yang berlaku. Jangan risau, sekuat-kuat hati pun adalah cubit-cubit manja je.Yang pasti Aliff begini,

Gaya Aliff melalak
 Sibuk.

Ye nak, ibu memang sibuk sekarang.

Sangat sibuk.

Sibuk ibu pun bersama Aliff kan?

Aku masih baru dalam Herbalife. Dan kerana masih baru i work so hard tu create our own sistematic work. Kerja sistematik ni bukan boleh pap terus dapat. tapi nak kena buat perkara yang sama berulang kali dan kenalpasti sistem kerja apa yang paling simple dan mudah dibuat. aku berpegang dengan prinsip,
 


Mak-mak gojes kat luar sana yang puya anak umur 2 tahun ke atas, share lah sikit bagaimana anda menghandle, melayan anak lelaki anda di usia begini. Atau bagaimana kiranya situasi tegang tadi berlaku? Ada tips ke?

 Disebabkan telah melalui beberapa situasi di atas beberapa kali, saya mula membuat pembacaan dan bertanya kepada yang berpengalaman. Suka saya nak share input tersebut dan alhamdulillah telah mula aplikasi sikit dalam kehidupan kami :)

Tips menangani anak berumur 2 tahun, suka buat perangai, menangis, mengamuk

  1. Sentiasa bacakan surah Toha, Alam syrah, al Fatihah dan 3 qul pada anak. Doa mohon Allah lembut hati anak
  2. Komunikasi. Sentiasa bercakap-cakap dengan anak ketika mood dia baik. Ingatkan balik tentang perilaku yang tidak sepatutnya dia lakukan. Kerana kita selalu beri perhatian ketika dia buat salah dan mood tak baik *Sentiasa lakukan ini
  3. Peluk perlahan-lahan anak ketika dia meragam. Zikir atas kepalanya (ubun-ubun)
  4.  Jika dia mula buat perkara-perkara yang salah. Terus tegur tentang perbuatannya. Biasanya dia akan buat lagi. Buat sesuatu contoh alihkan dia daripada tempat tersebut, atau alih barang, jangan biarkan dia terus dengan perbuatannya. Kenalpasti, adakah perkara tersebut adalah dia sedang bereksperimentasi atau sengaja buat untuk perhatian.
    1. Contoh : Tumpahkan air. Aliff suka tumpahkan air dengan sengaja. Ada sekali tu dia tumpahkan air untuk lihat apa jadi pada kawasan yang dia tumpahkan air tu. *Macam-macam ini anak.
    2. Penting kenalpasti dengan bertanya-tanya, kadang-kadang anak sedang berkreativiti. Cuma kita yang kadang-kadang tak faham.
  5. Sebabkan mereka nak berkreativiti, so mak-mak boleh banyakkan aktiviti bersama. Boleh tengok sini (Lani, my schoolmate punya. Comel sangat aktiviti2 anak beranak ni)
Umur anak begini memang banyak perangai sebab, mereka dah mula demand macam-macam cuma penyampaian apa yang mereka nak tu sukar difahami oleh orang dewasa. Jadi mereka frust dan kecewa sebab tu selalu tunjuk perasaan pelik-pelik. Hahaha

Cukuplah tu, kalau mak-mak gojes ada perkongsian, boleh share kat ruang komen. Naaaaaaaakkkk sangat tahu. So apa lagi kita usaha tajamkan lagi skill mak-mak walaupun sibuk mana pun kita! No excuse!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

JuaNadiah 2013